CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Wednesday, June 25, 2014

Sequel - macam mana nak "move on"

salamun alaik...selamat malam..budak perempuan ni demam tapi mood menaip ada kan..seperti yg dijanjikan sequel entri..macam biasa, ni daripada pengalaman :)

bagi yang dah ikut blog ni dari awal, mesti tau macam mana aku struggle macam orang gila..hahaha dan bila umur 25 tahun ni la, budak ni jumpa jalan penyelesaian yang singkat..solat tahajjud

ye..solat tahajjud..budak ni tak tipu, ubat paling berkesan setakat ni yang budak ni dah cuba...kecewa dalam hidup tu biasa, semua orang pun pernah...ujian yang Allah bagi pun berbeza mengikut kemampuan

siapa sangka Allah nak bagi ujian yang sama tapi beratnya bertambah, halangannya lebih mencabar...dan bersama dengan kesusahan tu, Allah bagi sekali kekuatan jiwa, lebih banyak dari dulu..kalau dulu, budak ni kembali kepada yang maha Esa hanya dengan banyak membaca ayat-ayat suciNya, dan perkara-perkara lain, kali ni budak ni cuba benda baru

T A H A J J U D

nak buat mula-mula memang susah tapi disebabkan hati yang sakit kena dicari ubatnya, budak ni keraskan hati je bangun dengan alarm telefon, paksa kaki jalan ke bilik air ambik wuduk, paksa diri pakai telekung, paksa mata untuk didak mengantuk..tunduk sujud kepada Dia

indah sangat tahajjud..hanya kau dan Dia..mengadu, menangis, merayu sampai letih dan penat nak rasa sedih..sampai kau jatuh cinta dengan apa yang kau buat tu, sampai kau rasa banyaknya kasih sayang Dia untuk kau..entah, budak ni tak tau nak explain macam mana..mesti kena sendiri yang rasa...manisnya cuma orang yang buat yang tahu..

jadi, cuba la..Allah tu dekat...lebih dekat daripada urat leher kita..setiap kesusahan akan ada kemudahannya :)


~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

1 tHis girL's lovers commenting:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails