3 gambar atas ni masjid baiturrahim..gambar akhir tak dapat amik penuh sebab dekat sangat..haha
ni masjid..um..aku dah lupa namanya..dikatakan masjid ni penuh dengan kayu balak yang macam baru ditebang..tak tahu dari mana kayu-kayu balak tu datang..nak kata dari kilang, kilang kayu kat tempat lain..tak kan daripada laut?? misteri di situ..
kapal besi dan kapal nelayan yang terdampar..kapal nelayan tu terdampar atas rumah..paras air masa tu mesti lagi tinggi sebelum surut..setinggi 2 pokok kelapa..
err..atas ni kasut aku..
kasut ni beli kat Malaysia sehari sebelum pergi..baru 1 hari pakai dah jadi macam tu..lepas 3 jam jalan, sebelah kiri pulak..tapak dua-dua kasut tercabut..malu seyh! masa jalan tapaknya tertinggal..=P ish ganas kan budak perempuan ni pakai kasut..haha..ibu ayah dah bebel je suruh pergi beli kasut baru..tapi aku tak nak..kasut ni baru beli kot! tak kan nak buang..rupanya, sekitar bandar Banda Aceh ni, bersepah tukang jahit kasut dengan tukang baiki jam..
keluar je pintu masjid baiturrahman lepas solat zohor, terus jumpa pakcik ni..huhuu..kena 20 ribu je..murah kan?
besar gila kunyit ni..aku tak pernah jumpa kat Malaysia..biasa jumpa yang besar ibu jari kaki je..yang ni besar penumbuk orang lelaki weyh! *jakun*
aktiviti terakhir sebelum acara bebas, melawat ke rumah anak-anak tsunami/yatim perempuan..
aku kalau part anak-anak yatim ni, kat malaysia ke, indonesia ke tempat lain ke, aku tak boleh tahan sedih..tapi aku tak menangis la..heee..ada seorang anak tsunami ni, aku tanya, "kamu anak tsunami ya?" dia jawab, "iya..ibu sama bapak dan 2 adik!" sedihnya aku!!
aku selalu tak tau nak cakap apa bila dah tau sebab yang menyebabkan seseorang tu jadi anak yatim, tak kira la orang tu kawan aku ke orang lain ke...hurm..aku cuma pegang bahu budak tu je..you know, like giving the comfort and support grip on the shoulder..budak tu terus salam cium tangan aku..tetttt ye la aku kakak kan..
bukti aku keluar masuk malaysia-aceh indonesia..hehe
mana gambar aku? tak payah la..heee
pengajaran dan ilmu banyak aku dapat..pelarian ni seronok..rasa nak buat lagi je..heee (nanti kena bebel dengan encik kawan lagi kot) lupa kejap yang sedih-sedih tu..tapi bila sampai Aceh, sedih lain pulak datang menjengah..aiyarkk! yang pentingnya, aku dapat sentuh awan (percaya ke?) dapat tengok awan putih dekat-dekat lagi..dapat rasa feeling best masa kapal terbang take off dan touch down lagi, dapat tengok rupa bentuk muka bumi dari atas lagi, dapat tengok langit dan laut biru..awww! semua tu favourite aku..
okay dah.. -___- panjang dah ni...terima kasih kerana sudi membaca..
psst~pasport mati 2014..baru keluar masuk malaysia 2 kali aje..next destination, Beijing, China and Mecca, Saudi Arabia..insyaallah =) *masa kerja baru dapat kot*