CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Saturday, December 14, 2013

cerita terakhirnya

salamualaikum..cuma nak fill in cerita..seseorang yang selalu aku ceritakan dalam blog ni telah tiada..telah pergi menghadap Ilahi...

secara tiba-tiba aku berasa sedih yang amat..tanpa sebab..seminggu lamanya..tergerak hati 'whatapps' kawan baiknya..bukan untuk tanyakan khabar arwah, tapi bertanyakan khabar kawan tersebut..maklumlah orang tengah buat persediaan perkahwinan..tapi lain jadinya, timbul nama arwah dalam perbualan kami..

lagi hati jadi tak sedap..sebagai seorang stalker *hahaa ya tapi dah bersara kuikuikui*, aku pun saja jalan-jalan ke page laman sosialnya..terbang lompat-lompat page orang lain jugak, maka ketemulah aku dengan jawapan..rupanya arwah masa tu sedang menghidap leukemia..kalau tersentap, tersentak rasa hati ni, bagaimana pula dengan tunangan arwah..


selepas daripada berita yang kutahu sendiri, rasa sakit hati sangat dengan si kawan tadi..langsung tak beritakan pada aku..memang kisah aku dan arwah dah lama berlalu tapi kami masih berkawan..walaupun tidak secara langsung..kami dah pun berbaik dulu, maknanya masih title-nya kawan...fikirnya si kawan tu aku masih hidup dalam dunia maya bukan realiti..haishhh

hanya mampu berdoa untuk kesihatannya..aku tidak sesedih dulu, cuma simpati yang ada dalam hati ni..hari-hari berlalu, suatu subuh aku bangun dengan perasaan yang amat sayu..aku tak tau nak jelaskan macam mana perasaan tu..bukan sedih tapi..entah la..aku tau dia dah pergi hari tu..macam mana aku tau, aku pun tak pasti..aku sendiri kurang faham..

lama aku duduk kat sejadah subuh tu..termenung kosong....ishh, susah nak gambarkan rasa tu..sempat ikut ibu ke pasar tani...ramai orang kat pasar tani tapi aku rasa macam pasar tu tak ada orang..bukan senyap tapi kosong..balik rumah aku online...seperti sangkaanku, dia pergi malam tu..al-fatihah untuk arwah.

mungkin itu takdirnya...hikmah yang Allah sembunyikan untuk setiap perkara yang berlaku dalam hidup ni..kita tak tau kenapa perkara tu berlaku, tapi secara perlahan, lambat laun mengikut kehendakNya, Dia akan tunjukkan kenapa, Dia tunjukkan sebab-sebabnya..secara perlahan kerana mungkin kalau sekali gus aku takkan berdaya terima kesemuanya..Allah lebih tau kemampuan hambanya..Dia takkan turunkan ujian lebih daripada kemampuan...dan itulah hikmahnya :')


~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails