CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Thursday, November 3, 2011

C - Coklat | Fakta dan Mitos


weeheee..selamat petang..ok sibuk dengan kerja tapi nak update jugak sebab cabaran kan..hari ni nak cakap pasal coklat! ramai yang suka coklat kan? oh yeah budak perempuan ni suka coklat..terutamanya coklat bersusu..tapi tak ada la selalu makan pun..makan coklat bila perlu je..bila waktu perlu tu? nanti la..kita tengok fakta dan mitos tentang coklat dulu...


1. coklat mengandungi kafein yang tinggi
tetttt!! mitos..ye memang coklat mengandungi kafein tapi sangat sedikit i.e 6mg, berbanding secawan kopi..secawan kopi dianggarkan 65-135mg..anda perlu telan  kira-kira 10 bar coklat untuk mendapat kafein ssebanyak 1 cawan kopi.

2. coklat menyebabkan jerawat
tettt! mitos semata..tak ada kaitan langsung..jerawat disebabkan bakteria dan minyak kat muka je..tak percaya tanya pakar kulit..huhuu

3. coklat boleh menyebabkan kegemukan
err..1 bar coklat cuma lebih kurang 220gm kalori je..cuba makan coklat je hari-hari tanpa mengambil makanan yang berkalori tinggi..tak gemuk pun..

4. coklat menyebabkan kaviti
heh..mitos! kaviti terjadi kalau anda tak gosok gigi bersih-bersih..bukan sebab coklat, gula-gula, atau makanan lain..sebetulnya kaviti tu terhasil daripada sisa makanan yang melekat kat gigi terlalu lama dan terjadi sebab tindak balas bakteria dengan gula (yang datang daripada karbohidrat etc.) membentuk asid yang merosakkan enamel gigi...kajian menunjukkan ada bahan dalam coklat (susu yang mengandungi protein, kalsium dan fosfat) membantu melindungi gigi..

5. coklat sumber tenaga
1 biji cip coklat membolehkan orang berjalan 150 kaki..huhuu tapi ada pulak orang makan 1 biji je.. :P

6. coklat tak ada nutrisi
coklat la yang banyak zat besi..ada magnesium, kuprum, zink um..check jadual berkala kimia ye..coklat merupakan salah satu antioksidan..orang kata makanan antioksidan ni bagus untuk elak penyakit koronari (jantung) tapi keantioksidanan dark chocolate lagi tinggi daripada coklat susu

7. coklat sangat berbahaya!
hehek..kepada anjing..bahan kimia "theobromine" ni berbahaya untuk sistem saraf dan otot jantung anjing..tapi kucing aku tak tau pulak..rasanya tak kot sebab kucing aku makan je coklat :P


berbalik kepada kenapa aku makan coklat pada waktu tertentu..bila? waktu aku rasa sakit, sedih, takut dan sejuk..coklat la jadi teman setia..sebab tu setiap masa ada jajan coklat tak kira dalam bentuk apa pun eg: chipsmore, nips, choki choki, coklat cadbury bars ataupun serbuk koko..huhu..

wee..tu je la..nak kemas..dah pukul berapa dah ni..nak balik bercuti hari raya..hehee 




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, November 2, 2011

B - Busy

credits: weheartit



credits: weheartit




psst~ 2 dalam 1 boleh? wordless wednesday #4




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, November 1, 2011

A - Abang dan Adik

selamat petang! huarghh! cabaran pertama je dah rase nak putus asa..sebab sibuk sangat hari ni..okay, mula huruf A la kan..aku suka huruf A sebab A huruf permulaan (heh, cakap la sebab kau nak bagi nama anak kau mula huruf A kan senang! :P) abjad A hari ni untuk Abang dan Adik..


cakap pasal abang dan adik ni, spesifikasinya adik perempuan la..aku cukup suka dengan abang yang sayang gila kat adik perempuan dia (okay, mungkin sebab aku sendiri tak ada abang..jadi macam berangan lebih nak ada abang)


ada la beberapa orang kenalan rakan yang aku tau dia sayang gila kat adik perempuan dia..hurmm sweet ye..yang selalu luangkan masa dengan adik perempuan dia, yang rapat dengan adik perempuan dia..semua la..senang gila aku nak tertarik dengan lelaki macam ni (opss! terbuka rahsia sudah..) oh tiba-tiba teringat kat bekas 'abang' aku (abang pun boleh bekas ye?) dia pun macam sweet sweet je dengan adik dia..


weheartit


senang je nak tau lelaki tu sweet atau baik ke tak dengan adik dia..lelaki tu mesti selalu bercerita pasal adik perempuan dia..bangga dengan adik dia...memandang tinggi pada adik dia..apa-apa pun semua adik perempuan dia..


yang paling sweet, aku tau lelaki macam ni sangat bertanggungjawab..maksudnya dia jaga adik dia daripada sosial kepada agama...semua dia amik berat..bahagia betul ada abang macam ni..NAK ABANG 1 BOLEH??


macam mana la nak dapat abang, aku sendiri pun anak sulung, adehh..tapi abang angkat tak main la..apa barang abang angkat-angkat..tak sama dengan mahram kita sendiri..even abang sepupu lelaki pun banyak batasannya..aku cuma ada 3 orang adik-adik lelaki yang sangat menjaga kakak dia yang ngek ni :P ..TAK ADA ADIK PEREMPUAN! hmm..mungkin itu lebih baik..


jadi kepada lelaki diluar sana, sayangi adik-adik perempuan anda sebab anda akan digilai oleh ramai wanita (eh ye ke? bukan kau sorang? muntah sekarang!) bimbing saudara-saudara perempuan anda supaya menjadi wanita solehah..bukan senang ada saudara perempuan tau, silap-silap adik-adik perempuan/kakak-kakak anda tu yang tarik anda masuk neraka atas sebab kelalaian anda dalam mendidik saudara-saudara perempuan anda.


jom bace kisah abang dan adik NI







MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails