CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Friday, July 15, 2011

Harry Potter ~ Until the very end...


weeee...lama tak update kan? maaf la..aku sibuk sikit..assignments..tapi happy hari ni nak update sebab...tadaaaa!




dah tengok dah!! thanks to my beloved housemate for the treat.. =D masa nak mula cerita tu berdebar kot..haha..sebab ni yang terakhir kan..tiket RM6.00 sahaja, student price..hehe..masa tengok ni beremosi je aku..nak review ke?




nampak? poster je pun dah lain..malas la nak review..pendapat aku, bahagian 2 ni macam terlalu cepat..ada scene yang sepatutnya tak ada, diadakan dalam ni..aaaa..tak suka betul (ni je masalah peminat, bila tak sama dengan buku mula nak bising) hurmm..tak kan nak sumbat semua dalam 2 jam lebih...aku menangis kot!! sikit je..hehe




part ni! sedihhhhh..haihh masa baca buku pun bahagian ni jugak meleleh air mata..huhuu..tapi ending dia sempurna macam buku...rasanya aku suka ending filem daripada buku..maksud aku, tak ada la frust macam baca ending dalam buku (frust sebab Harry bukan dengan Hermione) budak yang berlakon jadi Albus Severus Potter, lagi comel dari Dan Radcliffe masa HPSS dulu..

ending filem..lebih kurang la..



ending buku...



dialog favorite! ada dalam movie... =D







until the very end...yes i am..10 tahun kot! buku dan movie..i'm gonna miss them..miss the 10 years time..hiding behind a very thick magical novels at school, bus stop, in the car..everywhere..


psst~ thanks J.K Rowling, for giving me a magical childhood (childhood ke?)




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, July 3, 2011

tungku moden? heating pad/pillow??

assalamualaikum! yeah! kerja sekolah 1 dah siap..malam nanti kot baru buat kerja sekolah 2..okay, ni nak cerita pasal heating pillow, heating pad, tungku moden atau apa-apa la yang anda panggil..teringat kejap dulu masa zaman kanak-kanak ribena ada iklan kat tv "tungku refleksi" haaa siapa ingat? aku panggil heating pad je..hah? apa? tak faham? ni la...


ok..dah tau dah? tapi kalau ikut gambar ni lebih sesuai panggil heating pillow..aku baru beli semalam! huhu..RM35...habis terus duit aku..T_T kat mana beli? kat kedai bawah rumah hostel aku je..haha..tempat lain aku tak pasti..rasanya ada iklan kat facebook kedai yang jual benda ni..hurmm..

kenapa aku beli eh? sebab aku perlukannya..aku ni selalu je kena perut krem..serius sakit sampai tak larat nak bangun, kadang-kadang tu boleh pengsan..ni sebab dah tak larat nak tahan sakit, sebab tak nak makan ubat punya pasal la..selalu guna seterika je..hehee..sebenarnya tak tau sangat pun guna benda ni, sebab tak ada manual! kalau ada manual senang sikit..

okay, kegunaan heating pad yang aku tau:
1. melegakan senggugut/perut krem
2. mengurangkan rasa lenguh sendi
3. melegakan ketegangan otot
4.melegakan sakit belakang
etc...

sebab tak ada manual kan, rasanya penggunaannya sama macam kita guna benda-benda panas eg: seterika (ni pengaruh assignment la ni ada "eg", "etc.", "n.d"...pe entah lagi..sebab baru buat assignment kan.. =P)

tips:
pastikan kulit anda tidak tersentuh secara langsung dengan heating pad/pillow yang panas, pastikan beralas..jika tidak, akan menyebabkan kulit melecur.

dapatkan nasihat pakar/doktor..apa-apa berlaku aku tak bertanggungjawab ye!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails