assalamualaikum selamat pagi! nak cerita pasal pendakap gigi atau selalunya orang panggil dalam bahasa inggeris je..braces..hmm setelah 2 tahun 2 bulan pakai braces dalam mulut ni, semalam akhirnya dibuka..dah tak jadi budak gigi besi lagi..hihihi :P
nak buka braces tak sakit pun..masa doktor berjaya remove braces atas dan bawah..mata pandang je braces tu..huhuu "bye braces!" cakap dalam hati (nak cakap dengan mulut macam mana la dengan mulut ternganga?) lepas tu doktor buat print gigi atas dan bawah untuk buat retainer..doktor cakap aku kena pakai retainer essix...dalam kepala otak dah fikir kenapa tak bagi retainer hawley macam adik aku punya tu..emm layan je la..
source: google image - retainer essix
source: google images - retainer hawley
nampak perbezaan 2 retainer ni? balik rumah baru faham kenapa..sebab kalau aku pakai retainer hawleyconfirm rasa tak selesa yang amat sebab upper retainer ada benda pink besar tu (rujuk gambar)..patut la adik aku selalu buka retainer dia..kalau retainer essix cuma kena pada gigi je, kalau kena lelangit pun cuma sikit je tak banyak (rujuk gambar) lagi pun, retainer ni jernih, diperbuat daripada plastik..hewhew!
source: google images
aku kena pakai retainer essix ni 2 tahun..untuk tahun pertama kena pakai 24jam, tahun kedua pakai waktu malam sahaja..appointment pulak 3 bulan sekali (agaknya la..terdengar doktor cakap macam tu) waktu makan kena buka retainer..leceh bukan? tapi amboi, nak buka tu payah sungguh, pakai senang je (rujuk gambar) kena nganga besar-besar, sampai sakit mulut ni..sebab tekanan udara dalam plastik retainer dengan air liur, tu yang susah sikit nak buka tu..maka, budak perempuan ni jarang la nak mengunyah makanan..bagus jugak..kurus sikit haha :P
psst~ tak sampai sehari dah rindu braces...huhuu
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~