CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Wednesday, July 19, 2017

Hantar rumah orang-orang tua je lah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

"mak ni dah tua, duduk pulak sorang-sorang kat rumah tak ada siapa nak tengokkan, makan minum mak lagi...kami ni bekerja, sibuk dan jarang nak balik kampung tengok mak sebab itulah kami hantar je kat rumah orang-orang tua, senang!"


sebelum apa-apa, ni bukan tentang aku...haha! hal ni timbul dalam fikiran masa aku tengok drama tentang seorang ibu ada tiga orang anak, konflik anak bekerja dengan nak jaga ibu yang dah tua.  PERANAN DAN FUNGSI pusat-pusat jagaan orang tua dan NIAT BAIK anak-anak disalahertikan. Dialog popular dalam drama sebegitu 'seorang ibu boleh menjaga sepuluh anaknya tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu'. I cringe everytime if I heard this quote mentionedDisebabkan drama-drama macam ni mentaliti masyarakat, pandang serong kepada orang-orang yang menghantar orang tua mereka ke pusat jagaan. Lebih teruk, kerana tidak mahu dikecam, anak-anak membiarkan sahaja orang tua mereka di rumah dalam keadaan yang menyedihkan. Ada dua situasi di sini, anak yang mengambil berat dan anak yang melepaskan tanggungjawab. Tapi bukan tu yang aku nak cerita.

Sebenarnya kalau kita teliti peranan dan fungsi pusat jagaan orang tua ni, banyak kebaikannya. Kalau kau nak jaga sendiri tapi tak ada ilmu susah pun juga, lagi-lagi kalau kau bukan doktor, atau yang bekerja sepenuh masa atau orang tua yang terlibat mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan perhatian 100%.

Pusat jagaan orang-orang tua biasanya memberikan perkhidmatan seperti:
1. Penginapan yang selesa dan mempunyai kelengkapan fasiliti yang cukup
2. Penyediaan diet dan makanan berkhasiat
3. Pemeriksaan kesihatan dan fisioterapi
4. Kegiatan rohani, jasmani, dan aktiviti lain.
5. Rawatan ringan seperti mencuci luka dan gantian balutan

Di pusat jagaan biasanya ada jururawat atau doktor. Ada pusat jagaan yang beroperasi untuk penghuni tetap dan ada juga yang harian (ambil hari-hari atau hujung minggu) atau kedua-duanya sekali. Aku rasa tidak ada salahnya kalau kita memberikan yang terbaik untuk ibu bapa kita seperti penjagaan dan pemerhatian yang rapi, terutamanya jika anak-anak yang bekerja 24/7. Tidak bermakna mereka ni tidak sayang ibu bapa mereka kalau mereka meletakkan ibu bapa mereka di pusat jagaan.

Walau bagaimanapun, aku tidaklah menggalakkan hantar ibu bapa mahupun ahli keluarga anda yang lain ke pusat jagaan. Lebih afdal kalau kita sebagai anak yang menguruskan ibu bapa sendiri. Kalau tak pandai dan tak berapa nak reti jaga orang tua, pusat jagaan ini sebagai stepping stone, watch and learn omputih kata. Aku tak pasti kalau ada pusat jagaan yang sudi memberi serba sedikit ilmu menjaga orang tua ni, harapnya adalah.

Aku harap ada nanti drama yang baik mengenai penjagaan orang-orang tua, tunjukkan pula sisi baik, asyik nak tunjuk sisi yang tak baik je, macam dah tak ada benda baik yang nak didramakan..pfft!

Jadi, sentiasalah doa untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu bapa kita. Semoga kita semua mejadi insan yang berbakti kepada ibu bapa.



psst~ ibu bapa pun hantar anak-anak ke day care, jadi mana datang isu tak sayang tu?

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, July 15, 2017

Anda Minum Kopi?

Assalamualaikum!

Anda minum kopi? Aku memang minum kopi lagi sejak kecil, sebab ibu dan ayah memang minum kopi, tapi kopi O atau kopi susu je la. Mungkin sebab dah terbiasa. Ni bila dah besar dah tau ada macam-macam jenis kopi yang ada kat dunia baru la mula ada jenis-jenis yang digemari. Naik pening nak ambil tau semua jenis kopi, padahal kuantiti serbuk kopi, gula, susu dan air je yang berlainan.

Jom tengok apa jenis kopi yang wujud dalam dunia ni! Klik untuk pembesaran.

source: Google Image
Biasa orang sebut Latte, Mocha, Espresso. Latte tu sebenarnya banyak susu. Mocha pulak ada campuran coklat. Yang aku minum dari kecik tu Americano la kan? haha tapi kegemaran sepanjang masa cappuccino. 

Jadi, mana satu yang anda suka?



~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, July 3, 2017

Scrolling Down Memory Lane

Assalamualaikum...

*menaip dalam gelap, berlatarbelakangkan lagu 'Melawan Kesepian' - Siti Nurhaliza*



Saja je scroll tweets lama..zaman-zaman tak masak dulu. Banyak benda-benda merepek, suka-duka silih berganti. Dah lama nak taip entri ni tapi idea hilang-muncul. Sejak awal tahun ni, ingat nak blogging sekali-sekala semula, memandangkan tak ada apa nak buat. Kebanyakan entri dalam blog ni aku dah buang, tinggalkan mana-mana entri yang bermanfaat, semoga entri-entri tu jadi saham akhirat aku, bantu orang yang dalam kesusahan, kebingungan, kesakitan ke apa..hahaha! usaha memadam tweets yang beribu-ribu tu ada sikit lagi. Nak start freshnanti. Mencabar dan menangis jugak la. Mencabar sebab banyak gila, menangis sebab memori. :') Aku tak mahu baca lagi kisah-kisah lama, sebab aku ni jenis akan scroll, cari balik tweet/entri lama untuk baca. 

apa pun yang terjadi
berjalanlah tanpa henti
air mata tertahan
waktu untuk dijatuhkan

Sepanjang masa tu jugaklah mood aku suam-suam kuku..haha sengaja cari pasal. Apa pun, budak perempuan ini dah banyak berubah, mungkin juga semakin matang. Umur dah bertambah, takkan perangai masih macam dulu. Sebab umur bertambah, sikit-sikit pun, ada jugalah pengalaman hidup. Manusia belajar daripada pengalaman kan. I am going to be 28 soon. Kah!

nanti kita kan tahu
betapa bijaknya hidup
sepahit apa pun ini
pelajaran yang bererti

Sambil buang entri dan tweets, sambil baca balik..boleh terbayang depan mata apa benda kehidupan yang dah aku lalui. Tak hebat pun, tapi nampak diri aku develop..developing still. :') aku pernah blogtentang apa nak jadi 6-7 tahun akan datang. amboi besar cita-cita. Target itu ini. But then I am still me..still 'this girl'. Orang datang, orang pergi. Sesetengahnya tinggalkan bekas. Itu, benda yang sama yang aku dengar, aku baca sejak aku mula bloggingtweetingfacebooking, sejak segala jenis 'socmed'. Aku memang benar-benar terbayang depan mata, siapa datang, siapa pergi. Aku bukan bercakap pasal boyfriend. Segala jenis manusia yang pernah sentuh hati, fikiran, jiwa aku dalam hidup ni.

semoga kepergianmu
tak akan merubah apa pun
semoga mampu kulawan
kesepianku

Lagi bila keluar kolej universiti, jumpa lagi macam-macam orang dengan macam-macam watak dan perangai. Bila betul-betul berurusan dengan manusia lain, bila masuk alam dewasa, alam pekerjaan, alam yang penuh dengan tanggungjawab. Kuat mana kaki ni berdiri, kuat mana lutut ni tampung berat, kuat mana hati seorang budak perempuan ni tempuh hidup yang baru setahun jagung...haha konon-konon deep la. :P On a serious note, it is how do I deal with this hurdles of life, I'm so weak. Ada sebab kenapa jalan hidup manusia bertindan antara satu sama lain. Aku percaya tu...ada hikmahnya.

nanti kita kan tahu
betapa bijaknya hidup
sepahit apa pun ini
pelajaran yang bererti

bila fikir tentang masa depan, banyaknya lagi orang yang akan keluar masuk dalam hidup ni..dah rasa macam tempat awam pulak..suka hati masuk, suka hati keluar. Aku fikir aku perlukan masa untuk bertenang, jadi aku tutup socmed yang menyambung rangkaian sosial aku, tempat bual borak, segala bentuk dan jenis mesej. Aku berhenti bersosial dua hala. Tempat sosial satu hala macam blog, twitter tempat aku membebel tu, instagram tempat kumpul album hidup, aku biarkan. Entah. aku suka. Lebih tenang. Mungkin susah sikit kalau aku berhenti daripada semua tu terus. Mana ada orang boleh hidup tanpa internet zaman ni kan? Tapi kalau berhenti terus pun tak adanya orang rindu mencari..kahkah! So it's fine.

semoga kepergianmu
tak akan merubah apa pun
semoga mampu kulawan
kesepianku

dalam kehidupan realiti pun, aku tak jumpa orang sangat...duduk diam-diam. Malas nak berinteraksi, bercakap dengan orang kecuali family la kan. dah macam membawa diri je aku ni. Taklah. I just want to be alone. I need time to digest everything. I'm giving myself a minute. I've just lost a few things in my life. Something that has been with me for a quite some time. Aku kena belajar hidup tanpa beberapa beban ekstra yang hilang tu..ambil masa nak adjust.

semoga kepergianmu
tak akan merubah apa pun
semoga mampu kulawan
kesepianku

berapa lama aku tak tau. aku pernah buat ni, dulu tapi tak lama, kurang daripada 6 bulan kot. Kali ni, tak tau. Dah sebulan lebih ni, aku buat benda-benda yang aku suka je. Aku buat hobi lama...membaca. Rasa puas betul dapat membaca. Tapi tu lah, hobi mahal ni..hmm hobi aku mahal-mahal la. Aku tak travel, aku tak makan sedap-sedap, aku mampu membaca dan minum kopi je sekarang ni. :') Aku rindu menulis, tapi tak ada idea. Idea tenggelam timbul ni sekali-sekala je menjadi macam entri ni..huhuhu. Apa yang aku belajar daripada semua ni? Belajar bersyukur, redha dan ikhlas. 

semoga kepergianmu
tak akan
semoga mampu kulawan
kesepianku

Redha tu, belajar untuk tidak persoal, tidak memaksa dan mengehendaki sesuatu itu berlaku mengikut apa yang kita inginkan. Aku tau tu, tapi masih tak pandai pandai lagi. Dia kalau lembab tu lembab jugak, asyik buat salah je..hmm You see, ujian tu banyak jenis. Ujian menguatkan. Aku teringin nak jadi macam Ibnu Mas'ud yang bila ditanya "Adakah kau bersedih atas kehilangan sebelah kakimu?", beliau menjawab, "Bukankah Allah masih meninggalkan sebelah lagi untukku?". Ada perkara yang memang tak patut diperjuangkan dan ada yang memang patut dilepaskan. Moga hari ni, saat ini dan seterusnya aku lebih sedar akan dosa-dosa lampau dan banyak sikit istighfar bertaubat.

apa pun yang terjadi
berjalanlah tanpa henti




~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, February 20, 2017

Perkahwinan Campur | Keimanan

Assalamualaikum!

Aku terfikir hal ni masa baca "Have A Little Faith", karya Mitch Albom. Aku tak mau sentuh hal kaum, bangsa dan budaya sebab bagi aku, perkahwinan campur kaum ni perkara biasa tak ada halangan dalam agama Islam pun. Tak ada tulis dalam syarat sah nikah wajib kaum dan bangsa yang sama.

Pernah dulu seorang kawan berbangsa cina tanya aku. Kami bercakap mandarin la kan,

"Kalau kahwin dengan cina, you okay tak?"
Kalau memang jodoh, why not?
"Tapi dia mesti kena convert dulu kan?"
Of course la.
"Kalau dia tak convert?"
Tak boleh kahwin la. haha
"Kalau I lelaki, dan nak kahwin dengan you, I minta you convert Buddha, you boleh convert?"
Kalau you lelaki dan I nak kahwin dengan you, I minta you convert Islam, you boleh?
"Tak. I takkan convert."
So, sama la dengan I. Kita tak payah kahwin la. hahahaha

Perkataan "TAKKAN", dalam mandarin "Bu Hui" buat aku senyum. Perbualan tu tak serius pun tapi mendalam. Menunjukkan pegangan kukuh agama masing-masing. Dalam Islam memang tak dibenarkan kahwin bukan Islam. Salah satu syarat sah nikah, lelaki dan perempuan mesti beragama Islam. Sekurang-kurangnya di Malaysia, kita mengamalkan yang macam ni. Mazhab Imam Syafie. Di negara luar, ramai je yang Muslim berkahwin dengan pasangan beragama lain. Tak pasti mazhab apa yang membolehkan tu.

Tapi bukan tu poin aku. Poin aku, kepentingan agama dalam diri seseorang. Kalau dalam Islam kita sebut 'Iman', tak tau dalam agama lain panggil apa. Ye, Keimanan. Kita cuba buka minda ye kalau hal-hal macam ni dibincangkan.

Tak kira agama apa pun anda pegang, bagaimana tahap keimanan anda terhadap agama yang anda anuti? Kebanyakkan kita pada hari ini lebih kepada lari DARIPADA Tuhan berbanding lari KEPADA Tuhan. Bertuhan tu fitrah manusia. Kita memerlukan Tuhan dalam kehidupan seharian. Namun, kita semua cari Tuhan bila ada masalah je, sedangkan Tuhan tetap ada untuk kita di mana-mana.

Entah bagaimana kehidupan seorang Atheist, tanpa Tuhan.

Jika anda seorang Islam, ataupun bukan Islam yang sedang mendekati Islam, ambil pengajaran daripada hadis ni:

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata, Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda,  

“Allah Ta’ala berfirman, ‘Aku tergantung persangkaan hamba kepadaKu. Aku bersamanya kalau dia mengingat-Ku. Kalau dia mengingatku pada dirinya, maka Aku mengingatnya pada diriKu. Kalau dia mengingatKu di keramaian, maka Aku akan mengingatnya di keramaian yang lebih baik dari mereka. Kalau dia mendekat sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Kalau dia mendekat kepada diri-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.” (HR Bukhari, no. 7405 dan Muslim, no. 2675)


"Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.”
Ayat ni je dah cukup buat aku menangis. Sebab, betapa sayangnya Allah kepada hambaNya. 



Jangan lupa singgah, .:SyaMimiReads:.

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, February 7, 2017

Blog Baru!

Assalamualaikum!

Ada lagi ke pembaca? Ya Tuhan dah berapa tahun terbiar entah blog ni. Aku rindu nak menaip. Jadinya, aku buat lagi satu blog. hahahaha! Blog ni pun terbiar lepas tu nak buat satu lagi blog. Okay tak la..sebab kehidupan sekarang tak berapa menarik, sebab tu sunyi je blog ni..hmm


Blog tersebut dedikasinya hanya untuk pembacaan aku je. Buat masa sekarang kosong lagi la. Insyaallah ada la tu updatenya. Kalau anda seorang ulat buku, boleh singgah datang blog .:SyaMimiReads:. ya! :D

eh bebetul rindu sangat sangat!





~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails