CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

meow meow pakai stokin putih!

hyep! budak ni sedang cuba untuk tidak membuat entri merapu..i know, tak ada orang nak baca..haha..okay, pernah nampak kucing pakai stokin putih tak? bukan pakai stokin betul betul pun..cuma bulu kat kaki kucing tu warna favvy budak perempuan ni..heee

sumber: google images 
gugel la..aku mana ada kamera cecanggih tu..nak angkut semua meow ni amik gambar, memey dok eyh..















heheee meow pun pakai stokin ye..suka kucing macam ni sebab extra comel! dah lama tak ada kucing stokin putih macam ni..

pernah ada kucing macam ni tak?


psst~ kenapa mesti ada rasa sense of belonging ni?




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, January 31, 2012

Kisah Couple~


selamat pagi...budak perempuan ni pernah terfikir nak cakap macam ni dulu..tapi tak tahu la...dah terlepas dan tercakap benda lain nak buat macam mana kan..dan berkesudahan kurang baik..tak apalah, pengajaran hidup..sekarang budak perempuan ni lebih berhati-hati, dulukan yang Maha Esa


Kisah couple..
=========

A: Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

B: Ok, boleh je tade masalah. Couple ke?

A: Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

B: Ok. Bila nak kahwin?

A: Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

B: Ok, kita putus sekarang gak.

A: Eh, kenapa?????

B: Tiga sebab;

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. "Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah." No.

A: Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

B: "Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon." Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Ok, saya letak tepon dulu. Salam.

A: Wslm.

(tut tut...)


Credit: Realiti Alam Perkahwinan





psst~couple tu haram, tapi masih ramai yang ber-couple, even couple cara Islam (terms mereka sendiri, dan mungkin aku juga pernah guna..dulu la :P) sekali pun..katanya, "semuanya bergantung pada niat" entah la..Allah lagi maha mengetahui




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, December 2, 2011

Kenali Personaliti Anda Mengikut Tarikh Lahir


weee~ selamat malam..cuba teka..kerja-kerja saya sudah siap..haha bahagia je rasa..jadi sekarang ni tinggal nak study untuk peperiksaan je..lepas tu cuti dah..okay, ni nak kongsi pasal personaliti..hurm..tak payah percaya sangat kot..tapi tak salah kalau nak kenali diri tu kan? :)

Jika anda dilahirkan pada tarikh berikut dalam mana-mana bulan, personaliti anda mengikut nombor tersebut ye..

no. 1 - 1hb, 10hb, 19hb dan 28hb
no. 2 - 2hb, 11hb, 20hb, dan 29hb
no. 3 - 3hb, 12hb, 21hb dan 30hb
no. 4 - 4hb, 13hb, 22hb dan 31hb
no. 5 - 5hb, 14hb dan 23hb
no. 6 - 6hb, 15hb dan 24hb
no. 7 - 7hb, 16hb dan 25hb
no. 8 - 8hb, 17hb dan 26hb
no. 9 - 9hb, 18hb dan 27hb

no. 1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no. 2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no. 3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no. 4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no. 5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no. 6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no. 7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no. 8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

haha yg hijau tu aku ye...macam betul jep :P adehh pasangan ideal no 2..haha dah tak ada dah..

bagaimana pula dengan anda?



psst~ jangan percaya sangat eh..suka-suka je pun




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, October 20, 2011

lagu-lagu pemberi semangat~


hyep! hari ni nak kongsi lagu-lagu yang selalu aku dengan bila rasa down, sedih, tak bersemangat...mungkin la anda semua nak dengar jugak kan..banyak sebenarnya lagu yang memberi semangat..sekurang-kurangnya, lagu dapat menyelamatkan orang yang nak bunuh diri (wahh, macam pernah nak bunuh diri je ni..ishh mintak simpang!)

lagu-lagunya:

Insyaallah - Maher Zain
Fix You - Coldplay
Girl Next Door - Jessie James (aku suka versi Katy Perry)
Hold On - Good Charlotte
I Belong To Me - Jessica Simpsons
Unpretty/ I Feel Pretty - TLC/Glee (suka versi Glee)
Who Says - Selena Gomez
Live Like We're Dying - The Script (versi Kris Allen pun ada tapi suka versi original)
Keep Holding On - Avril Lavigne
Stronger - Britney Spears
Melawan Kesepian - Siti Nurhaliza
One Step At A Time - Jordin Sparks
The Climb - Miley Cyrus
Big Girl - Emilia

yang dikongsikan, daripada:

One Day - Charice (zatieebayim)

kalau nak cari kat youtube ada..um..banyak lagi kot..kalau ada yang nak kongsi boleh je silakan komen nanti aku update sini..




hehee..lain kali kongsi lagu jiwang pulak=P


psst~ solat, zikir dan al-quran dapat tenangkan hati yang sedih, resah dan gundah-gulana dengan lebih berkesan =)




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, August 3, 2011

anak ke berapa ni?

wee~ cakk! (kalau bagi salam kan bagus.. -___-) hari ketiga puasa sudah habis.. =) okay, nak kongsi sesuatu..tapi sebelum tu anda anak ke berapa dalam keluarga? aku? aku anak perempuan (sudah terang lagi bersuluh deyh!) pertama..anak sulung..kakak..huhuu jom la tengok personaliti aku macam mana..sambil-sambil tu boleh cek sekali personaliti anda sendiri mengikut kedudukan anda dalam adik-beradik..




Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

nak ulas jap..hehee well, memang la..rasanya memang pandai bawa diri tapi aku tak berapa reti nak jaga diri sendiri.. YES! ego...memang aku ego tapi ego aku bertempat la..nanti kita cakap pasal ego yep! yang penting, aku kawal ego, bukan ego kawal aku..err..sering berjaya tu tidak la..ada jugak tersungkur tersembam..dua terakhir tu...um..no comment..hehee kena orang lain yang nilai..

Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah

Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

 anda semua berada dalam kategori mana? hehee




psst~ tak salah kalau kita cek personaliti diri sendiri kan? boleh baiki mana yang kurang =)



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, June 5, 2011

Rahsia Warna Kegemaran

selamat malam!..aku tak berapa sihat..suhu tengah naik ni..tambah dengan sejuk hujan lagi, memang la selesema ni menjadi..huhuu..okay aku nak cerita pasal warna kegemaran..warna kegemaran aku PUTIH la..banyak kali dah sebut kat entri lepas-lepas..aku lupa la amik info ni kat mana..ishh..




Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan. 

Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik,
menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Kuning 
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Ungu 
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu

Merah 
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.


okay, dah tau rahsia warna kegemaran anda? sekarang anda tengok untuk yang warna putih um..sempurna? alhamdulillah aku dilahirkan sihat je..anggun?? hahaha..terkejut jap..memang hanggun okay! tolong la percaya..hehe..sifat anggun tu sifat baik kot...um..tak ada la baik sangat pun..biasa je..

kenapa aku suka putih? sebab aku suka semua warna..setiap warna datangnya daripada warna putih..tak percaya? anda amik prism letak kat cahaya putih, nanti keluar pelangi..hehe..suka pelangi! jujurnya, aku suka putih sebab...err..tak tau la..putih tu cantik..hmm





psst~ tak payah la percaya sangat..suka-suka je ni.. =)




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, May 12, 2011

9 Perkara Kalau Perempuan Cakap.....

salamunalaik..hari ni, okay kot..semalam tak nak cakap dengan siapa-siapa pun (family tak termasuk), kesian kawan aku yang sorang ni..aku cakap kat dia, aku tak nak cakap/chat dengan dia..tapi memang aku tak nak cakap dengan dia pun..hmm..biar la..

okay, sebelum ni aku ada post 10 Perkara Kalau Lelaki Cakap..... hari ni, aku nak repost entri dulu-dulu, bawah tajuk yang berlainan..hmm sebab gambar kat entri tu dah tak ada tu yang repost ni..tapi dalam bahasa Inggeris la..nak aku translate ke?




okay, memandangkan aku tak ada benda nak buat..rajin pulak aku nak translate untuk anda..

1. BAIKLAH (memang biasa guna FINE)
Perkataan ini digunakan untuk mengakhiri suatu perbualan/perbincangan/pergaduhan hangat..tak kira la anda betul atau salah, anda kena diam. (sangat betul..anda kena diam ataupun buat je apa yang dia ni nak)

2. 5 MINIT
Perempuan kalau bersiap dia cakap 5 minit, tapi sebenarnya setengah jam. 5 minit hanya akan jadi 5 minit kalau anda diberi masa 5 minit lagi untuk berhenti tengok bola dan tolong buat kerja rumah. (err..bab bersiap tu tak kena kat aku la..biasanya aku mintak 10 minit, lepas 10 minit memang aku dah siap..tapi bab berhenti tengok bola tu betul)

3. TAK ADA APA-APA
Memang ada apa-apa. Anda kena peka. Pergaduhan yang mula dengan TAK ADA APA-APA biasanya akan diakhiri dengan FINE. (haha..memang betul..hehehee :P selalu je buat ni..jadi, bila dah sampai pada perkataan FINE, diam je okay!)

4. PERGILAH! / BUATLAH!
Ni namanya cabar bukan kebenaran. Jangan lakukan! (orang tua-tua kata, budak-budak jangan dilarang, suruh dia buat, nanti budak-budak tak akan buat..tapi kes ni, memang betul ye..jangan buat..perempuan kan manja..macam budak-budak, minta perhatian)

5. MENGELUH YANG KUAT
Sebenarnya ini satu perkataan, bukan lisan yang selalu disalah erti oleh lelaki. Perempuan mengeluh dengan kuat bermakna dia fikir anda ni terlalu lembab dan fikir kenapalah dia habiskan masa bergaduh dengan anda tentang TAK ADA APA-APA. (err..ye kami fikir anda slow betul nak faham tapi tak ada la kami fikir anda ni bodoh, cuma lambat tangkap je...)

6. TAK APALAH (xpe la)
Kenyataan paling bahaya yang perempuan boleh buat kepada lelaki. TAK APALAH bermakna dia akan  berfikir lama macam mana nak balas perbuatan anda terhadapnya. (um..tak kot..sila amati "berfikir lama", dia tak akan buat sebab dia sayang..untung gila anda dapat perempuan macam ni..kalau aku, aku buat kenyataan 'tak apalah' sebab dah penat bertikam lidah)

7. TERIMA KASIH
Perempuan berterima kasih kepada anda, jangan persoalkan, jangan pengsan. Cakap je 'sama-sama' sebab betul memang maksud dia nak ucap terima kasih. Kalau dia cakap TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK, itu perli yang sangat jelas dan dia tidak betul-betul berterima kasih kepada anda. JANGAN cakap 'sama-sama', yang akan membuatkan dia cakap APA-APA JE LA. (ye betul..tak payah nak ulas dah)

8. APA-APA JE LA / WHATEVER
Cara perempuan mencarut - F--- YOU! (sebab kita orang melayu, ni aku tak setuju..aku guna perkataan ni bila aku dah penat nak gaduh, malas nak cakap, malas nak layan..tapi bukan sebab nak mencarut macam ni..lelaki melayu jangan salah faham ye..tapi untuk sesetengah sebab lain yang bukan berkaitan dengan hubungan ye aku pernah buat..nak tau kenapa, sila klik sini)

9. TAK APA, SAYA FAHAM
Lagi satu kenyataan bahaya, bermaksud perempuan dah berkali-kali beritahu lelaki supaya buat/jangan buat perkara berkaitan tapi sekarang, perempuan tu yang lakukan sendiri. Ini akan menyebabkan lelaki bertanya, "Kenapa?" Perempuan akan jawab TAK ADA APA-APA. (nak contoh ke? contohnya, persiapan perkahwinan..macam dalam cerita Nora Elena tu..asik sibuk je, sampai nak fitting baju pun tak sempat..penat tau nak cakap banyak kali..kami akan fikir anda tak bersungguh, tak ada komitmen dalam hubungan)


kan bagus kalau semua lelaki faham perempuan..hehehee..aku tak nafi, ada yang faham bila perempuan cakap 'tak ada apa-apa' tu..tapi ada je yang buat-buat tak faham..tu yang menyampah...jadi, dah bagi tau ni, tak faham jugak tak tau la... :P




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, May 1, 2011

10 Perkara Kalau Lelaki Cakap.....

hik! salamunalaik..selamat hari pekerja kepada semua yang telah bekerja...tapi hari ni hari ahad memang cuti..kepada kawan-kawan yang bekerja hari ni, jasamu dikenang! hahaa..ye la, bertungkus lumus menjana pendapatan negara dan diri sendiri jugak..

ok..cuma nak kongsi apa yang aku terjumpa kat facebook tadi..kredit kepada saudara Zunnur Anwar(facebook) kerana tulis note ni..nak komen kat tempat komen dia tak boleh..hmm..harap dia tak marah la aku publish kat blog aku note dia ni...aku copy je bulat-bulat ni..



1.Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek
   Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
   Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

3.Kalau lelaki kata:  kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je. 
   Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

4.Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sori.ttdo td.
   Maknanya: ye,memang kami tdo pon.

5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, kay?
   Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.

6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
   Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene lawa.

7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
   Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.

8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..
   Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.

9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..
   Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel ble mrajok.kihkihkih

10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
    Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi pnye.nk jage standard la kate kan.


*punye la senang nk pham ayat lelaki.direct je kan.so,jgn pk bukan-bukan ea.tata~

aaa..macam betul je (eh..macam mana kau tau..kau lelaki ke?) ye ke betul? note ni macam nak cakap perempuan sangat rumit...complicated...huhuu..hmm sebenarnya, bila perempuan cakap lain, tapi maksudkan lain tu nak menjaga hati je...bukan apa pun..tapi aku tak, aku direct macam ni jugak..tapi lain kot untuk orang yang disayangi..jaga hati la katakan..hahaha (rasa macam nak termuntah dengan kenyataan sendiri)




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, September 20, 2010

apa salah saya? | initial 'S'

salamunalaik..selamat petang..jumpa ni kat youtube..thought want to share it here..kudos to Angah a.k.a Limau Terbang..sila scroll down, tekan pause kat music player ye.. :)



hurmm..jahat tak lelaki tu? apa pendapat anda?

i miss my S locket..bukan locket Slytherin ye..eh loket ke? ala macam aksesori telefon bimbit tu..lebih kurangla..maaf tak ada gambar..walaupun harga murah je tapi amat bermakna kot..

i gave it to someone..mesti la kan..nak hadiah kat orang bagi la benda bermakna..hadiah kalau tak memberi makna pada si pemberi, bagi aku bukan hadiah namanya..kalau penerima rasa hadiah bermakna tu tak bermakna tak tau la kan.

okay, biar aku gambarkan huruf S tu..warna putih kat tengah, tepi dia warna silver/besi..apa-apa la yang seangkatan dengan warna silver..berat jugak untuk benda kecik sebesar duit syiling 10 sen..10 sen pun ringan..pastu ada tali kecik warna silver jugak kat bahagian atas.

seriously miss that little thing..rasa nak pergi kat penerima hadiah ni, nak amik balik..tapi.....penah bagi tau kat dia jaga elok-elok..aku sayang kot benda tu..harap dia tak buang ataupun bagi kat orang lain..ye la mana tau dia bagi kat orang yang initial namanya S jugak..huruf S tu memang untuk dia..bukan untuk orang lain..


psst~kena tegur dengan housemate pagi tadi, mata sembap..paling teruk masa jalan nak pergi kelas tadi kena tegur pulak dengan lecturer..teka la malam tadi aku buat apa..tak suka duduk kolej... :(


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, September 16, 2010

Happy Birthday Malaysia..and me too~~

assalamualaikum..dah hari Khamis, 16 September 2010...hari ni buat pertama kalinya (kalau tak silap aku la kan) tarikh ni cuti umum..satu negara cuti..dulu yang cuti negeri Sabah je..sekarang satu negara cuti..

siapa tak tahu sila benam muka masing-masing dalam pasir, lepas tu rotan diri anda sendiri sebab tak belajar sejarah Malaysia..adanya Hari Malaysia ni sebab semenanjung dan negeri Sabah dan Sarawak bersatu pada 16 September 1963..aku rasa ni baru betul kelahiran Malaysia..bukan masa 31 Ogos hari tu..tu kemerdekaan negara kita..

dan aku rasa semua orang suka iklan ni..ni baru 1 Malaysia..jom tengok!



macam mana? suka kan?? heee Selamat Hari Malaysia dan selamat ulang tahun kelahiran untuk diriku..jom rasa bangga jadi anak Malaysia..

wishing myself; dear, it's first day of another 365-days journey around the sun..enjoy the trip, forget the hurt, embrace the happiness..whenever you get into trouble, keep going..do a 180 degree turn..turn the satuation halfway round..don't look for the secure solution..DON'T PULLL BACK FROM THE PASSION. TURN IT ON FULL FORCE!


psst~streamyx dan broadband buat hal..sedih tak boleh upload gambar hari ni dan payah nak blogwalk..mana dapat je...





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, August 20, 2010

yang tidak bisa diucap oleh AYAH

ye selamat malam..saya tau anda pun tau bila saya buat entry malam je ada benda yang nak dikongsikan..disebabkan terlalu rindu dengan facebook, status box saya tu.. :( serius tak tipu..tadi pandang je status box tu..rasa macam nak taip status, tapi...oh ye..benda yang nak dikongsi ni sangat menyentuh hati..ni notes dari seorang rakan kepada rakan fb saya yang mengetag rakan saya tu..huhu..saya copy jek..hehee
baca dan hayati ye...
Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?


Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?


Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?


Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....


Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.


Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..



Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...


Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?


Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?


Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.



Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.


Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...


Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?


Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang


tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.


Dan akhirnya....


Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"


Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..
saya sangat tersentuh bila baca ni..teringat dulu masa kecik, belajar naik basikal..memang ibu ada cakap jangan buang dulu roda bantuan tu..tapi ayah cakap "tak pe, biar je" dan saya kayuh la basikal(ayah naik motor) dengan kekoknya keliling taman dekat Segamat Baru tu..lalu kat titi kecik(jambatan kat longkang besar) sampai abang jual burger kat situ kata "bang, nanti jatuh anak abang tu" tapi ayah cakap "ala, dia boleh tu"

hurm..rasa hiba pulak ni..oh, saya merupakan puteri tunggal ayah...dan sesetengah daripada yang dalam notes tu betul berlaku kepada saya..tak tau nak cakap apa dah..saya sayang ayah saya..hmm..apa perasan anda bila dah baca ni??


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails