CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Tuesday, January 31, 2012

Kisah Couple~


selamat pagi...budak perempuan ni pernah terfikir nak cakap macam ni dulu..tapi tak tahu la...dah terlepas dan tercakap benda lain nak buat macam mana kan..dan berkesudahan kurang baik..tak apalah, pengajaran hidup..sekarang budak perempuan ni lebih berhati-hati, dulukan yang Maha Esa


Kisah couple..
=========

A: Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

B: Ok, boleh je tade masalah. Couple ke?

A: Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

B: Ok. Bila nak kahwin?

A: Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

B: Ok, kita putus sekarang gak.

A: Eh, kenapa?????

B: Tiga sebab;

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. "Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah." No.

A: Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

B: "Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon." Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Ok, saya letak tepon dulu. Salam.

A: Wslm.

(tut tut...)


Credit: Realiti Alam Perkahwinan





psst~couple tu haram, tapi masih ramai yang ber-couple, even couple cara Islam (terms mereka sendiri, dan mungkin aku juga pernah guna..dulu la :P) sekali pun..katanya, "semuanya bergantung pada niat" entah la..Allah lagi maha mengetahui




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, January 29, 2012

buku oh buku~


salamunalaik..hari ni pasal buku pulak..hari tu pergi shopping buku..ye la, menggunakan voucher 4 keping tu dengan beli buku yang bermanfaat..tak adanya aku nak beli bukan-bukan..rugi! (eh boleh ke gua voucher tu beli gitar?)

fikir-fikir nak pergi kat Kinokuniya..call adik, dia sibuk pulak..jadi aku pergi MPH Mid Valley dengan housemate je.. hari tu ramai gila orang kat situ..rata-rata pengunjung/pembeli semuanya daripada kalangan pelajar..

ingatkan kat jalan raya je orang tak bertimbang rasa, kat kedai buku pun ada..faham la dia nak baca buku kat depan rak buku tu, tapi jangan la selama-lamanya diri kat situ..berborak pulak dengan kawan kat situ..berjam-jam..aku pergi la kat bahagian lain dulu, tapi bila patah balik ke situ, masih berbual..aduhai orang lain pun nak pilih buku jugak kan? nama je student tapi............

hurm..abaikan orang tersebut..buat sakit hati je..penat tahu pilih buku..yang aku nak beli ni buku sekolah..sekali tengok, baucer buku pun tak cukup buat beli..macam manakah? bila fikir balik, baik beli dengan lecturer, dapat murah, jadi beli buku untuk background reading je..untung-untung boleh guna dalam assignment.. ^_^

cuma guna 3 keping baucer tu je..sekeping lagi simpan..maka, yang terbeli cuma 2 buku untuk module sekolah, 1 lagi buku cerita untuk adik (aku pun baca jugak..bersiri buku ni) plastik pun tak bukak lagi huhuu

 
tapi yang paling excited sekali bila nampak buku ni..


bukan tak pernah ada kat rumah, tapi ada dua tiga buah terjemahan, semua dapat free sebab orang sedekah pada ibu ayah masa pergi haji dan umrah lepas..dan bukan tak mahu guna yang ada, sebab besar dan dalam bahasa indonesia (bajet tak faham bahasa indonesia, nak jugak bahasa melayu :P)

dan lagi satu, it's my very own translation copy..nak bawa ke mana-mana pun senang..sebenarnya ni hajat ramadhan lepas..tak mahu dah baca tapi tak faham maksud tersurat dan tersirat..faham je sikit-sikit tapi tak semua..main agak-agak nanti salah faham pulak kan? tak sabar nak mula baca dah ni..recited al-Quran biasa tadi habis dah al-Baqarah..nanti boleh start al-Imran berserta terjemahan pulak *happy*


psst~ lagi sekeping bakal digunakan untuk beli buku ilmiah lain..insyaallah




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails