selamat petang! hari ni huruf G..nak cerita pasal gigi (apa lah cerita pasal gigi..tak ada benda lain ke nak buat entri?) sebab aku sekarang ni tengah buat assignment berkaitan dengan syarikat Colgate-Palmolive haha..tengok website dia penuh dengan ubat gigi je tu yang sampai entri blog pun nak buat entri gigi :P
anda tengok gigi orang ni dulu..cantik kan?
jeles okay ngan orang gigi tersusun rata sempurna macam ni..maka aku pun pergi la jumpa doktor gigi bagi membetulkan gigi yang ke depan ke belakang ni..ye, tengah pakai pendakap gigi ni..bila entah nak siap
cakap pasal gigi ni..aku tengah cuak je..bila gigi bongsu aku nak tumbuh ni?? tak faham kot..orang lain yang muda daripada aku dah tumbuh 4..aku 1 pun tak tumbuh lagi..umur aku dah lebih 21 kot!!!!!! arghh! hari tu masa buat braces dah kena cabut 4 batang (tengok gambar atas, 2 gigi yang first molar, kiri kanan belah atas dan 2 bawah, second premolar)
disebabkan 4 gigi bongsu (third molar yang sepatutnya keluar pada umur 17-21 berdasarkan gambar atas tu) belum menunjukkan dirinya, maka gigi aku sekarang ni kurang 8..sadiss T_T langsung tak ada apa-apa tanda pun nak keluar..nak tanya doktor tak tertanya-tanya..lupa je..budak perempuan ni ada gigi 24 batang je..jangan gelak ah! :(
psst~ 4 gigi bongsu anda dah keluar ke? amacam? best tak? :P
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~
hyep! hari ni habiskan masa berada di jalan raya je..hari ni dah kena balik kolej sebab esok ada kelas..tak menyempat nak update..okay..ni tentang fakta yang tidak dibuktikan dengan kajian saintifik tapi semuanya betul dan memang kena dengan kehidupan seharian..terutamanya perempuan..hehe okay lelaki pun boleh apply jugak..kot.. :P
huhuu dah la..banyak dah tu..nanti post lagi hehee
nak tau apa yang aku buat ni? sila klik sini dan untuk entri-entri ABCDE sila la anda lihat archive kat sidebar.. hehe :)
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~