CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Showing posts with label stuffs. Show all posts
Showing posts with label stuffs. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

tungku moden? heating pad/pillow??

assalamualaikum! yeah! kerja sekolah 1 dah siap..malam nanti kot baru buat kerja sekolah 2..okay, ni nak cerita pasal heating pillow, heating pad, tungku moden atau apa-apa la yang anda panggil..teringat kejap dulu masa zaman kanak-kanak ribena ada iklan kat tv "tungku refleksi" haaa siapa ingat? aku panggil heating pad je..hah? apa? tak faham? ni la...


ok..dah tau dah? tapi kalau ikut gambar ni lebih sesuai panggil heating pillow..aku baru beli semalam! huhu..RM35...habis terus duit aku..T_T kat mana beli? kat kedai bawah rumah hostel aku je..haha..tempat lain aku tak pasti..rasanya ada iklan kat facebook kedai yang jual benda ni..hurmm..

kenapa aku beli eh? sebab aku perlukannya..aku ni selalu je kena perut krem..serius sakit sampai tak larat nak bangun, kadang-kadang tu boleh pengsan..ni sebab dah tak larat nak tahan sakit, sebab tak nak makan ubat punya pasal la..selalu guna seterika je..hehee..sebenarnya tak tau sangat pun guna benda ni, sebab tak ada manual! kalau ada manual senang sikit..

okay, kegunaan heating pad yang aku tau:
1. melegakan senggugut/perut krem
2. mengurangkan rasa lenguh sendi
3. melegakan ketegangan otot
4.melegakan sakit belakang
etc...

sebab tak ada manual kan, rasanya penggunaannya sama macam kita guna benda-benda panas eg: seterika (ni pengaruh assignment la ni ada "eg", "etc.", "n.d"...pe entah lagi..sebab baru buat assignment kan.. =P)

tips:
pastikan kulit anda tidak tersentuh secara langsung dengan heating pad/pillow yang panas, pastikan beralas..jika tidak, akan menyebabkan kulit melecur.

dapatkan nasihat pakar/doktor..apa-apa berlaku aku tak bertanggungjawab ye!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, June 24, 2011

jom tengok kasut baldu!

aha! assalamualaikum..update cepat-cepat sebelum pergi kelas jam 1430 nanti..macam dah lama tak post gambar kreatif/pelik etc kan? tapi yang aku nak tunjuk ni tak ada la pelik/kreatif mana..cuma, aku suka je..suka kasut balduuuuuuuu

bukan kasut perempuan je berbaldu, kasut lelaki pun ada...jom tengok!






















suka yang ni..warna-warni..




orang kata kasut baldu susah jaga..ye memang susah..kena letak dalam kotak kalau tak dipakai sebab nanti berhabuk..kalau hujan pulak, jangan pakai kasut baldu, nanti kotor susah nak bersihkan..kalau anda cermat, insyaallah kasut baldu tahan lama..tak macam tuan blog ni..sekejap je hancusss..huhuu

yang ni kasut aku..hehee..warna coklat...baldu..huhuu


kenapa suka kasut baldu? sebab..um..tak tau la..selesa kot..sedap je bila pegang..ha..ok bye, nak pergi kelas dah..ngam je jam 1430..



psst~ ada sebab ke kalau kita suka/sayang seseorang? tak kan?





MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, January 23, 2011

jangan buat barang kesayangan anda kecil hati~

assalamualaikum, hari ni aku nak cakap pasal barang/benda kesayangan..rasanya semua orang ada barang kesayangan kan? apa-apa je..macam kamera, kereta, eyeliner, fon..you name it..

pernah tak anda terfikir nak cari ganti kepada barang kesayangan anda tu? aku bagi contoh telefon bimbit...wah gila bersemangat anda bercerita nak cari telefon bimbit baru yang lebih canggih, moden etc. kat kawan anda tanpa memikirkan "perasaan" telefon bimbit lama yang berada dalam tangan anda tu..

anda tau tak telefon bimbit tu "berasa kecil hati" , lantas lepas beberapa hari, telefon bimbit anda tu keypadnya tidak semena-mena rosak..dia merajuk dengan anda...abaikan telefon bimbit, apa sahaja barang lain pun boleh jadi macam ni..biasanya barangan elektronik la...

semalam keluar dengan adik-adik aku, naik kereta..tuan punya kereta tu ada cakap pasal nak jual kereta tu beberapa hari lepas..tengah jalan, tayar kereta tu pecah..maka, timbul la isu "jangan buat barang kesayangan anda kecil hati"

sebenarnya aku pun pernah mengalami situasi macam tu..barangnya pensil tekan..apa? pensil mekanikal la..macam kes telefon bimbit kat atas tu la..bual dengan kawan aku pasal nak beli yang baru..balik rumah tengah buat kerja sekolah tiba-tiba pensil tekan tu pecah bahagian hujung mata pensil tekan tu..

serius, lepas tu, apa-apa barang pun memang hargai, jaga betul-betul..kalau ye pun nak beli baru, tak ada nak cakap depan barang tu..haha! padahal benda je pun..bukan ada perasaan..tapi bila dah jadi barang kesayangan, akan ada rasa "tu" kat barang kesayangan tersebut..

sekarang, barang kesayangan aku...laptop..nama laptop ni, Lappy..aku rasa aku pioneer, mula-mula sekali yang panggil laptop-lappy..dah lama dah..sejak sebelum anda semua ada laptop lagi..lepas tu semua orang ikut panggil lappy (haha gila perasan nak mampus!!)




ni Lappy..laptop baru..mula panggil lappy masa ada laptop lama..ada lagi kat rumah..elok lagi..adik aku pakai..heee..so moralnya, jangan buat barang kesayangan anda merajuk okayh! =D

promote 10 lagi blog followers:

http://www.mzhany.com/
http://jackelcah.blogspot.com/
http://imesra.com/
http://duniadayat.com/
http://aca-theblog.blogspot.com/
http://fifieylycheemaration.blogspot.com/
http://madeyz.blogspot.com/
http://qdine.blogspot.com/
http://duniakuemieysandra.blogspot.com/
http://theworldofcarangkulina.blogspot.com/

kalau malas nak tekan satu-satu tekan link bawah ni..tapi aku tak galakkan sebab sesetengah komputer/laptop akan hang

buka semua link di atas dengan 1 klik

kalau ada yang bangkang cara ni, bagi tau..aku akan remove






MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, September 25, 2010

benda kecil comelku~~


hik! selamat petang..ni jap je ni..nak selesaikan benda ni..lepas ni nak study..terbantut jap hari khamis hari tu nak study atas sebab-sebab external..haha..terasa macam bodoh lak bila tak study..hurmm..okay..

i tau, gambar atas tu tak ada kena mengena..haha..that's one of my stuffs..bangles..eh..bangles ke? bukan deyhh..gelang manik kristal tipu..haha..dalam bahasa inggeris namanya beads bracelet (gelang manik..betul kan?)

RM10 je nyonya tu jual kat i yang kat gambar atas tu..sekarang, yang kat gambar atas tu jadi kesayangan i..dulu i ada gelang favourite jugak tapi dah hilang..beli kat Sarawak..nak gi Sabah tak sempat lagi..memang kurang ajar siapa yang curi tu..

masa tu i kat kampung..balik kampung beraya..hilang kat bilik air..letak kat atas para..keluar memang terlupa nak amik gelang favourite i tu..baru beberapa langkah keluar tapi bila i toleh dah ada orang masuk bilik air..maklum la satu-satunya bilik air kampung..sentiasa penuh..

so i tunggu la..tapi bila that **tch keluar, pakcik i masuk so tak dapat lagi masuk nak amik..lepas pakcik i keluar i terus masuk tapi gelang tu dah hilang..so takkan pakcik i amik, nak pakai nak kata nak bagi bini dia, dia tak ada bini lagi masa tu.. mesti la perempuan luar yang tak ada kena mengena dengan family i tu amik..

nasib baik murah RM9 je..tapi gelang favourite kot..masa kat sarawak tu ibu beria nak belikan i yang kristal betul tapi i dengan perasaan malu menolak..haha..baik kan i? mintak beli yang murah je..sebab custom made mahal..1 bijik manik mau cecah RM10..kalau 1 gelang? anda kira la sendiri..

sekarang ni yang i tak ada lagi cuma bangles je..um..bangles tu macam..um..nanti la i buat entry pasal perhiasan tangan ni..hehe

i ada lagi tapi macam dah buruk sikit..haha..i tak ada banyak pun beads bracelets macam ni..sebab masalah kewangan..kegawatan ekonomi diri..i perlu berjimat..tapi perasaan yang membuak nak benda ni memang tinggi kot..haha

ni dua-dua beli kat Indonesia..yang pink tu mahal sikit sebab..hehe tak payah la bagi tau kenapa..tapi tu bukan manik kristal betul..

eh jap!!! sebenarnya i nak buat tag yang orang dah tag kat i kenapa boleh cerita pasal benda ni? adoii..DAH! malam nanti baru i buat..kata nak study, tapi pergi buat entry ni pulak..ishh


psst~I can be a **tch sometimes, so beware..kalau tak nak kena maki la..sisi gelap i tu..haha..be nice to me and i'll be nice to you..tapi kebanyakkan masa, 98.5% i baik kot! hehe




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, September 20, 2010

apa salah saya? | initial 'S'

salamunalaik..selamat petang..jumpa ni kat youtube..thought want to share it here..kudos to Angah a.k.a Limau Terbang..sila scroll down, tekan pause kat music player ye.. :)



hurmm..jahat tak lelaki tu? apa pendapat anda?

i miss my S locket..bukan locket Slytherin ye..eh loket ke? ala macam aksesori telefon bimbit tu..lebih kurangla..maaf tak ada gambar..walaupun harga murah je tapi amat bermakna kot..

i gave it to someone..mesti la kan..nak hadiah kat orang bagi la benda bermakna..hadiah kalau tak memberi makna pada si pemberi, bagi aku bukan hadiah namanya..kalau penerima rasa hadiah bermakna tu tak bermakna tak tau la kan.

okay, biar aku gambarkan huruf S tu..warna putih kat tengah, tepi dia warna silver/besi..apa-apa la yang seangkatan dengan warna silver..berat jugak untuk benda kecik sebesar duit syiling 10 sen..10 sen pun ringan..pastu ada tali kecik warna silver jugak kat bahagian atas.

seriously miss that little thing..rasa nak pergi kat penerima hadiah ni, nak amik balik..tapi.....penah bagi tau kat dia jaga elok-elok..aku sayang kot benda tu..harap dia tak buang ataupun bagi kat orang lain..ye la mana tau dia bagi kat orang yang initial namanya S jugak..huruf S tu memang untuk dia..bukan untuk orang lain..


psst~kena tegur dengan housemate pagi tadi, mata sembap..paling teruk masa jalan nak pergi kelas tadi kena tegur pulak dengan lecturer..teka la malam tadi aku buat apa..tak suka duduk kolej... :(


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails