CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Friday, November 12, 2010

Tips MUET

hai selamat pagi! hari ni i mulakan hari dengan basuh baju..haha! lepas tu sarapan tomato cherry dengan jus epal..sangat berkhasiatkan? lapar..lapar..lapar.. T_T

okay..rasanya peperiksaan bertulis MUET hari Sabtu ni..kira macam dah terlambat jugak la nak buat tips bagai..hehee..tak apa..untuk panduan masa akan datang..untuk adik-adik i yang bakal amik MUET..ko kena baca ni Saniy!! ko mesti mencontohi kakak ko yang pandai ni (pandai la sangat! tipu je..sila muntah)


ni tips berdasarkan pengalaman la ye..macam biasa..semua melalui pengalaman..hm..should i write in english? i mean because we are talking about MUET here..tapi tak apa la, khusus untuk pelajar melayu..pelajar bukan melayu pun boleh...1 Malaysia, jadi kita kena pakai bahasa kebangsaan. hehee

format sekarang dah baru..i amik MUET zaman format lama (selalu jadi batch terakhir..sadiss) tapi tips ni sama je..boleh guna kot..MUET ada 4 bahagian; speaking, listening, reading dan writing..mana yang paling susah? semua susah!! (saje bagi anda cuak..haha)

Speaking
ada 2 bahagian; individu dan berkumpulan

individu
1. baca dan fahamkan soalan..kalau ada yang tak tau makna perkataan boleh tanya pada examiner (ni dulu la..tak tau pulak sekarang boleh lagi ke tak)

2. otak anda kena bergerak cepat (mas persediaan 2 minit je kan), fikirkan hujah yang sesuai dengan soalan, sekurang-kurangnya 3, lebih lagi baik dan tulis dengan ringkas supaya tak lupa.

3. bila masa menjawab, pastikan anda mempunyai eye-contact dengan kedua-dua examiner..sangat penting ye..ni untuk menunjukkan anda yakin dengan hujah anda.

4. gunakan kata hubung contohnya, furthermore, moreover, consequently, hence, thus etc. bagi perkataan bombastik sikit biar examiner tu terkejut dan terus je bagi markah besar kat bahagian vocabulary..haha

5. pastikan anda ada ayat huraian kepada setiap hujah anda..1 je cukup.

6. sertakan sekali pendirian anda (opinions and recommendations) dengan menggunakan perkataan i think.., in my opinion.., etc.

7. jangan lupa senyum! :D sebab anda akan berasa yakin..kalau untung, examiner pun senyum dengan anda..senang je hati dia nak bagi markah lebih..hehee

berkumpulan
1. tips untuk individu boleh digunakan di bahagian ini.

2. kalau boleh, biar anda menjadi leader kepada perbincangan ni..macam mana? banyakkan bercakap..nampakkan yang seperti anda yang mengawal perbincangan ini.

3. bercakap seperti biasa, informal tapi jangan guna slang, contoh; "you can't do like this la"

4. jika ada candidate yang pasif (kurang bercakap), ajak dia bercakap contohnya tanya pendapat dia, tanya dia jika dia bersetuju dengan kenyataan anda dan sebagainya..markah anda akan berkurang jika anda sahaja yang bercakap..tu namanya pentingkan diri sendiri..

5. kalau perbincangan tu mempunyai reaksi gembira, lawak, jangan segan..gelak je..tapi jangan la lebih-lebih..ini menunjukkan yang anda betul-betul faham dengan perbincangan tersebut..kalau reaksi sedih, jangan menangis pulak..nyatakan kesedihan anda dalam bentuk percakapan seperti "i feel very awful about this news"

6. yang penting, anda kena bercakap dengan isi hujah yang sesuai..jangan keluar topik!

Listening
sebelum hari test
1. mesti buat banyak latihan listening dengan cikgu anda..
2. banyakkan mendengar berita radio berbahasa inggeris
3. buat latihan: jika tengok cerita berbahasa inggeris, jangan baca sari kata/subtitle..fahamkan jalan cerita dengan hanya mendengar dan melihat.

pada hari test
1. mesti baca soalan dahulu sebelum dengar broadcast, talk etc yang diberikan supaya anda tau kata kunci apa yang perlu diambil..

2. berikan sepenuh tumpuan kepada conversation, talk etc yang berkumandang..

3. cari kata kunci yang penting seperti tarikh, tempat, nama etc dan tuliskan supaya tak lupa

4. anda boleh cuba pandang 1 tempat sahaja semasa mendengar untuk fokus..tak galakkan tutup mata sebab fokus akan hilang terus..

5. terus tandakan jawapan pada kertas soalan supaya tak lupa..anda akan diberi masa untuk menghitamkan kertas jawapan..

Reading
1. tak ada cara lain..anda kena banyak buat latihan untuk test ni..macam tak biasa pulak, dulu sekolah PMR dan SPM pun ada reading jugak!

2. fahamkan petikan/gambar yang diberi..

3. read between the lines!! maknanya cari maksud tersirat yang ada dalam petikan..

Writing
1. luaskan pembacaan dan vocabulary..baca isu semasa yang berlaku dalam negara..

2. baca contoh karangan yang baik dan lihat pada ayat/perkataan yang digunakan

3. biasakan penggunaan kamus english-english..kurangkan bilingual dictionary kerana kita belajar bahasa bukan makna perkataan.

esei pendek
4. fahamkan soalan/petikan/gambar rajah etc sebelum mula menulis

5. buat analisa yang sesuai berdasarkan soalan..lihat pada kata kunci yang diperlukan

6. jangan lebih patah perkataan.

esei panjang
7. mesti rangkakan karangan anda..sangat penting supaya tak keluar topik.

8. mesti ada topic sentence (main point) dan huraian yang kukuh, sekurang-kurangnya dua ayat.

9. sertakan contoh dan pendapat..

10. jangan lupa ayat pendirian contohnya; i honestly agree/disagree.., i strongly agree/disagree.., etc...

tu je..selamat berMUET dan semoga berjaya! :)

psst~i pernah amik IELTS mock test..lebih kurang je..tapi susah sikit la..





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

8 tHis girL's lovers commenting:

MsFazlillah said...

teringat lak mase speaking, pucat gile muka erma sebab nervous. kawan mkn kwn, asyik dok attack erma je. hampeh!

misyamissyou said...

MsFazlillah:kwn erma bkn pe 2 sbb mesti erma tak byk ckp..tu yg dia ajak erma ckp..kalau dia tak ajak erma cakap, markah dia kurang..erma punye pon kurang..so basically, kwn erma membantu erma..

iszieylyanziy said...

haha,,kelakar,,,tp kene amik muet thun dpn,,sbb ari tu dpt band2 je,,ngee

shapoji said...

erggh muet...aku tak puas ati btul!!!

nabihafadzli said...

huhu doakn ruby yg terbaek.. esok ruby muet

misyamissyou said...

iszieylyanzy: nape tak amik yg year end thn ni?

shapoji: amik lagi skali..huhuu

nabihafadzli: gud luck ye! insyaallah :)

hana nabihah said...

haha..masa exam muet hp aku hilang..nanges2 aku jawab exam..seb la oke..kakakaka ;D

misyamissyou said...

hana nabihah: lorhh..tu la spe suro bwk hp..ishh ko ni pon..tp kenangan terindah ke kenangan terpahit? kihkihkihkih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails