^_^ MAAF. TIADA ISTILAH "I FOLLOW YOU, YOU FOLLOW I". JIKA ANDA SUKA BLOG INI, SILA FOLLOW DENGAN IKHLAS ^_^

-::HARAP MAAF. BLOG INI TELAH DI 'DISABLE RIGHT-CLICK'. SILA CLICK MACAM BIASA (LEFT-CLICK),JIKA MAHU KE LINKS YANG ADA DALAM BLOG INI. TAB YANG BARU AKAN MUNCUL..HEHEE::-

CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Thursday, July 19, 2012

Ahlan ya Ramadhan | retainer pecah!


assalamualaikum...kalau ikut perhitungan aku yang tak berapa pandai matematik ni tapi pandai la jugak tengok jam, lebih kurang 24 jam (sekarang 1851h) sahaja lagi Ramadhan menjelma..semoga kita semua dapat jejak dan sama-sama rebut peluang ni, lakukan sebanyak ibadah, kemudian beristiqamah dengannya..

alhamdulillah, betapa manisnya ibadah, kita sendiri yang rasa, kita sendiri yang tahu..syurga lagi manis..aku tahu semua orang pun nak syurga..kankankan? tak mengapa kalau kita bukan yang bijak pandai dalam agama, tapi kita mahu melakukan perubahan..peduli cakap-cakap orang..kebahagian dunia akhirat kita, bukan cakap-cakap mereka yang tentukan tetapi amalan yang kita kumpulkan ni yang akan berada atas dacing amalan tu nanti..

semoga Ramadhan dapat kita manfaatkan semaksima mungkin

------

uuuu retainer aku, lower retainer..tak sampai 2 minggu pakai dah koyak..eh pecah..emm apa-apa la..ala, benda plastik memang senang nak pecah, retak dah sebagainya kan..lagi kalau si pemakai ni ganas..haha..nak snap gambar pun bukan nampak retak koyak pecah tu sebab retainer essix ni jernih..

budak perempuan ni suspek retainer tu pecah masa nak bukak waktu nak sarapan pagi..memang pelik jugak bunyi KREKK kuat..masa tu tak ada la fikir apa-apa sebab masa pakai pun ada je bunyi KLIKK..petang bukak lagi sebab nak minum petang, baru perasan masa bersihkan retainer tu..hurm bahagian yang koyak tu memang agak nipis plastiknya kalau dibandingkan dengan tempat lain..

nak menggantikan retainer dah la kena bayar RM100 setiap 1..selama hari ni aku buat rawatan gigi orthodontik ni percuma memanjang..hurm redha je la..belum datang klinik lagi ni, takut kena marah dengan doktor..huuu sebelum terlupa la kan, gigi bongsu budak perempuan ni dah tumbuh! comel tau..sikit je dia keluar..huhuu tu pun satu je..sebelah kanan atas..punya la selama ni ingat tak ada gigi bongsu

memang kena jumpa doktor la kan..sebab upper retainer ni buat khas untuk gigi yang ada je, tak termasuk gigi yang baru tumbuh ni..bila la nak jumpanya..puasa dah dekat, nak kena godeh mulut ni macam tak batal pulak puasa nanti..

source: google images


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

3 tHis girL's lovers commenting:

~cik tiEra~ said...

selamat menyambut bulan Ramadhan:)

moga segala amal ibadah kita diterima Allah s.w.t

huda jamil said...

misya, selamat berpuasa. semoga ramadhan kali ni mberi sejuta kmakna dan keberkatan :)

Muttallif said...

Selamat menyambut Ramadhan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails