Semalam, sesuatu berlaku. Tak ada apa pun yang mencemaskan cuma hal tu buat aku sedih. Mula terfikir hal-hal lama, hal yang sudah-sudah. Macam flashbacks depan mata.
wrong guy, wrong time:
Memang wrong betul. Salah orang, salah masa. The first heartbreak. Masa memang salah la, tengah belajar lagi. Apa jadah nak bercinta kan? Orangnya memang aku tau salah sebab orangnya pun dah kembali ke rahmatullah. Aku pula sampai hari ni masih hidup lagi, alhamdulillah. Tapi aku rasa ramai yang mengalami wrong guy, wrong time ni pada pertama kali. Ada je yang pertama kali masih kekal beranak-pinak sehingga hari ni. Bertuahnya!
wrong guy, right time:
Ni pun aku pernah tapi tak sampai ke fasa serius untuk ke dalam hubungan la. Tak sebab lepas heartbreak pertama rasa teruk sangat. Rasa kalau nak, terus je la jumpa parents ke apa. Masa tak berapa nak salah sebab dah habis belajar dan baru nak masuk alam pekerjaan. Fasa lepas belajar dan nak mula kerja ni memang biasa la kan kalau dah sedia nak berumah tangga. Tapi wrong guy pula..hahaha! Aku tahu orangnya salah sebab orangnya tu mungkin elok aku cakap tak sekufu. Jadi, orang tu memilih yang sekufu dengan dia. Hari ni, orangnya tu dah selamat beranak seorang dah :') Sedih juga la masa tu, tapi okay je.
right guy, wrong time:
Selepas yang kedua tu, penatnya nak kenal orang lagi. Tapi kita manusia ditemukan antara satu sama lain bersebab. Tak kenal mengenal pun. Memang aku tutup rapat pintu hati ni (macam poyo je). And then someone said his salam, I instantly curved the sweetest smile after a longggggg damn while (I actually start crying now). Aku rasa dia Mr. Right tu sebab rasa tu macam kuat. Dia pun baik, layan aku baik. Aku bagi hint and maybe he hinted something good back to me. Tapi dua-dua pun tak cakap apa-apa. Lagipun masing-masing ada kisah silam, mungkin takut lagi (I cry so hard now). Kawan lah. Masa salah sangat masa ni. Time is so damn fcking wrong. Dua-dua bekerja. Kerja aku stress, tapi kena kerja sebab nak bayar segala hutang pinjaman belajar dan kereta, bertimpa stress. Tak pasti pihak dia macam mana stress ke tak kerja. Dia diam, aku pun diam. Aku fikir ni semua sebab komitmen. Aku fikir aku ni jadi pengganggu. Lagi pula dia anak sulung lelaki, macam-macam nak fikir keluarga, hutang pinjaman dan sebagainya. Lepas beberapa lama, aku rasa macam tak bawa ke mana. Everything went on and off. Aku buat keputusan aku tak nak jumpa dia lagi, berhenti text dia. Aku beritahu dia semua yang aku fikirkan tu, tapi aku tak pernah tau apa respon dia sebab aku betul-betul cut off semuanya dengan dia sejurus selepas aku beritahu dia semua. Aku buat macam tu sebab aku rasa sakit. Mungkin hint yang dia bagi tak seperti yang aku faham. Aku salah faham kot. Hahaha kesiannya! Aku fikir kalau dia the right guy, mana pergi pun bertemu juga. Tuhan dah atur semua, aku percaya tu. Hal semalam tu yang buat aku sedih. Kalau dia jumpa orang lain yang lebih baik, okay je, baguslah untuk dia. Aku kena move on la..haha.
right guy, right time, right every thing:
aku tak tahu..doa baik-baik, jadi manusia yang lebih baik, nanti ada la yang baik tu datang (lap air mata :') ).
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~