CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Wednesday, July 19, 2017

Hantar rumah orang-orang tua je lah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

"mak ni dah tua, duduk pulak sorang-sorang kat rumah tak ada siapa nak tengokkan, makan minum mak lagi...kami ni bekerja, sibuk dan jarang nak balik kampung tengok mak sebab itulah kami hantar je kat rumah orang-orang tua, senang!"


sebelum apa-apa, ni bukan tentang aku...haha! hal ni timbul dalam fikiran masa aku tengok drama tentang seorang ibu ada tiga orang anak, konflik anak bekerja dengan nak jaga ibu yang dah tua.  PERANAN DAN FUNGSI pusat-pusat jagaan orang tua dan NIAT BAIK anak-anak disalahertikan. Dialog popular dalam drama sebegitu 'seorang ibu boleh menjaga sepuluh anaknya tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu'. I cringe everytime if I heard this quote mentioned. Disebabkan drama-drama macam ni mentaliti masyarakat, pandang serong kepada orang-orang yang menghantar orang tua mereka ke pusat jagaan. Lebih teruk, kerana tidak mahu dikecam, anak-anak membiarkan sahaja orang tua mereka di rumah dalam keadaan yang menyedihkan. Ada dua situasi di sini, anak yang mengambil berat dan anak yang melepaskan tanggungjawab. Tapi bukan tu yang aku nak cerita.

Sebenarnya kalau kita teliti peranan dan fungsi pusat jagaan orang tua ni, banyak kebaikannya. Kalau kau nak jaga sendiri tapi tak ada ilmu susah pun juga, lagi-lagi kalau kau bukan doktor, atau yang bekerja sepenuh masa atau orang tua yang terlibat mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan perhatian 100%.

Pusat jagaan orang-orang tua biasanya memberikan perkhidmatan seperti:
1. Penginapan yang selesa dan mempunyai kelengkapan fasiliti yang cukup
2. Penyediaan diet dan makanan berkhasiat
3. Pemeriksaan kesihatan dan fisioterapi
4. Kegiatan rohani, jasmani, dan aktiviti lain.
5. Rawatan ringan seperti mencuci luka dan gantian balutan

Di pusat jagaan biasanya ada jururawat atau doktor. Ada pusat jagaan yang beroperasi untuk penghuni tetap dan ada juga yang harian (ambil hari-hari atau hujung minggu) atau kedua-duanya sekali. Aku rasa tidak ada salahnya kalau kita memberikan yang terbaik untuk ibu bapa kita seperti penjagaan dan pemerhatian yang rapi, terutamanya jika anak-anak yang bekerja 24/7. Tidak bermakna mereka ni tidak sayang ibu bapa mereka kalau mereka meletakkan ibu bapa mereka di pusat jagaan.

Walau bagaimanapun, aku tidaklah menggalakkan hantar ibu bapa mahupun ahli keluarga anda yang lain ke pusat jagaan. Lebih afdal kalau kita sebagai anak yang menguruskan ibu bapa sendiri. Kalau tak pandai dan tak berapa nak reti jaga orang tua, pusat jagaan ini sebagai stepping stone, watch and learn omputih kata. Aku tak pasti kalau ada pusat jagaan yang sudi memberi serba sedikit ilmu menjaga orang tua ni, harapnya adalah.

Aku harap ada nanti drama yang baik mengenai penjagaan orang-orang tua, tunjukkan pula sisi baik, asyik nak tunjuk sisi yang tak baik je, macam dah tak ada benda baik yang nak didramakan..pfft!

Jadi, sentiasalah doa untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu bapa kita. Semoga kita semua mejadi insan yang berbakti kepada ibu bapa.



psst~ ibu bapa pun hantar anak-anak ke day care, jadi mana datang isu tak sayang tu?

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, August 19, 2010

hormat la sikit..tak ada budi bahasa ke?

okay..aku buat entry tengah malam..sesuatu yang luar biasa..maknanya ada sesuatu yang menarik perhatian aku yang nak dikongsikan dengan anda semua(menarik ke?)..okay, macam ni, tadi petang aku blogwalk la kan..sampai la kat blog seorang blogger ni..siapa blogger ni? aku pun tak tau la..pertama kali aku sampai kat blog dia tu..

blog tu lawa..cun..terpikat la jugak aku..mana taknya, blog dia layout warna lembut je..sejuk je mata aku yang panas petang tadi pandang blog tu..macam biasa la kan, sampai kat blog je aku terus terjah entry..tengok mana yang boleh dikomen..entry terbaru dia..wa cakap lu, gempak habis la..memang straight to the point kata omputih..

oh ye memang bukan hak aku nak kritik apa-apa..maaf la..isunya pasal chatbox/shoutbox tu la..ala, kadang-kadang kan ada blogger yang promote YS, dapatwang entah apa lagi tu kan..katanya menyemak kat shoutbox dia..lagi, ada blogger yang hantar mesej cakap pasal dah klik nuffnang la, blog cun la, sebab nak suruh orang follow la..sebab nak mencapap cari traffic la segala bagai..anda pun tau je la kan bagi yang ada chatbox/shoutbox kat blog anda semua kan..

mula-mula aku okay je dengan luahan hati blogger ni..alih-alih sampai pulak kat bab-bab puasa..sebab orang hantar mesej kat chatbox dia "selamat berpuasa", "selamat berbuka" etc..dan dia cakap dia tak puasa dan tak payah hantar mesej macam tu...dalam bahasa yang aku rasa agak kasar..ini telah membuatkan emosi aku tidak seimbang..serius aku marah kalau bab-bab agama, bab-bab kaum, bab-bab harga diri..aku tak boleh nak kawal okay..aku terus tutup lappy..(ada macam diskriminasi tak kat ayat sebelum tu?)

who cares kalau kau tak puasa ke? tak sambut ramadan ke? zzz..ada orang kisah ke kalau kau tu melayu ke cina ke, india atau bangsa apa sekali pun?? dan dalam blog kau pun tak ada pulak statement cakap kau ni bangsa apa agama apa..so kalau tak puas hati dengan niat baik orang, tak payah la nak kecoh-kecoh..cakap aje la kat chatbox orang tu balik secara baik..konon nak tutup chatbox buat sementara sebab bosan dengan kerenah bloggers yang tinggalkan mesej entah apa-apa..kenapa tak tutup selamanya je?

pemikiran kau sungguh cetek la..and I don't assume mine is broad by the way..but I'm certainly sure mine is broader than yours..huh! aku hampir je mengeluarkan perkataan kegemaran aku tu..(nak tau ke? ala yang dalam english mula dengan huruf B tu..) okay stop..


and a big W for you...zzz..menjengkelkan..yup, memang bukan hak aku nak kritik tapi aku memang suka mengkritik..aku kritik benda yang aku tak suka..kalau ada yang menyampah dengan entry ni, suit yourself with this.. :) because I hate when I dislike so much, and I love deeply when I like things so much..and this is me..this is not the dark side..but ME! maaf ye..luahan hati je ni..don't take it to the heart..and don't hate me for this..

pasal follow mem-follow ni, aku rasa hak seorang blogger la..kalau dia suka entry anda, dia follow la..kalau tak rasa apa-apa(aku tak cakap tak suka ye) tak la kot..sebaiknya kan follow dengan ikhlas..kan senang..betul tak? aku ni tak nak la nak tulis wording yang macam kat bawah seksyen followers aku tu..tapi..hurmm..payah nak cakap..dan aku memang tak kesah apa pun korang nak tulis/taip kat shoutbox aku tu, jangan spamming sudah la..yang pasti kalau ada link insyaallah aku lawat semula blog anda..jangan risau :)


ps: wah sungguh merah..ye la siang tadi aku tak boleh nak marah..puasa..nanti kurang pulak pahala..haha!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails