CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

P - Putih | Tips Memakai Pakaian Putih


I love Putih! sumpah tak tipu!

selamat petang! hari ni 3 jemputan kahwin, 1 daripada kawan sekolah rendah aku..tahniah echa! kali terakhir jumpa masa sekolah rendah, sekali lagi jumpa dah kahwin...wahh! tiba-tiba aku pulak meroyan nak kawen jugak! 

jadi hari ni nak buat huruf P..putih..hehe kalau readers memang tau la kan budak perempuan ni suka putih..huhuu pakaian aku, tudung etc banyak warna putih..white lover la katakan :P ada orang takut nak pakai pakaian putih sebab takut kotor, susah nak jaga, jarang dan sebagainya..tapi aku relaks je..haha..tapi aku bukan la pakar fesyen pun..ni yang aku tau dan dibaca daripada majalah dan website je...

first off, pakaian putih melambangkan ke-simple-an, bebas, gembira dan sebagainya..aku suka putih sebab aku suka simple huhuu


google images

1. yang pertama, pastikan putih sesuai dengan anda
tak ramai orang yang sesuai dengan warna putih..kalau warna kulit macam aku ni sesuai la jugak..warna kulit yang tak terlalu gelap n tak terlalu cerah sangat..kalau sawo matang, tanned skin secara semula jadi sesuai kot..kalau putih menyebabkan anda kelihatan pucat, hindarkan 

2. pilih jenis kain yang tak jarang
kain putih biasanya akan nampak jarang..tips masa beli kain putih, hadapkan kain kat tempat bercahaya, letak tangan anda di belakang kain..kalau bentuk tangan dan warna kulit anda nampak dengan sejelas-jelasnya, bila pakai kain/baju tu nampaka la semua yang dalam..huahaha..hindarkan ye..

3. pilih kain putih yang berkualiti
contohnya kain cotton atau linen berkualiti 

4. pakai pakaian dalam yang sama dengan warna kulit
selalu orang takut pakai putih sebab nanti nampak pakaian dalam kan? jadi, jangan pakai pakaian dalam yang berwarna-warni....jangan pakai putih jugak


google images
5. padankan dengan aksesori berwarna semula jadi
 cari aksesori, kasut dan beg tangan yang sesuai dengan pakaian putih anda..kalau nak menonjol, pakai kasut tinggi warna merah..haha! yang berpadanan warna coklat, perak, emas..warna-warna semula jadi..jangan pakai putih jugak!

6. jangan pakai putih kalau nak berbasahan
kalau nak pergi mandi kat pantai, air terjun, jangan pakai putih..nanti semua nampak huhuu

7. jangan pakai pakaian putih yang ketat
semua tayar, benjol, bisul akan terserlah..haha

8. jangan pakai putih kalau anda nak buat kerja lasak

9. untuk perempuan, berhati-hati masa 'bercuti' :)

1 mitos, kalau pakai putih nampak gemuk..tak pun...lepas ni dah tau do's and don'ts ni dah boleh pakai pakaian putih dah :) sekarang aku tengah gila nak matching putih dengan kuning cair..sweet okay! nanti kawen pun aku nak all white macam gambar abang dengan akak kat bawah ni..sumpah hari kawen tu aku pengsan dengan warna putih aje nanti haha :P


google images





psst~ i never lie when i say i love putih very much



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, October 3, 2011

Tips melegakan/hindari sakit tekak dan batuk | Jawapan Cari Kucing

assalamualaikum dan selamat petang..hari ni nak buat tips..lama dah tak bagi tips..dan sebelum tu nak bagi tau jawapan segmen jom cuba : jom cari kucing! (wahh! sejak bila blog ni ada segmen? terasa macam rancangan wanita hari ini pulak) eh, jawapan bukan kat dalam entry ni..aku fikir baik satukan je kat entri cari kucing tu..klik SINI untuk jawapannya, kat bahagian bawah entri..

ok, masuk pasal tips..hari tu ada beberapa kenalan rakan batuk-batuk sakit tekak..hurm..yang aku pulak dah lama tak kena batuk dan sakit tekak ni..yang kecik-kecik ada la macam tekak gatal ke kan..tapi ni yang melibatkan batuk dan sakit tekak yang agak dahsyat sikit..dahsyat la kalau setiap 5 minit batuk je..macam nak terkeluar isi dada bila batuk tu..hmm

tips-tips ni daripada ibu aku bukan reka sendiri..ye la ibu lagi tau kan..hee

Tips hindari sakit tekak/batuk:

1. jangan la selalu sangat minum air berkarbonat, air kotak berperisa dan sebagainya sebab air-air tu mengandungi bahan pewarna, bahan penambah rasa yang memudaratkan dalam jangka masa panjang

2. minum air suam, air masak, air suling yang bersih-bersih je.

3. jangan merokok! haihh nak ulas ke? dah tau kan?

4. kurangkan pengambilan makanan ringan

hurm..tapi kalau dah nak terkena batuk/sakit tekak nak buat macam mana kan?

Tips melegakan sakit tekak/batuk:

1. bila nak mula je kena sakit tekak, rasa macam bengkak kat tekak tu, amik limau kasturi, limau nipis..kalau nak sedap sikit amik lemon..belah dua, perah airnya kat sudu..bawak masuk sudu tu dalam mulut, tuang terus kat tekak..ulang pengambilan jika perlu.
 AMARAN, jangan minum macam minum air..masam! 
NOTA: tips ni berkesan masa mula-mula nak kena batuk/sakit tekak je..bila dah 2 3 hari kurang keberkesanannya

2. rajin kumur mulut dengan air garam dan gosok gigi..bila mulut bersih, kuman pun susah nak membiak :)

3. bila dah kena batuk, jangan minum air sebarangan..minum air suam je sudah..ataupun yang ni selalu aku buat, minum air panas biar mati sikit kuman dalam mulut tu (hahaha!) suhu kepanasan air yang boleh anda tahan la..jangan minum air 100 darjah celcius tu..melecur mulut aku tak bertanggungjawab ye..

4. Vicks..tau kan? kat farmasi ada jual..sapu kat dada untuk melegakan ketidakselesaan semasa batuk





5. kalau agak-agak makin teruk, pergi jumpa doktor amik ubat batuk mengikut dos yang ditetapkan dan tidur



psst~ aku selalu buat yang limau tu..sekejap je baik :) hurm..batuk ni penat, silap-silap terkeluar peparu dan jantung..haha




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, August 11, 2011

Tips segar di bulan Ramadhan


kau ni segar je..tak puasa ke? 

err...tak semestinya badan segar maknanya tak puasa..ye tak? .bila aktif sikit bulan puasa, ada je orang pandang serong..katanya tak puasa..persepsi apakah ini?? (cewahh! rasa macam pengacara WHI pulak.. =P) 

puasa bukan alasan seseorang tu tak boleh bersukan..malah masa puasa la kalau bersukan kalori lemak dalam badan tu gedebuk-gedebuk jatuh (haha ayat tak boleh bla!) masa bulan puasa kat sekolah dulu, ada kawan ni ajak main bola keranjang..sebab aku ni olahragawati sekolah (jangan percaya!), aku pun ok je la..sebab masa tu puasa, tak ada orang yang nak main bola tu dengan dia..kesian jap..

tiba-tiba ada orang datang kat court cakap "oi, tak puasa ke?" muka aku dah merah je (sebab bersukan pun ye, sebab malu kena tegur kuat-kuat macam tu pun ye) suka aku nak tegaskan kat sini, puasa tidak menjadi halangan kepada seseorang untuk bersukan ye..it's a very lame perception -___-

aku nak bagi tips sikit..tips segar di bulan Ramadhan..segar walaupun berpuasa

1. bersahur
bekalan tenaga untuk 1 hari..sangat penting, sepenting sarapan pagi harian..lagipun dapat pahala..bagi pahala tak nak..bila dah letih salah siapa? bersahur tu biar lewatkan sikit, tapi jangan la dah subuh pun masih bersahur lagi..

2. ambil makanan berkhasiat semasa bersahur dan berbuka
jangan la makan twisties untuk sahur, chipsmore untuk berbuka..aduhh! makan makanan bergizi, yang seimbang..protein, karbohidrat, kalsium, vitamin semua cukup..baru la badan tu rasa sihat.

3. banyakkan minum air putih/kosong/masak semasa bersahur dan berbuka
bukan tak boleh minum air katira, air soya, air mata kucing, twister, pepsi etc..cuma biar badan tu terima cecair yang cukup je

4. bersahur dan berbuka sekadarnya
jangan makan sampai nak bangun pun tak larat, sampai termuntah pulak..melantak? ish..tak elok kan? berhenti makan sebelum kenyang..tu nasihat nabi kita kan? :)

5. jangan banyakkan tidur di waktu petang
uhh! ni kalau buat gerenti letih kaw-kaw punya..jangan buat ye..tidur pada waktu zuhur..sebelum zuhur pun okay kot tapi jangan berlanjutan sampai ke waktu berbuka pulak..makruh, kurang pulak pahala puasa nanti..

6. bersukan/beriadah
ye la bersukan..kalau tak bersukan nanti badan tu lemau, lemah longlai je..kalau tak nak bersukan, cukup la berkebun je..sekurang-kurangnya peluh, toksin, racun segala bagai tu keluar dari badan..tu yang buat badan tu lemah je..

7. jangan malas!
jangan malas nak buat kerja-kerja harian..nak bangun on tv pun malas ke? nak mandi pun malas ke? eh, ada tau orang macam ni bulan puasa..ish..jangan la malas..latih badan tu buat jugak kerja harian..kalau tak latih macam mana nak bagi badan tu tak letih..makanan yang dimakan semasa bersahur tak terguna..nak buat apa simpan jadi lemak kan? jangan malas solat, jangan malas tadarus al-quran etc kalau nak tambah pahala ye! :)

hehe..tu je la..kalau anda nak tambah, silakan la tambah di ruangan komen..semoga kita sama-sama amalkan agar tetap sihat dan segar di bulan Ramadhan





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, July 3, 2011

tungku moden? heating pad/pillow??

assalamualaikum! yeah! kerja sekolah 1 dah siap..malam nanti kot baru buat kerja sekolah 2..okay, ni nak cerita pasal heating pillow, heating pad, tungku moden atau apa-apa la yang anda panggil..teringat kejap dulu masa zaman kanak-kanak ribena ada iklan kat tv "tungku refleksi" haaa siapa ingat? aku panggil heating pad je..hah? apa? tak faham? ni la...


ok..dah tau dah? tapi kalau ikut gambar ni lebih sesuai panggil heating pillow..aku baru beli semalam! huhu..RM35...habis terus duit aku..T_T kat mana beli? kat kedai bawah rumah hostel aku je..haha..tempat lain aku tak pasti..rasanya ada iklan kat facebook kedai yang jual benda ni..hurmm..

kenapa aku beli eh? sebab aku perlukannya..aku ni selalu je kena perut krem..serius sakit sampai tak larat nak bangun, kadang-kadang tu boleh pengsan..ni sebab dah tak larat nak tahan sakit, sebab tak nak makan ubat punya pasal la..selalu guna seterika je..hehee..sebenarnya tak tau sangat pun guna benda ni, sebab tak ada manual! kalau ada manual senang sikit..

okay, kegunaan heating pad yang aku tau:
1. melegakan senggugut/perut krem
2. mengurangkan rasa lenguh sendi
3. melegakan ketegangan otot
4.melegakan sakit belakang
etc...

sebab tak ada manual kan, rasanya penggunaannya sama macam kita guna benda-benda panas eg: seterika (ni pengaruh assignment la ni ada "eg", "etc.", "n.d"...pe entah lagi..sebab baru buat assignment kan.. =P)

tips:
pastikan kulit anda tidak tersentuh secara langsung dengan heating pad/pillow yang panas, pastikan beralas..jika tidak, akan menyebabkan kulit melecur.

dapatkan nasihat pakar/doktor..apa-apa berlaku aku tak bertanggungjawab ye!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, March 22, 2011

Tips Bangun dan Tidur

assalamualaikum..uh rindu blog..hari ni aku tak berapa sihat..hampir je pengsan dalam kelas pagi tadi..thanks to my friend, Rong Ting from China, who walk me home..yang lain, macam hampagas..time susah kan...haha..never mind..aku tak amik hati..habis baik dah aku ni (cett!! puji diri sendiri) rugi la siapa tak nak kawan dengan aku.. :P

okay..janji hari tu nak buat tips..ada siapa-siapa yang susah bangun pagi tak? bangun subuh mungkin?? ataupun anda susah untuk tidur? 





Tips Bangun Awal
1. set alarm..kalau anda boleh bangun hanya dengan mendengar jam loceng berbunyi, tahniah! setkan alarm lebih awal
2. ni paling mudah..tidur awal..tidur secukupnya..insyaallah bangun pun awal..
3. jangan minum kopi atau minuman bersoda sebelum tidur..kenapa? sebab akan mengganggu paten tidur anda
4. cuba untuk tidur semula jika anda terbangun tengah-tengah malam..jangan bangun dan berjalan jika anda terbangun dari tidur.
5. kalau anda sudah terbangun sebab dengar alarm berbunyi, jangan terus matikan..biar sampai alarm tu mati sendiri..
6. perkara pertama yang anda perlu fikirkan/ucapkan bila dah terbangun, "alhamdulillah" dan katakan pada diri sendiri "selamat pagi"
7. kalau anda rasa macam nak tertidur semula, fikirkan "ishh kena pergi kelas ni..bangun bangun bangun!! attendence kena penuh!!" ataupun "BANGUN!!!! nanti bos marah, kena potong gaji!! duit duit duit!!" (works for me!)
8. segera kemas katil anda untuk menggelakkan rasa nak lompat balik atas katil..haha




okay, macam mana nak bangun pagi TANPA jam loceng...
1. masuk tidur pada waktu yang tetap dan bangun pada waktu yang tetap..praktis ni dalam masa seminggu (3 hari pun boleh untuk sesetengah orang) lepas tu kalau anda nak tidur lambat/awal sikit pun tak mengapa sebab badan anda dah biasa bangun pada waktu yang anda dah tetapkan..
2. yang ni ibu aku yang ajar, baca 3 Qul, ayat kursi dan niatkan/doa nak bangun pukul berapa sebelum tidur..aku buat jadi je..tapi tak tau la anda semua..
3. buat la back up, set alarm, in case tips ni tak menjadi..




Susah nak tidur? 
1. cuba jangan tidur pada waktu siang..kalau nak tidur pun pada waktu zohor, jangan lebih 1 jam..
2. jangan minum kopi/air bersoda sebelum tidur
3. kalau suka minum susu, minum susu sebelum tidur
4. kalau suka baca buku, baca buku sebelum tidur..lama-lama mengantuk la
5. sentiasa masuk tidur pada waktu yang tetap..jangan gedik-gedik nak tidur lambat kalau esok pagi kena pergi kerja/kelas
6. pakai baju yang selesa
7. mandi sebelum tidur..mandi dengan air suam/sederhana panas lagi baik..(mandi malam tak bagus untuk kesihatan ye terutama dengan air sejuk)

teringat pulak...
tak boleh tidur la..
la..kenapa tak boleh tidur ni?
entah la...
pergi la mandi..
hah? mandi? mandi malam kan tak bagus untuk kesihatan
cuba la dulu...
okay..tunggu tau..
(20 minit kemudian)
dah..dah siap mandi..kenapa kena mandi dulu baru boleh tidur?
ye la, kadang-kadang badan rasa tak selesa..tak bersih ke..tu yang tak boleh tidur..
oh..aah la..ni pun dah rasa ngantuk..
hehee..betul kan? jom tidur...


psst~ i miss our conversations very much..tips akhir, dia yang bagi :(




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, January 28, 2011

perut krem~~

aww..sakitttt! terbaring atas katil je pagi tadi..tak masal tak pergi kelas..habis la attendance aku.. =(

salam semua..ye ye pagi tadi tak pergi kelas sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan..1 kelas je hari ni..jam 1100..sakit apakah? mula sakit jam 0915 macam tu..kalau awal sikit sakit mungkin la boleh pergi kelas..

selalu macam tu tau..contraction terjadi je aku tak boleh nak bangun..haha..macam contraction nak bersalin je kan..macam tu pun dah tak boleh bangun, macam mana aku nak beranak nanti?? serius sakit! tak tipu...

dah la cuaca sejuk semacam je..ni pun contraction tak habis lagi..ubat? tak nak..tak nak ubat! aku tak suka ubat..jadi, terpaksa la layankan sakit tu..walaupun aku ni jenis tak tahan sakit..nak buat macam mana..mati pun sakit jugak kan...






aku rasa aku kurang bersenam la..bukan kurang, tak bersenam pun..kat kolej ni tak la..kalau kat rumah aku rajin jugak naik basikal, naik treadmill..lama sudah tak joget jogging, lari-lari..huhuu..rindu waktu itu..

so kat sini nak kongsi cara aku melegakan period pain/cramp ataupun senggugut:

1. buat la air panas eg: milo, teh ataupun air masak panas biasa dan minum
2. tuam tempat sakit dengan botol/mug panas (pastikan beralas)..kalau ada heating pad lagi bagus..
3. kalau tak boleh bangun langsung, capai la seterika/iron tu, pasang kat plak, panas kan kepada suhu yang sesuai (tidak terlampau panas) letak la atas tempat sakit berserta alas..nanti melecur pulak..
4. kalau dah tahan sangat..amik la panadol..
5. lebih selamat jumpa doktor daripada amik panadol..

huhuu..aku selalu buat 1 sampai 3 je..heee..yang ke 4 memang out la..haha

10 lagi:
http://fadilahamdan.blogspot.com/
http://sudirsuichi.blogspot.com/
http://storymoryerma.blogspot.com/
http://artnishaway.blogspot.com/
http://www.wanda2u.com/
http://www.smkrmm.edu-my.net/
http://bellasuke-berbelog.blogspot.com/
http://www.keretagentwo.blogspot.com/
http://zaifull.blogspot.com/
http://fuzriown.blogspot.com/




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, November 12, 2010

Tips MUET

hai selamat pagi! hari ni i mulakan hari dengan basuh baju..haha! lepas tu sarapan tomato cherry dengan jus epal..sangat berkhasiatkan? lapar..lapar..lapar.. T_T

okay..rasanya peperiksaan bertulis MUET hari Sabtu ni..kira macam dah terlambat jugak la nak buat tips bagai..hehee..tak apa..untuk panduan masa akan datang..untuk adik-adik i yang bakal amik MUET..ko kena baca ni Saniy!! ko mesti mencontohi kakak ko yang pandai ni (pandai la sangat! tipu je..sila muntah)


ni tips berdasarkan pengalaman la ye..macam biasa..semua melalui pengalaman..hm..should i write in english? i mean because we are talking about MUET here..tapi tak apa la, khusus untuk pelajar melayu..pelajar bukan melayu pun boleh...1 Malaysia, jadi kita kena pakai bahasa kebangsaan. hehee

format sekarang dah baru..i amik MUET zaman format lama (selalu jadi batch terakhir..sadiss) tapi tips ni sama je..boleh guna kot..MUET ada 4 bahagian; speaking, listening, reading dan writing..mana yang paling susah? semua susah!! (saje bagi anda cuak..haha)

Speaking
ada 2 bahagian; individu dan berkumpulan

individu
1. baca dan fahamkan soalan..kalau ada yang tak tau makna perkataan boleh tanya pada examiner (ni dulu la..tak tau pulak sekarang boleh lagi ke tak)

2. otak anda kena bergerak cepat (mas persediaan 2 minit je kan), fikirkan hujah yang sesuai dengan soalan, sekurang-kurangnya 3, lebih lagi baik dan tulis dengan ringkas supaya tak lupa.

3. bila masa menjawab, pastikan anda mempunyai eye-contact dengan kedua-dua examiner..sangat penting ye..ni untuk menunjukkan anda yakin dengan hujah anda.

4. gunakan kata hubung contohnya, furthermore, moreover, consequently, hence, thus etc. bagi perkataan bombastik sikit biar examiner tu terkejut dan terus je bagi markah besar kat bahagian vocabulary..haha

5. pastikan anda ada ayat huraian kepada setiap hujah anda..1 je cukup.

6. sertakan sekali pendirian anda (opinions and recommendations) dengan menggunakan perkataan i think.., in my opinion.., etc.

7. jangan lupa senyum! :D sebab anda akan berasa yakin..kalau untung, examiner pun senyum dengan anda..senang je hati dia nak bagi markah lebih..hehee

berkumpulan
1. tips untuk individu boleh digunakan di bahagian ini.

2. kalau boleh, biar anda menjadi leader kepada perbincangan ni..macam mana? banyakkan bercakap..nampakkan yang seperti anda yang mengawal perbincangan ini.

3. bercakap seperti biasa, informal tapi jangan guna slang, contoh; "you can't do like this la"

4. jika ada candidate yang pasif (kurang bercakap), ajak dia bercakap contohnya tanya pendapat dia, tanya dia jika dia bersetuju dengan kenyataan anda dan sebagainya..markah anda akan berkurang jika anda sahaja yang bercakap..tu namanya pentingkan diri sendiri..

5. kalau perbincangan tu mempunyai reaksi gembira, lawak, jangan segan..gelak je..tapi jangan la lebih-lebih..ini menunjukkan yang anda betul-betul faham dengan perbincangan tersebut..kalau reaksi sedih, jangan menangis pulak..nyatakan kesedihan anda dalam bentuk percakapan seperti "i feel very awful about this news"

6. yang penting, anda kena bercakap dengan isi hujah yang sesuai..jangan keluar topik!

Listening
sebelum hari test
1. mesti buat banyak latihan listening dengan cikgu anda..
2. banyakkan mendengar berita radio berbahasa inggeris
3. buat latihan: jika tengok cerita berbahasa inggeris, jangan baca sari kata/subtitle..fahamkan jalan cerita dengan hanya mendengar dan melihat.

pada hari test
1. mesti baca soalan dahulu sebelum dengar broadcast, talk etc yang diberikan supaya anda tau kata kunci apa yang perlu diambil..

2. berikan sepenuh tumpuan kepada conversation, talk etc yang berkumandang..

3. cari kata kunci yang penting seperti tarikh, tempat, nama etc dan tuliskan supaya tak lupa

4. anda boleh cuba pandang 1 tempat sahaja semasa mendengar untuk fokus..tak galakkan tutup mata sebab fokus akan hilang terus..

5. terus tandakan jawapan pada kertas soalan supaya tak lupa..anda akan diberi masa untuk menghitamkan kertas jawapan..

Reading
1. tak ada cara lain..anda kena banyak buat latihan untuk test ni..macam tak biasa pulak, dulu sekolah PMR dan SPM pun ada reading jugak!

2. fahamkan petikan/gambar yang diberi..

3. read between the lines!! maknanya cari maksud tersirat yang ada dalam petikan..

Writing
1. luaskan pembacaan dan vocabulary..baca isu semasa yang berlaku dalam negara..

2. baca contoh karangan yang baik dan lihat pada ayat/perkataan yang digunakan

3. biasakan penggunaan kamus english-english..kurangkan bilingual dictionary kerana kita belajar bahasa bukan makna perkataan.

esei pendek
4. fahamkan soalan/petikan/gambar rajah etc sebelum mula menulis

5. buat analisa yang sesuai berdasarkan soalan..lihat pada kata kunci yang diperlukan

6. jangan lebih patah perkataan.

esei panjang
7. mesti rangkakan karangan anda..sangat penting supaya tak keluar topik.

8. mesti ada topic sentence (main point) dan huraian yang kukuh, sekurang-kurangnya dua ayat.

9. sertakan contoh dan pendapat..

10. jangan lupa ayat pendirian contohnya; i honestly agree/disagree.., i strongly agree/disagree.., etc...

tu je..selamat berMUET dan semoga berjaya! :)

psst~i pernah amik IELTS mock test..lebih kurang je..tapi susah sikit la..





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, October 7, 2010

Tips hilangkan/elakkan mengantuk dalam kelas~~

Awww!! serius mengantuk dalam kelas tadi..macam apa je...lecture pulak bosan...tapi boleh jugak besarkan mata ni..huhuu..suara lecturer pun kuat jugak tapi mendatar je..mana la tak mengantuk..

i rasa terpanggil (ceh..terpanggil..siapa panggil ko??!!) nak kongsi tips yang biasa i guna bila rasa mengantuk dah seksi-seksi je datang kat i..haha!

boleh guna untuk semua pelajar..tak kira anda pelajar sekolah, kolej ataupun universiti..haha ye la tu..nak ikut boleh..ambil yang baik..yang tak baik jangan ikut!














1. pastikan anda duduk depan..kalau tempat duduk tetap macam kat sekolah nak buat macam mana pulak? tak pe jangan risau..tinggikan tempat duduk anda..ataupun anda berdiri di tempat anda masa cikgu tengah bercakap kat depan..kalau cikgu tanya, cakap "saya mengantuk cikgu!" (hee..i buat macam ni kot kat sekolah, tapi cikgu tak pernah tanya..cikgu-cikgu i amat memahami)

2. ambil bahagian dalam kelas..tanya la pensyarah/cikgu anda apa-apa soalan..kalau tak anda angkat je tangan..bila cikgu/pensyarah tanya kenapa, anda cakap "saya tak faham, boleh ulang tak cikgu/sir/madam/miss?" walaupun anda faham..betul, serius berkesan!

3. sambung ayat cikgu/pensyarah anda..kadang-kadang, cikgu/pensyarah anda ni tak dapat nak teruskan ayat..anda cuba la sambung ayat cikgu/pensyarah anda..kalau salah pun tak apa..nak cakap kuat pun boleh..cakap perlahan cukup untuk kawan sebelah anda dengar pun tak apa..(hee..kat sekolah selalu jugak macam ni..tapi yang tak boleh bla tu, cikgu tu punya la cuba cari perkataan seerti dengan apa yang i cakap..padahal makna sama..haha)

4. bawa bekalan minuman ke dalam kelas (jika dibenarkan)..seeloknya air kosong/air masak/air mineral..kita mengantuk kerana kekurangan oksigen dalam otak..atau tarik nafas dalam-dalam  2 3 kali..nak lebih pun tak apa

5. kalau betul anda tak boleh tahan..tutup mata untuk 1 minit..pastikan kepala anda tidak berada atas meja..nak tongkat dagu boleh..tapi 1 minit je..pendengaran tetap jalan okay! jangan tidur terus...

6. pastikan pen/pensel anda sentiasa menari-nari..do doodles..doodles tu apa? conteng-conteng la..conteng atas kertas ye jangan conteng atas meja dan buku.."vandalisme" nanti kena cap kat dahi..haha! kalau tak nak menconteng, lebih baik anda ambil nota..lagi bagus!

7. duduk dalam posisi yang betul...jangan la gedik-gedik nak letak kepala atas meja, baring-baring segala bagai..memang la anda mengantuk kalau macam tu..

8. buat regangan asas tangan, kaki dan leher supaya darah beredar ke seluruh badan dengan lancar..i tak galakkan goyang kaki "bouncing legs" ataupun "rocking body frontwards and backwards" sebab ada orang memang layan ngantuk cara ni..(i la tu.. :P)

9. ambil vitamin B-12 sebelum pergi kelas..vitamin ni untuk kesihatan minda/otak dan saraf-saraf anda..makanan seharian yang ada vitamin ni, isi dada ayam, telur rebus, eh..anda gugel la..i tak ingat la..pendek kata ambil sarapan pagi..huhu

10. kalau tak hilang mengantuk jugak, baca a'uzubillahiminasyaitonirrajim (ta'auz) 3 kali sapu kat muka..atau keluar daripada kelas..basuh muka, ambil wuduk sekali...sebab syaitan kabir sedang mengacau anda menuntut ilmu..berwuduk paling berkesan antara semua di atas..

tu je yang i pernah buat..kalau sekarang, i amalkan 1, 2,3 dan 5..heheee




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, August 8, 2010

belajar English perit?? ada tips..

hai assalamualaikum dan selamat petang semua..macam dah lama pulak tak buat entry berat(berat ke panjang? haha)..ye la hari tu tak berapa sihat..hari ni dah okay alhamdulillah..hari ni aku nak cerita pasal bahasa inggeris aku dan ada tips sikit..hehee..dari sekolah rendah sampai sekarang..harap anda semua bersabar la ye semasa membaca(kalau anda baca la)

apa jadi isu tukar balik silibus sains dalam bahasa inggeris ke bahasa malaysia tu? sebenarnya banyak kebaikan sains dalam BI..orang je sibuk nak sangat tukar balik..BM sama juga lingkup..hmm..zzz...cuba luas sikit fikiran tu..pandang jauh sikit..jangan pandang had tu je...opss..jangan kecik hati ye..maaf..

okay..sekolah rendah, english aku biasa-biasa je..malah sangat bodoh bahasa inggeris okay..cikgu banyak bagi kerja sekolah grammar, bina ayat macam-macam lagi la..kadang-kadang ada spelling..soal perkataan present-past tense etc...biasa la tu kan..selalu je cikgu(dah lupa nama cikgu) soal sebelum mula pelajaran dan aku antara murid terawal yang duduk..hehhehee..sambil-sambil duduk tolong member sebelah bagi tau jawapan..sampai kena marah dengan cikgu..huhuu

bila test selalu je dapat markah tinggi tapi percubaan upsr tak dapat A...zzz..how annoying..trial 2 kali dapat B dan B tu BAHASA INGGERIS!!!! dengan berbekalkan 2 minggu aku belajar, tingkatkan vocabulary, baca jawapan belakang buku latihan..akhirnya, alhamdulillah upsr bahasa inggeris dapat jugak A..yang lingkup sains..adoiiiiii..sejak tu sains aku terus jatuh merudum..hahaha!

form 1 okay je..bila dah masuk form 2 BI pn dah semakin susah..teruk jugak markah..masa tu la ibu beli buku Harry Potter..aku hentam je la baca buku-buku tu dalam BI..perit jugak belajar BI ni weh..baca sambil tengok kamus..lama-lama malas dah..teka je maksud perkataan..bukan dengan baca je, aku dengar lagu BI..cari lirik kat internet..sebut balik untuk betulkan pronounciation..tengok cerita omputih tanpa tengok sari kata..dengar radio hitz.fm..join forum di alam maya(harry potter forum)..

memang seronok belajar BI..terutamanya masa join forum tu..dapat berinteraksi dengan mat saleh..dan aku dapat seorang rakan pena dari Portugal..kami selalu berutus surat/email sampai sekarang..hohoho! masa tu umur aku 13-14 tahun..mudanya la hai masa tu..hehee..alhamdulillah BI aku bertambah baik..pmr english cemerlang..bila masuk silibus spm, memang susah sikit sebab kena buat karangan 350 patah perkataan..bukan 1 tapi 2 karangan..huh..maka,(ceh!) aku luaskan pembacaan..baca buku yang penulisnya berlainan(setiap penulis menggunakan cara penulisan yang berlainan), majalah(readers digest, newsweeks etc.)..diari pun aku tulis dalam english..

BI spm aku bagus..hehee..GCE-O tu pun bagus(bagus ke?)..sampai la aku form 6 kena amik MUET(Malaysian University English Test) pulak..lagi susah..kali ni siap ada speaking listening entah apa lagi segala bagai..karangan pun soalan demand macam-macam..pemikiran kena luas supaya karangan yang dihasilkan nampak matang(ibu aku yang cakap)...alhamdulillah MUET aku pun okay..siap amik 2 kali sebab nak dapat lagi baik..huhuu..aku ada 2 slip MUET..hehhee


sekarang ni, kampus aku memang all english..kira macam english based campus..memang setiap masa je kena cakap inggeris(setiap masa ke?)

untuk adik-adik aku(literally, if you guys ever come across this blog of your sister), sila contohi kakak kamu yang bijak ni..hahaha!! anda semua yang membaca boleh muntah sekarang...hehee..tak ada la bijak mana pun..biasa je...kurniaan sementara dari yang Maha Pandai..hmm..

biar aku ringkaskan tips yang aku dah guna:


1. pupuk minat membaca bahan bacaan bahasa inggeris(buku cerita)..saya syorkan mula dengan buku-buku Harry Potter sebab J.K Rowling guna simple english standard pelajar sekolah menengah rendah.

2. biasakan dengar lagu berbahasa inggeris(cari lirik), nyanyi sekali kalau boleh..peduli apa orang kata sedap ke tak..kita nak belajar cara sebutan perkataan tu (pronounciation)

3. luaskan pembacaan anda..jangan takuk buku Harry Potter je..baca la surat khabar, majalah dan sebagainya..diingatkan, semakin lama kita belajar, bahan pembacaan kena ditingkatkan kepada jenis ilmiah..bukan unsur fiksyen lagi..

4. tengok cerita berbahasa inggeris tanpa melihat sari kata(subtitle) untuk menguji kefahaman anda

5. praktis bercakap dengan rakan dalam bahasa inggeris..bila lagi nak praktis pronounciation anda? jangan rojak kan bahasa pulak..guna ayat penuh..

6. buang rasa malu..dengan kawan je lagi pun kan..kalau salah gelak ramai-ramai..hehee..lepas tu saling betulkan yang salah antara kawan-kawan anda..

7. tips untuk grammar yang betul cuma membaca dan buat latihan sahaja..tiada cara lain..sebab melalui pembacaan, secara tidak langsung anda dapat mengesan penggunaan grammar dan ayat yang betul, dibantu dengan latihan yang anda buat...

8. rajin buka dan baca kamus..huhuu..pelik tapi benar..bila anda buka kamus untuk cari perkataan yang diingini, anda akan lihat pelbagai lagi perkataan baru..boleh tambah vocab..ye tak?

9.tips terakhir, anda memerlukan kerajinan dan semangat yang tinggi..tapi saya tak ada la rajin..semua tu dilakukan kerana minat..

tu je la kot yang diamalkan semasa di sekolah menengah..adik-adik yang nak ikut cara ni boleh rasanya, tapi tanya la cikgu anda dulu..ye la, tips ni bukan daripada orang professional kan..cuma nak kongsi pengalaman hidup..hehee


jeng jeng jeng! ni la makanan tengahari aku..bubur nasi berlauk...lauk tu ada kobis masin, lobak manis, ikan bilis goreng..semua tu digoreng dengan bawang merah+bawang putih+cili(banyak pun boleh sebab kalau tak muak bila makan)..goreng lama sikit dalam kuali..tak tau la kenapa, ibu tak cakap pulak kenapa..supaya sedap kot..hehee..telur dadar aku malas buat(omg pemalas gila!!)




okay..tu je tips yang aku nak kongsi..



ps: aku pernah kena kutuk kot(tak ingat siapa) sebab dengar lagu BI..zzz...sungguh tidak moden dan cetek fikiran...





MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, August 2, 2010

how to have a lovely day~~


selamat petang..hehee..tu..atas tu..how to have a lovely day..it works for me..terutama yang pertama tu..cuba la...

yup, everything is okay..semua baik-baik sahaja..semalam friendship day!! dan hari ni, sudah 2hb Ogos...sekejap je dah bulan Ogos..ceh, dah dalam bulan ni memang la kata kejap..sekarang ni, tunggu bulan Disember..kejap ke lama?? tak sabar menunggu tahun 2011..ada apakah???

tak ada apa-apa...cuma bila dah masuk tahun 2011, umur semakin naik, masa belajar semakin kurang, harap diri juga semakin matang seiring dengan usia..bila nak habis belajar ni? boleh tak aku nak skip tahun 2011 dan 2012? oh, tengok! aku tak bersyukur lagi..ishh..astagfirullah..

hmm..aku dah dapat makan beef steak dan sup ikan merah..weeheheee..terima kasih ibu! and lots of other cravings to be fulfill..in 2 weeks I hope..hmm..there's one thing i'm yearning for..that only one thing I yearn for years..but it is not to speak of here..sebab tak percaya rasa tu masih ada..benda dah lepas kot..tolong keluar dari wishlist aku...*sigh*


bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu bahawa dirimu telah mencuba sedaya upaya
bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu
bila kau rasa ketinggalan dan ditinggalkan, Allah setia disisimu
bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak berhasil, Allah ada jalan penyelesaian
bila tiada erti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya


MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, July 28, 2010

tips amatur pembentangan/presentation

weee~ selamat tengah hari semua...huhuu..saya suka update blog pada waktu tengah hari macam ni..huhuu..okay..pembentangan pagi tadi okay je..huhuu..ni saya nak kongsi tips melakukan pembentangan dengan baik..ni tips amatur je ye..berdasarkan pengalaman sendiri...bukan dari orang professional..


1. sehari sebelum pembentangan, anda kena bersedia secukupnya..nota kecik, alat bantuan pembentangan(power point, handouts etc)

2. anda mesti faham kandungan pembentangan anda dengan baik..bermaksud anda mesti bersedia menjawab apa-apa pun persoalan daripada audiens

3. ramai orang silap tentang nota kecik..sebenarnya sangat-sangat penting dalam pembentangan..ye la kalau terlupa kan boleh rujuk..

4. pada hari pembentangan, pastikan anda berpakaian formal..ikut kesesuaian dan keselesaan..kalau saya saya pakai baru berwarna yang menarik hati contohnya warna merah jambu walaupun tak suka warna tu tapi pink memang menarik hati..huhuu

5. mulakan dengan senyuman..hehe..senyuman penting okay..first impression tau! buat kita rasa yakin dan mengurangkan gementar bila berada di hadapan audiens..

6. elakkan daripada memandang dinding, siling, kipas etc...tapi tak tau la kalau anda berasa selesa dengan keadaan macam tu..seeloknya, fokus kepada audiens anda(terutama lecturer)..oh, orang kata, dari mata jatuh ke hati..hehehe..

7. pegang sesuatu di tangan contohnya nota kecik, alat penunjuk jika anda menggunakan alat bantuan LCD..dua benda ini sahaja okay..ini supaya anda jangan menggaru-garu kepala, sentuh-sentuh muka, masukkan tangan dalam kocek seluar, melipat ruas jari(ini sangat tidak baik) etc..

8. pastikan suara anda cukup jelas dan tidak mendatar untuk didengari oleh semua..kalau tidak, audiens anda akan bosan dengan pembentangan anda..jangan lupa senyum lagi..hehehe..saje je, nak hilangkan gementar tu..

9. kalau lupa, jangan panik..tengok nota kat tangan anda tu..sebab tu nota kecik sangat penting..selain membuatkan anda berasa yakin untuk membentangkan pembentangan anda..jangan berhenti terlalu lama semasa anda rujuk nota..audiens bosan dan boleh mengurangkan markah pembentangan anda..

10. yang penting sekali, jangan membaca dari alat bantuan pembentangan anda..sebab kalau baca, tu bukan namanya pembentangan..baik tak payah bentang..suruh je audiens anda baca kat LCD tu..

11. kalau pembentangan anda dalam bahasa inggeris, seeloknya, praktis dahulu untuk melancarkan pertuturan..kalau anda selalu cakap bahasa inggeris, there should be no problem for your presentation..

12. jangan makan/mengunyah gula getah/chewing gum semasa pembentangan tapi sebelum tu nak makan coklat boleh..sebab coklat boleh menenangkan..

haa..ni berdasarkan pengalaman ye..amatur sahaja...bukan professional..harap boleh membantu..yang nak tambah, boleh..kongsi la..sangat dialu-alukan.. :)

ps: rindu nak jadi mc kat sekolah..

MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, July 22, 2010

Cara melegakan ulser mulut/mata ikan~

hai assalamualaikum semua readers..harap semua sihat-sihat belaka..hurmm..sebenarnya kan, dah berapa hari dah ni aku tak sihat..huhu..mula-mula sakit tekak, lepas tu batuk..selesema sikit..sekarang pulak kena ulser mulut!! huaaarrrr!!! semua penyakit yang disebutkan tu belum baik lagi..macam sudah jatuh ditimpa tangga pulak ye..hahha..

ulser...korang tau tak pe tu ulser mulut? orang melayu kata mata ikan/kudis dalam mulut..omputih kata canker sore/mouth ulser..nak tau bahasa perubatannya ke? hurmm..ulcer afta..kalau tak silap la..uhh..sakitnya...kalau tak tau jugak, cuba tengok gambar mulut siapa entah ni..mesti tau punya lepas tengok..hehehe


google images


haa, dah tau belum? semua orang pernah kena..jangan cakap tak pernah..memang mengancam la kalau kena ni..nak nak kalau dapat yang besar punya!

setahu aku, ulser ni sebab kuman, kurang zat besi..folik tah pe benda...tapi kebiasaannya(pemerhatian aku la kan) sebab kawasan mulut kita panas..cuaca panas, kurang minum air..kadang-kadang, boleh jugak kena sebab tergigit dinding mulut, terus jadi mata ikan..ada orang kena kat lidah..

aku kena kat macam dalam gambar atas tu..dalam sikit..besar pun lebih kurang macam tu..mungkin sebab dinding bibir berlaga dengan braces yang aku pakai ni..kalau tak kuatkan hati, tak kuatkan iman, dah lama dah pengsan..sebab aku tak boleh tahan sakit.. hmm :(

sekarang ni, nak legakan sakit, aku minum air, simpan dalam mulut dalam 10 saat macam tu..dulu masa kecik, ibu aku suruh letak garam, gonyohkan kat gigi sampai putih-putih kat ulser tu hilang..lepas tu terus baik..punya la dalam proses yang sangat seksa tu, aku melalak jerit-jerit..tapi berbaloi..hahaha!

cara nak lega/sembuh kan..
1. beli je bonjela(nama ubat) kat farmasi untuk legakan sakit..ubat tiub tau..ahli farmasi tau la..
2. minum air banyak-banyak(cara terbaik)
3. tuam dengan ais/makan ais(eh, makan??)..nanti kebas je rasa..
4. sapu marjerin atau mentega kat mata ikan tu bila nak tidur malam
5. jangan makan makanan pedas(terutamanya) dan masam masa kena ulser ni..nanti lagi pedih..
6. letak garam kat mata ikan tu..sangat cepat baik..nak gonyoh kat gigi sampai putih-putih tu hilang boleh jugak..tapi amat tidak disyorkan..hehehe

kalau dalam 2 minggu tak baik juga, sila jumpa doktor anda untuk pemeriksaan kerana mungkin ada masalah lain dan sesiapa yang selalu sangat kena mata ikan ni(lepas baik 2 3 hari kena lagi dan berturut-turut) berpotensi mendapat kanser mulut(aku baca kat klinik pergigian)...harap dijauhkan la kanser-kanser ni..

UPDATE 2 JAN 2016

Okay..saja tambah setelah 6 tahun post ni ditulis. Baru-baru ni, tak baru la..dalam 2 3 bulan lepas aku kena ulser 2 biji sekali setelah sekian lama tak kena..kena kat gusi kat gigi bongsu yang baru separuh nak tumbuh tu dan satu lagi kat dinding mulut yang paling belakang..2 biji yang sangat sangat besar..terseksa 2 minggu lebih tak tipu sampai bengkak pipi yang tak ada kena mengena dengan pertumbuhan gigi bongsu.

dan part paling tak best semua cara di atas aku buat tak berkesan. hahahha okbai..tapi tapi tapiiiiiii..cara ni berkesan

kumur dengan listerin 2 kali sehari atau sebanyak mana yang anda rasa selesa..tak kesah la perisa apa hijau biru kuning pun insyaallah berkesan..LISTERIN tau bukan colgate mouth wash..pastikan anda biar listerin dalam mulut selama 30saat..nak nangis ke apa nangis la tapi sangat sangat berbaloi..tak sampai suku botol listerin sederhana besar tu pun..dan sekali kumur pun 1 penutup listerin tu je..3 hari je dah reda sakit insyaallah.




MySpace Graphics


~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails