CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Wednesday, October 18, 2017

Right Guy, Right Time, Right Segalanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam, sesuatu berlaku. Tak ada apa pun yang mencemaskan cuma hal tu buat aku sedih. Mula terfikir hal-hal lama, hal yang sudah-sudah. Macam flashbacks depan mata.


wrong guy, wrong time:
Memang wrong betul. Salah orang, salah masa. The first heartbreak. Masa memang salah la, tengah belajar lagi. Apa jadah nak bercinta kan? Orangnya memang aku tau salah sebab orangnya pun dah kembali ke rahmatullah. Aku pula sampai hari ni masih hidup lagi, alhamdulillah. Tapi aku rasa ramai yang mengalami wrong guy, wrong time ni pada pertama kali. Ada je yang pertama kali masih kekal beranak-pinak sehingga hari ni. Bertuahnya!

wrong guy, right time:
Ni pun aku pernah tapi tak sampai ke fasa serius untuk ke dalam hubungan la. Tak sebab lepas heartbreak pertama rasa teruk sangat. Rasa kalau nak, terus je la jumpa parents ke apa. Masa tak berapa nak salah sebab dah habis belajar dan baru nak masuk alam pekerjaan. Fasa lepas belajar dan nak mula kerja ni memang biasa la kan kalau dah sedia nak berumah tangga. Tapi wrong guy pula..hahaha! Aku tahu orangnya salah sebab orangnya tu mungkin elok aku cakap tak sekufu. Jadi, orang tu memilih yang sekufu dengan dia. Hari ni, orangnya tu dah selamat beranak seorang dah :') Sedih juga la masa tu, tapi okay je.

right guy, wrong time:
Selepas yang kedua tu, penatnya nak kenal orang lagi. Tapi kita manusia ditemukan antara satu sama lain bersebab. Tak kenal mengenal pun. Memang aku tutup rapat pintu hati ni (macam poyo je). And then someone said his salam, I instantly curved the sweetest smile after a longggggg damn while (I actually start crying now). Aku rasa dia Mr. Right tu sebab rasa tu macam kuat. Dia pun baik, layan aku baik. Aku bagi hint and maybe he hinted something good back to me. Tapi dua-dua pun tak cakap apa-apa. Lagipun masing-masing ada kisah silam, mungkin takut lagi (I cry so hard now). Kawan lah. Masa salah sangat masa ni. Time is so damn fcking wrong. Dua-dua bekerja. Kerja aku stress, tapi kena kerja sebab nak bayar segala hutang pinjaman belajar dan kereta, bertimpa stress. Tak pasti pihak dia macam mana stress ke tak kerja. Dia diam, aku pun diam. Aku fikir ni semua sebab komitmen. Aku fikir aku ni jadi pengganggu. Lagi pula dia anak sulung lelaki, macam-macam nak fikir keluarga, hutang pinjaman dan sebagainya. Lepas beberapa lama, aku rasa macam tak bawa ke mana. Everything went on and off. Aku buat keputusan aku tak nak jumpa dia lagi, berhenti text dia. Aku beritahu dia semua yang aku fikirkan tu, tapi aku tak pernah tau apa respon dia sebab aku betul-betul cut off semuanya dengan dia sejurus selepas aku beritahu dia semua. Aku buat macam tu sebab aku rasa sakit. Mungkin hint yang dia bagi tak seperti yang aku faham. Aku salah faham kot. Hahaha kesiannya! Aku fikir kalau dia the right guy, mana pergi pun bertemu juga. Tuhan dah atur semua, aku percaya tu. Hal semalam tu yang buat aku sedih. Kalau dia jumpa orang lain yang lebih baik, okay je, baguslah untuk dia. Aku kena move on la..haha.

right guy, right time, right every thing:
aku tak tahu..doa baik-baik, jadi manusia yang lebih baik, nanti ada la yang baik tu datang (lap air mata :') ).



~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, July 19, 2017

Hantar rumah orang-orang tua je lah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

"mak ni dah tua, duduk pulak sorang-sorang kat rumah tak ada siapa nak tengokkan, makan minum mak lagi...kami ni bekerja, sibuk dan jarang nak balik kampung tengok mak sebab itulah kami hantar je kat rumah orang-orang tua, senang!"


sebelum apa-apa, ni bukan tentang aku...haha! hal ni timbul dalam fikiran masa aku tengok drama tentang seorang ibu ada tiga orang anak, konflik anak bekerja dengan nak jaga ibu yang dah tua.  PERANAN DAN FUNGSI pusat-pusat jagaan orang tua dan NIAT BAIK anak-anak disalahertikan. Dialog popular dalam drama sebegitu 'seorang ibu boleh menjaga sepuluh anaknya tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu'. I cringe everytime if I heard this quote mentioned. Disebabkan drama-drama macam ni mentaliti masyarakat, pandang serong kepada orang-orang yang menghantar orang tua mereka ke pusat jagaan. Lebih teruk, kerana tidak mahu dikecam, anak-anak membiarkan sahaja orang tua mereka di rumah dalam keadaan yang menyedihkan. Ada dua situasi di sini, anak yang mengambil berat dan anak yang melepaskan tanggungjawab. Tapi bukan tu yang aku nak cerita.

Sebenarnya kalau kita teliti peranan dan fungsi pusat jagaan orang tua ni, banyak kebaikannya. Kalau kau nak jaga sendiri tapi tak ada ilmu susah pun juga, lagi-lagi kalau kau bukan doktor, atau yang bekerja sepenuh masa atau orang tua yang terlibat mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan perhatian 100%.

Pusat jagaan orang-orang tua biasanya memberikan perkhidmatan seperti:
1. Penginapan yang selesa dan mempunyai kelengkapan fasiliti yang cukup
2. Penyediaan diet dan makanan berkhasiat
3. Pemeriksaan kesihatan dan fisioterapi
4. Kegiatan rohani, jasmani, dan aktiviti lain.
5. Rawatan ringan seperti mencuci luka dan gantian balutan

Di pusat jagaan biasanya ada jururawat atau doktor. Ada pusat jagaan yang beroperasi untuk penghuni tetap dan ada juga yang harian (ambil hari-hari atau hujung minggu) atau kedua-duanya sekali. Aku rasa tidak ada salahnya kalau kita memberikan yang terbaik untuk ibu bapa kita seperti penjagaan dan pemerhatian yang rapi, terutamanya jika anak-anak yang bekerja 24/7. Tidak bermakna mereka ni tidak sayang ibu bapa mereka kalau mereka meletakkan ibu bapa mereka di pusat jagaan.

Walau bagaimanapun, aku tidaklah menggalakkan hantar ibu bapa mahupun ahli keluarga anda yang lain ke pusat jagaan. Lebih afdal kalau kita sebagai anak yang menguruskan ibu bapa sendiri. Kalau tak pandai dan tak berapa nak reti jaga orang tua, pusat jagaan ini sebagai stepping stone, watch and learn omputih kata. Aku tak pasti kalau ada pusat jagaan yang sudi memberi serba sedikit ilmu menjaga orang tua ni, harapnya adalah.

Aku harap ada nanti drama yang baik mengenai penjagaan orang-orang tua, tunjukkan pula sisi baik, asyik nak tunjuk sisi yang tak baik je, macam dah tak ada benda baik yang nak didramakan..pfft!

Jadi, sentiasalah doa untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu bapa kita. Semoga kita semua mejadi insan yang berbakti kepada ibu bapa.



psst~ ibu bapa pun hantar anak-anak ke day care, jadi mana datang isu tak sayang tu?

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, July 15, 2017

Anda Minum Kopi?

Assalamualaikum!

Anda minum kopi? Aku memang minum kopi lagi sejak kecil, sebab ibu dan ayah memang minum kopi, tapi kopi O atau kopi susu je la. Mungkin sebab dah terbiasa. Ni bila dah besar dah tau ada macam-macam jenis kopi yang ada kat dunia baru la mula ada jenis-jenis yang digemari. Naik pening nak ambil tau semua jenis kopi, padahal kuantiti serbuk kopi, gula, susu dan air je yang berlainan.

Jom tengok apa jenis kopi yang wujud dalam dunia ni! Klik untuk pembesaran.

source: Google Image
Biasa orang sebut Latte, Mocha, Espresso. Latte tu sebenarnya banyak susu. Mocha pulak ada campuran coklat. Yang aku minum dari kecik tu Americano la kan? haha tapi kegemaran sepanjang masa cappuccino. 

Jadi, mana satu yang anda suka?



~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, July 3, 2017

Scrolling Down Memory Lane

Assalamualaikum...

*menaip dalam gelap, berlatarbelakangkan lagu 'Melawan Kesepian' - Siti Nurhaliza*



Saja je scroll tweets lama..zaman-zaman tak masak dulu. Banyak benda-benda merepek, suka-duka silih berganti. Dah lama nak taip entri ni tapi idea hilang-muncul. Sejak awal tahun ni, ingat nak blogging sekali-sekala semula, memandangkan tak ada apa nak buat. Kebanyakan entri dalam blog ni aku dah buang, tinggalkan mana-mana entri yang bermanfaat, semoga entri-entri tu jadi saham akhirat aku, bantu orang yang dalam kesusahan, kebingungan, kesakitan ke apa..hahaha! usaha memadam tweets yang beribu-ribu tu ada sikit lagi. Nak start freshnanti. Mencabar dan menangis jugak la. Mencabar sebab banyak gila, menangis sebab memori. :') Aku tak mahu baca lagi kisah-kisah lama, sebab aku ni jenis akan scroll, cari balik tweet/entri lama untuk baca. 

apa pun yang terjadi
berjalanlah tanpa henti
air mata tertahan
waktu untuk dijatuhkan

Sepanjang masa tu jugaklah mood aku suam-suam kuku..haha sengaja cari pasal. Apa pun, budak perempuan ini dah banyak berubah, mungkin juga semakin matang. Umur dah bertambah, takkan perangai masih macam dulu. Sebab umur bertambah, sikit-sikit pun, ada jugalah pengalaman hidup. Manusia belajar daripada pengalaman kan. I am going to be 28 soon. Kah!

nanti kita kan tahu
betapa bijaknya hidup
sepahit apa pun ini
pelajaran yang bererti

Sambil buang entri dan tweets, sambil baca balik..boleh terbayang depan mata apa benda kehidupan yang dah aku lalui. Tak hebat pun, tapi nampak diri aku develop..developing still. :') aku pernah blogtentang apa nak jadi 6-7 tahun akan datang. amboi besar cita-cita. Target itu ini. But then I am still me..still 'this girl'. Orang datang, orang pergi. Sesetengahnya tinggalkan bekas. Itu, benda yang sama yang aku dengar, aku baca sejak aku mula blogging, tweeting, facebooking, sejak segala jenis 'socmed'. Aku memang benar-benar terbayang depan mata, siapa datang, siapa pergi. Aku bukan bercakap pasal boyfriend. Segala jenis manusia yang pernah sentuh hati, fikiran, jiwa aku dalam hidup ni.

semoga kepergianmu
tak akan merubah apa pun
semoga mampu kulawan
kesepianku

Lagi bila keluar kolej universiti, jumpa lagi macam-macam orang dengan macam-macam watak dan perangai. Bila betul-betul berurusan dengan manusia lain, bila masuk alam dewasa, alam pekerjaan, alam yang penuh dengan tanggungjawab. Kuat mana kaki ni berdiri, kuat mana lutut ni tampung berat, kuat mana hati seorang budak perempuan ni tempuh hidup yang baru setahun jagung...haha konon-konon deep la. :P On a serious note, it is how do I deal with this hurdles of life, I'm so weak. Ada sebab kenapa jalan hidup manusia bertindan antara satu sama lain. Aku percaya tu...ada hikmahnya.

nanti kita kan tahu
betapa bijaknya hidup
sepahit apa pun ini
pelajaran yang bererti

bila fikir tentang masa depan, banyaknya lagi orang yang akan keluar masuk dalam hidup ni..dah rasa macam tempat awam pulak..suka hati masuk, suka hati keluar. Aku fikir aku perlukan masa untuk bertenang, jadi aku tutup socmed yang menyambung rangkaian sosial aku, tempat bual borak, segala bentuk dan jenis mesej. Aku berhenti bersosial dua hala. Tempat sosial satu hala macam blog, twitter tempat aku membebel tu, instagram tempat kumpul album hidup, aku biarkan. Entah. aku suka. Lebih tenang. Mungkin susah sikit kalau aku berhenti daripada semua tu terus. Mana ada orang boleh hidup tanpa internet zaman ni kan? Tapi kalau berhenti terus pun tak adanya orang rindu mencari..kahkah! So it's fine.

semoga kepergianmu
tak akan merubah apa pun
semoga mampu kulawan
kesepianku

dalam kehidupan realiti pun, aku tak jumpa orang sangat...duduk diam-diam. Malas nak berinteraksi, bercakap dengan orang kecuali family la kan. dah macam membawa diri je aku ni. Taklah. I just want to be alone. I need time to digest everything. I'm giving myself a minute. I've just lost a few things in my life. Something that has been with me for a quite some time. Aku kena belajar hidup tanpa beberapa beban ekstra yang hilang tu..ambil masa nak adjust.

semoga kepergianmu
tak akan merubah apa pun
semoga mampu kulawan
kesepianku

berapa lama aku tak tau. aku pernah buat ni, dulu tapi tak lama, kurang daripada 6 bulan kot. Kali ni, tak tau. Dah sebulan lebih ni, aku buat benda-benda yang aku suka je. Aku buat hobi lama...membaca. Rasa puas betul dapat membaca. Tapi tu lah, hobi mahal ni..hmm hobi aku mahal-mahal la. Aku tak travel, aku tak makan sedap-sedap, aku mampu membaca dan minum kopi je sekarang ni. :') Aku rindu menulis, tapi tak ada idea. Idea tenggelam timbul ni sekali-sekala je menjadi macam entri ni..huhuhu. Apa yang aku belajar daripada semua ni? Belajar bersyukur, redha dan ikhlas. 

semoga kepergianmu
tak akan
semoga mampu kulawan
kesepianku

Redha tu, belajar untuk tidak persoal, tidak memaksa dan mengehendaki sesuatu itu berlaku mengikut apa yang kita inginkan. Aku tau tu, tapi masih tak pandai pandai lagi. Dia kalau lembab tu lembab jugak, asyik buat salah je..hmm You see, ujian tu banyak jenis. Ujian menguatkan. Aku teringin nak jadi macam Ibnu Mas'ud yang bila ditanya "Adakah kau bersedih atas kehilangan sebelah kakimu?", beliau menjawab, "Bukankah Allah masih meninggalkan sebelah lagi untukku?". Ada perkara yang memang tak patut diperjuangkan dan ada yang memang patut dilepaskan. Moga hari ni, saat ini dan seterusnya aku lebih sedar akan dosa-dosa lampau dan banyak sikit istighfar bertaubat.

apa pun yang terjadi
berjalanlah tanpa henti




~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, February 20, 2017

Perkahwinan Campur | Keimanan

Assalamualaikum!

Aku terfikir hal ni masa baca "Have A Little Faith", karya Mitch Albom. Aku tak mau sentuh hal kaum, bangsa dan budaya sebab bagi aku, perkahwinan campur kaum ni perkara biasa tak ada halangan dalam agama Islam pun. Tak ada tulis dalam syarat sah nikah wajib kaum dan bangsa yang sama.

Pernah dulu seorang kawan berbangsa cina tanya aku. Kami bercakap mandarin la kan,

"Kalau kahwin dengan cina, you okay tak?"
Kalau memang jodoh, why not?
"Tapi dia mesti kena convert dulu kan?"
Of course la.
"Kalau dia tak convert?"
Tak boleh kahwin la. haha
"Kalau I lelaki, dan nak kahwin dengan you, I minta you convert Buddha, you boleh convert?"
Kalau you lelaki dan I nak kahwin dengan you, I minta you convert Islam, you boleh?
"Tak. I takkan convert."
So, sama la dengan I. Kita tak payah kahwin la. hahahaha

Perkataan "TAKKAN", dalam mandarin "Bu Hui" buat aku senyum. Perbualan tu tak serius pun tapi mendalam. Menunjukkan pegangan kukuh agama masing-masing. Dalam Islam memang tak dibenarkan kahwin bukan Islam. Salah satu syarat sah nikah, lelaki dan perempuan mesti beragama Islam. Sekurang-kurangnya di Malaysia, kita mengamalkan yang macam ni. Mazhab Imam Syafie. Di negara luar, ramai je yang Muslim berkahwin dengan pasangan beragama lain. Tak pasti mazhab apa yang membolehkan tu.

Tapi bukan tu poin aku. Poin aku, kepentingan agama dalam diri seseorang. Kalau dalam Islam kita sebut 'Iman', tak tau dalam agama lain panggil apa. Ye, Keimanan. Kita cuba buka minda ye kalau hal-hal macam ni dibincangkan.

Tak kira agama apa pun anda pegang, bagaimana tahap keimanan anda terhadap agama yang anda anuti? Kebanyakkan kita pada hari ini lebih kepada lari DARIPADA Tuhan berbanding lari KEPADA Tuhan. Bertuhan tu fitrah manusia. Kita memerlukan Tuhan dalam kehidupan seharian. Namun, kita semua cari Tuhan bila ada masalah je, sedangkan Tuhan tetap ada untuk kita di mana-mana.

Entah bagaimana kehidupan seorang Atheist, tanpa Tuhan.

Jika anda seorang Islam, ataupun bukan Islam yang sedang mendekati Islam, ambil pengajaran daripada hadis ni:

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata, Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda,  

“Allah Ta’ala berfirman, ‘Aku tergantung persangkaan hamba kepadaKu. Aku bersamanya kalau dia mengingat-Ku. Kalau dia mengingatku pada dirinya, maka Aku mengingatnya pada diriKu. Kalau dia mengingatKu di keramaian, maka Aku akan mengingatnya di keramaian yang lebih baik dari mereka. Kalau dia mendekat sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Kalau dia mendekat kepada diri-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.” (HR Bukhari, no. 7405 dan Muslim, no. 2675)


"Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.”
Ayat ni je dah cukup buat aku menangis. Sebab, betapa sayangnya Allah kepada hambaNya. 



Jangan lupa singgah, .:SyaMimiReads:.

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, February 7, 2017

Blog Baru!

Assalamualaikum!

Ada lagi ke pembaca? Ya Tuhan dah berapa tahun terbiar entah blog ni. Aku rindu nak menaip. Jadinya, aku buat lagi satu blog. hahahaha! Blog ni pun terbiar lepas tu nak buat satu lagi blog. Okay tak la..sebab kehidupan sekarang tak berapa menarik, sebab tu sunyi je blog ni..hmm


Blog tersebut dedikasinya hanya untuk pembacaan aku je. Buat masa sekarang kosong lagi la. Insyaallah ada la tu updatenya. Kalau anda seorang ulat buku, boleh singgah datang blog .:SyaMimiReads:. ya! :D

eh bebetul rindu sangat sangat!





~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, September 12, 2015

don't leave..please stay

wow..lamanya tak menaip..i don't know if i lost my touch or is it still there..dan wahh aku dah nak masuk 26 pun..layak ke "budak perempuan ni" lagi? but that's not the point..i won't know if this going to be long or short..i just need some place to pour my heart out.

macam mana hidup? hidup tanpa blog? life after you..salah satu tajuk buku aku tengok kat Popular siang tadi.. i felt a pang of..hmm more like a wind softly brush my face when i read the title of the novel..not sure if it is the air-cond or....

hidup
ada turun naik...rasa boleh teka kot..hidup aku sekarang kat roda bawah..hahaha sebab tu masuk blog..kalau kat atas tu nak menaip pun payah..i don't usually share things with living creature with logic mind..i mean not directly..through media like this blog, sure..

people come, people go..
and i've got problem with it..ever since arwah laut left..ye, sejak tu..bila orang yang pernah rapat pergi aku tak tau macam mana nak hadap..nak lalui..kehilangan la kan? people come, people go..and i absolutely have no idea how to handle it..menangis je la pandai

as you might guess, i just lost my friends..two at once...dua sekali dalam satu masa tau..kalau tak rapat, tak ada la rasa macam ni..mungkin aku ni pelik kot..orang lain hilang kawan rileks je macam tak ada apa berlaku, aku ni je yang sedih lebih lebih..aku ni je yang letak orang lain sebagai orang penting dalam hidup

dan selepas dua orang tu, mungkin ada lagi seorang ni..i never ask all those people that left to stay..but this one, this particular person, this very last person i promised to myself to be the last one i close to..i asked him to stay..i begged him to stay

if he left, that would make three...but of course, i cannot stop people if they want to go..itu hak mereka kalau nak pergi..yang sedih tu kalau pergi, pergi macam tu je..please, at least tell me, have a courtesy..i'm a human being, i have heart, i have feelings, i'm not a dull wall, not stone, not a dead tree stump..as if i'm not worth of any explanation

macam friendship tu tak pernah ada..macam apa yang dikongsi selama ni tak bermakna langsung..bukan ke kalau tak bermakna langsung lebih baik jangan rapat sejak mula..kawan aje la macam biasa, tak payah rapat..aku ingat aku sorang je yang rasa macam ni tapi bila buka cerita dekat sorang lagi kawan sekerja rapat, dia pun alami benda yang sama..i told her i'm really tired of this whole friendship thing..and in the end, we concluded that it is just a phase of life..this one stage that not everybody got to go through..

i really can't afford any more loses of close friends..tinggal sikit je yang rapat.. *nangis* besties, you girls are not allowed to go..if you guys leave, if really have to leave, do tell.. i will understand

i don't know he's going to leave or not..i just sense that he will, from the beginning of our friendship i have already have..scared at first but i said to myself, "why not? he might be different, he might not be like her or her, or him or her (few faces of old friends who left flashed)" it is the risk that i'm willing to take for a friendship..

he said he won't leave, he said he won't change..but that's what he said..i don't know what he says now..i want him to know, it's okay..i want him to stay more than i have ever wanted anything in my life..but that's what i want and i could see why it might not be what he wants..i won't stop him, but certainly it will hurt me so bad..it's already bad now sensing he's leaving.

*nangis*

Saturday, July 26, 2014

Dugaan Ramadhan

assalamualaikum..lama dah nak update pasal ni..tiba-tiba dalam bulan Ramadan mulia ni, Gaza diserang hebat..hiba rasanya bila scroll down news feed facebook, kanak-kanak dan bayi cedera parah, berlumuran darah..Allah...

negara pulak kemudiannya dikejutkan dengan berita pesawat ditembak jatuh..macam gugur jantung bila bangun untuk sahur beberapa hari lepas, baca headlines berita...terus menangis budak ni atas katil..sangat sangat terkejut..

di kala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, kita diuji Allah dengan musibah :'(

sabarlah Gaza, sabarlah waris mangsa MH17, ada hikmah dan ganjaran di sebalik semua ni..bagi yang tak sayang pahala puasa dengan kutuk mengutuk berkenaan isu MH17 tu, lebih baik diam daripada berkata yang tidak tahu hujung pangkalnya..kamu hanya akan melukakan hati mereka yang terlibat..


aku pernah naik kapal terbang MAS dan juga penerbangan lain, tapi bila berada di negara orang walaupun cuma seminggu, sangat terasa homesick tu..bila jejak kaki dalam kapal terbang MAS seolah dah ada kat Malaysia..hanya orang yang pernah mengalami je tau..


~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, July 15, 2014

Sujud

salamunalaik..

S U J U D

aku suka bila dahi aku kat sejadah, aku suka bila dahi aku kat lantai...rindu sangat dengan sejuk lantai masjidil haram...rindu sangat dengan dingin lantai masjid nabawi..

sungguh, bila sujud, seakan tiada apa pun di antara kita dan tuhan..hanya diri kita dan tuhan...berdua

kat tempat kerja, aku selalu stress...stress sampai rasa nak ambil beg dan balik..jadi aku bertahan sampai waktu zuhur semata-mata nak solat..ataupun waktu asar..bila siap solat rasa lega yang amat macam satu semangat baru dalam diri

rasa tenang bila sujud..tahu sebab apa yang akan berlaku hanya akan berlaku dengan izinNya..tak ada apa nak risau..entahlah...payah nak jelaskan..kena rasa sendiri baru tau

dan masa sujud tu la kita nak adukan apa-apa yang dirisaukan, adukan kedukaan dan kesedihan, bicarakan kesyukuran, pohonkan keampunan..apa saja dalam hati..Dia maha mendengar..



~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, June 25, 2014

Sequel - macam mana nak "move on"

salamun alaik...selamat malam..budak perempuan ni demam tapi mood menaip ada kan..seperti yg dijanjikan sequel entri..macam biasa, ni daripada pengalaman :)

bagi yang dah ikut blog ni dari awal, mesti tau macam mana aku struggle macam orang gila..hahaha dan bila umur 25 tahun ni la, budak ni jumpa jalan penyelesaian yang singkat..solat tahajjud

ye..solat tahajjud..budak ni tak tipu, ubat paling berkesan setakat ni yang budak ni dah cuba...kecewa dalam hidup tu biasa, semua orang pun pernah...ujian yang Allah bagi pun berbeza mengikut kemampuan

siapa sangka Allah nak bagi ujian yang sama tapi beratnya bertambah, halangannya lebih mencabar...dan bersama dengan kesusahan tu, Allah bagi sekali kekuatan jiwa, lebih banyak dari dulu..kalau dulu, budak ni kembali kepada yang maha Esa hanya dengan banyak membaca ayat-ayat suciNya, dan perkara-perkara lain, kali ni budak ni cuba benda baru

T A H A J J U D

nak buat mula-mula memang susah tapi disebabkan hati yang sakit kena dicari ubatnya, budak ni keraskan hati je bangun dengan alarm telefon, paksa kaki jalan ke bilik air ambik wuduk, paksa diri pakai telekung, paksa mata untuk didak mengantuk..tunduk sujud kepada Dia

indah sangat tahajjud..hanya kau dan Dia..mengadu, menangis, merayu sampai letih dan penat nak rasa sedih..sampai kau jatuh cinta dengan apa yang kau buat tu, sampai kau rasa banyaknya kasih sayang Dia untuk kau..entah, budak ni tak tau nak explain macam mana..mesti kena sendiri yang rasa...manisnya cuma orang yang buat yang tahu..

jadi, cuba la..Allah tu dekat...lebih dekat daripada urat leher kita..setiap kesusahan akan ada kemudahannya :)


~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, June 15, 2014

Sequel Entri - Hype je...

selamat malam pembaca setia (ada ke? kalau ada terima kasih) apalah nasib, bila laptop okay, internet broadband pulak yang tak okay..ni masih guna telefon..hmm

sekarang musim bola..jujur budak perempuan ni cakap, minat tu masih ada tapi dah jatuh dalam perigi dah..sejak projek tahun akhir masa belajar dulu dia jatuh..kononnya nak tinggal kejap bola fokus tahun akhir..alih-alih tenggelam terus mana entah pergi..ni nak cari balik..permulaan baik bila Oranje goreng Tiki Taka 5-1..aku pun terkejut!

sebenarnya entri ni nak create hype..hahaa macam la ramai sangat pembaca blog ni..lebih kurang sequel kepada entri macam mana nak "move on" (wahh ada sequel bagai)

suka aku nak ingatkan blog budak perempuan ni entrinya kebanyakkannya daripada pengalaman sendiri..ni termasuk tips, cara etc..semua pengalaman sendiri...pengalaman kan guru terbaik..kalau kita tak dapat belajar daripada pengalaman sendiri, kita belajar daripada pengalaman orang lain..aku pun macam tu..belajar daripada orang lain kebanyakkannya.

psst~ perasan tak, entri budak perempuan ni masih tiada tajuk khusus..bagi aku masa sikit kayh?


~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, June 11, 2014

yang lepas itu, lepaskanlah

assalamualaikum! selamat petang..ni first attempt update melalui telefon..huhuu bila tahun berganti tahun, maka telefon juga berganti..tapi ni pun pakai browser..agak leceh sikit la..

rinduuuuuu sangat kat blog! sebab hari tu kata nak blogging balik kan, cuma lappy tak sihat..jadi terbantut la niat tu..

let's get serious about blogging.

semalam nak blog, online kat lappy tapi internet pulak masalah..tak tau la hari ni macam mana..tu yang nekad blog thru phone je..bercakap tentang telefon, aku update ni pun daripada Gee..ye nama telefon ni Gee...smartphone tapi tak mahal la..cecikai je

alkisah semalam masuk blog terus baca entry "cerita terakhirnya"..sayu hati baca entry sendiri..lepas tu bila sampai perenggan akhir, satu rasa kekuatan dalam diri ni..kurniaanNya, alhamdulillah

lepas tu melarat baca entry sendiri sampai ke entry "Dear June"..menangis pulak sebab sama je apa yg berlaku Jun 2012 dengan Jun 2014 ni..beza cuma orang dan situasi..

gara-gara menangis tu aku tak boleh tidur..perangai dulu memang tak ubah..tak boleh tidur kalau sedih..tapi sebenarnya tak pasti tak boleh tidur sebab minum 100 plus suku botol besar ataupun sebab menangis sedih tu

entry "cerita terakhirnya" tu banyak hits la..entah kenapa..cerita biasa je..hmm


psst~ update blog waktu kerja..dengan telefon..perghh *gelengkepalalajulaju*




~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, December 14, 2013

cerita terakhirnya

salamualaikum..cuma nak fill in cerita..seseorang yang selalu aku ceritakan dalam blog ni telah tiada..telah pergi menghadap Ilahi...

secara tiba-tiba aku berasa sedih yang amat..tanpa sebab..seminggu lamanya..tergerak hati 'whatapps' kawan baiknya..bukan untuk tanyakan khabar arwah, tapi bertanyakan khabar kawan tersebut..maklumlah orang tengah buat persediaan perkahwinan..tapi lain jadinya, timbul nama arwah dalam perbualan kami..

lagi hati jadi tak sedap..sebagai seorang stalker *hahaa ya tapi dah bersara kuikuikui*, aku pun saja jalan-jalan ke page laman sosialnya..terbang lompat-lompat page orang lain jugak, maka ketemulah aku dengan jawapan..rupanya arwah masa tu sedang menghidap leukemia..kalau tersentap, tersentak rasa hati ni, bagaimana pula dengan tunangan arwah..


selepas daripada berita yang kutahu sendiri, rasa sakit hati sangat dengan si kawan tadi..langsung tak beritakan pada aku..memang kisah aku dan arwah dah lama berlalu tapi kami masih berkawan..walaupun tidak secara langsung..kami dah pun berbaik dulu, maknanya masih title-nya kawan...fikirnya si kawan tu aku masih hidup dalam dunia maya bukan realiti..haishhh

hanya mampu berdoa untuk kesihatannya..aku tidak sesedih dulu, cuma simpati yang ada dalam hati ni..hari-hari berlalu, suatu subuh aku bangun dengan perasaan yang amat sayu..aku tak tau nak jelaskan macam mana perasaan tu..bukan sedih tapi..entah la..aku tau dia dah pergi hari tu..macam mana aku tau, aku pun tak pasti..aku sendiri kurang faham..

lama aku duduk kat sejadah subuh tu..termenung kosong....ishh, susah nak gambarkan rasa tu..sempat ikut ibu ke pasar tani...ramai orang kat pasar tani tapi aku rasa macam pasar tu tak ada orang..bukan senyap tapi kosong..balik rumah aku online...seperti sangkaanku, dia pergi malam tu..al-fatihah untuk arwah.

mungkin itu takdirnya...hikmah yang Allah sembunyikan untuk setiap perkara yang berlaku dalam hidup ni..kita tak tau kenapa perkara tu berlaku, tapi secara perlahan, lambat laun mengikut kehendakNya, Dia akan tunjukkan kenapa, Dia tunjukkan sebab-sebabnya..secara perlahan kerana mungkin kalau sekali gus aku takkan berdaya terima kesemuanya..Allah lebih tau kemampuan hambanya..Dia takkan turunkan ujian lebih daripada kemampuan...dan itulah hikmahnya :')


~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, January 1, 2013

tiada azam

assalamualaikum...seperti tajuk di atas...tiada azam...ye, budak perempuan ni tak ada azam tahun baru...ni masuk tahun kedua tiada azam...ohh kenapa kenapa kenapa?

mula tahun 2012, aku tak nak buat azam..sebab susahnya nak laksanakan azam yg dibuat setiap tahun tu sampai stress dibuatnya...bila sampai hujung tahun, kecewa dengan diri sendiri, sedih dengan pencapaian diri, rasa diri tak berguna (adakah ini keterlaluan?), rasa macam....entahlah

apa yang aku sedar, bila tiada azam 2012, aku bebas buat apa pun, maka aku dapat capai banyak benda, banyak perkara lebih daripada tahun-tahun sebelum yang penuh dengan azam gempak-gempak, tapi tak tercapai..aku merasakan tahun-tahun sebelum ni membazir sebab aku menumpukan 365 hari kepada 1 azam spesifik, padahal banyak yang dapat aku capai dalam masa 365 hari tu..

dan ye, terbukti bila akhir tahun 2012, alhamdulillah, dengan tak terikat dengan apa-apa azam, banyak juga yang dapat dilaksanakan, banyak juga yang dapat dikumpul, banyak yang tercapai...aku puas hati, aku tak kecewa lagi dengan diri...mana yang tak dapat, aku cuma fikirkan, doa belum terkabul..Allah belum nak bagi lagi..sabarlah dan terus usaha..bila tak tercapai hasrat atau hajat dan kecewa macam kita menafikan qada' dan qadar tuhan..ye tak?

mungkin dengan 1 keyword BERSYUKUR ni yang buat aku tidak kecewa dengan diri sendiri lagi..aku belajar guna apa yang ada, aku usaha, aku ikhtiar, aku doa, aku tawakal..dengan izinNya jugalah hasrat tercapai..see?? aku gembira diakhir dan awal tahun..aku belajar bersyukur tahun 2012...belajar terima, belajar guna apa yang ada pada diri..aku juga sedar, bersyukur itulah sebenarnya nikmat terbesar...

tiada azam tapi tema..tema tahun lepas "bersyukur" tahun ni, "istiqamah"..dan atas sebab yang tidak munasabah, aku rasa tema lagi cool daripada azam...hehehe ^_^



~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, July 4, 2012

goodbye braces and hello retainer

assalamualaikum selamat pagi! nak cerita pasal pendakap gigi atau selalunya orang panggil dalam bahasa inggeris je..braces..hmm setelah 2 tahun 2 bulan pakai braces dalam mulut ni, semalam akhirnya dibuka..dah tak jadi budak gigi besi lagi..hihihi :P

nak buka braces tak sakit pun..masa doktor berjaya remove braces atas dan bawah..mata pandang je braces tu..huhuu "bye braces!" cakap dalam hati (nak cakap dengan mulut macam mana la dengan mulut ternganga?) lepas tu doktor buat print gigi atas dan bawah untuk buat retainer..doktor cakap aku kena pakai retainer essix...dalam kepala otak dah fikir kenapa tak bagi retainer hawley macam adik aku punya tu..emm layan je la..


source: google image - retainer essix
source: google images - retainer hawley

nampak perbezaan 2 retainer ni? balik rumah baru faham kenapa..sebab kalau aku pakai retainer hawley confirm rasa tak selesa yang amat sebab upper retainer ada benda pink besar tu (rujuk gambar)..patut la adik aku selalu buka retainer dia..kalau retainer essix cuma kena pada gigi je, kalau kena lelangit pun cuma sikit je tak banyak (rujuk gambar) lagi pun, retainer ni jernih, diperbuat daripada plastik..hewhew! 

source: google images

aku kena pakai retainer essix ni 2 tahun..untuk tahun pertama kena pakai 24jam, tahun kedua pakai waktu malam sahaja..appointment pulak 3 bulan sekali (agaknya la..terdengar doktor cakap macam tu) waktu makan kena buka retainer..leceh bukan? tapi amboi, nak buka tu payah sungguh, pakai senang je (rujuk gambar) kena nganga besar-besar, sampai sakit mulut ni..sebab tekanan udara dalam plastik retainer dengan air liur, tu yang susah sikit nak buka tu..maka, budak perempuan ni jarang la nak mengunyah makanan..bagus jugak..kurus sikit haha :P



psst~ tak sampai sehari dah rindu braces...huhuu

MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails