CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Saturday, December 24, 2011

hati-hati nyanyi lagu inggeris

salamunalaik..langit masih menangis..awan masih lagi kelabu..matahari antara hilang dan sembunyi..pelangi entah di mana =(

ececehh geli aku baca ayat sendiri :P tapi betul..dah lama hujan ni..rindu dengan matahari dah..okay terus pada isi..aku nak ingatkan kita sebagai seorang muslim kalau nyanyi lagu-lagu inggeris kena faham maksud lirik bahasa inggeris tu sebab ada perkataan yang boleh membuatkan kita murtad tanpa disedari..

aku bagi contoh lagu Bruno Mars yang semakin hot di corong radio sekarang ni "It Will Rain"..perhatikan lirik yang aku dah bold-kan kat bawah

...to realize what we used to have
we don't have it anymore
there's no religion that could save me
no matter how long my knees are on the floor
so keep in mind all the sacrifices i'm making...

yang di-bold tu maksudnya "tiada agama yang mampu menyelamatkanku" haihh kalau anda nyanyikan ataupun sebutkan tak tau la macam mana dengan akidah dan iman kita..walaupun tak sengaja..ada satu lagi lagu, tapi ni lagu dah lama jugak la..lagu Breakeven - The Script..

I'm still alive but i'm barely breathing
just pray to a god that i don't believe in
'cause i got time shile she got freedom..

yang atas ni pulak maksudnya "hanya berdoa kepada tuhan yang kutak percaya" ini lagi terang sangat pengucapan tu..ishh banyak je jalan orang kafir ni nak menyesatkan orang islam..hurm sebab aku suka lagu ni, maka kalau aku nyanyi aku tukar lirik tu kepada 'just pray to a god that i really believe in'

mungkin banyak lagi lagu lain yang macam ni..harap anda semua peka dengan perkara ni, terutamanya anak-anak muda dan budak-budak sekolah..jangan main sebut je..check dulu lirik tu bagus ke tidak..bukan tak boleh nak berhibur tapi kena beringat dengan apa yang menjadi hiburan kita tu ye..

EDITED 04 Ogos 2012: 
dah lame nak update ni tapi tak ter-update sebab sibuk sikit..terbaru yang aku dengar pasal lagu Nicki Minaj, tajuk "Beam Me Up Scotty" dan lagu "Itty Bitty Piggy"..entah entah semua lagu dia ni menghina Islam..jangan dengar langsung la lagu dia..boikot je

hai la aku tak sanggup nak taip lirik tu kat sini..kalau nak tau cuba la cari lirik tu sendiri..memang terang-terang menghina..tak pernah suka pun perempuan ni..huh! geram je..








MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, December 22, 2011

jam tangan oh jam tangan~


hyep! selamat petang yang sejuk! kali ni nak cakap pasal jam tangan..budak perempuan ni memang pakai jam tangan sebab kerjanya asik tengok waktu pukul berapa je..jadi kalau tak ada jam kena bongkar handbag cari fon sebab nak tengok waktu pukul berapa

anda ada jenama jam yang anda suka tak? contoh B.U.M, Rolex, Patek Phillipe, Bulgari, Armani, Cartier, Omega, Bonia, Swatch, Swiss Legend, Swiss Army, Swiss Military, Gucci, Casio, Seiko, Timex um..okay cukup..memang banyak jenama la..jenama ni semuanya mewah belaka ye..dan kebanyakan yang aku list tu dari Switzerland...huhuu sebab aku minat jam dari sana..reka bentuk jam tu canggih habis..


yang betul suka dan dalam wish list jam Swiss Army la..sekarang tengah pakai jam Swatch..jam Swatch tu adik yang bawah aku punya..sekarang ni jam tu dah retak cerminnya sebab adik aku yang bongsu pinjam pakai..eee geram betul..kalau jam tu harga RM2 tak apa..hishh! hari tu pergi Mid Valley tanya kalau-kalau cermin tu boleh ganti..dia kata tak boleh sebab cermin tu memang melekat..sedih betul!

huaa! dah off topic! balik pada jenama jam tadi..mahal nak matikk! RM1000-RM2000++ ye kawan-kawan...memang berjanggut la nak kumpul duit..eh jap, tak apa, nanti masuk dalam hantaran kawen boleh? hehehehe :P kawen pun lama lagi -___- 

nasib baik budak perempuan ni miskin belum kerja..ada hikmah di situ ye..ni nafsu ni..nafsu ni jangan diikutkan..pakai apa yang ada..macam mutiara kata oleh Habib Umar bin Hafidz

sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti



psst~nasib baik budak ni tak berapa suka shopping dari kedai ke kedai..nak apa, terus datang kedai tu, beli dan balik..singgah blog tak apa..hihii


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, December 19, 2011

kenapa bunga tulip?

selamat malam..sibuk sikit kemas rumah, musim hujan kan..takut Segamat tu banjir, jadi bersedia dulu..huhuu pada waktu sekarang ni, sungai segamat sudah hampir nak melimpah..hurmm redha je la kalau banjir pun..nasib baik banjir, bukan tsunami..tetttt..jadi entri kali ni pasal kenapa aku suka bunga tulip..terutama yang putih...hehee..hurmm susah nak digambarkan..kalau anda suka sesuatu tu, kadang-kadang tak boleh nak jelaskan kenapa dan sebab musababnya kan? 

pertama sekali sebab tulip ni bunga dia satu aje dalam 1 rumpun..err pokok..um batang pokok..kira 1 pokok 1 bunga..aku pun suka nombor 1..single flower..ade beberapa jenis tulip je yang boleh hasilkan beberapa kuntum bunga tapi kebanyakan tulip hasilkan 1 je

yang kedua sebab..hurmm agaknya dari kecik suka melukis bunga tulip..sebab senang..cuma zig-zag kat atas, lepas tu lukis U untuk sambung zig-zag tu..daun kiri kanan dah siap..macam ni


hahaha ok buruk..jangan komen pasal bunga tu..

yang ketiga sebab bunga ni jenis yang menguncup..kelopaknya tertutup..tidak terlalu kembang..kalau kembang sangat tak berapa cantik..macam pelik..orang kata masa bunga kembang mekar la cantik kan..tapi bunga tulip ni kalau dia kembang sangat, tak lawa..uhuk macam ni yang belah kiri tu


lagi cantik ni kan?


tapi agaknya sebab pandangan dari atas kot.,gambar yang ni dari sisi..hurmm entah la..agaknya memang aku ni jenis suka bunga yang tak kembang..kalau bunga ros pun suka yang belum kembang tu..satu lagi bunga yang tak kembang, sejenis bunga lili..aku malas la nak  google gambar hehehe :P


um..aku suka tulip putih..sebab aku suka warna putih..suka yang comel-comel je haha.aku dengar kat Bukit Larut ada bunga tulip ni..tapi aku tak pernah sampai situ lagi..tak dengar pulak kalau ada kat Cameron Highlands..hurm..nak pergi Holland tengok tulip!! bila la agaknya dapat..next time aku buat fakta tentang bunga tulip pulak..hehe



psst~ orang kata boleh nilai seorang perempuan melalui bunga kegemarannya..tak tau la betul ke tak




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, December 2, 2011

Kenali Personaliti Anda Mengikut Tarikh Lahir


weee~ selamat malam..cuba teka..kerja-kerja saya sudah siap..haha bahagia je rasa..jadi sekarang ni tinggal nak study untuk peperiksaan je..lepas tu cuti dah..okay, ni nak kongsi pasal personaliti..hurm..tak payah percaya sangat kot..tapi tak salah kalau nak kenali diri tu kan? :)

Jika anda dilahirkan pada tarikh berikut dalam mana-mana bulan, personaliti anda mengikut nombor tersebut ye..

no. 1 - 1hb, 10hb, 19hb dan 28hb
no. 2 - 2hb, 11hb, 20hb, dan 29hb
no. 3 - 3hb, 12hb, 21hb dan 30hb
no. 4 - 4hb, 13hb, 22hb dan 31hb
no. 5 - 5hb, 14hb dan 23hb
no. 6 - 6hb, 15hb dan 24hb
no. 7 - 7hb, 16hb dan 25hb
no. 8 - 8hb, 17hb dan 26hb
no. 9 - 9hb, 18hb dan 27hb

no. 1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no. 2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no. 3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no. 4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no. 5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no. 6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no. 7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no. 8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

haha yg hijau tu aku ye...macam betul jep :P adehh pasangan ideal no 2..haha dah tak ada dah..

bagaimana pula dengan anda?



psst~ jangan percaya sangat eh..suka-suka je pun




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails