CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Wednesday, October 18, 2017

Right Guy, Right Time, Right Segalanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam, sesuatu berlaku. Tak ada apa pun yang mencemaskan cuma hal tu buat aku sedih. Mula terfikir hal-hal lama, hal yang sudah-sudah. Macam flashbacks depan mata.


wrong guy, wrong time:
Memang wrong betul. Salah orang, salah masa. The first heartbreak. Masa memang salah la, tengah belajar lagi. Apa jadah nak bercinta kan? Orangnya memang aku tau salah sebab orangnya pun dah kembali ke rahmatullah. Aku pula sampai hari ni masih hidup lagi, alhamdulillah. Tapi aku rasa ramai yang mengalami wrong guy, wrong time ni pada pertama kali. Ada je yang pertama kali masih kekal beranak-pinak sehingga hari ni. Bertuahnya!

wrong guy, right time:
Ni pun aku pernah tapi tak sampai ke fasa serius untuk ke dalam hubungan la. Tak sebab lepas heartbreak pertama rasa teruk sangat. Rasa kalau nak, terus je la jumpa parents ke apa. Masa tak berapa nak salah sebab dah habis belajar dan baru nak masuk alam pekerjaan. Fasa lepas belajar dan nak mula kerja ni memang biasa la kan kalau dah sedia nak berumah tangga. Tapi wrong guy pula..hahaha! Aku tahu orangnya salah sebab orangnya tu mungkin elok aku cakap tak sekufu. Jadi, orang tu memilih yang sekufu dengan dia. Hari ni, orangnya tu dah selamat beranak seorang dah :') Sedih juga la masa tu, tapi okay je.

right guy, wrong time:
Selepas yang kedua tu, penatnya nak kenal orang lagi. Tapi kita manusia ditemukan antara satu sama lain bersebab. Tak kenal mengenal pun. Memang aku tutup rapat pintu hati ni (macam poyo je). And then someone said his salam, I instantly curved the sweetest smile after a longggggg damn while (I actually start crying now). Aku rasa dia Mr. Right tu sebab rasa tu macam kuat. Dia pun baik, layan aku baik. Aku bagi hint and maybe he hinted something good back to me. Tapi dua-dua pun tak cakap apa-apa. Lagipun masing-masing ada kisah silam, mungkin takut lagi (I cry so hard now). Kawan lah. Masa salah sangat masa ni. Time is so damn fcking wrong. Dua-dua bekerja. Kerja aku stress, tapi kena kerja sebab nak bayar segala hutang pinjaman belajar dan kereta, bertimpa stress. Tak pasti pihak dia macam mana stress ke tak kerja. Dia diam, aku pun diam. Aku fikir ni semua sebab komitmen. Aku fikir aku ni jadi pengganggu. Lagi pula dia anak sulung lelaki, macam-macam nak fikir keluarga, hutang pinjaman dan sebagainya. Lepas beberapa lama, aku rasa macam tak bawa ke mana. Everything went on and off. Aku buat keputusan aku tak nak jumpa dia lagi, berhenti text dia. Aku beritahu dia semua yang aku fikirkan tu, tapi aku tak pernah tau apa respon dia sebab aku betul-betul cut off semuanya dengan dia sejurus selepas aku beritahu dia semua. Aku buat macam tu sebab aku rasa sakit. Mungkin hint yang dia bagi tak seperti yang aku faham. Aku salah faham kot. Hahaha kesiannya! Aku fikir kalau dia the right guy, mana pergi pun bertemu juga. Tuhan dah atur semua, aku percaya tu. Hal semalam tu yang buat aku sedih. Kalau dia jumpa orang lain yang lebih baik, okay je, baguslah untuk dia. Aku kena move on la..haha.

right guy, right time, right every thing:
aku tak tahu..doa baik-baik, jadi manusia yang lebih baik, nanti ada la yang baik tu datang (lap air mata :') ).



~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, July 19, 2017

Hantar rumah orang-orang tua je lah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

"mak ni dah tua, duduk pulak sorang-sorang kat rumah tak ada siapa nak tengokkan, makan minum mak lagi...kami ni bekerja, sibuk dan jarang nak balik kampung tengok mak sebab itulah kami hantar je kat rumah orang-orang tua, senang!"


sebelum apa-apa, ni bukan tentang aku...haha! hal ni timbul dalam fikiran masa aku tengok drama tentang seorang ibu ada tiga orang anak, konflik anak bekerja dengan nak jaga ibu yang dah tua.  PERANAN DAN FUNGSI pusat-pusat jagaan orang tua dan NIAT BAIK anak-anak disalahertikan. Dialog popular dalam drama sebegitu 'seorang ibu boleh menjaga sepuluh anaknya tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu'. I cringe everytime if I heard this quote mentionedDisebabkan drama-drama macam ni mentaliti masyarakat, pandang serong kepada orang-orang yang menghantar orang tua mereka ke pusat jagaan. Lebih teruk, kerana tidak mahu dikecam, anak-anak membiarkan sahaja orang tua mereka di rumah dalam keadaan yang menyedihkan. Ada dua situasi di sini, anak yang mengambil berat dan anak yang melepaskan tanggungjawab. Tapi bukan tu yang aku nak cerita.

Sebenarnya kalau kita teliti peranan dan fungsi pusat jagaan orang tua ni, banyak kebaikannya. Kalau kau nak jaga sendiri tapi tak ada ilmu susah pun juga, lagi-lagi kalau kau bukan doktor, atau yang bekerja sepenuh masa atau orang tua yang terlibat mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan perhatian 100%.

Pusat jagaan orang-orang tua biasanya memberikan perkhidmatan seperti:
1. Penginapan yang selesa dan mempunyai kelengkapan fasiliti yang cukup
2. Penyediaan diet dan makanan berkhasiat
3. Pemeriksaan kesihatan dan fisioterapi
4. Kegiatan rohani, jasmani, dan aktiviti lain.
5. Rawatan ringan seperti mencuci luka dan gantian balutan

Di pusat jagaan biasanya ada jururawat atau doktor. Ada pusat jagaan yang beroperasi untuk penghuni tetap dan ada juga yang harian (ambil hari-hari atau hujung minggu) atau kedua-duanya sekali. Aku rasa tidak ada salahnya kalau kita memberikan yang terbaik untuk ibu bapa kita seperti penjagaan dan pemerhatian yang rapi, terutamanya jika anak-anak yang bekerja 24/7. Tidak bermakna mereka ni tidak sayang ibu bapa mereka kalau mereka meletakkan ibu bapa mereka di pusat jagaan.

Walau bagaimanapun, aku tidaklah menggalakkan hantar ibu bapa mahupun ahli keluarga anda yang lain ke pusat jagaan. Lebih afdal kalau kita sebagai anak yang menguruskan ibu bapa sendiri. Kalau tak pandai dan tak berapa nak reti jaga orang tua, pusat jagaan ini sebagai stepping stone, watch and learn omputih kata. Aku tak pasti kalau ada pusat jagaan yang sudi memberi serba sedikit ilmu menjaga orang tua ni, harapnya adalah.

Aku harap ada nanti drama yang baik mengenai penjagaan orang-orang tua, tunjukkan pula sisi baik, asyik nak tunjuk sisi yang tak baik je, macam dah tak ada benda baik yang nak didramakan..pfft!

Jadi, sentiasalah doa untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu bapa kita. Semoga kita semua mejadi insan yang berbakti kepada ibu bapa.



psst~ ibu bapa pun hantar anak-anak ke day care, jadi mana datang isu tak sayang tu?

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, July 15, 2017

Anda Minum Kopi?

Assalamualaikum!

Anda minum kopi? Aku memang minum kopi lagi sejak kecil, sebab ibu dan ayah memang minum kopi, tapi kopi O atau kopi susu je la. Mungkin sebab dah terbiasa. Ni bila dah besar dah tau ada macam-macam jenis kopi yang ada kat dunia baru la mula ada jenis-jenis yang digemari. Naik pening nak ambil tau semua jenis kopi, padahal kuantiti serbuk kopi, gula, susu dan air je yang berlainan.

Jom tengok apa jenis kopi yang wujud dalam dunia ni! Klik untuk pembesaran.

source: Google Image
Biasa orang sebut Latte, Mocha, Espresso. Latte tu sebenarnya banyak susu. Mocha pulak ada campuran coklat. Yang aku minum dari kecik tu Americano la kan? haha tapi kegemaran sepanjang masa cappuccino. 

Jadi, mana satu yang anda suka?



~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails