CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Showing posts with label gila benda/barang. Show all posts
Showing posts with label gila benda/barang. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

jam tangan oh jam tangan~


hyep! selamat petang yang sejuk! kali ni nak cakap pasal jam tangan..budak perempuan ni memang pakai jam tangan sebab kerjanya asik tengok waktu pukul berapa je..jadi kalau tak ada jam kena bongkar handbag cari fon sebab nak tengok waktu pukul berapa

anda ada jenama jam yang anda suka tak? contoh B.U.M, Rolex, Patek Phillipe, Bulgari, Armani, Cartier, Omega, Bonia, Swatch, Swiss Legend, Swiss Army, Swiss Military, Gucci, Casio, Seiko, Timex um..okay cukup..memang banyak jenama la..jenama ni semuanya mewah belaka ye..dan kebanyakan yang aku list tu dari Switzerland...huhuu sebab aku minat jam dari sana..reka bentuk jam tu canggih habis..


yang betul suka dan dalam wish list jam Swiss Army la..sekarang tengah pakai jam Swatch..jam Swatch tu adik yang bawah aku punya..sekarang ni jam tu dah retak cerminnya sebab adik aku yang bongsu pinjam pakai..eee geram betul..kalau jam tu harga RM2 tak apa..hishh! hari tu pergi Mid Valley tanya kalau-kalau cermin tu boleh ganti..dia kata tak boleh sebab cermin tu memang melekat..sedih betul!

huaa! dah off topic! balik pada jenama jam tadi..mahal nak matikk! RM1000-RM2000++ ye kawan-kawan...memang berjanggut la nak kumpul duit..eh jap, tak apa, nanti masuk dalam hantaran kawen boleh? hehehehe :P kawen pun lama lagi -___- 

nasib baik budak perempuan ni miskin belum kerja..ada hikmah di situ ye..ni nafsu ni..nafsu ni jangan diikutkan..pakai apa yang ada..macam mutiara kata oleh Habib Umar bin Hafidz

sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti



psst~nasib baik budak ni tak berapa suka shopping dari kedai ke kedai..nak apa, terus datang kedai tu, beli dan balik..singgah blog tak apa..hihii


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, November 19, 2011

P - Putih | Tips Memakai Pakaian Putih


I love Putih! sumpah tak tipu!

selamat petang! hari ni 3 jemputan kahwin, 1 daripada kawan sekolah rendah aku..tahniah echa! kali terakhir jumpa masa sekolah rendah, sekali lagi jumpa dah kahwin...wahh! tiba-tiba aku pulak meroyan nak kawen jugak! 

jadi hari ni nak buat huruf P..putih..hehe kalau readers memang tau la kan budak perempuan ni suka putih..huhuu pakaian aku, tudung etc banyak warna putih..white lover la katakan :P ada orang takut nak pakai pakaian putih sebab takut kotor, susah nak jaga, jarang dan sebagainya..tapi aku relaks je..haha..tapi aku bukan la pakar fesyen pun..ni yang aku tau dan dibaca daripada majalah dan website je...

first off, pakaian putih melambangkan ke-simple-an, bebas, gembira dan sebagainya..aku suka putih sebab aku suka simple huhuu


google images

1. yang pertama, pastikan putih sesuai dengan anda
tak ramai orang yang sesuai dengan warna putih..kalau warna kulit macam aku ni sesuai la jugak..warna kulit yang tak terlalu gelap n tak terlalu cerah sangat..kalau sawo matang, tanned skin secara semula jadi sesuai kot..kalau putih menyebabkan anda kelihatan pucat, hindarkan 

2. pilih jenis kain yang tak jarang
kain putih biasanya akan nampak jarang..tips masa beli kain putih, hadapkan kain kat tempat bercahaya, letak tangan anda di belakang kain..kalau bentuk tangan dan warna kulit anda nampak dengan sejelas-jelasnya, bila pakai kain/baju tu nampaka la semua yang dalam..huahaha..hindarkan ye..

3. pilih kain putih yang berkualiti
contohnya kain cotton atau linen berkualiti 

4. pakai pakaian dalam yang sama dengan warna kulit
selalu orang takut pakai putih sebab nanti nampak pakaian dalam kan? jadi, jangan pakai pakaian dalam yang berwarna-warni....jangan pakai putih jugak


google images
5. padankan dengan aksesori berwarna semula jadi
 cari aksesori, kasut dan beg tangan yang sesuai dengan pakaian putih anda..kalau nak menonjol, pakai kasut tinggi warna merah..haha! yang berpadanan warna coklat, perak, emas..warna-warna semula jadi..jangan pakai putih jugak!

6. jangan pakai putih kalau nak berbasahan
kalau nak pergi mandi kat pantai, air terjun, jangan pakai putih..nanti semua nampak huhuu

7. jangan pakai pakaian putih yang ketat
semua tayar, benjol, bisul akan terserlah..haha

8. jangan pakai putih kalau anda nak buat kerja lasak

9. untuk perempuan, berhati-hati masa 'bercuti' :)

1 mitos, kalau pakai putih nampak gemuk..tak pun...lepas ni dah tau do's and don'ts ni dah boleh pakai pakaian putih dah :) sekarang aku tengah gila nak matching putih dengan kuning cair..sweet okay! nanti kawen pun aku nak all white macam gambar abang dengan akak kat bawah ni..sumpah hari kawen tu aku pengsan dengan warna putih aje nanti haha :P


google images





psst~ i never lie when i say i love putih very much



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, May 9, 2011

gila rantai!~~

assalamualaikum..hee hari ni nak bagi tau kat semua orang yang sebenarnya aku sekarang ni tengah gila rantai!!! haha..rantai apakah? bukan rantai emas..rantai yang fesyen-fesyen tu..

okay..bawah ni gambar-gambar rantai pelik-pelik (eh aku memang pelik ke?)














err..ni peluru..mak ai kalau dapat ni...koleksi rantai terbaik la..


aaaaa..ni termasuk dalam wishlist..tapi kalau tak ada pun tak kesah..comel je botol kecik ni..teringat jap surat dalam botol..haha




habis comel.. XD

okay..yang bawah ni memang ada dalam wishlist sejak sekian lama..bila entah nak dapat agaknya...terutama yang gambar pertama bawah ni..

ni apa? ni sauh kapal..ada orang fikir aku pelik sebab nak rantai sauh kapal ni..hahaha..beb! sentimental value ni..tak semua orang tau..

apa ni? ni ala-ala time turner dalam Harry Potter an the Prisoner of Azkaban..ala, yang Hermione guna tu...tapi ni bukan time turner betul-betul, ni hour glass je...mana weyh nak cari??




hmm..aku dah ada koleksi kapal terbang, jam poket, huruf S..tapi malas nak upload gambar la..next entry la..hee..jadi, kalau anda terjumpa rantai yang termasuk dalam wishlist yang telah dinyatakan di atas kat kedai, SILA LA BELI DAN CEPAT-CEPAT BERITAHU AKU! sebab aku macam dah putus asa cari T_T





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails