"mak ni dah tua, duduk pulak sorang-sorang kat rumah tak ada siapa nak tengokkan, makan minum mak lagi...kami ni bekerja, sibuk dan jarang nak balik kampung tengok mak sebab itulah kami hantar je kat rumah orang-orang tua, senang!"
sebelum apa-apa, ni bukan tentang aku...haha! hal ni timbul dalam fikiran masa aku tengok drama tentang seorang ibu ada tiga orang anak, konflik anak bekerja dengan nak jaga ibu yang dah tua. PERANAN DAN FUNGSI pusat-pusat jagaan orang tua dan NIAT BAIK anak-anak disalahertikan. Dialog popular dalam drama sebegitu 'seorang ibu boleh menjaga sepuluh anaknya tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu'. I cringe everytime if I heard this quote mentioned. Disebabkan drama-drama macam ni mentaliti masyarakat, pandang serong kepada orang-orang yang menghantar orang tua mereka ke pusat jagaan. Lebih teruk, kerana tidak mahu dikecam, anak-anak membiarkan sahaja orang tua mereka di rumah dalam keadaan yang menyedihkan. Ada dua situasi di sini, anak yang mengambil berat dan anak yang melepaskan tanggungjawab. Tapi bukan tu yang aku nak cerita.
Sebenarnya kalau kita teliti peranan dan fungsi pusat jagaan orang tua ni, banyak kebaikannya. Kalau kau nak jaga sendiri tapi tak ada ilmu susah pun juga, lagi-lagi kalau kau bukan doktor, atau yang bekerja sepenuh masa atau orang tua yang terlibat mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan perhatian 100%.
Pusat jagaan orang-orang tua biasanya memberikan perkhidmatan seperti:
1. Penginapan yang selesa dan mempunyai kelengkapan fasiliti yang cukup
2. Penyediaan diet dan makanan berkhasiat
3. Pemeriksaan kesihatan dan fisioterapi
4. Kegiatan rohani, jasmani, dan aktiviti lain.
5. Rawatan ringan seperti mencuci luka dan gantian balutan
Di pusat jagaan biasanya ada jururawat atau doktor. Ada pusat jagaan yang beroperasi untuk penghuni tetap dan ada juga yang harian (ambil hari-hari atau hujung minggu) atau kedua-duanya sekali. Aku rasa tidak ada salahnya kalau kita memberikan yang terbaik untuk ibu bapa kita seperti penjagaan dan pemerhatian yang rapi, terutamanya jika anak-anak yang bekerja 24/7. Tidak bermakna mereka ni tidak sayang ibu bapa mereka kalau mereka meletakkan ibu bapa mereka di pusat jagaan.
Walau bagaimanapun, aku tidaklah menggalakkan hantar ibu bapa mahupun ahli keluarga anda yang lain ke pusat jagaan. Lebih afdal kalau kita sebagai anak yang menguruskan ibu bapa sendiri. Kalau tak pandai dan tak berapa nak reti jaga orang tua, pusat jagaan ini sebagai stepping stone, watch and learn omputih kata. Aku tak pasti kalau ada pusat jagaan yang sudi memberi serba sedikit ilmu menjaga orang tua ni, harapnya adalah.
Aku harap ada nanti drama yang baik mengenai penjagaan orang-orang tua, tunjukkan pula sisi baik, asyik nak tunjuk sisi yang tak baik je, macam dah tak ada benda baik yang nak didramakan..pfft!
Jadi, sentiasalah doa untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu bapa kita. Semoga kita semua mejadi insan yang berbakti kepada ibu bapa.
psst~ ibu bapa pun hantar anak-anak ke day care, jadi mana datang isu tak sayang tu?
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~
1 tHis girL's lovers commenting:
nasihat yng berguna, apa2 pun yg tjadi akan aku jaga kedua org tua tu sebaik2 mungkin...amin
Post a Comment