CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, June 4, 2012

putih salji dan pemburu

salamunalaik..dah lama nak up ni sejak balik daripada MBO hari sabtu lepas tapi hari ni baru up..hehee..tiba-tiba nak pergi tengok kat MBO terminal 2 seremban..huhuu aku dan housemate memang aim nak tengok Snow White sebab hari jumaat lepas kami tengok Alice in Wonderland kat tv3..mood fairy tale je kan..

pelik kan? Snow White and the Huntsman..selalu Snow White and the Seven Dwarfs..versi kartun punya..versi orang mesti la nak romance cintan cintun kan? huhuu siapa yang minat fairy tale sila pergi tengok cerita ni..cerita ni mula macam mana permaisuri ni dapat ilham nak namakan Snow White yang cantik, rambut hitam bla bla bla la kan...tak lama selepas Snow White dah besar sikit, permaisuri mati..raja pulak kahwin dengan perempuan lain..nama Ravenna..Queen Ravenna ni cantik jugak..pandai produksi filem amik pelakon..huhuu


siapa Snow White? ni yang berlakon dalam Twilight tu..Kristen Stewart


jadi, ada la adegan "Mirror mirror on the wall, who's the fairest of them all?" cermin tu cakap la Snow White..Ravenna pun geram la nak bunuh Snow White kan..dah macam cerita Harry Potter pulak rasa sebab yang bunuh mesti Queen Ravenna atau Snow White yang bunuh, satu sama lain..atas kebongokan adik Queen Ravenna, Snow White terlepas daripada kurungan dan melarikan diri ke Rimba Gelap(?)..Queen Ravenna pun upah Huntsman (pemburu) untuk tangkap Snow White..tapi pemburu tu baik la jugak..maka terjadi la pengembaraan Snow White melintas Rimba Gelap dengan si pemburu..


alahh aku malas la nak cerita panjang..plot twist-nya dulu masa kecik Snow White ada berkawan dengan anak Duke, William..tapi Willian terlepas daripada Queen Ravenna..dah lama la tak berjumpa katanya..rupanya dalam diam si pemburu macam jatuh hati pada Snow White..bukan William adehh

okay ada babak makan epal dan Snow White pengsan tu, ada orang kerdil angkat Snow White tapi tak jatuh pun! aku geram di situ ye..Snow White bangun balik bila si pemburu kiss Snow White..adehhh dah macam sleeping beauty je dah..lagi, Snow White ikut berperang dan dapat bunuh Queen Ravenna..versi kartun aku tak ingat ending macam mana..

keseluruhannya, best! 7/10 aku bagi untuk Putih Salji dan Pemburu




psst~ forgetting him is not as easy as knowing him..willing him to go is a lot tougher than the second you wanting him at the first time :(

MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, April 21, 2012

kapal perang | Battleship

assalamualaikum..lama dah tak buat entri movie..last entri movie, Harry Potter..satu lagi genre war dan action..huhuu fine, tak ramai perempuan yang suka filem-filem perang..aku suka sebab aku minat..hey, dalam filem Battleship ni Malaysia disebut ye..bangga jap

mula tu janji dengan adik nak tengok sama-sama, tapi sebelum balik segamat hari tu, member dah ajak tengok, tiket free dia belanja pulak kan..bila balik segamat, layan 1 round lagi..2 kali tengok kat wayang!! memang tahu ada risiko aku nak menangis tengok cerita ni..cerita ni tak sedih tapi...sebab berkaitan dengan navy kot..nasib baik beli pop corn besar..nak nangis aje sumbat pop corn banyak-banyak..haha..nak nangis part majlis, navy pakai baju putihhhhh!! 



ni, Captain Stone Hopper (Alexander Skarsgard), abang Alex Hopper..kapten kapal ni mati..sedih jugak la, sebelum kapal USS Sampson dia berkecai, dia keluar deck, pandang dengan muka sayu kat Alex adik dia..hurmm :( sumbat pop corn lagi time ni..haha


nah amik muka hero Taylor Kitsch (Lieutenant Alex Hopper) dengan Rihanna (Officer Cora Raikes)

erm, jadi bila kapten destroyer USS John Paul Jones mati kena bom, si Alex tu la amik alih kuasa..kena bagi arahan semua..dia pulak tak berapa nak reti bagi orders, kurang berdisiplin bagai..tapi terpaksa jugak..lepas tu terpaksa selamatkan kapten Jepun, Nagata sebab JDS Myoko pun dah berkecai..mereka teamed up dalam USS JPJ..ada satu scene Hopper dengan Nagata main Battleship Hasbro..haha ok bukan, nak lawan alien tu la..scene favvy tu..

so hero sebenar "Battleship" ni apa? ye bukan siapa tapi apa..hero Battleship USS Missouri, battleship yang dah dijadikan muzium..aku tak nak cerita, anda tengok sendiri, aku rasa ni lebih baik daripada Transformers dari segi action dan benda alien pelik tu..cuma tak faham apa tujuan alien tu musnahkan pangkalan udara dan jalan raya, tak ada motif langsung..tunjuk kuat ke apa?

filem ni aku bagi 8/10



psst~ rindu gila nak cakap dengan dia pasal kerja dia, navy :')

MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, July 15, 2011

Harry Potter ~ Until the very end...


weeee...lama tak update kan? maaf la..aku sibuk sikit..assignments..tapi happy hari ni nak update sebab...tadaaaa!




dah tengok dah!! thanks to my beloved housemate for the treat.. =D masa nak mula cerita tu berdebar kot..haha..sebab ni yang terakhir kan..tiket RM6.00 sahaja, student price..hehe..masa tengok ni beremosi je aku..nak review ke?




nampak? poster je pun dah lain..malas la nak review..pendapat aku, bahagian 2 ni macam terlalu cepat..ada scene yang sepatutnya tak ada, diadakan dalam ni..aaaa..tak suka betul (ni je masalah peminat, bila tak sama dengan buku mula nak bising) hurmm..tak kan nak sumbat semua dalam 2 jam lebih...aku menangis kot!! sikit je..hehe




part ni! sedihhhhh..haihh masa baca buku pun bahagian ni jugak meleleh air mata..huhuu..tapi ending dia sempurna macam buku...rasanya aku suka ending filem daripada buku..maksud aku, tak ada la frust macam baca ending dalam buku (frust sebab Harry bukan dengan Hermione) budak yang berlakon jadi Albus Severus Potter, lagi comel dari Dan Radcliffe masa HPSS dulu..

ending filem..lebih kurang la..



ending buku...



dialog favorite! ada dalam movie... =D







until the very end...yes i am..10 tahun kot! buku dan movie..i'm gonna miss them..miss the 10 years time..hiding behind a very thick magical novels at school, bus stop, in the car..everywhere..


psst~ thanks J.K Rowling, for giving me a magical childhood (childhood ke?)




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, November 13, 2010

mula dah meroyan HP~~

aduhh..bosannya hari sabtu ni..memang nak berehat-rehat daripada buat assignment..so memang tak sentuh la assignment..esok-esok baru "dive in" balik..

tadi tengok trailer HP lagi (zzz..kalau dah kipas susah mati tu tak boleh nak buat apa-apa la) kat website warnerbros..fuh..rasa tak sabar tu membuak-buak! bila nak tiba 17hb ni?? (macam boleh tengok tarikh tu jugak) huarghhh!! minggu depan hari raya..jadi lepas raya baru dapat tengok..hurmm

janji nak tengok dengan housemates..tapi sorang pulak balik kampung bercuti semester..adehh..tangguh ke entah berapa hari bulan...tapi tak apa..janji dapat tengok..hehee

jom tengok movie snippet!

the best friends



Death Eaters dan Snape

Nagini..belaan Voldemort

i suka gila part ni..part ni part sedih..memang looking forward lah nak tengok scene ni..

yang ni lagi suka! kalau dah H/Hr shipper mesti la suka..hehe

oleh kerana bosan yang amat, i dah buat keputusan, hari ni i mula retweet reread DH untuk yang ketiga kalinya..saje nak refresh..tu pun nasib baru 3 kali..


dan kerana 17hb lambat lagi, i buat keputusan nak baca perlahan-lahan je..nanti baca cepat sangat bosan lagi..huhuu

jangan lupa serbu panggung wayang minggu depan tau! anda sekalian serbu la dulu sebab i nak beraya korban dulu baru serbu...hehe




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, October 22, 2010

info Malaria | Love Holidays

assalamualaikum dan selamat tengah hari Jumaat..macam dah berbulan je rasa tak update blog (haha padahal hari tu baru je post entri) semalam jari aku kena tebuk..berlubang dah jari manis tangan kiri aku..sakit kot..sadissss..betul la..aku tak tipu..tau anda semua mesti tak percaya kan?



misi-misi tu serbu masuk kelas..pintu dijaga tak bagi pelajar keluar..lepas tu paksa kami cek darah..kejam tak? aku tak tipu ye..betul..sebab kat kolej kami ada kes malaria..

kami diberitahu, kes ni sebenarnya bawaan pelajar luar negara yang ada kat kolej ni..pihak hospital buat macam ni..ye la takut pelajar tempatan pulak kena..kalau pelajar luar negara je yang kena, aku tak rasa pihak hospital kisah sangat..hahaha!

sebab ada yang tak nak bagi kerjasama cek darah, tu yang mereka serbu masuk dalam kelas (sebelum ni cek dekat pintu masuk je) kerana mereka tu la jari aku kena tebuk..sakit kot!! aku mana tahan sakit..nak menangis malu, jadi lepas kena cucuk, aku terus lari balik rumah..ye berlari okay..singgah kedai bawah blok jap beli 100 plus (apa kena mengena beli 100plus dengan sakit?aku jarang kot minum 100plus) terus naik ke rumah, mandi dan melalak dalam bilik air..jangan la bahan/gelakkan aku!!



pernah je amik blood test ni dulu kat sekolah sebab masa tu tingkatan 3, belajar pasal jenis darah..so daripada pengalaman, bila dah kena cucuk jarum macam ni, ataupun terluka..apa-apa jenis luka pun, cepat bersihkan luka tu, lap kering, dan biarkan, jangan diusik luka tu..kalau luka besar perlu la letak ubat kan...sebab tu balik rumah terus mandi (sebenarnya menangis masa mandi..saje nak cover la tu..gedik gila nak nangis)

tadi dapat flyers daripada pihak hospital/kesihatan info tentang malaria..ni dalam BI..aku terjemahkan je la kat sini secara suka hati aku la..tapi ni fakta ye bukan aku reka..

Malaria tu apa?
malaria disebabkan gigitan nyamuk (Anopheles) yang membawa parasit malaria..parasit ini dalam sel darah merah yang akan memusnahkan sel tersebut dan boleh membawa maut.



Cara jangkitan
nyamuk Anopheles yang membawa parasit ni akan memindahkan parasit tersebut bila pesakit terkena gigitan nyamuk

nyamuk ni memang hidup di kawasan tropika panas lembab macam negara kita tapi bawaannya memang daripada Afrika..

Tanda-tanda
1. demam
2. menggigil kerana demam
3. berpeluh sejuk
4. demam panas sejuk mungkin berlarutan
5. lemah badan dan pucat

Cara pengesanan malaria
malaria boleh dikesan melalui pemeriksaan darah

Kesan malaria
1. kerosakan buah pinggang (Nephrotic Syndrome)
2. kegagalan otak
3. keguguran kandungan, kemandulan, kelahiran pra-matang dan kekurangan berat badan
4. hati/hempedu membengkak

Cara pencegahan malaria
1.memakai pakaian yang dapat mengelakkan gigitan nyamuk..senang cerita tutup aurat (see, banyak hikmah menutup aurat)
2. tidur dalam kelambu
3. guna ubat nyamuk i.e ridsect, sheltox etc.
4. membenarkan pihak bertanggungjawab menjalankan aktiviti penyemburan asap
5. mendapatkan rawatan dengan segera jika menunjukkan simptom-simptom penyakit
6. kebersihan tu sangat perlu di sekitar rumah

sama je cara pencegahan macam penyakit aedes..aedes pun datang daripada nyamuk juga..jap ni nak tayang..




aku dah tengok cuti-cuti cinta (kantoi tak buat assignment sebab tak reti nak mula intro) best la jugak..dan shot muka Farid Kamil yang handsome tu sangat besar, 2/3 daripada skrin okay! :P

suka dialog "Remyyyy.." dan jawapan Zed Zaidi(Remy), "aunty/uncle..." siap dengan mata, suara dan bibir yang seksi gitu..haha! i'd say, berbaloi RM8 tengok cerita ni..




psst~ cinta yang dicari akan pergi..aku tak pernah cari pun..tapi pergi jugak..haha! mitos!!! tapi tak tau la kalau gedik datang balik untuk kali kedua..memang nak kena maki a$$h0l3+tampar+buat macam eva buat kat remy dalam cuti-cuti cinta tu..haha!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails