salamualaikum..cuma nak fill in cerita..seseorang yang selalu aku ceritakan dalam blog ni telah tiada..telah pergi menghadap Ilahi...
secara tiba-tiba aku berasa sedih yang amat..tanpa sebab..seminggu lamanya..tergerak hati 'whatapps' kawan baiknya..bukan untuk tanyakan khabar arwah, tapi bertanyakan khabar kawan tersebut..maklumlah orang tengah buat persediaan perkahwinan..tapi lain jadinya, timbul nama arwah dalam perbualan kami..
lagi hati jadi tak sedap..sebagai seorang stalker *hahaa ya tapi dah bersara kuikuikui*, aku pun saja jalan-jalan ke page laman sosialnya..terbang lompat-lompat page orang lain jugak, maka ketemulah aku dengan jawapan..rupanya arwah masa tu sedang menghidap leukemia..kalau tersentap, tersentak rasa hati ni, bagaimana pula dengan tunangan arwah..
selepas daripada berita yang kutahu sendiri, rasa sakit hati sangat dengan si kawan tadi..langsung tak beritakan pada aku..memang kisah aku dan arwah dah lama berlalu tapi kami masih berkawan..walaupun tidak secara langsung..kami dah pun berbaik dulu, maknanya masih title-nya kawan...fikirnya si kawan tu aku masih hidup dalam dunia maya bukan realiti..haishhh
hanya mampu berdoa untuk kesihatannya..aku tidak sesedih dulu, cuma simpati yang ada dalam hati ni..hari-hari berlalu, suatu subuh aku bangun dengan perasaan yang amat sayu..aku tak tau nak jelaskan macam mana perasaan tu..bukan sedih tapi..entah la..aku tau dia dah pergi hari tu..macam mana aku tau, aku pun tak pasti..aku sendiri kurang faham..
lama aku duduk kat sejadah subuh tu..termenung kosong....ishh, susah nak gambarkan rasa tu..sempat ikut ibu ke pasar tani...ramai orang kat pasar tani tapi aku rasa macam pasar tu tak ada orang..bukan senyap tapi kosong..balik rumah aku online...seperti sangkaanku, dia pergi malam tu..al-fatihah untuk arwah.
mungkin itu takdirnya...hikmah yang Allah sembunyikan untuk setiap perkara yang berlaku dalam hidup ni..kita tak tau kenapa perkara tu berlaku, tapi secara perlahan, lambat laun mengikut kehendakNya, Dia akan tunjukkan kenapa, Dia tunjukkan sebab-sebabnya..secara perlahan kerana mungkin kalau sekali gus aku takkan berdaya terima kesemuanya..Allah lebih tau kemampuan hambanya..Dia takkan turunkan ujian lebih daripada kemampuan...dan itulah hikmahnya :')
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~
assalamualaikum...seperti tajuk di atas...tiada azam...ye, budak perempuan ni tak ada azam tahun baru...ni masuk tahun kedua tiada azam...ohh kenapa kenapa kenapa?
mula tahun 2012, aku tak nak buat azam..sebab susahnya nak laksanakan azam yg dibuat setiap tahun tu sampai stress dibuatnya...bila sampai hujung tahun, kecewa dengan diri sendiri, sedih dengan pencapaian diri, rasa diri tak berguna (adakah ini keterlaluan?), rasa macam....entahlah
apa yang aku sedar, bila tiada azam 2012, aku bebas buat apa pun, maka aku dapat capai banyak benda, banyak perkara lebih daripada tahun-tahun sebelum yang penuh dengan azam gempak-gempak, tapi tak tercapai..aku merasakan tahun-tahun sebelum ni membazir sebab aku menumpukan 365 hari kepada 1 azam spesifik, padahal banyak yang dapat aku capai dalam masa 365 hari tu..
dan ye, terbukti bila akhir tahun 2012, alhamdulillah, dengan tak terikat dengan apa-apa azam, banyak juga yang dapat dilaksanakan, banyak juga yang dapat dikumpul, banyak yang tercapai...aku puas hati, aku tak kecewa lagi dengan diri...mana yang tak dapat, aku cuma fikirkan, doa belum terkabul..Allah belum nak bagi lagi..sabarlah dan terus usaha..bila tak tercapai hasrat atau hajat dan kecewa macam kita menafikan qada' dan qadar tuhan..ye tak?
mungkin dengan 1 keyword BERSYUKUR ni yang buat aku tidak kecewa dengan diri sendiri lagi..aku belajar guna apa yang ada, aku usaha, aku ikhtiar, aku doa, aku tawakal..dengan izinNya jugalah hasrat tercapai..see?? aku gembira diakhir dan awal tahun..aku belajar bersyukur tahun 2012...belajar terima, belajar guna apa yang ada pada diri..aku juga sedar, bersyukur itulah sebenarnya nikmat terbesar...
tiada azam tapi tema..tema tahun lepas "bersyukur" tahun ni, "istiqamah"..dan atas sebab yang tidak munasabah, aku rasa tema lagi cool daripada azam...hehehe ^_^
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~