selamat petang semua..hari tu i ada janji nak cerita pasal braces kan..ni la nak tunai janji..braces atau dalam bahasa kita pendakap gigi..tettt! i bukan doktor gigi yep! tapi saje nak kongsi info yang i tau..
okay..kenapa pakai braces? sebab susunan gigi yang tak teratur..mungkin boleh menyebabkan masalah percakapan, estetik, pemakanan dan sebagainya..bukan nak cantik je tau! gambar atas tu la benda gadget yang ada dalam mulut seseorang yang memakai pendakap gigi.
yang memainkan peranan penting dalam pembetulan gigi ni archwire dan bracket, yang membolehkan gigi bergerak...archwire tu memberi tekanan pada bracket..fungsi bracket mengagihkan tekanan ke seluruh gigi..masa mula-mula pakai braces ni mungkin anda akan rasa tekanan tu..
bila tekanan dah menjalankan tanggungjawabnya..haha..gigi akan longgar daripada gusi..macam mana boleh longgar?? (macam menakutkan gila bunyinya tu) membran kat akar gigi (dalam gusi, kita tak nampak) akan mengembang dan menguncup yang membolehkan gigi bergerak..bila dah berhenti bergerak, tulang (gigi) akan tumbuh bagi support la supaya gigi tu tak tanggal terus..hahaa
masa proses ni berlaku, memang tak boleh gigit makanan yang keras walaupun nasi..lain la kalau anda seorang yang gagah perkasa..hehee..sebab tu orang yang pakai braces ni lama sebab adjustment dilakukan paling kurang sebulan sekali sahaja..archwire tu menjadi panduan kepada gigi yang longgar untuk bergerak pada paksinya..huahaha..maknanya tak ada la gigi tu bergerak ke tempat yang tak sepatutnya..
archwire tu akan berubah faktor bahannya mengikut suhu badan kita..kalau orang yang minum air sejuk atau panas akan rasa dawai tu mengetat ataupun rasa tekanan pada gigi..archwire ni tak akan berubah bentuk..satu lagi, retainer..retainer ni dipakai bila rawatan hampir selesai..
masa pakai pendakap gigi ni, bukan boleh makan sebarangan..salah makan memang kaw-kaw sakitnya..kena rajin gosok gigi, floss berkumur dan sebagainya sebab nanti dah bukak pendakap gigi tu gigi jadi buruk (tak putih), masalah plak, masalah ulser..macam-macam la..rujuk ortodontis anda untuk maklumat lanjut ye..
pengalaman memakai braces sangat best..hehee..bukan semua orang dapat rasa..tak tau la macam mana nak gambarkan tapi banyak orang yang dah habis rawatan kata, mereka rindu dengan braces mereka (i masih pakai lagi so tak tau la rasa rindu ke tak) masa mula-mula memang cakap tak sabar nak bukak, bila dah bukak rindu pulak..so masa pakai braces jangan lupa amik gambar kenangan..hehee :P
hmm..mengikut hukum agama..i tak pandai la, kalau semata-mata nak cantik tak boleh kot..nak tau lebih lanjut tentang hukum pakai pendakap gigi klik sini
psst~dah lama tak kunyah chewing gum
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~