CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Monday, October 3, 2011

Tips melegakan/hindari sakit tekak dan batuk | Jawapan Cari Kucing

assalamualaikum dan selamat petang..hari ni nak buat tips..lama dah tak bagi tips..dan sebelum tu nak bagi tau jawapan segmen jom cuba : jom cari kucing! (wahh! sejak bila blog ni ada segmen? terasa macam rancangan wanita hari ini pulak) eh, jawapan bukan kat dalam entry ni..aku fikir baik satukan je kat entri cari kucing tu..klik SINI untuk jawapannya, kat bahagian bawah entri..

ok, masuk pasal tips..hari tu ada beberapa kenalan rakan batuk-batuk sakit tekak..hurm..yang aku pulak dah lama tak kena batuk dan sakit tekak ni..yang kecik-kecik ada la macam tekak gatal ke kan..tapi ni yang melibatkan batuk dan sakit tekak yang agak dahsyat sikit..dahsyat la kalau setiap 5 minit batuk je..macam nak terkeluar isi dada bila batuk tu..hmm

tips-tips ni daripada ibu aku bukan reka sendiri..ye la ibu lagi tau kan..hee

Tips hindari sakit tekak/batuk:

1. jangan la selalu sangat minum air berkarbonat, air kotak berperisa dan sebagainya sebab air-air tu mengandungi bahan pewarna, bahan penambah rasa yang memudaratkan dalam jangka masa panjang

2. minum air suam, air masak, air suling yang bersih-bersih je.

3. jangan merokok! haihh nak ulas ke? dah tau kan?

4. kurangkan pengambilan makanan ringan

hurm..tapi kalau dah nak terkena batuk/sakit tekak nak buat macam mana kan?

Tips melegakan sakit tekak/batuk:

1. bila nak mula je kena sakit tekak, rasa macam bengkak kat tekak tu, amik limau kasturi, limau nipis..kalau nak sedap sikit amik lemon..belah dua, perah airnya kat sudu..bawak masuk sudu tu dalam mulut, tuang terus kat tekak..ulang pengambilan jika perlu.
 AMARAN, jangan minum macam minum air..masam! 
NOTA: tips ni berkesan masa mula-mula nak kena batuk/sakit tekak je..bila dah 2 3 hari kurang keberkesanannya

2. rajin kumur mulut dengan air garam dan gosok gigi..bila mulut bersih, kuman pun susah nak membiak :)

3. bila dah kena batuk, jangan minum air sebarangan..minum air suam je sudah..ataupun yang ni selalu aku buat, minum air panas biar mati sikit kuman dalam mulut tu (hahaha!) suhu kepanasan air yang boleh anda tahan la..jangan minum air 100 darjah celcius tu..melecur mulut aku tak bertanggungjawab ye..

4. Vicks..tau kan? kat farmasi ada jual..sapu kat dada untuk melegakan ketidakselesaan semasa batuk





5. kalau agak-agak makin teruk, pergi jumpa doktor amik ubat batuk mengikut dos yang ditetapkan dan tidur



psst~ aku selalu buat yang limau tu..sekejap je baik :) hurm..batuk ni penat, silap-silap terkeluar peparu dan jantung..haha




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

10 tHis girL's lovers commenting:

Anonymous said...

ley try ni,,batuk tak henti2 g

| CIKZEK | said...

emmm memang seksa gile kalau skit tekak. nk bcakap pun skit :\

Syat0za Zai said...

zai bila skit tekak, leh jadi rockers! yeyearghh!!

LiFe KaMi said...

tapi selalunya kalau dah kena selsema dgn batuk ni mmg ambil masa nak sembuh..
banyak kan minum air masak yang utama..

misyamissyou said...

iszieylyanziy: lorh ce try tips tu..huhuu

♥ MRS ZACKS ♥: uhuu..tau xpe..

Syat0za Zai: cm suke je sakit tekak tu..hoho

LiFe KaMi: aah, kadang2 smpai berminggu..demam seleseme dah baik tp batuk masih jugak..yep, kena minum air masak.. :)

Botak said...

biasanya bila sakit tekak minum air masak + makan gegula., lain dari tu memang takde lah., hahahaha..

Anonymous said...

kalau batuk... mase awal2 batuk tu jgn batuk kuat2 kalau bleh cuba tahan... kalau nak batuk gak sekali sekala dan pelan2... sebab kalau batuk kuat2 tekak luka tu yg susah nak baik... minum madu... insyaAllah... :)

nick dot anis said...

entry u mmg ssuai sgt dengan batuk i skrg ni..tq

misyamissyou said...

Botak: makan gule hacks ea?

Fila Lane: aah..yep xteruk jd teruk kalau batuk kuat2..

nick dot anis: hee welcome try la ye..mudah mudahan sembuh cepat..

Khairul said...

balik nnt aku try.. ni tgh batuk tahap gaban ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails