CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Thursday, August 19, 2010

hormat la sikit..tak ada budi bahasa ke?

okay..aku buat entry tengah malam..sesuatu yang luar biasa..maknanya ada sesuatu yang menarik perhatian aku yang nak dikongsikan dengan anda semua(menarik ke?)..okay, macam ni, tadi petang aku blogwalk la kan..sampai la kat blog seorang blogger ni..siapa blogger ni? aku pun tak tau la..pertama kali aku sampai kat blog dia tu..

blog tu lawa..cun..terpikat la jugak aku..mana taknya, blog dia layout warna lembut je..sejuk je mata aku yang panas petang tadi pandang blog tu..macam biasa la kan, sampai kat blog je aku terus terjah entry..tengok mana yang boleh dikomen..entry terbaru dia..wa cakap lu, gempak habis la..memang straight to the point kata omputih..

oh ye memang bukan hak aku nak kritik apa-apa..maaf la..isunya pasal chatbox/shoutbox tu la..ala, kadang-kadang kan ada blogger yang promote YS, dapatwang entah apa lagi tu kan..katanya menyemak kat shoutbox dia..lagi, ada blogger yang hantar mesej cakap pasal dah klik nuffnang la, blog cun la, sebab nak suruh orang follow la..sebab nak mencapap cari traffic la segala bagai..anda pun tau je la kan bagi yang ada chatbox/shoutbox kat blog anda semua kan..

mula-mula aku okay je dengan luahan hati blogger ni..alih-alih sampai pulak kat bab-bab puasa..sebab orang hantar mesej kat chatbox dia "selamat berpuasa", "selamat berbuka" etc..dan dia cakap dia tak puasa dan tak payah hantar mesej macam tu...dalam bahasa yang aku rasa agak kasar..ini telah membuatkan emosi aku tidak seimbang..serius aku marah kalau bab-bab agama, bab-bab kaum, bab-bab harga diri..aku tak boleh nak kawal okay..aku terus tutup lappy..(ada macam diskriminasi tak kat ayat sebelum tu?)

who cares kalau kau tak puasa ke? tak sambut ramadan ke? zzz..ada orang kisah ke kalau kau tu melayu ke cina ke, india atau bangsa apa sekali pun?? dan dalam blog kau pun tak ada pulak statement cakap kau ni bangsa apa agama apa..so kalau tak puas hati dengan niat baik orang, tak payah la nak kecoh-kecoh..cakap aje la kat chatbox orang tu balik secara baik..konon nak tutup chatbox buat sementara sebab bosan dengan kerenah bloggers yang tinggalkan mesej entah apa-apa..kenapa tak tutup selamanya je?

pemikiran kau sungguh cetek la..and I don't assume mine is broad by the way..but I'm certainly sure mine is broader than yours..huh! aku hampir je mengeluarkan perkataan kegemaran aku tu..(nak tau ke? ala yang dalam english mula dengan huruf B tu..) okay stop..


and a big W for you...zzz..menjengkelkan..yup, memang bukan hak aku nak kritik tapi aku memang suka mengkritik..aku kritik benda yang aku tak suka..kalau ada yang menyampah dengan entry ni, suit yourself with this.. :) because I hate when I dislike so much, and I love deeply when I like things so much..and this is me..this is not the dark side..but ME! maaf ye..luahan hati je ni..don't take it to the heart..and don't hate me for this..

pasal follow mem-follow ni, aku rasa hak seorang blogger la..kalau dia suka entry anda, dia follow la..kalau tak rasa apa-apa(aku tak cakap tak suka ye) tak la kot..sebaiknya kan follow dengan ikhlas..kan senang..betul tak? aku ni tak nak la nak tulis wording yang macam kat bawah seksyen followers aku tu..tapi..hurmm..payah nak cakap..dan aku memang tak kesah apa pun korang nak tulis/taip kat shoutbox aku tu, jangan spamming sudah la..yang pasti kalau ada link insyaallah aku lawat semula blog anda..jangan risau :)


ps: wah sungguh merah..ye la siang tadi aku tak boleh nak marah..puasa..nanti kurang pulak pahala..haha!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

9 tHis girL's lovers commenting:

ejum said...

macam2 orang ye ada..huhuu..

LiFe KaMi said...

uis marah betul ni,sabar2.. org2 tak beradap mcm tu ler nk kata ape semua tk reti cover ingat dia sembang dgn member2 dia kot..

Anonymous said...

Nice brief and this post helped me alot in my college assignement. Thank you for your information.

˙·•♥ NaJwA .QaSeH ♥•·˙ said...

mimie:
relax2...
tapi klu bg Qaseh pon panas gak..
hehe..

misyamissyou said...

ejum: memang macam2 orang ade..yg sedihnye tak ade ke rase hormat? nak kita je hormat dia..dia ade hormat kite?

Life Kami, hahaa..kak, entah le..payah nak cakap..nak ckp lebih salah..tak cakap kite sakit hati..nasib sy tak gi komen kat comment box dia..kalau tak semua orang hate sy..agaknye la..huhuu

anonymous, really? how's that this post helped you so much in your assignment? it's nothing academically anyway..i doubt that actually..since that you appear to be anonymous..sorry to say that..and this is the dark side of me to feel like this..no heart feelings..

qaseh, tu la, seb baik pose..hehee

-telordibasuh- said...

empunya blog yg xpose tu boy ke girl?

misyamissyou said...

telor!!!!!!!!! hehee..um, pe kate dia tu pondan jek..hehee..mane boleh bagi tau..

ooo cik eykin. said...

saya setuju! huhhh ta ke mnymph tgokk org cmtuh, ek!

misyamissyou said...

cik eykin, ye sy pun stuju...hehee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails