CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

pengalaman itu guru | Banda Aceh


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat dan bumi telah mengeluarkan bebanan berat yang dikandungnya dan manusia bertanya, "mengapakah bumi jadi begini?". Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya tuhanmu telah memerintahkan yang demikian itu kepadanya. Pada hari itu, manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihatnya balasannya pula. --Al-Zalzalah--

aku dah balik Malaysia! hehee..ye, seperti yang dijangkakan, banyak yang aku dapat daripada pelarian aku..aku pergi mana? jalan-jalan amik iktibar..jalan-jalan cari ilmu di Banda Aceh..ye la, "Serambi Mekah" tempat yang kena tsunami hampir 7 tahun dulu..nak cerita pun macam dah terlambat pulak sebab dah 7 tahun bencana alam tu berlaku..

kalau 7 tahun dulu kita dengar malapetaka tu berlaku melalui tv/radio tapi 4 hari lepas aku tengok sendiri kesan-kesan yang masih ada akibat bencana tu..cerita daripada pemandu pelancong kami; orang ramai bingung, tak tau apa yang berlaku, takut dan macam-macam rasa lagi..benar sungguh apa yang dibaca dalam Al-Quran tu (aku tak dapat recall ayat yang mana satu)



ni Aceh kot...coastline



ni masjid yang ramai orang yang berlindung terselamat..masjid raya baiturrahman

cerita daripada pemandu pelancong, ada seorang cina bukan beragama Islam semasa hari kejadian, dia tengok ramai yang lari masuk masjid..jadi, dia 1 keluarga pun ikut lari masuk masjid..tapi masa dia berlari nak masuk tu, dia nampak seolah-olah masjid ni terangkat daripada tanah, terapung macam tak bagi dia sekeluarga masuk masjid tu..tapi alhamdulillah dia sekeluarga dapat berlindung..lepas air surut, yang beragama Islam yang berada dalam masjid tu buat sujud syukur, cina tadi sekeluarga ikut buat..kemudian dia masuk Islam..dapat hidayah :)




3 gambar atas ni masjid baiturrahim..gambar akhir tak dapat amik penuh sebab dekat sangat..haha

ni masjid..um..aku dah lupa namanya..dikatakan masjid ni penuh dengan kayu balak yang macam baru ditebang..tak tahu dari mana kayu-kayu balak tu datang..nak kata dari kilang, kilang kayu kat tempat lain..tak kan daripada laut?? misteri di situ..


kapal besi dan kapal nelayan yang terdampar..kapal nelayan tu terdampar atas rumah..paras air masa tu mesti lagi tinggi sebelum surut..setinggi 2 pokok kelapa..

err..atas ni kasut aku..

kasut ni beli kat Malaysia sehari sebelum pergi..baru 1 hari pakai dah jadi macam tu..lepas 3 jam jalan, sebelah kiri pulak..tapak dua-dua kasut tercabut..malu seyh! masa jalan tapaknya tertinggal..=P ish ganas kan budak perempuan ni pakai kasut..haha..ibu ayah dah bebel je suruh pergi beli kasut baru..tapi aku tak nak..kasut ni baru beli kot! tak kan nak buang..rupanya, sekitar bandar Banda Aceh ni, bersepah tukang jahit kasut dengan tukang baiki jam..

keluar je pintu masjid baiturrahman lepas solat zohor, terus jumpa pakcik ni..huhuu..kena 20 ribu je..murah kan?

besar gila kunyit ni..aku tak pernah jumpa kat Malaysia..biasa jumpa yang besar ibu jari kaki je..yang ni besar penumbuk orang lelaki weyh! *jakun*

aktiviti terakhir sebelum acara bebas, melawat ke rumah anak-anak tsunami/yatim perempuan..

aku kalau part anak-anak yatim ni, kat malaysia ke, indonesia ke tempat lain ke, aku tak boleh tahan sedih..tapi aku tak menangis la..heee..ada seorang anak tsunami ni, aku tanya, "kamu anak tsunami ya?" dia jawab, "iya..ibu sama bapak dan 2 adik!" sedihnya aku!! 

aku selalu tak tau nak cakap apa bila dah tau sebab yang menyebabkan seseorang tu jadi anak yatim, tak kira la orang tu kawan aku ke orang lain ke...hurm..aku cuma pegang bahu budak tu je..you know, like giving the comfort and support grip on the shoulder..budak tu terus salam cium tangan aku..tetttt ye la aku kakak kan..

bukti aku keluar masuk malaysia-aceh indonesia..hehe

mana gambar aku? tak payah la..heee

pengajaran dan ilmu banyak aku dapat..pelarian ni seronok..rasa nak buat lagi je..heee (nanti kena bebel dengan encik kawan lagi kot) lupa kejap yang sedih-sedih tu..tapi bila sampai Aceh, sedih lain pulak datang menjengah..aiyarkk! yang pentingnya, aku dapat sentuh awan (percaya ke?) dapat tengok awan putih dekat-dekat lagi..dapat rasa feeling best masa kapal terbang take off dan touch down lagi, dapat tengok rupa bentuk muka bumi dari atas lagi, dapat tengok langit dan laut biru..awww! semua tu favourite aku..

okay dah.. -___- panjang dah ni...terima kasih kerana sudi membaca..



psst~pasport mati 2014..baru keluar masuk malaysia 2 kali aje..next destination, Beijing, China and Mecca, Saudi Arabia..insyaallah =) *masa kerja baru dapat kot*







MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, June 3, 2011

Banged!

assalamualaikum..okay, apa yang banged! ni? hehee..aku dah betulkan bangs aku..bangs tu apa? bangs ataupun fringe ataupun dalam bahasa kita rambut depan yang kat dahi..macam  rambut depan katy perry ni..tapi aku punya tak ada la macam ni..


ada la bulan bila entah, aku pergi potong rambut..cakap kat tukang gunting tu mintak tolong dia trim rambut depan tu sekali sebab dah panjang..hurm..sebenarnya pertama kali aku pergi kat salon cina tu..tu pun sebab TERPAKSA..kedai gunting makcik normah tutup hari tu..nak tunggu esoknya pulak aku dah kena balik kolej..alih-alih nyonya tu gunting rambut depan aku buat style apa entah aku sendiri pun tak tau..tapi serius tak lawa..

ni lepas beberapa bulan aku biarkan rambut depan tu panjang, aku gunting sendiri je! haha..nak pergi kedai semata-mata nak trim rambut depan je memang tak la..kena bayar pulak tu..so lepas godeh-godeh jadi la macam ni..tadaaa!


haha..tak adanya aku nak tunjuk rambut aku kat sini..aurat okayh! contoh je..hee..tak la sesempurna ni tapi lebih kurang macam tu la..lagipun aku tak ada pengering rambut, tak ada pelurus rambut (hair straightener..err..macam pelik pulak kalau diterjemahkan) tak ada pisau..um..razor rambut..yang ada cuma gunting biasa dengan sikat je..pandai pulak aku nak 'styling' rambut sendiri..


hmm..siapa kata wanita bertudung tak boleh berfesyen rambut macam ni....aku boleh je!! and girls, even though you cover up your hair with hijab, don't take your hair for granted..take a good care of your hair okay =)

nak buat jugak? tengok la tutorial bawah ni..pause dulu lagu blog ye..



psst~ kekesalan yang amat! pagi tadi sepatutnya aku puasa!!!! tapi tiba-tiba pagi tadi aku makan mee hun goreng + sambal sotong sedap! tengah makan tu baru teringat..haihh..






MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, October 22, 2010

info Malaria | Love Holidays

assalamualaikum dan selamat tengah hari Jumaat..macam dah berbulan je rasa tak update blog (haha padahal hari tu baru je post entri) semalam jari aku kena tebuk..berlubang dah jari manis tangan kiri aku..sakit kot..sadissss..betul la..aku tak tipu..tau anda semua mesti tak percaya kan?



misi-misi tu serbu masuk kelas..pintu dijaga tak bagi pelajar keluar..lepas tu paksa kami cek darah..kejam tak? aku tak tipu ye..betul..sebab kat kolej kami ada kes malaria..

kami diberitahu, kes ni sebenarnya bawaan pelajar luar negara yang ada kat kolej ni..pihak hospital buat macam ni..ye la takut pelajar tempatan pulak kena..kalau pelajar luar negara je yang kena, aku tak rasa pihak hospital kisah sangat..hahaha!

sebab ada yang tak nak bagi kerjasama cek darah, tu yang mereka serbu masuk dalam kelas (sebelum ni cek dekat pintu masuk je) kerana mereka tu la jari aku kena tebuk..sakit kot!! aku mana tahan sakit..nak menangis malu, jadi lepas kena cucuk, aku terus lari balik rumah..ye berlari okay..singgah kedai bawah blok jap beli 100 plus (apa kena mengena beli 100plus dengan sakit?aku jarang kot minum 100plus) terus naik ke rumah, mandi dan melalak dalam bilik air..jangan la bahan/gelakkan aku!!



pernah je amik blood test ni dulu kat sekolah sebab masa tu tingkatan 3, belajar pasal jenis darah..so daripada pengalaman, bila dah kena cucuk jarum macam ni, ataupun terluka..apa-apa jenis luka pun, cepat bersihkan luka tu, lap kering, dan biarkan, jangan diusik luka tu..kalau luka besar perlu la letak ubat kan...sebab tu balik rumah terus mandi (sebenarnya menangis masa mandi..saje nak cover la tu..gedik gila nak nangis)

tadi dapat flyers daripada pihak hospital/kesihatan info tentang malaria..ni dalam BI..aku terjemahkan je la kat sini secara suka hati aku la..tapi ni fakta ye bukan aku reka..

Malaria tu apa?
malaria disebabkan gigitan nyamuk (Anopheles) yang membawa parasit malaria..parasit ini dalam sel darah merah yang akan memusnahkan sel tersebut dan boleh membawa maut.



Cara jangkitan
nyamuk Anopheles yang membawa parasit ni akan memindahkan parasit tersebut bila pesakit terkena gigitan nyamuk

nyamuk ni memang hidup di kawasan tropika panas lembab macam negara kita tapi bawaannya memang daripada Afrika..

Tanda-tanda
1. demam
2. menggigil kerana demam
3. berpeluh sejuk
4. demam panas sejuk mungkin berlarutan
5. lemah badan dan pucat

Cara pengesanan malaria
malaria boleh dikesan melalui pemeriksaan darah

Kesan malaria
1. kerosakan buah pinggang (Nephrotic Syndrome)
2. kegagalan otak
3. keguguran kandungan, kemandulan, kelahiran pra-matang dan kekurangan berat badan
4. hati/hempedu membengkak

Cara pencegahan malaria
1.memakai pakaian yang dapat mengelakkan gigitan nyamuk..senang cerita tutup aurat (see, banyak hikmah menutup aurat)
2. tidur dalam kelambu
3. guna ubat nyamuk i.e ridsect, sheltox etc.
4. membenarkan pihak bertanggungjawab menjalankan aktiviti penyemburan asap
5. mendapatkan rawatan dengan segera jika menunjukkan simptom-simptom penyakit
6. kebersihan tu sangat perlu di sekitar rumah

sama je cara pencegahan macam penyakit aedes..aedes pun datang daripada nyamuk juga..jap ni nak tayang..




aku dah tengok cuti-cuti cinta (kantoi tak buat assignment sebab tak reti nak mula intro) best la jugak..dan shot muka Farid Kamil yang handsome tu sangat besar, 2/3 daripada skrin okay! :P

suka dialog "Remyyyy.." dan jawapan Zed Zaidi(Remy), "aunty/uncle..." siap dengan mata, suara dan bibir yang seksi gitu..haha! i'd say, berbaloi RM8 tengok cerita ni..




psst~ cinta yang dicari akan pergi..aku tak pernah cari pun..tapi pergi jugak..haha! mitos!!! tapi tak tau la kalau gedik datang balik untuk kali kedua..memang nak kena maki a$$h0l3+tampar+buat macam eva buat kat remy dalam cuti-cuti cinta tu..haha!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, September 26, 2010

mengadu~~

salam sejahtera semua..mood study tak sampai lagi..sementara tu aku buat entry dulu..hehe..

tadi aku mengadu (ee..mengadu je kerjanya) kat en..um aku gelar dia apa dulu eh? tak ingat la..hurmm tak apa la, sekarang aku panggil dia en.H..hehe ngadu kat en.H pasal kawan dia yang suka sangat call aku macam orang gila..10+ calls 1 hari..tapi dia dah tak call banyak macam tu lagi..bila dia call, aku kena la layan..nanti tak layan dia kata aku sombong (aku pantang orang kata aku sombong la)

okay, aku bagi tau en.H melalui fb sebab kalau aku nak call dia memang tidak la jawapannya haha! so terpaksa la aku login fb semata-mata untuk itu..tapi dia boleh tak kenal aku (sebab aku dah tukar nama fb sebelum biarkan akaun fb tu terbiar) yang tak boleh bla tu en.H ni kata aku bangang sebab tukar nama..ee..geram jap dengan en.H

sebab en.H yang bagi no fon aku kat kawan so-called dia tu..bukan mengadu apa pun..tapi kawan en.H tu aku rasa agak melampau bila dia bagi tau aku yang dia saje nak test aku guna nombor fon lain..nak tengok aku angkat fon ke tak..aku tak angkat bila dia call, sebab kadang-kadang aku sibuk, tak pegang fon, ataupun memang sengaja tak nak angkat..

so bila aku cerita ni pada en.H, en.H macam dengan senang hati je nak deal dengan ex anak buah dia tu..en.H ni bekerja sebagai pegawai tentera yang pangkatnya aku tak tau lagi..belum tanya la! tapi yang pastinya pangkat dia tinggi sikit daripada orang tu..nama pun anak buah..

tiba-tiba aku rasa bangga pulak ada kawan jadi tentera ni..hehee..ramai sebenarnya kawan aku yang jadi tentera..termasuk la dia..hurm..tengok la, aku tak boleh lari daripada kenyataan yang menyakitkan ni..terasa jap sakit kat dalam hati ni..dan yang lagi pelik bin ajaib..dua-dua orang ni merupakan sepupu..adoii

kepada en.H, sila sound dia elok-elok ye..tapi kalau kau nak pelangkung kepala dia pun tak apa..aku tak kisah..haha! thanks ye..


psst~beberapa orang kawan aku cakap en.H ni skandal aku..erk? apakah? en.H kalau kau baca ni buat-buat tak faham je ye..sebab aku pun tak faham kenapa  mereka berkata begitu..







MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, September 25, 2010

kalendar hilang | berangan je

assalamualaikum dan selamat malam...alhamdulillah berkat hari jumaat kan..seriously i'm ok..and was kinda..a bit overwhelmed..well overwhelmed isn't the right word..um..touched maybe? haha i dunno what's the right word exactly..

sebenarnya berkenaan dengan post sebelum ni..yang tajuknya "apa kena dengan aku hari ni??" jujurnya aku tak ada apa pun nak luahkan..cuma pagi semalam sakit kepala (cett..padahal baru masuk sem baru dah sakit kepala, assignment pun tak dapat lagi..zzz) yang tak dapat dipastikan sebabnya..lepas kelas ternampak budak nursing, hati tak semena-mena je sakit..dan sedih..i shouldn't be sad over something that is already over..but it just linger right here..in this tak-dengar-kata of brain of mine..

so what i'm trying to point out is (ceh..macam dalam presentation pulak) bila sedih, anda akan biasanya lebih mendiamkan diri..tak banyak cakap..which is very matched the status (## in the previous entry is my status, replacing status fb..zzz i know..=.=), the less you talk, the more it hurt..so semalam i banyak bercakap..gelak-gelak dengan housemate..it wasn't something to be worried about..

tettttttt!!!!! apa entry ni dah bercampur bahasa ni?? hurmm..dengan kata lain, dah tak ada benda yang boleh diluah..in fact, dah diluahkan dan pasti diluahkan dalam blog comey ni (orang yang kata, i tak..hehe)

okay..kalendar akademik i hilang..entah pergi mana..rasanya kat rumah johor kot..so i terpaksa la amik dari website..sadisss..i tak boleh hidup tanpa kalendar..tanpa jam..tanpa masa yang sentiasa terasa lambat perjalanannya..

















hohoo..gila lambat..baru minggu pertama kot..nak sampaikan minggu ke 12 tu..perghh..nak sampai kat "student vacation" yang 2 minggu tu..rasa sesak jap dada bila terfikir ni..i tau la, i kena enjoy je perjalanan hidup ni..tapi i cuma tak sabar nak graduate first class degree dalam tangan (berangan..tapi anda aminkan la..haha)

rancangan i 2 minggu cuti tu nak main salji, snorkelling salji ke, surfing salji, luncur salji (gila perasan+berangan lebih! =.=), makan cendol sedappp kat Muar..jalan-jalan kat tanjung makan lolipop ke..duduk 1 hari kat Popular ke..naik kapal terbang melancong sana sini pun okay..huhuu seronok!

eh sudah la tu berangan..ni la yang i buat..hehe


sebenarnya i dah lama tak buat origami burung jenjang tu..dah kaku je jari ni..cara nak buat pun dah lupa..tu yang cari kat youtube..hehe..yang beating heart (it's really beating!) tu pun origami..i percaya ramai yang tau buat benda dua ekor ni kan..

psst~ dulu i juara buat burung jenjang tu..tapi dulu la..masa sekolah rendah..haha!






MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, September 23, 2010

what's wrong with me today??

sebenarnya, i dah cuba sedaya upaya tak nak buat entry macam ni..siapa yang menyampah jangan la baca..tak larat nak dengar caci maki orang lagi..

pagi tadi bangun pun rasa berat je kepala ni..siap nak pergi kelas pun macam lipas kudung..tak sedar lagi setengah jam kelas mula sebab bangun tidur je duduk termenung atas katil jadi patung ******..

dalam kelas kepala masa tu sakit gila tapi i buat cool konon tak ada apa-apa..alhamdulillah dalam sakit kepala tu masuk juga apa yang dileterkan lecturer..ye i budak pintar (jangan percaya)

habis kelas, turun tangga terserempak dengan budak nursing..entah kenapa la kan, tiap kali terpandang budak nursing kat sini, hati i jadi sakit sangat..i tak ada sebarang permusuhan pun dengan pelajar kejururawatan kat sini..langsung tak ada..tak kenal pun dengan mereka..sakit ni sakit yang sampai rasa nak terkeluar jantung hati ni.. :(

hujan lebat so tak dapat balik..singgah cafe..memang tak ada selera langsung nak makan..tapi i kena makan jugak..i tau tu sebab tak ada orang kat sini yang nak ingat kan i makan, jaga makan minum i..i kena buat sendiri (i tak reti nak jaga diri sendiri..sila jangan ejek/gelak! i serius ni)

hari ni terserempak dengan pelajar kejururawatan banyak kali..jadi anda bayangkan la berapa banyak kali i rasa sakit hati? sebelum ni memang dapat elak dari terserempak dengan pelajar berseragam warna krim dan biru cair tu..tapi hari ni.......

kelas petang pulak lagi menyakitkan kepala..terjadi pulak pergaduhan sebab nakkan kelas ganti hari apa..berebut nak tarikh ni tarikh tu..lecturer cuma sengih je..yang sakit kepalanya aku dengan jeritan pelajar international yang macam orang tak ingat mati..tapi i buat-buat gelak sebab nak hilangkan sakit kepala tu..adoii

balik kelas petang, settle down..tiba-tiba mengalir je cecair merah dari hidung i..ye ye i sakit! hati i sakit!! hati i sakit! bukan kepala bukan hidung atau apa pun..hati i yang sakit tapi efeknya pada kepala..i tak boleh tahan la sakit ni..sakit apa-apa pun.. :( tapi yang bagusnya, i tak ada air yang keluar dari mata ni..


i banyakkan bercakap hari ni..nak senangkan hati..entah la..patutnya i study waktu ni..memang hari khamis hari belajar..sejak nosebleed jam 1615, lepas mandi i terus pakai baju tidur ni..padahal lama lagi nak masuk waktu tidur..

i banyak berlakon kot hari ni..ni pun berlakon tak sakit kepala..what's wrong with me today?? :(


#3:: the less you talk the more it hurts..tapi diam tu lebih baik kan? nak sakit ke nak pahala?




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, September 21, 2010

pertanyaan~~

selamat petang...hari selasa memang tak ada kelas petang..tu yang seronok tu..sejak malam tadi, aku dapat macam-macam persoalan..

balik kelas tengah hari tadi, check mail..ada orang tanya kat formspring 'huraikan formula E=mc²' erk..macam soalan peperiksaan pulak..ni formula kimia deyhh..einstein punye formula ni..terpaksa la aku fikir jap..dah 2 tahun aku tinggalkan subjek kimia kot..alhamdulillah aku ingat lagi sikit-sikit formula ni..

boleh le jawab sikit..entah yang tanya ni pelajar universiti ke, pelajar form 6 ke aku tak tau la kan..tapi kalau nak terangkan betul punya memang 1 ruang jawapan formspring memang tak cukup..

aku suka orang tanya aku pasal benda ilmiah macam ni..hehee..kalau anda nak tanya apa-apa, sila ke ruangan formspring kat sidebar ye..


malam tadi sebelum shut down lappy, tiba-tiba email masuk..dari fb..aku tengok la email tu..hmm kira aku dengan orang yang hantar mesej(en P) kat inbox fb tu bermesej la kejap..

en P tanya aku pasal benda personal yang aku tak tau macam mana nak jawab..well, first impression towards this guy is he was not speaking straight to the point which...hurm..entah la

mula-mula dia tanya tu aku tak faham (sebab tu aku suka orang terus terang je) sebab dia guna bahasa kiasan dalam kiasan..adoii..kalau kiasan je tak apa..ni kiasan dalam kiasan..

jawapan kepada pertanyaan tu:: bukan aku sombong, tak nak, tolak mentah-mentah..semua tu bukan..cuma diri aku tak stabil lagi..aku tak bersedia dan terlalu baru..terlalu cepat..ni bukan tentang en P tapi tentang diri aku..en P, anda tanya pada masa yang salah..aku minta maaf...

dulu dia tanya, aku siap menggigil 1 badan..2 hari setengah berturut..tapi semalam aku tak rasa macam tu..haha..entah la...dan pertanyaan en P tu membuat mata aku bengkak pagi tadi..adesss..semalam sembap je..


cakap pasal pertanyaan ni aku lupa nak tanya lecture tadi apa maksud dan contoh 'double taxation'..ada siapa yang tau tak?


#1:: i can't and unable to remember how i felt before..







MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, September 17, 2010

having a blast day!

ngee~ selamat malam..ni kalau ikutkan hati malas nak update..tapi aku nak bagi tau, yang aku happy hari nih! semalam pun gembira jugak tapi tak boleh nak upload gambar..streamyx buat hal dia sendiri semalam terpaksa la aku guna sweetie berukben yang agak menyiputvavikan diri dia tu..

sila jangan menyampah dengan ayat-ayat di atas..aku dah biasa kongsi hal diri aku dengan dunia..macam aku tak tau, ada antara anda yang fikir dalam hati "ni pun nak bagi tau ke?" ngee~ jangan marah cik kak abang oi..tak nak tengok gambar, tinggal link yep! jom layan gambar awek-awek cun yang kebanyakkannya were taken! muahahahaa!









ni hampir semua la kawan sekolah rendah dulu..dan campur sekali kawan sekolah menengah..macam gambar sekolah kan? hahaa..rinduss zaman sekolah wehhh


2 atas ni pulak gambar semalam..huh..penat beraya je dua hari ni..huhuu..yang bawah ni private picture, sila tutup mata ye..


heee..seronok.. :)

psst~there comes a time in your life, when you realize who matters, who never did, and who always will..So i'm not going to worry about people from my past because there's a reason why they didn't make it to my future..kesian..they lost me..

pssst~~first day of 365-days journey around the sun was a blast! love it!

psssst~~~aku tak suka la orang pakai ayat aku..'have a blast day/one" is my sentence..trademark aku tu..bayar kalau nak guna..lau ikutkan hati nak je aku publish kat fb jadi status(zzz..perasan jap ayat aku)




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, September 14, 2010

I miss Ramadhan already~~

selamat petang semua...hari ni hari raya ke berapa eh? i've lost count already (macam dan banyak sangat je hari raya yang dah berlalu) raya ke-5 kan..hmm..bila aku nak beraya kat BP ni? sedey...

sebenarnya, tak boleh nak beraya kat BP..for the time being only, because my parents are fasting (puasa 6) so it wouldn't be nice if we ask them to beraya at BP together..i mean, it'll be not fun at all..

hoho..jangan la tanya bila tuan belog nak puasa 6..hehee..memang nak puasa 6 tapi adik-adik aku tu nak makan...aku terpaksa la makan jugak..hahaa! sebab diorang tu malas nak masak sendiri..bukannya tak reti..tengok la..minggu depan kalau tak ada aral, aku puasa ganti sekali..aku dah rindu balik kat bulan Ramadhan yang baru je meninggalkan kita..

ye..ni dengan gembiranya nak mengumumkan, target aku tercapai..beberapa sahaja..aku berjaya tadarus al-quran, cukup 30 juzuk dalam sebulan Ramadhan..harap lepas ni aku istiqamah la..jangan bulan puasa je tadarus..sebelum ni pun cerlang cerlak baca quran..sehari baca, sehari tidak..terawih pun cukup seyhh!! (cuti tak kira..haha!) aduss serius tak percaya..seronok! :D

hehe..ni aku nak tunjuk..tuan punya kamera semalam snap gambar..haihh encik S, sesuka hati je curik snap gambar aku..tak apa, sebagai balasan, aku curik gambar ni dari fb kamu..hehee..siapa suruh tag..kalau tak aku tak tau pun ada gambar ni..jahat tak?



hm..alkisah aku amik cuti persendirian minggu ni..hari tu sebelum raya, aku dikejutkan dengan berita kelas mula isnin semalam..i was WHAT?? because in the academic calendar stated class will be on Wednesday..and i planned to go back to college on this coming Sunday..i mean, what's the point? the true classes were confirmed start on next Monday..i'm so sure about this..i mean the first class ever would be about introduction to the new subjects and intro to the lect and all..and the class will end early..=.=

tapi semalam aku dikejutkan lagi dengan berita, pendaftaran semester baru masih berjalan..i was like HUH?? kalau macam tu memang confirm semuanya start minggu depan..hahaa..bijak tak rancangan aku tu?


psst~harap masih berjumpa dengan Ramadhan akan datang..
pssst~ dapat BE lg..hee..ni dah jadi beronok-ronok ni..haahaha!





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails