CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Friday, October 22, 2010

info Malaria | Love Holidays

assalamualaikum dan selamat tengah hari Jumaat..macam dah berbulan je rasa tak update blog (haha padahal hari tu baru je post entri) semalam jari aku kena tebuk..berlubang dah jari manis tangan kiri aku..sakit kot..sadissss..betul la..aku tak tipu..tau anda semua mesti tak percaya kan?



misi-misi tu serbu masuk kelas..pintu dijaga tak bagi pelajar keluar..lepas tu paksa kami cek darah..kejam tak? aku tak tipu ye..betul..sebab kat kolej kami ada kes malaria..

kami diberitahu, kes ni sebenarnya bawaan pelajar luar negara yang ada kat kolej ni..pihak hospital buat macam ni..ye la takut pelajar tempatan pulak kena..kalau pelajar luar negara je yang kena, aku tak rasa pihak hospital kisah sangat..hahaha!

sebab ada yang tak nak bagi kerjasama cek darah, tu yang mereka serbu masuk dalam kelas (sebelum ni cek dekat pintu masuk je) kerana mereka tu la jari aku kena tebuk..sakit kot!! aku mana tahan sakit..nak menangis malu, jadi lepas kena cucuk, aku terus lari balik rumah..ye berlari okay..singgah kedai bawah blok jap beli 100 plus (apa kena mengena beli 100plus dengan sakit?aku jarang kot minum 100plus) terus naik ke rumah, mandi dan melalak dalam bilik air..jangan la bahan/gelakkan aku!!



pernah je amik blood test ni dulu kat sekolah sebab masa tu tingkatan 3, belajar pasal jenis darah..so daripada pengalaman, bila dah kena cucuk jarum macam ni, ataupun terluka..apa-apa jenis luka pun, cepat bersihkan luka tu, lap kering, dan biarkan, jangan diusik luka tu..kalau luka besar perlu la letak ubat kan...sebab tu balik rumah terus mandi (sebenarnya menangis masa mandi..saje nak cover la tu..gedik gila nak nangis)

tadi dapat flyers daripada pihak hospital/kesihatan info tentang malaria..ni dalam BI..aku terjemahkan je la kat sini secara suka hati aku la..tapi ni fakta ye bukan aku reka..

Malaria tu apa?
malaria disebabkan gigitan nyamuk (Anopheles) yang membawa parasit malaria..parasit ini dalam sel darah merah yang akan memusnahkan sel tersebut dan boleh membawa maut.



Cara jangkitan
nyamuk Anopheles yang membawa parasit ni akan memindahkan parasit tersebut bila pesakit terkena gigitan nyamuk

nyamuk ni memang hidup di kawasan tropika panas lembab macam negara kita tapi bawaannya memang daripada Afrika..

Tanda-tanda
1. demam
2. menggigil kerana demam
3. berpeluh sejuk
4. demam panas sejuk mungkin berlarutan
5. lemah badan dan pucat

Cara pengesanan malaria
malaria boleh dikesan melalui pemeriksaan darah

Kesan malaria
1. kerosakan buah pinggang (Nephrotic Syndrome)
2. kegagalan otak
3. keguguran kandungan, kemandulan, kelahiran pra-matang dan kekurangan berat badan
4. hati/hempedu membengkak

Cara pencegahan malaria
1.memakai pakaian yang dapat mengelakkan gigitan nyamuk..senang cerita tutup aurat (see, banyak hikmah menutup aurat)
2. tidur dalam kelambu
3. guna ubat nyamuk i.e ridsect, sheltox etc.
4. membenarkan pihak bertanggungjawab menjalankan aktiviti penyemburan asap
5. mendapatkan rawatan dengan segera jika menunjukkan simptom-simptom penyakit
6. kebersihan tu sangat perlu di sekitar rumah

sama je cara pencegahan macam penyakit aedes..aedes pun datang daripada nyamuk juga..jap ni nak tayang..




aku dah tengok cuti-cuti cinta (kantoi tak buat assignment sebab tak reti nak mula intro) best la jugak..dan shot muka Farid Kamil yang handsome tu sangat besar, 2/3 daripada skrin okay! :P

suka dialog "Remyyyy.." dan jawapan Zed Zaidi(Remy), "aunty/uncle..." siap dengan mata, suara dan bibir yang seksi gitu..haha! i'd say, berbaloi RM8 tengok cerita ni..




psst~ cinta yang dicari akan pergi..aku tak pernah cari pun..tapi pergi jugak..haha! mitos!!! tapi tak tau la kalau gedik datang balik untuk kali kedua..memang nak kena maki a$$h0l3+tampar+buat macam eva buat kat remy dalam cuti-cuti cinta tu..haha!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, October 9, 2010

bila Potterfreak bertemu~~

aip!! selamat petang semua..semalam blogwalk..jumpa dengan kak wan punya blog..huhuu dah jadi follower kak wan dah..belek punya belek blog kak wan tiba-tiba ternampak post pasal "Harry Potter"..ngee i pantang kot nampak perkataan tu..tak boleh tahan! mesti nak bukak link tu...


so rupanya memang kak wan ni peminat the Potter series...wee~ kak wan! kita geng..hehe

kalau dulu zaman sekolah..susah gila nak dapat peminat HP macam ni..semua tak minat macam i dengan kak wan..

serius rindu zaman gosip-gosip pasal HP..sampai i join forum..The Snitch Forum..masa tu i tingkatan 2..kalau tak silap i, masa tu baru keluar filem HP pertama; Philosopher's Stone..gila tak teruja? sekarang dah nak sampai filem yang ketujuh..masih teruja tau..hehee

kalau tak nampak anda klik la..i join 7 tahun yang lalu..perghh lama dah..tadi pergi jenguk jap forum tu..boleh jadi legenda kisah HP ni..

betul rindu dengan forum tu..rindu dengan Potterfreaks jugak..hahaa..rindu dengan Potter universe (ni yang kami gelarkan) jangan tak tau, dalam dunia Potter (realiti+maya) perang pernah berlaku kot..shipping war..haha..siapa Potterfreak tau la..

so bila potterfreak bertemu, walaupun tak kenal rasa macam dah kenal lama..i tak kenal Nymph (tengok gambar atas) tu siapa..haha..jahat tak? hmm..i suka quote ni..entah jumpa kat mana..tapi memang setuju dengan quote ni

'People will pick up Harry Potter books for generation to come but we are the lucky few who can say "We are there". We will remember the crazy late-night madness of book releases and the huge crowds gathering all over the world in honour of HP. We will remember watching a book about a boy wizard enchants kids away from their tv sets. We will remember spending countless hours arguing with our friends about Snape's loyalty and if Harry would survive the series. We are the lucky one'



yup..we were there..i was there.. *bangga jap*

psst~ tak sabar nak balik johor..dan nak amik Deathly Hallows for the second time reading..bila nak hari Rabu ni?




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia

Friday, October 8, 2010

soalan-soalan panas!!!

i sangat suka jawab soalan ala-ala selebriti terkenal macam si jolie bibir seksi tu..tapi bibir i tak seksi (sila jangan cari gambar i dalam blog ni) jari i je seksi..hehee

jom la setat tengok soalan panas dan jawapan hangat yang i dah jawab ni..


1. apa benda yang paling penting dalam hidup korang?

benda ea..kalau benda laptop ni penting kot..duit pun penting..banyak deyhh..

2. benda yang terakhir korang beli guna duit sendiri?

duit sendiri tak ada lagi..semua sumber dari ibu ayah..lain la kalau dah kerja baru kira duit sendiri..betul tak?

3. dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?

aww! kat rumah sendiri sudah..tema adat melayu sudah..nak pergi amik tema pelik adat orang lain buat apa..

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?

kenapa ada soalan ni? sekarang bercinta dengan Penciptaku, dengan ibu ayah, dengan ilmu je..

5. berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?

oh..kekasih ye..selagi dia tak curang, bertanggungjawab, taat kepada Tuhan..insyaallah cinta sampai mati

6. novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?

i beli paper hari tu (hari tu? ishh) ni kira tak? majalah dara kot..

7. dimana korang selalu jumpa dengan kekasih korang?

hahaa..soalan apakah?

8. apa name penuh korang?

ngee~ cari la dalam blog ni..ada buat entry pasal ni..huhuu

9. antara mak dan ayah mana yang korang lebih mesra?

dua-dua..ibu dan ayah..

10. namakan orang yang betul2 korang jumpe dalam hidup korang?

hah? kawan-kawan tu bukan betul jumpa ke? ke cakap pasal kekasih ni?hahha

11. adakah korang basuh baju korang sendiri?

apa barang bagi orang lain basuh..hampeh..basuh sendiri sudah

12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

banyak tempat..tapi yang pertama nak pergi mekah buat haji dulu..

13. pilih satu, peluk atau cium?

peluk..haha

14. beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang?

cun..rajin datang sini, tukar header hari tu..hehe

15. 5 mende yang korang sayang sangat dalam hidup korang?

benda lagi..belajar hargai apa yang kita ada..so sayang semua benda..

16. 5 lagu yang korang suke dengar?

sekarang tengah suka Outta Here-Esmee Denters
lain-lain pun suka jugak..

17. bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?

16 September 1989..haha..kenapa tanya tahun lepas..tahun ni 1 Malaysia sambut..hehee..seronok kot!

18. 5 orang blogger yang korang nak tag.

aww..i nak tag sorang je boleh tag? hehee sebab i ada sebab-sebab yang tidak boleh diberitahu..i je tahu..so i nak tag
cik is

19. cerita cikit blogger pertama yang korang tag.

cik is bakal cikgu..huhuu..moga jadi guru yang berdedikasi yep!

thanks ye cik erma kerana sudi mengetag..yang pertama pulak tu..heee.. *malu jap*
jom ramai-ramai terjah blog cik adik ni..





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, October 7, 2010

Tips hilangkan/elakkan mengantuk dalam kelas~~

Awww!! serius mengantuk dalam kelas tadi..macam apa je...lecture pulak bosan...tapi boleh jugak besarkan mata ni..huhuu..suara lecturer pun kuat jugak tapi mendatar je..mana la tak mengantuk..

i rasa terpanggil (ceh..terpanggil..siapa panggil ko??!!) nak kongsi tips yang biasa i guna bila rasa mengantuk dah seksi-seksi je datang kat i..haha!

boleh guna untuk semua pelajar..tak kira anda pelajar sekolah, kolej ataupun universiti..haha ye la tu..nak ikut boleh..ambil yang baik..yang tak baik jangan ikut!














1. pastikan anda duduk depan..kalau tempat duduk tetap macam kat sekolah nak buat macam mana pulak? tak pe jangan risau..tinggikan tempat duduk anda..ataupun anda berdiri di tempat anda masa cikgu tengah bercakap kat depan..kalau cikgu tanya, cakap "saya mengantuk cikgu!" (hee..i buat macam ni kot kat sekolah, tapi cikgu tak pernah tanya..cikgu-cikgu i amat memahami)

2. ambil bahagian dalam kelas..tanya la pensyarah/cikgu anda apa-apa soalan..kalau tak anda angkat je tangan..bila cikgu/pensyarah tanya kenapa, anda cakap "saya tak faham, boleh ulang tak cikgu/sir/madam/miss?" walaupun anda faham..betul, serius berkesan!

3. sambung ayat cikgu/pensyarah anda..kadang-kadang, cikgu/pensyarah anda ni tak dapat nak teruskan ayat..anda cuba la sambung ayat cikgu/pensyarah anda..kalau salah pun tak apa..nak cakap kuat pun boleh..cakap perlahan cukup untuk kawan sebelah anda dengar pun tak apa..(hee..kat sekolah selalu jugak macam ni..tapi yang tak boleh bla tu, cikgu tu punya la cuba cari perkataan seerti dengan apa yang i cakap..padahal makna sama..haha)

4. bawa bekalan minuman ke dalam kelas (jika dibenarkan)..seeloknya air kosong/air masak/air mineral..kita mengantuk kerana kekurangan oksigen dalam otak..atau tarik nafas dalam-dalam  2 3 kali..nak lebih pun tak apa

5. kalau betul anda tak boleh tahan..tutup mata untuk 1 minit..pastikan kepala anda tidak berada atas meja..nak tongkat dagu boleh..tapi 1 minit je..pendengaran tetap jalan okay! jangan tidur terus...

6. pastikan pen/pensel anda sentiasa menari-nari..do doodles..doodles tu apa? conteng-conteng la..conteng atas kertas ye jangan conteng atas meja dan buku.."vandalisme" nanti kena cap kat dahi..haha! kalau tak nak menconteng, lebih baik anda ambil nota..lagi bagus!

7. duduk dalam posisi yang betul...jangan la gedik-gedik nak letak kepala atas meja, baring-baring segala bagai..memang la anda mengantuk kalau macam tu..

8. buat regangan asas tangan, kaki dan leher supaya darah beredar ke seluruh badan dengan lancar..i tak galakkan goyang kaki "bouncing legs" ataupun "rocking body frontwards and backwards" sebab ada orang memang layan ngantuk cara ni..(i la tu.. :P)

9. ambil vitamin B-12 sebelum pergi kelas..vitamin ni untuk kesihatan minda/otak dan saraf-saraf anda..makanan seharian yang ada vitamin ni, isi dada ayam, telur rebus, eh..anda gugel la..i tak ingat la..pendek kata ambil sarapan pagi..huhu

10. kalau tak hilang mengantuk jugak, baca a'uzubillahiminasyaitonirrajim (ta'auz) 3 kali sapu kat muka..atau keluar daripada kelas..basuh muka, ambil wuduk sekali...sebab syaitan kabir sedang mengacau anda menuntut ilmu..berwuduk paling berkesan antara semua di atas..

tu je yang i pernah buat..kalau sekarang, i amalkan 1, 2,3 dan 5..heheee




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails