CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Tuesday, September 20, 2011

pengalaman itu guru | Banda Aceh


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat dan bumi telah mengeluarkan bebanan berat yang dikandungnya dan manusia bertanya, "mengapakah bumi jadi begini?". Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya tuhanmu telah memerintahkan yang demikian itu kepadanya. Pada hari itu, manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihatnya balasannya pula. --Al-Zalzalah--

aku dah balik Malaysia! hehee..ye, seperti yang dijangkakan, banyak yang aku dapat daripada pelarian aku..aku pergi mana? jalan-jalan amik iktibar..jalan-jalan cari ilmu di Banda Aceh..ye la, "Serambi Mekah" tempat yang kena tsunami hampir 7 tahun dulu..nak cerita pun macam dah terlambat pulak sebab dah 7 tahun bencana alam tu berlaku..

kalau 7 tahun dulu kita dengar malapetaka tu berlaku melalui tv/radio tapi 4 hari lepas aku tengok sendiri kesan-kesan yang masih ada akibat bencana tu..cerita daripada pemandu pelancong kami; orang ramai bingung, tak tau apa yang berlaku, takut dan macam-macam rasa lagi..benar sungguh apa yang dibaca dalam Al-Quran tu (aku tak dapat recall ayat yang mana satu)



ni Aceh kot...coastline



ni masjid yang ramai orang yang berlindung terselamat..masjid raya baiturrahman

cerita daripada pemandu pelancong, ada seorang cina bukan beragama Islam semasa hari kejadian, dia tengok ramai yang lari masuk masjid..jadi, dia 1 keluarga pun ikut lari masuk masjid..tapi masa dia berlari nak masuk tu, dia nampak seolah-olah masjid ni terangkat daripada tanah, terapung macam tak bagi dia sekeluarga masuk masjid tu..tapi alhamdulillah dia sekeluarga dapat berlindung..lepas air surut, yang beragama Islam yang berada dalam masjid tu buat sujud syukur, cina tadi sekeluarga ikut buat..kemudian dia masuk Islam..dapat hidayah :)




3 gambar atas ni masjid baiturrahim..gambar akhir tak dapat amik penuh sebab dekat sangat..haha

ni masjid..um..aku dah lupa namanya..dikatakan masjid ni penuh dengan kayu balak yang macam baru ditebang..tak tahu dari mana kayu-kayu balak tu datang..nak kata dari kilang, kilang kayu kat tempat lain..tak kan daripada laut?? misteri di situ..


kapal besi dan kapal nelayan yang terdampar..kapal nelayan tu terdampar atas rumah..paras air masa tu mesti lagi tinggi sebelum surut..setinggi 2 pokok kelapa..

err..atas ni kasut aku..

kasut ni beli kat Malaysia sehari sebelum pergi..baru 1 hari pakai dah jadi macam tu..lepas 3 jam jalan, sebelah kiri pulak..tapak dua-dua kasut tercabut..malu seyh! masa jalan tapaknya tertinggal..=P ish ganas kan budak perempuan ni pakai kasut..haha..ibu ayah dah bebel je suruh pergi beli kasut baru..tapi aku tak nak..kasut ni baru beli kot! tak kan nak buang..rupanya, sekitar bandar Banda Aceh ni, bersepah tukang jahit kasut dengan tukang baiki jam..

keluar je pintu masjid baiturrahman lepas solat zohor, terus jumpa pakcik ni..huhuu..kena 20 ribu je..murah kan?

besar gila kunyit ni..aku tak pernah jumpa kat Malaysia..biasa jumpa yang besar ibu jari kaki je..yang ni besar penumbuk orang lelaki weyh! *jakun*

aktiviti terakhir sebelum acara bebas, melawat ke rumah anak-anak tsunami/yatim perempuan..

aku kalau part anak-anak yatim ni, kat malaysia ke, indonesia ke tempat lain ke, aku tak boleh tahan sedih..tapi aku tak menangis la..heee..ada seorang anak tsunami ni, aku tanya, "kamu anak tsunami ya?" dia jawab, "iya..ibu sama bapak dan 2 adik!" sedihnya aku!! 

aku selalu tak tau nak cakap apa bila dah tau sebab yang menyebabkan seseorang tu jadi anak yatim, tak kira la orang tu kawan aku ke orang lain ke...hurm..aku cuma pegang bahu budak tu je..you know, like giving the comfort and support grip on the shoulder..budak tu terus salam cium tangan aku..tetttt ye la aku kakak kan..

bukti aku keluar masuk malaysia-aceh indonesia..hehe

mana gambar aku? tak payah la..heee

pengajaran dan ilmu banyak aku dapat..pelarian ni seronok..rasa nak buat lagi je..heee (nanti kena bebel dengan encik kawan lagi kot) lupa kejap yang sedih-sedih tu..tapi bila sampai Aceh, sedih lain pulak datang menjengah..aiyarkk! yang pentingnya, aku dapat sentuh awan (percaya ke?) dapat tengok awan putih dekat-dekat lagi..dapat rasa feeling best masa kapal terbang take off dan touch down lagi, dapat tengok rupa bentuk muka bumi dari atas lagi, dapat tengok langit dan laut biru..awww! semua tu favourite aku..

okay dah.. -___- panjang dah ni...terima kasih kerana sudi membaca..



psst~pasport mati 2014..baru keluar masuk malaysia 2 kali aje..next destination, Beijing, China and Mecca, Saudi Arabia..insyaallah =) *masa kerja baru dapat kot*







MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, August 17, 2011

K A R M A


salamunalaik...macam agak cepat pulak terawih sendiri tadi..nak gerak ke surau/masjid macam malas pulak..hehe ingat nak buat wordless wednesday..tapi..huhuu tengok je la


nak kata aku percaya pada karma..hurm..kalau tak silap aku, "karma" ni istilah sanskrit dalam agama Hindu , Buddha err..yang penting dari India la (kalau silap maaf ye)..tapi aku lebih suka gunakan "balasan"..yang aku percaya, balasan daripada Allah sama ada perbuatan baik ataupun jahat..

kalau kita buat baik dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan daripada orang yang kita telah buat kebaikan tu, tapi daripada Allah..sebab ganjaran Allah lagi besar daripada apa yang mampu orang tu bagi kepada kita...hurm..tapi kalau orang tu dah hulur RM50 macam mana? dah orang bagi ambil je la kan..nanti orang tu rasa terhutang budi, rasa bersalah..susah pulak..kalau tak hulur apa-apa, tak apa la kan..

begitu juga dengan keburukan ataupun dosa yang dilakukan..ada balasannya..ada orang berdendam..kalau kita buat jahat pada orang, dan orang tu membalas..balasan daripada manusia mungkin tak seberapa tapi kalau balasan daripada Allah? orang kata sekarang ni Allah bayar tunai..tak tunggu kiamat..waallahualam

balasan daripada Allah lagi sakit..berganda daripada apa yang boleh dilakukan oleh manusia..jangan la ada antara kita menganiaya sesama manusia..doa orang teraniaya tu makbul..cuma kita perlu bersabar dan menerima ujian hidup dengan redha dan bermuhasabah diri..tak perlu berdendam..Allah bersama kita..cukup la Allah sebagai pembantu kita




psst~ jangan buat orang, nanti orang buat kita balik..




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, August 11, 2011

Tips segar di bulan Ramadhan


kau ni segar je..tak puasa ke? 

err...tak semestinya badan segar maknanya tak puasa..ye tak? .bila aktif sikit bulan puasa, ada je orang pandang serong..katanya tak puasa..persepsi apakah ini?? (cewahh! rasa macam pengacara WHI pulak.. =P) 

puasa bukan alasan seseorang tu tak boleh bersukan..malah masa puasa la kalau bersukan kalori lemak dalam badan tu gedebuk-gedebuk jatuh (haha ayat tak boleh bla!) masa bulan puasa kat sekolah dulu, ada kawan ni ajak main bola keranjang..sebab aku ni olahragawati sekolah (jangan percaya!), aku pun ok je la..sebab masa tu puasa, tak ada orang yang nak main bola tu dengan dia..kesian jap..

tiba-tiba ada orang datang kat court cakap "oi, tak puasa ke?" muka aku dah merah je (sebab bersukan pun ye, sebab malu kena tegur kuat-kuat macam tu pun ye) suka aku nak tegaskan kat sini, puasa tidak menjadi halangan kepada seseorang untuk bersukan ye..it's a very lame perception -___-

aku nak bagi tips sikit..tips segar di bulan Ramadhan..segar walaupun berpuasa

1. bersahur
bekalan tenaga untuk 1 hari..sangat penting, sepenting sarapan pagi harian..lagipun dapat pahala..bagi pahala tak nak..bila dah letih salah siapa? bersahur tu biar lewatkan sikit, tapi jangan la dah subuh pun masih bersahur lagi..

2. ambil makanan berkhasiat semasa bersahur dan berbuka
jangan la makan twisties untuk sahur, chipsmore untuk berbuka..aduhh! makan makanan bergizi, yang seimbang..protein, karbohidrat, kalsium, vitamin semua cukup..baru la badan tu rasa sihat.

3. banyakkan minum air putih/kosong/masak semasa bersahur dan berbuka
bukan tak boleh minum air katira, air soya, air mata kucing, twister, pepsi etc..cuma biar badan tu terima cecair yang cukup je

4. bersahur dan berbuka sekadarnya
jangan makan sampai nak bangun pun tak larat, sampai termuntah pulak..melantak? ish..tak elok kan? berhenti makan sebelum kenyang..tu nasihat nabi kita kan? :)

5. jangan banyakkan tidur di waktu petang
uhh! ni kalau buat gerenti letih kaw-kaw punya..jangan buat ye..tidur pada waktu zuhur..sebelum zuhur pun okay kot tapi jangan berlanjutan sampai ke waktu berbuka pulak..makruh, kurang pulak pahala puasa nanti..

6. bersukan/beriadah
ye la bersukan..kalau tak bersukan nanti badan tu lemau, lemah longlai je..kalau tak nak bersukan, cukup la berkebun je..sekurang-kurangnya peluh, toksin, racun segala bagai tu keluar dari badan..tu yang buat badan tu lemah je..

7. jangan malas!
jangan malas nak buat kerja-kerja harian..nak bangun on tv pun malas ke? nak mandi pun malas ke? eh, ada tau orang macam ni bulan puasa..ish..jangan la malas..latih badan tu buat jugak kerja harian..kalau tak latih macam mana nak bagi badan tu tak letih..makanan yang dimakan semasa bersahur tak terguna..nak buat apa simpan jadi lemak kan? jangan malas solat, jangan malas tadarus al-quran etc kalau nak tambah pahala ye! :)

hehe..tu je la..kalau anda nak tambah, silakan la tambah di ruangan komen..semoga kita sama-sama amalkan agar tetap sihat dan segar di bulan Ramadhan





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails