CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Saturday, July 15, 2017

Anda Minum Kopi?

Assalamualaikum!

Anda minum kopi? Aku memang minum kopi lagi sejak kecil, sebab ibu dan ayah memang minum kopi, tapi kopi O atau kopi susu je la. Mungkin sebab dah terbiasa. Ni bila dah besar dah tau ada macam-macam jenis kopi yang ada kat dunia baru la mula ada jenis-jenis yang digemari. Naik pening nak ambil tau semua jenis kopi, padahal kuantiti serbuk kopi, gula, susu dan air je yang berlainan.

Jom tengok apa jenis kopi yang wujud dalam dunia ni! Klik untuk pembesaran.

source: Google Image
Biasa orang sebut Latte, Mocha, Espresso. Latte tu sebenarnya banyak susu. Mocha pulak ada campuran coklat. Yang aku minum dari kecik tu Americano la kan? haha tapi kegemaran sepanjang masa cappuccino. 

Jadi, mana satu yang anda suka?



~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, February 11, 2012

mari buat assignment!


hyep! ye kawan-kawan..aku ada assignments yang bertimbun di kala ada antara kawan-kawan yang sedang bercuti dan bersenang-lenang serta bercuti sakan di kampung halaman..huaaa! ala, tapi bila aku cuti anda pulak  tengah tertonggeng buat tugasan..ye tak? hihihi

sebenarnya dari pagi tadi cari mood assignments..payah betul nak sampai tau mood tu...dah dua minggu tunggu dan akhirnya masa duduk depan tv menonton Kuch Kuch Hotak Hang Hota Hai baru la mood tu tergedik-gedik sampai..

pagi tadi dah mundar-mandir dalam bilik..bosan, keluar bilik buat breakfast jemput-jemput ikan bilis dan nescafe hihihii


suka makan dengan sos cili dan kadang-kadang cicah dengan sos thousand island tu..huhuu

lepas tengok KKHH mood tu hilang semula..adehh tu yang kembali ke dapur..dinner pulak buat spaghetti aglio olio version tak ada oregano..haha nama resepi macam tu boleh? adehh..tapi boleh la..tak ada pun tak apa..huhuu


dah lama tak buat entri makanan kan? entah ni buat assignment akademik ke assignment suri rumah tangga, aku pun tak tau la >_<

mana lunch?? budak perempuan ni malas lunch tadi haha



psst~ baru mula 15% je tugasan pertama tu..hurmm ada lagi tugasan kedua dan ketiga T_T




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, November 11, 2011

J - Jemput-jemput


hyep! aku hampir terlupa hari ni huruf J..al maklum la sibuk dengan kerja..hihii okay, seperti tajuk jemput-jemput..ni perkataan orang johor tapi orang negeri lain panggil cucur ataupun cekodok..haha dua-dua pun sama je..

ada banyak jenis jemput-jemput seperti jemput-jemput udang, pisang, ikan bilis, bawang, kurma, kentang, keledek, manis, nasi pun ada! tak percaya? cuba la google..ngee..tak tau rupa jemput-jemput atau cucur ataupun cekodok ni? gambar bawah ni jemput-jemput pisang


aw aw aw! sedapnye..jemput-jemput ni bahan asasnya tepung gandum je..yang lain-lain tambahan..anda nak goreng adunan tepung dan air sahaja pun boleh..namanya tetap jemput-jemput tapi kurang sedap la sebab tak ada flavour kan..tu yang letak pisang, bawag, ikan bilis, udang etc..senang je buat ni..orang lelaki yang jarang pergi dapur pun boleh buat..cuma kena pastikan jangan terlalu sikit air, jangan terlalu lebih air dan garam jangan lupa!

aku tengah mengidam jemput-jemput ikan bilis ni...hurm dah lama tak makan jemput-jemput ikan bilis ibu..selalunya aku je yang buat kat rumah...ye la aku dah besar kan..sekali mintak ibu buat, ibu cakap "pergi la buat sendiri, senang je pun" okay, sangat hampa T_T

nak resepi? klik je kat gambar jemput-jemput pisang tu.. :)




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails