CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Saturday, November 5, 2011

E - Ego


uh selamat petang..hampir je tak sempat update..busy masak..huhuu okay..hari ni baru dapat nak tulis pasal EGO..oh ye memang...budak perempuan ni ada ego yang lebih kurang sama je dengan lelaki punya ego..and proud of it! eh kenapa bangga? sebab kalau part ego memang aku yang 100% kawal..tapi kalau part marah tu 50-50 je hehee...

biasanya ego lebih sinonim dengan lelaki..fine, aku ada 3 orang adik lelaki dan aku pulak perempuan..nak tak nak aku kena tinggikan ego..kalau tak penyek la aku kena lanyak dengan adik-adik..





pada pendapat aku la, ego ni bagus..tak ada la senang kena pijak kepala..ego secara tak langsung berkait rapat dengan maruah, harga diri, air muka etc. selalunya lelaki la ni..kengkonon macho..ego pun sampai pecah siling rumah tu tingginya, nak jaga imej dan sebagainya..tak kesah la yang penting jangan tak turun langsung ego tu..

tettt! ego aku pun macam tu...tembus siling, atap rumah ni...entah la kalau berkait dengan bulan kelahiran aku ke apa ke kan..uh..bulan September ye..selalunya la, ego aku ni pakej sekali dengan panas baran..tapi yang best-nya bila ego tengah bahagia memuncak, ego tu jugak la yang meredakan kemarahan..sebab tu aku kata marah ni susah sikit nak kawal tapi ego senang je..





dan berdasarkan pengalaman, ego aku senang je nak turun bila dengan orang tersayang...okay, tapi masih dalam kawalan la..kalau rendah sangat lain pulak jadinya..see? ego di situ haha..tapi kalau orang tersayang tu dah masak dengan perangai aku ni, senang je la dia nak handle kan..macam ibu ayah aku..senang je mereka handle budak perempuan ni..hehee

macam mana nak tau kalau anda ni ego? kalau ada orang kata anda ni degil, keras kepala dan keras hati...damn, encik H selalu kata aku degil, keras hati, keras kepala..padahal dia pun sama! kami lahir dalam bulan yang sama dan sama-sama anak sulung..tak ada beza pun..um..okay ada..dia lelaki, aku perempuan (kenapa tiba-tiba cakap pasal encik H ni?)



psst~ budak perempuan ni tak ada la ego mana pun..se-ego aku pun, hati lembut..hati perempuan..kena gayanya cair la.. :Pdan selamat hari raya aidiladha! :D


untuk lihat entri untuk cabaran sebelumnya:
A | B | C | D




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, November 4, 2011

D - Dutch-Lady

salam hari Jumaat! hari ni huruf D pulak..macam kat tajuk Dutch Lady...macam jenama susu kan? haha memang pun nak cakap pasal susu Dutch Lady.. bagi yang tak tahu cuba tengok gambar ni dulu


google images



ok..dah tau kan? jenama susu terkenal kat Malaysia ni..hehee..hurm..kalau tak silap aku dulu logo Dutch Lady ni ada gambar perempuan pegang baldi berisi susu tapi entah la..bila google gambar tak macam yang aku ingat..


google images



ok..cerita macam ni..ibu cerita, dulu masa kecik lepas pisah susu badan, aku tak boleh minum susu formula lain..nespray, nestle, promil etc..kalau minum susu-susu tu mula la buang air, sakit perut semua..hahaa..kecik-kecik dah cerewet! :P adik-adik semua minum promil okay je..aku yang tak okay..

akhirnya bagi la susu dutch lady ni..okay je..jadi, berterusan la minum dutch lady sampai la tua bangka ni..hehee jenama nak dari Holland je..apa barang jenama pelik-pelik kan? haha sila muntah!

untuk pengetahuan umum, Dutch Lady ni dia punya ibu syarikat (dalam bahasa bisnesnye holding company) Royal FrieslandCampina (syarikat joint venture; Friesland Foods dengan Campina) daripada Netherlands yang merupakan syarikat multinasional susu terbesar di dunia..Dutch Lady ni dah lama bertapak kat Malaysia sejak tahun 1963 lagi..


google images



hurm sebenarnya aku tak berapa nak faham dengan orang yang tak minum susu ni..katanya, bila minum rasa macam nak muntah..mesti masa kecik-kecik mak tak biasakan minum susu...entah la..sedap apa susu! tapi orang kata minum susu lembu, perangai macam lembu..perangai aku ni macam lembu ke? tapi ikut sunnah nabi, minum susu kambing lebih baik..tapi susu kambing fresh ada pulak jual -__- tak nak yang dalam paket tu..huhuu nak segar!



psst~ nak segar punya ternak sendiri kambing lerrrr..tanah pulak tak ada..aiyark!

nak tau apa aku tengah buat ABC bagai ni? sila klik SINI




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, November 3, 2011

C - Coklat | Fakta dan Mitos


weeheee..selamat petang..ok sibuk dengan kerja tapi nak update jugak sebab cabaran kan..hari ni nak cakap pasal coklat! ramai yang suka coklat kan? oh yeah budak perempuan ni suka coklat..terutamanya coklat bersusu..tapi tak ada la selalu makan pun..makan coklat bila perlu je..bila waktu perlu tu? nanti la..kita tengok fakta dan mitos tentang coklat dulu...


1. coklat mengandungi kafein yang tinggi
tetttt!! mitos..ye memang coklat mengandungi kafein tapi sangat sedikit i.e 6mg, berbanding secawan kopi..secawan kopi dianggarkan 65-135mg..anda perlu telan  kira-kira 10 bar coklat untuk mendapat kafein ssebanyak 1 cawan kopi.

2. coklat menyebabkan jerawat
tettt! mitos semata..tak ada kaitan langsung..jerawat disebabkan bakteria dan minyak kat muka je..tak percaya tanya pakar kulit..huhuu

3. coklat boleh menyebabkan kegemukan
err..1 bar coklat cuma lebih kurang 220gm kalori je..cuba makan coklat je hari-hari tanpa mengambil makanan yang berkalori tinggi..tak gemuk pun..

4. coklat menyebabkan kaviti
heh..mitos! kaviti terjadi kalau anda tak gosok gigi bersih-bersih..bukan sebab coklat, gula-gula, atau makanan lain..sebetulnya kaviti tu terhasil daripada sisa makanan yang melekat kat gigi terlalu lama dan terjadi sebab tindak balas bakteria dengan gula (yang datang daripada karbohidrat etc.) membentuk asid yang merosakkan enamel gigi...kajian menunjukkan ada bahan dalam coklat (susu yang mengandungi protein, kalsium dan fosfat) membantu melindungi gigi..

5. coklat sumber tenaga
1 biji cip coklat membolehkan orang berjalan 150 kaki..huhuu tapi ada pulak orang makan 1 biji je.. :P

6. coklat tak ada nutrisi
coklat la yang banyak zat besi..ada magnesium, kuprum, zink um..check jadual berkala kimia ye..coklat merupakan salah satu antioksidan..orang kata makanan antioksidan ni bagus untuk elak penyakit koronari (jantung) tapi keantioksidanan dark chocolate lagi tinggi daripada coklat susu

7. coklat sangat berbahaya!
hehek..kepada anjing..bahan kimia "theobromine" ni berbahaya untuk sistem saraf dan otot jantung anjing..tapi kucing aku tak tau pulak..rasanya tak kot sebab kucing aku makan je coklat :P


berbalik kepada kenapa aku makan coklat pada waktu tertentu..bila? waktu aku rasa sakit, sedih, takut dan sejuk..coklat la jadi teman setia..sebab tu setiap masa ada jajan coklat tak kira dalam bentuk apa pun eg: chipsmore, nips, choki choki, coklat cadbury bars ataupun serbuk koko..huhu..

wee..tu je la..nak kemas..dah pukul berapa dah ni..nak balik bercuti hari raya..hehee 




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails