CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Sunday, August 8, 2010

belajar English perit?? ada tips..

hai assalamualaikum dan selamat petang semua..macam dah lama pulak tak buat entry berat(berat ke panjang? haha)..ye la hari tu tak berapa sihat..hari ni dah okay alhamdulillah..hari ni aku nak cerita pasal bahasa inggeris aku dan ada tips sikit..hehee..dari sekolah rendah sampai sekarang..harap anda semua bersabar la ye semasa membaca(kalau anda baca la)

apa jadi isu tukar balik silibus sains dalam bahasa inggeris ke bahasa malaysia tu? sebenarnya banyak kebaikan sains dalam BI..orang je sibuk nak sangat tukar balik..BM sama juga lingkup..hmm..zzz...cuba luas sikit fikiran tu..pandang jauh sikit..jangan pandang had tu je...opss..jangan kecik hati ye..maaf..

okay..sekolah rendah, english aku biasa-biasa je..malah sangat bodoh bahasa inggeris okay..cikgu banyak bagi kerja sekolah grammar, bina ayat macam-macam lagi la..kadang-kadang ada spelling..soal perkataan present-past tense etc...biasa la tu kan..selalu je cikgu(dah lupa nama cikgu) soal sebelum mula pelajaran dan aku antara murid terawal yang duduk..hehhehee..sambil-sambil duduk tolong member sebelah bagi tau jawapan..sampai kena marah dengan cikgu..huhuu

bila test selalu je dapat markah tinggi tapi percubaan upsr tak dapat A...zzz..how annoying..trial 2 kali dapat B dan B tu BAHASA INGGERIS!!!! dengan berbekalkan 2 minggu aku belajar, tingkatkan vocabulary, baca jawapan belakang buku latihan..akhirnya, alhamdulillah upsr bahasa inggeris dapat jugak A..yang lingkup sains..adoiiiiii..sejak tu sains aku terus jatuh merudum..hahaha!

form 1 okay je..bila dah masuk form 2 BI pn dah semakin susah..teruk jugak markah..masa tu la ibu beli buku Harry Potter..aku hentam je la baca buku-buku tu dalam BI..perit jugak belajar BI ni weh..baca sambil tengok kamus..lama-lama malas dah..teka je maksud perkataan..bukan dengan baca je, aku dengar lagu BI..cari lirik kat internet..sebut balik untuk betulkan pronounciation..tengok cerita omputih tanpa tengok sari kata..dengar radio hitz.fm..join forum di alam maya(harry potter forum)..

memang seronok belajar BI..terutamanya masa join forum tu..dapat berinteraksi dengan mat saleh..dan aku dapat seorang rakan pena dari Portugal..kami selalu berutus surat/email sampai sekarang..hohoho! masa tu umur aku 13-14 tahun..mudanya la hai masa tu..hehee..alhamdulillah BI aku bertambah baik..pmr english cemerlang..bila masuk silibus spm, memang susah sikit sebab kena buat karangan 350 patah perkataan..bukan 1 tapi 2 karangan..huh..maka,(ceh!) aku luaskan pembacaan..baca buku yang penulisnya berlainan(setiap penulis menggunakan cara penulisan yang berlainan), majalah(readers digest, newsweeks etc.)..diari pun aku tulis dalam english..

BI spm aku bagus..hehee..GCE-O tu pun bagus(bagus ke?)..sampai la aku form 6 kena amik MUET(Malaysian University English Test) pulak..lagi susah..kali ni siap ada speaking listening entah apa lagi segala bagai..karangan pun soalan demand macam-macam..pemikiran kena luas supaya karangan yang dihasilkan nampak matang(ibu aku yang cakap)...alhamdulillah MUET aku pun okay..siap amik 2 kali sebab nak dapat lagi baik..huhuu..aku ada 2 slip MUET..hehhee


sekarang ni, kampus aku memang all english..kira macam english based campus..memang setiap masa je kena cakap inggeris(setiap masa ke?)

untuk adik-adik aku(literally, if you guys ever come across this blog of your sister), sila contohi kakak kamu yang bijak ni..hahaha!! anda semua yang membaca boleh muntah sekarang...hehee..tak ada la bijak mana pun..biasa je...kurniaan sementara dari yang Maha Pandai..hmm..

biar aku ringkaskan tips yang aku dah guna:


1. pupuk minat membaca bahan bacaan bahasa inggeris(buku cerita)..saya syorkan mula dengan buku-buku Harry Potter sebab J.K Rowling guna simple english standard pelajar sekolah menengah rendah.

2. biasakan dengar lagu berbahasa inggeris(cari lirik), nyanyi sekali kalau boleh..peduli apa orang kata sedap ke tak..kita nak belajar cara sebutan perkataan tu (pronounciation)

3. luaskan pembacaan anda..jangan takuk buku Harry Potter je..baca la surat khabar, majalah dan sebagainya..diingatkan, semakin lama kita belajar, bahan pembacaan kena ditingkatkan kepada jenis ilmiah..bukan unsur fiksyen lagi..

4. tengok cerita berbahasa inggeris tanpa melihat sari kata(subtitle) untuk menguji kefahaman anda

5. praktis bercakap dengan rakan dalam bahasa inggeris..bila lagi nak praktis pronounciation anda? jangan rojak kan bahasa pulak..guna ayat penuh..

6. buang rasa malu..dengan kawan je lagi pun kan..kalau salah gelak ramai-ramai..hehee..lepas tu saling betulkan yang salah antara kawan-kawan anda..

7. tips untuk grammar yang betul cuma membaca dan buat latihan sahaja..tiada cara lain..sebab melalui pembacaan, secara tidak langsung anda dapat mengesan penggunaan grammar dan ayat yang betul, dibantu dengan latihan yang anda buat...

8. rajin buka dan baca kamus..huhuu..pelik tapi benar..bila anda buka kamus untuk cari perkataan yang diingini, anda akan lihat pelbagai lagi perkataan baru..boleh tambah vocab..ye tak?

9.tips terakhir, anda memerlukan kerajinan dan semangat yang tinggi..tapi saya tak ada la rajin..semua tu dilakukan kerana minat..

tu je la kot yang diamalkan semasa di sekolah menengah..adik-adik yang nak ikut cara ni boleh rasanya, tapi tanya la cikgu anda dulu..ye la, tips ni bukan daripada orang professional kan..cuma nak kongsi pengalaman hidup..hehee


jeng jeng jeng! ni la makanan tengahari aku..bubur nasi berlauk...lauk tu ada kobis masin, lobak manis, ikan bilis goreng..semua tu digoreng dengan bawang merah+bawang putih+cili(banyak pun boleh sebab kalau tak muak bila makan)..goreng lama sikit dalam kuali..tak tau la kenapa, ibu tak cakap pulak kenapa..supaya sedap kot..hehee..telur dadar aku malas buat(omg pemalas gila!!)




okay..tu je tips yang aku nak kongsi..



ps: aku pernah kena kutuk kot(tak ingat siapa) sebab dengar lagu BI..zzz...sungguh tidak moden dan cetek fikiran...





MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

4 tHis girL's lovers commenting:

Fie Lautner said...

info yang bagus, next year saya spm. katakan tidak kepada 350 words !

misyamissyou said...

lorh..sepatutnya, kata ya boleh pada 350 words tu..hehee..apa2 pn good luck tuk spm kamu next year.. :)

Mar said...

ermm,,..mmg perit la bi nie,..
tmbah skrg smbg blajar yg semuanya bi,..bila jmpa kwn2 yg sgt2 excellent bi mmg rsa rndah diri,.

misyamissyou said...

Mar, jangan rasa macam tu..cuma kita kena usaha lebih sikit drpd mereka yg excellent bi tu..

jadikan dictionary sebagai best friend..lagi satu, biasakan guna dictionary yang all english..kurangkan penggunaan dictionary bilingual..sebab kita belajar bahasa(struktur bahasa) bukan belajar makna perkataan..

jangan rasa rendah diri..kita semua ada kelebihan masing2.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails