CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

kerana tapi~

salamun alaikum..maaf, baru nak update ni..sebab kerja dah siap..heee..tahu tak insomnia budak perempuan ni berlanjutan sampai hari semalam..hari ni tak tau la boleh tidur ke tak..haha ni sebab pil aku tak cinta kamu dan dia (abaikan)

masa dalam bas tadi, entah...terfikir empat perkataan yang sama, tapi bila ubah susunan perkataan tu, seluruh maksudnya menjadi lain..kerana empat perkataan tu boleh buat hati jadi bahagia, juga berdarah luka (alamak ayat macam ni..geli baca kan?)

kita tak layak untuk dia..
kita tak kisah la dia macam mana pun (dada sebak gila)
tak..tak..ni antara hidup dan mati
kenapa sebenarnya ni? (menangis dah)
cari orang lain ye..
tapi, saya sayangkan awak

mesej terakhir, 'tapi saya sayang awak' itu dikirimkan kepadanya namun tiada balasan..senyap macam tu je

apa khabar? sihat?
ok je
dengan siapa sekarang?
tak ada siapa-siapa
laa.kenapa tak cari pengganti?
perlu ke kalau untuk sakitkan hati je?
saya nak buat macam mana? saya sayangkan awak, tapi....

mesej 'saya sayangkan awak, tapi...' itu dikirimkan daripadanya bersama pemberat seberat sauh kapal, dijatuhkan atas sekeping hati..hancur berkecai, bersepai la kan?

hati-hati menyusun kata kerana walaupun hanya perkataan, mampu hancurkan hati orang


source: wehearit


psst~ hp aku biarkan mati tak bernyala..kea? berapa jam lagi mati la kot..biarrrrr




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, April 5, 2012

kenapa senyap??


senyap lelaki merupakan salah satu cara memujuk
senyap wanita menunjukkan dia merajuk
senyap lelaki tanda tak ada duit
senyap wanita tanda sorok duit
senyap lelaki menahan geram
senyap wanita memendam perasaan
senyap lelaki mengelak daripada dipantau
senyap wanita kerana nak memantau
senyap lelaki nak elak dari terbocor rahsia
senyap wanita nak korek rahsia
senyap lelaki tengok periuk kat dapur
senyap wanita tengok cerita korea pangako sayo :P

lama kan tak update? termasuk facebook dan twitter..tak tengok langsung..seminggu lebih..bukan sibuk cuma sengaja hilangkan diri..penat la..diam-diam buat hal sendiri pun susah, tak kacau siapa-siapa pun, usik jentik apatah lagi..ishh biar la.. 

aku tak ambil pusing pun apa yang berlaku kat sekeliling..nak kata? silakan..nak maki? hamun pun boleh sayang..nak buat aku sakit hati? jemput tikam sekali jantung aku ni..nak panggil aku minah jepun? perempuan tetttt?? entah apa lagi, panggil la apa pun, nama aku tetap sedap dan cantik ibu beri hampir 23 tahun lalu..

kenapa senyap? sebab dalam segala hal, diam itu lebih baik dan Allah tidak pernah tidur sayang..ingat tu =)

*senyap*
kenapa diam?
kita tunggu dia cakap..
kenapa tunggu? 
sebab kita memang tunggu dia la..
sampai bila nak tunggu?
sampai tak ada apa lagi yang nak dicakapkan dan ditunggu..
*senyap lagi*

tu kiasan dan aku tahu dia faham..aaaaaa sedih bila teringat..benci!



psst~ pagi-pagi subuh dah berselisih faham dengan orang kat fon..maka, bertuah la dia, dia seorang  je yang bercakap dengan aku hari ni selain housemate aku..


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, March 20, 2012

baik-baik sayang turun tangga tu~


saya tak boleh dengar lagu ini..intro lagu pun tak boleh..sikit pun tak boleh..



kenapa? sebab ni:

tadi jatuh tangga *buat muka sedih minta lempang*
dah jatuh belum?
dah..macam tu pulak dia cakap kat kita?
hmm..apa yang sakit? kaki?
entah, terseliuh kot ni
turun tangga tu baik-baik sayang..jangan cuai-cuai
mana tau nak jatuh, malang tak berbau..
dah jangan nangis lagi..

***
~baik-baik sayang pergi kelas tu
~baik-baik sayang buat kerja..
~baik-baik sayang, jangan main panas nanti sakit kepala
~baik-baik sayang jalan, nanti jatuh..
~baik-baik sayang..guruh guruh ni jangan pegang besi, main hujan semua..ishh kata takut guruh?
~baik-baik sayang..main hujan pulak dia..balik nanti terus mandi!
~lailahaillallah muhamadur rasulullah..baik-baik sayang! nanti kita tak ada siapa nak pesan macam ni lagi?!


tak ada orang nak pesan macam tu lagi...nangis sendiri je...dia? ada..tapi tiada....







MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, February 16, 2012

tak boleh derma darah~


yay! rindu belog..dah cakap dah tak lama pun..tak sampai 5 hari pun kan? assalamualaikum..dan selamat petang..hari ni nak cakap pasal derma darah...tapi kenapa tajuk macam tu? apa hukum derma darah ni sebenarnya?

dah check kat e-fatwa dah..hihii hukumnya:
harus menderma darah dan tak perlu asing darah orang islam dan bukan islam

bukan dapat menyelamatkan nyawa orang lain sahaja tetapi penderma darah akan dapat pelbagai manfaat seperti:
1. dapat check tahap kesihatan kita secara tetap dan teratur
2. dapat info tentang kesihatan dan menggalakkan amalan hidup sihat
3. derma darah dapat membantu proses penghasilan sel darah merah yang baru..

weheartit

erk..kenapa aku rasa entri ni macam formal tak macam selalu (maybe skill menulis kau dah berkurang, siapa suruh berhenti hari tu)

jadi, apa yang tak boleh derma nya?
sebenarnya aku tak tahu pun aku ni boleh derma darah ke tidak..tak pernah pergi check pun boleh ke tak..tapi memang teringin sangat nak derma..bila nak derma tu saje la survey kat orang yang dah pernah derma..tau tak mereka cakap apa?

"tak payah derma darah la kau ni..tak payah!"
"jangan derma, nanti darah kau jadi sikit kang susah.."
"tak payah la derma darah..jangan nak mengada.."

down kejap bila orang-orang cakap macam tu..apa? darah aku ni tak ada potensi boleh tolong orang ke? bukan patutnya memberi galakan dan dorongan ke? siapa yang cakap macam tu? 2 orang nurse, 4 orang kawan...urm..pandangan bakal doktor belum mintak lagi sebab takut dapat jawapan yang sama (kenapa bakal? sebab dia belum jadi doktor betul la..masih study)

dah dua kali dah nak derma tapi terbantut niat tu..

pernah derma darah tak?
pernah..
sakit tak?
tak pun..sikit je masa nak cucuk jarum tu..jarum dia besar..kenapa?
tak ada la..tanya je..kat lobi kolej ada bukak tempat derma darah..ingat macam nak pergi derma..esok kot
oh..tak payah la derma..
alaaa..kenapa pulak?
nanti sakit la..bukan tahan sakit pun kan?
haaa tipu..tadi kata tak sakit..
kenapa degil sangat ni? kita cakap sakit tu sakit la!
(diam..topik perbualan diubah)

suka hati aku la nak derma ke tak..you're not here anymore anyway..



psst~ this girl is afraid to open up again to anyone...




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, July 21, 2010

surat dalam botol~

Evening peeps! Selamat malam semua(tapi belum nak tidur lagi)..hmm..okay, straight to the point..ni bukan review buku ye..hmm..aku akhirnya dah siapkan assignment...tapi assignment tu...aku tau tak berkualiti..satu lagi okay la kot..ye la kan, buat pun dalam keadaan emosi tak stabil..dalam keadaan tak ada mood..tarikh akhir pulak lusa..tak pernah aku tak siap assignment seminggu sebelum tarikh akhir..tapi, alhamdulillah...walaupun tak berkualiti..

dan akhirnya aku dapat mula baca buku yang aku beli ahad lepas...betul-betul macam kat gambar bawah ni..
cantikkan kulit depan buku ni...putih dan jingga warnanya..memang warna kesukaan aku..mahal la buku ni(cehh..macam tak tau pulak buku luar negara memang mahal) sampai pinjam-pinjam duit orang nak beli buku ni ahad lepas..sebab tak ada kad ahli kedai buku tu..hurmm..tak sempat nak tengok filem ni..filem lama..dah lama dah buku ni..aku baru nak baca..haha!

sebab beli buku ni yang pertamanya sebab penulisnya(minat sejak tengok filem the notebook dan buku Dear John), yang kedua sebab tajuknya(aku pernah buat "message in a bottle" dulu), yang ketiga sebab kulit buku ni..hahaa..sebab yang tidak munasarawak yang ketiga tu...

yang samanya, surat pertama watak novel ni jumpa ada sikit sama dengan surat kedua aku dan surat kedua sama sikit dengan surat pertama aku...hurmm..gila ironi...tak tau la kenapa Sparks ni tulis macam ada kena mengena pulak dengan diri aku..okay perasan sudah..ciput je sama...tu pun nak kecoh satu dunia kan? I know what you guys are thinking..tacing la macam ni..sampai hati...hm, nak baca terus kan..tak nak baca, tinggal jejak ye.. :)

dalam novel ni, surat pertama, "My Dearest *********, I miss you, my darling, as I always do...." ni je yang sama, ayat pertama yang sama..seriously, exactly the same...kenapa aku macam teruja nak bagi tau ni?? hahhaa..tak apa la, suka hati la kan..surat ni surat kedua, aku masukkan dalam botol dan aku campakkan ke laut china selatan..laut china selatan ke?? aku buang kat Kuantan, tengah tahun 2008..masa hari keluarga..gi kat tepi pantai tu, aku letak je botol tu kat gigi air..tolak-tolak sikit dengan kayu..aku tengok je botol tu pergi dibawa ombak(pehh ayat dia!)

surat kedua dalan novel tu, yang sama ayat pertama jugak.."My Darling *********, Where are you?..." tu je..ni surat pertama yang aku letak dalam botol..aku buang kat muara sungai Muar..agaknya akhir tahun 2007 kot..masa tu saje jalan kat Muar, nak beli buku sebenarnya, ayah berhenti kereta kat Tanjung....um..aku dah lupa pulak..hmm., ayah gi beli mee bandung, aku pulak gi kat tembok tu, keluarkan botol dan campak kat situ..masa tu ramai orang..orang ingat aku buang sampah..aku sengih je kat pakcik yang tengah memancing tu..hehe..

kandungan surat tak sama okay..jangan korang gi beli buku ni, baca dan anggap kandungannya sama macam yang aku pernah tulis..haha..tak sama, dan aku tak kan cerita pun pasal kandungannya...geezzz..sadly, that guy never know about this...and I'm glad he doesn't..

lepas ni, siapa yang duduk Muar dan Kuantan, rajin-rajin la korang ke tepi laut..mana tau korang jumpa botol-botol aku tu...tapi dah lama..dah 1 2 tahun dah..kalau nasib baik, botol cuka tu tak pecah kena batu ke apa ke..aku buat 2 je..ada jugak terfikir nak buat yang ketiga..tapi semua tu dah tak bermakna dah.....

okay, tiba-tiba rasa sedih pulak..dah la...

ps: gabus aku curi kat makmal sekolah..maaf cikgu, tapi saya amik 5 je..tak banyak..hehehe


MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails