CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Monday, November 7, 2011

F - Fakta...lagi~


hyep! hari ni habiskan masa berada di jalan raya je..hari ni dah kena balik kolej sebab esok ada kelas..tak menyempat nak update..okay..ni tentang fakta yang tidak dibuktikan dengan kajian saintifik tapi semuanya betul dan memang kena dengan kehidupan seharian..terutamanya perempuan..hehe okay lelaki pun boleh apply jugak..kot.. :P

























































































huhuu dah la..banyak dah tu..nanti post lagi hehee

nak tau apa yang aku buat ni? sila klik sini dan untuk entri-entri ABCDE sila la anda lihat archive kat sidebar.. hehe :)



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, November 3, 2011

C - Coklat | Fakta dan Mitos


weeheee..selamat petang..ok sibuk dengan kerja tapi nak update jugak sebab cabaran kan..hari ni nak cakap pasal coklat! ramai yang suka coklat kan? oh yeah budak perempuan ni suka coklat..terutamanya coklat bersusu..tapi tak ada la selalu makan pun..makan coklat bila perlu je..bila waktu perlu tu? nanti la..kita tengok fakta dan mitos tentang coklat dulu...


1. coklat mengandungi kafein yang tinggi
tetttt!! mitos..ye memang coklat mengandungi kafein tapi sangat sedikit i.e 6mg, berbanding secawan kopi..secawan kopi dianggarkan 65-135mg..anda perlu telan  kira-kira 10 bar coklat untuk mendapat kafein ssebanyak 1 cawan kopi.

2. coklat menyebabkan jerawat
tettt! mitos semata..tak ada kaitan langsung..jerawat disebabkan bakteria dan minyak kat muka je..tak percaya tanya pakar kulit..huhuu

3. coklat boleh menyebabkan kegemukan
err..1 bar coklat cuma lebih kurang 220gm kalori je..cuba makan coklat je hari-hari tanpa mengambil makanan yang berkalori tinggi..tak gemuk pun..

4. coklat menyebabkan kaviti
heh..mitos! kaviti terjadi kalau anda tak gosok gigi bersih-bersih..bukan sebab coklat, gula-gula, atau makanan lain..sebetulnya kaviti tu terhasil daripada sisa makanan yang melekat kat gigi terlalu lama dan terjadi sebab tindak balas bakteria dengan gula (yang datang daripada karbohidrat etc.) membentuk asid yang merosakkan enamel gigi...kajian menunjukkan ada bahan dalam coklat (susu yang mengandungi protein, kalsium dan fosfat) membantu melindungi gigi..

5. coklat sumber tenaga
1 biji cip coklat membolehkan orang berjalan 150 kaki..huhuu tapi ada pulak orang makan 1 biji je.. :P

6. coklat tak ada nutrisi
coklat la yang banyak zat besi..ada magnesium, kuprum, zink um..check jadual berkala kimia ye..coklat merupakan salah satu antioksidan..orang kata makanan antioksidan ni bagus untuk elak penyakit koronari (jantung) tapi keantioksidanan dark chocolate lagi tinggi daripada coklat susu

7. coklat sangat berbahaya!
hehek..kepada anjing..bahan kimia "theobromine" ni berbahaya untuk sistem saraf dan otot jantung anjing..tapi kucing aku tak tau pulak..rasanya tak kot sebab kucing aku makan je coklat :P


berbalik kepada kenapa aku makan coklat pada waktu tertentu..bila? waktu aku rasa sakit, sedih, takut dan sejuk..coklat la jadi teman setia..sebab tu setiap masa ada jajan coklat tak kira dalam bentuk apa pun eg: chipsmore, nips, choki choki, coklat cadbury bars ataupun serbuk koko..huhu..

wee..tu je la..nak kemas..dah pukul berapa dah ni..nak balik bercuti hari raya..hehee 




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, November 6, 2010

pendakap gigi/braces tu apa??

selamat petang semua..hari tu i ada janji nak cerita pasal braces kan..ni la nak tunai janji..braces atau dalam bahasa kita pendakap gigi..tettt! i bukan doktor gigi yep! tapi saje nak kongsi info yang i tau..




 

okay..kenapa pakai braces? sebab susunan gigi yang tak teratur..mungkin boleh menyebabkan masalah percakapan, estetik, pemakanan dan sebagainya..bukan nak cantik je tau! gambar atas tu la benda gadget yang ada dalam mulut seseorang yang memakai pendakap gigi.

yang memainkan peranan penting dalam pembetulan gigi ni archwire dan bracket, yang membolehkan gigi bergerak...archwire tu memberi tekanan pada bracket..fungsi bracket mengagihkan tekanan ke seluruh gigi..masa mula-mula pakai braces ni mungkin anda akan rasa tekanan tu..

bila tekanan dah menjalankan tanggungjawabnya..haha..gigi akan longgar daripada gusi..macam mana boleh longgar?? (macam menakutkan gila bunyinya tu) membran kat akar gigi (dalam gusi, kita tak nampak) akan mengembang dan menguncup yang membolehkan gigi bergerak..bila dah berhenti bergerak, tulang (gigi) akan tumbuh bagi support la supaya gigi tu tak tanggal terus..hahaa

masa proses ni berlaku, memang tak boleh gigit makanan yang keras walaupun nasi..lain la kalau anda seorang yang gagah perkasa..hehee..sebab tu orang yang pakai braces ni lama sebab adjustment dilakukan paling kurang sebulan sekali sahaja..archwire tu menjadi panduan kepada gigi yang longgar untuk bergerak pada paksinya..huahaha..maknanya tak ada la gigi tu bergerak ke tempat yang tak sepatutnya..

archwire tu akan berubah faktor bahannya mengikut suhu badan kita..kalau orang yang minum air sejuk atau panas akan rasa dawai tu mengetat ataupun rasa tekanan pada gigi..archwire ni tak akan berubah bentuk..satu lagi, retainer..retainer ni dipakai bila rawatan hampir selesai..


masa pakai pendakap gigi ni, bukan boleh makan sebarangan..salah makan memang kaw-kaw sakitnya..kena rajin gosok gigi, floss berkumur dan sebagainya sebab nanti dah bukak pendakap gigi tu gigi jadi buruk (tak putih), masalah plak, masalah ulser..macam-macam la..rujuk ortodontis anda untuk maklumat lanjut ye..

pengalaman memakai braces sangat best..hehee..bukan semua orang dapat rasa..tak tau la macam mana nak gambarkan tapi banyak orang yang dah habis rawatan kata, mereka rindu dengan braces mereka (i masih pakai lagi so tak tau la rasa rindu ke tak) masa mula-mula memang cakap tak sabar nak bukak, bila dah bukak rindu pulak..so masa pakai braces jangan lupa amik gambar kenangan..hehee :P

hmm..mengikut hukum agama..i tak pandai la, kalau semata-mata nak cantik tak boleh kot..nak tau lebih lanjut tentang hukum pakai pendakap gigi klik sini 

sumber 1



psst~dah lama tak kunyah chewing gum


 
  
 
MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, October 22, 2010

info Malaria | Love Holidays

assalamualaikum dan selamat tengah hari Jumaat..macam dah berbulan je rasa tak update blog (haha padahal hari tu baru je post entri) semalam jari aku kena tebuk..berlubang dah jari manis tangan kiri aku..sakit kot..sadissss..betul la..aku tak tipu..tau anda semua mesti tak percaya kan?



misi-misi tu serbu masuk kelas..pintu dijaga tak bagi pelajar keluar..lepas tu paksa kami cek darah..kejam tak? aku tak tipu ye..betul..sebab kat kolej kami ada kes malaria..

kami diberitahu, kes ni sebenarnya bawaan pelajar luar negara yang ada kat kolej ni..pihak hospital buat macam ni..ye la takut pelajar tempatan pulak kena..kalau pelajar luar negara je yang kena, aku tak rasa pihak hospital kisah sangat..hahaha!

sebab ada yang tak nak bagi kerjasama cek darah, tu yang mereka serbu masuk dalam kelas (sebelum ni cek dekat pintu masuk je) kerana mereka tu la jari aku kena tebuk..sakit kot!! aku mana tahan sakit..nak menangis malu, jadi lepas kena cucuk, aku terus lari balik rumah..ye berlari okay..singgah kedai bawah blok jap beli 100 plus (apa kena mengena beli 100plus dengan sakit?aku jarang kot minum 100plus) terus naik ke rumah, mandi dan melalak dalam bilik air..jangan la bahan/gelakkan aku!!



pernah je amik blood test ni dulu kat sekolah sebab masa tu tingkatan 3, belajar pasal jenis darah..so daripada pengalaman, bila dah kena cucuk jarum macam ni, ataupun terluka..apa-apa jenis luka pun, cepat bersihkan luka tu, lap kering, dan biarkan, jangan diusik luka tu..kalau luka besar perlu la letak ubat kan...sebab tu balik rumah terus mandi (sebenarnya menangis masa mandi..saje nak cover la tu..gedik gila nak nangis)

tadi dapat flyers daripada pihak hospital/kesihatan info tentang malaria..ni dalam BI..aku terjemahkan je la kat sini secara suka hati aku la..tapi ni fakta ye bukan aku reka..

Malaria tu apa?
malaria disebabkan gigitan nyamuk (Anopheles) yang membawa parasit malaria..parasit ini dalam sel darah merah yang akan memusnahkan sel tersebut dan boleh membawa maut.



Cara jangkitan
nyamuk Anopheles yang membawa parasit ni akan memindahkan parasit tersebut bila pesakit terkena gigitan nyamuk

nyamuk ni memang hidup di kawasan tropika panas lembab macam negara kita tapi bawaannya memang daripada Afrika..

Tanda-tanda
1. demam
2. menggigil kerana demam
3. berpeluh sejuk
4. demam panas sejuk mungkin berlarutan
5. lemah badan dan pucat

Cara pengesanan malaria
malaria boleh dikesan melalui pemeriksaan darah

Kesan malaria
1. kerosakan buah pinggang (Nephrotic Syndrome)
2. kegagalan otak
3. keguguran kandungan, kemandulan, kelahiran pra-matang dan kekurangan berat badan
4. hati/hempedu membengkak

Cara pencegahan malaria
1.memakai pakaian yang dapat mengelakkan gigitan nyamuk..senang cerita tutup aurat (see, banyak hikmah menutup aurat)
2. tidur dalam kelambu
3. guna ubat nyamuk i.e ridsect, sheltox etc.
4. membenarkan pihak bertanggungjawab menjalankan aktiviti penyemburan asap
5. mendapatkan rawatan dengan segera jika menunjukkan simptom-simptom penyakit
6. kebersihan tu sangat perlu di sekitar rumah

sama je cara pencegahan macam penyakit aedes..aedes pun datang daripada nyamuk juga..jap ni nak tayang..




aku dah tengok cuti-cuti cinta (kantoi tak buat assignment sebab tak reti nak mula intro) best la jugak..dan shot muka Farid Kamil yang handsome tu sangat besar, 2/3 daripada skrin okay! :P

suka dialog "Remyyyy.." dan jawapan Zed Zaidi(Remy), "aunty/uncle..." siap dengan mata, suara dan bibir yang seksi gitu..haha! i'd say, berbaloi RM8 tengok cerita ni..




psst~ cinta yang dicari akan pergi..aku tak pernah cari pun..tapi pergi jugak..haha! mitos!!! tapi tak tau la kalau gedik datang balik untuk kali kedua..memang nak kena maki a$$h0l3+tampar+buat macam eva buat kat remy dalam cuti-cuti cinta tu..haha!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, August 21, 2010

tulang rusuk LELAKI vs PEREMPUAN

assalamualaikum..hari ni macam aku cakap hari tu, nak cerita pasal tulang rusuk..tulang rusuk manusia lelaki dan perempuan..biasa dengar "perempuan dijadikan daripada rusuk kiri lelaki" tak? hmm..ada percanggahan pendapat di sini..tettttt..bukan aku yang bercanggah pendapat..entah siapa aku pun tak kenal la..kadang-kadang manusia ni terlebih berfikir, lepas tu wujud la teori baru yang entahkan betul entahkan tidak...



okay, yang paling atas tulang rusuk lelaki(tak berapa jelas kan?), yang bawahnya, tulang rusuk perempuan..gambar dari en.google..heheee..aku rasa ramai yang beranggapan tulang rusuk lelaki kurang satu daripada perempuan kan? mitos!! lelaki dan perempuan mempunyai bilangan rusuk yang SAMA..kiri dan kanan...tak percaya? tanya doktor anda...come on..you couldn't expect if Adam's rib is taken to create Hawa, and his children will have the same missing ribs as his father, could you? kalau seorang bapa mempunyai tangan yang kudung akibat kemalangan atau sejak lahir, bila kahwin, tak kan anak dia pun tangan kudung jugak? peratus kemungkinan tu ada tapi sangat rendah..tu pun kalau sebab genetik..

lagi satu isu yang tidak pasti..sejak kecik lagi kita diceritakan tentang kisah kejadian Nabi Adam dan Hawa..yang menjadi isu, betul ke Hawa, Allah jadikan dari rusuk kiri Nabi Adam? diingatkan sekali lagi, bukan aku yang timbulkan isu ini ye..

daripada buku ibu aku ni, Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir; Jilid 1, m/s 132...

Sebuah pendapat yang diriwayatkan oleh Muhammad ibn Ishaq daripada Ibn 'Abbas yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Hawa telah dijadikan daripada tulang rusuk sebelah kiri Adam a.s. sedangkan pada waktu itu Adam a.s. sedang tidur."
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)

tapi berdasarkan ayat al-quran, "Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri..." maknanya dari spesis yang sama: manusia, Homo sapiens. timbul la persoalan yang mengatakan hadith kat atas tadi hanya kiasan daripada Rasulullah..ye la, tulang rusuk kan bengkok, perempuan diibaratkan macam tulang rusuk tu, senang patah, mudah terpesong dan sebagainya..

weh...aku rasa aku tak layak la nak cakap lebih-lebih pasal ni..aku belajar Quran dan As-Sunnah pun sampai SPM je..so, sangat kurang ilmu..tapi tak apa, ni sebagai pengetahuan sahaja..

kalau nak tau kenapa perempuan tidak berasal daripada rusuk lelaki, disertakan dalil sekali..tapi aku masih ragu dengan kenyataan itu..sebenarnya, Allah sahaja yang tau...sebab tu la timbul isu macam ni kalau manusia terlebih berfikir...tapi tak salah kalau kita mengkaji..ilmu kita setitik daripada air laut sedunia okay...nak dibandingkan dengan ilmu aku ni, tak sampai setitik pun..okay, klik sini






MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, August 14, 2010

fakta dan mitos tentang LIPAS..eww

ye selamat tengah hari..huhuu..saya memang suka update entry waktu macam ni..okay, hari ni nak cerita pasal makhluk Allah yang satu ni...makhluk ni boleh jadi housemate korang tau..ramai kadang-kadang tu..so, cuba la cari dalam rumah korang, mana tau ada ke..entry ni banyak gambar yang boleh buat saya pengsan..masa upload pun tahan je sebab nanti batal puasa..huhuu



oh..sangat geli okay..dulu dalam rumah saya banyak gila lipas..terutamanya dalam bilik air saya..bila nak mandi tu rasa takut takut...mau tak takut, sebab ada makhluk tengok kita mandi!! sebelum mandi tu check dulu kalau ada seekor yang tengah dok skodeng kat celah celah sink..eee..sangat geli..mana tau tengah mandi dia keluar kan..omg..rasa nak pengsan je bila ingat ni..kalau check ada, apa lagi amik sheltox la..

sekarang dalam bilik air dah tak ada makhluk tu(nak sebut pun geli) dah pindah koloni(ada koloni ke?) kat longkang belakang rumah..lepas tu bermula la episod takut masuk dapur..terutamanya waktu malam..serammmm..sebab lubang air kat dapur memang terus ke longkang belakang tu..entah dari mana masuk pun tak tau la..makhluk-makhluk tu bermastautin kat dalam kabinet pulak..adoiii..bila nak amik pinggan periuk kat tangan memang sedia sheltox je..sila jangan gelak..terutamanya lelaki..hehee

sekarang dah kurang..sebab kerja-kerja membanteras makhluk tersebut sangat giat dijalankan oleh adik-adik saya..hahaa..cuma masalah bila saya balik kolej, kat hostel memang kadang-kadang tu memang menjerit je.. :P



dengar cerita lipas ni boleh terselamat daripada bom nuklear..um, tak mati semua la..kalau korang cuba belasah lipas guna penyapu pun makhluk ni boleh lepaskan diri..haha..okay, fakta menarik tentang lipas:
  • lipas yang telah dipenyekkan bila letakkan kat luka boleh kurangkan rasa sakit/berdenyut-denyut..
  • lipas mempunyai darah berwarna putih..macam mahsuri pulak..
  • lipas biasanya keluar untuk mencari air, bukan makanan
  • lipas boleh hidup seminggu tanpa makanan tapi tidak tanpa air..manusia 3 hari tanpa air..hurmm
  • lipas boleh hidup seminggu tanpa kepala, mati lepas tu sebab kekurangan air..
  • otak lipas bukan kat kepala(sebab tu boleh hidup lama) tapi diseluruh badannya
  • lipas yang baru bersalin kulit berwarna putih dan bermata hitam..dan memrlukan 8 jam untuk membentuk kulit baru
  • lipas makmal(pernah dengar? selalu tikus makmal je kan) boleh bertelur tanpa kehadiran lipas jantan dan semua anak-anaknya betina
  • lipas terberat, Macropanesthia rhinocerus dari Australia seberat 50gram
  • lipas boleh hidup di semua tempat termasuk gurun dan artik
  • lipas boleh terbang!(ni lagi menakutkan..) tapi tidak semua jenis lipas
  • lipas menjadi makanan biasa di Kemboja..ewww
  • lipas tidak takut lampu/cahaya..pada lipas, bila lampu terpasang maknanya ada orang kat dapur..huhuu...so makhluk tu sembunyi la..
  • ada orang ingat lipas ada mata kat belakang kepalanya..tapi tak ada okay..haha..tapi makhluk ni ada bulu halus yang dapat mengesan pergerakan..patut la bila kita kat belakang, tepi, atas pun makhluk ni macam tau..
  • lipas yang "berparti" makanan semalaman boleh tahan tak makan untuk seminggu
  • lipas membersihkan diri(caya lah!) dan juga sesama rakan sepejuangan..so lipas boleh mati sebab asid borik..guna tepung dan gula(doh la tu kan) sebagai umpan..
  • lipas suka bawang! bawang kan berbau..huhuu
  • lipas makan apa sahaja..menjadikan makhluk ni omnivor
  • lipas betina..um..apa eh perkataan sesuai..mates..(hehe..google la kalau tak tau) sekali seumur hidup dan mendedikasikan sisa hidupnya untuk bertelur sahaja..haha..kesian lipas jantan..
  • jantung lipas boleh berhenti tanpa mengapa-apakan lipas tersebut
lipas pun ada mitos tau..
  • lipas tidak berhibernasi...mitos! lipas berhibernasi macam beruang jugak..haha
  • lipas tidak menggigit..mitos! ada jenis lipas besar yang menggigit
  • lipas hanya tinggal di tempat yang kotor..mitos! contohnya rumah saya la..bersih okay..tapi ada je lipas..lipas tinggal dalam dinding rumah yang bersih..lipas ada koloni besar dalam rumah sebab ada bekalan makanan yang banyak..haha..gelojoh lipas!
  • lipas bertelur dalam beberapa kantung telur dalam sebulan..mitos! ada lipas bertelur sekali dalam sebulan dan kantung telur ada lebih kuarang 40 ekor anak lipas..tapi lipas kat tempat kita juga dipanggil American Cockroach boleh bertelur setiap 2-3 hari dan dalam kantung telurnya ada 12 ekor anak lipas..produktif sungguh!
  • lipas aktif pada waktu malam..mitos! lipas aktif untuk 4 jam selepas anda menutup lampu..kadang-kadang pun kita nampak lipas waktu siang kan?
oh lipas sangat menggelikan..eww..sampai boleh termimpi-mimpi...jangan gelak! betul tau..ingat nak letak gambar banyak sikit..tak jadi la..pengsan nanti..hahha :P



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails