CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Wednesday, June 25, 2014

Sequel - macam mana nak "move on"

salamun alaik...selamat malam..budak perempuan ni demam tapi mood menaip ada kan..seperti yg dijanjikan sequel entri..macam biasa, ni daripada pengalaman :)

bagi yang dah ikut blog ni dari awal, mesti tau macam mana aku struggle macam orang gila..hahaha dan bila umur 25 tahun ni la, budak ni jumpa jalan penyelesaian yang singkat..solat tahajjud

ye..solat tahajjud..budak ni tak tipu, ubat paling berkesan setakat ni yang budak ni dah cuba...kecewa dalam hidup tu biasa, semua orang pun pernah...ujian yang Allah bagi pun berbeza mengikut kemampuan

siapa sangka Allah nak bagi ujian yang sama tapi beratnya bertambah, halangannya lebih mencabar...dan bersama dengan kesusahan tu, Allah bagi sekali kekuatan jiwa, lebih banyak dari dulu..kalau dulu, budak ni kembali kepada yang maha Esa hanya dengan banyak membaca ayat-ayat suciNya, dan perkara-perkara lain, kali ni budak ni cuba benda baru

T A H A J J U D

nak buat mula-mula memang susah tapi disebabkan hati yang sakit kena dicari ubatnya, budak ni keraskan hati je bangun dengan alarm telefon, paksa kaki jalan ke bilik air ambik wuduk, paksa diri pakai telekung, paksa mata untuk didak mengantuk..tunduk sujud kepada Dia

indah sangat tahajjud..hanya kau dan Dia..mengadu, menangis, merayu sampai letih dan penat nak rasa sedih..sampai kau jatuh cinta dengan apa yang kau buat tu, sampai kau rasa banyaknya kasih sayang Dia untuk kau..entah, budak ni tak tau nak explain macam mana..mesti kena sendiri yang rasa...manisnya cuma orang yang buat yang tahu..

jadi, cuba la..Allah tu dekat...lebih dekat daripada urat leher kita..setiap kesusahan akan ada kemudahannya :)


~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, June 15, 2014

Sequel Entri - Hype je...

selamat malam pembaca setia (ada ke? kalau ada terima kasih) apalah nasib, bila laptop okay, internet broadband pulak yang tak okay..ni masih guna telefon..hmm

sekarang musim bola..jujur budak perempuan ni cakap, minat tu masih ada tapi dah jatuh dalam perigi dah..sejak projek tahun akhir masa belajar dulu dia jatuh..kononnya nak tinggal kejap bola fokus tahun akhir..alih-alih tenggelam terus mana entah pergi..ni nak cari balik..permulaan baik bila Oranje goreng Tiki Taka 5-1..aku pun terkejut!

sebenarnya entri ni nak create hype..hahaa macam la ramai sangat pembaca blog ni..lebih kurang sequel kepada entri macam mana nak "move on" (wahh ada sequel bagai)

suka aku nak ingatkan blog budak perempuan ni entrinya kebanyakkannya daripada pengalaman sendiri..ni termasuk tips, cara etc..semua pengalaman sendiri...pengalaman kan guru terbaik..kalau kita tak dapat belajar daripada pengalaman sendiri, kita belajar daripada pengalaman orang lain..aku pun macam tu..belajar daripada orang lain kebanyakkannya.

psst~ perasan tak, entri budak perempuan ni masih tiada tajuk khusus..bagi aku masa sikit kayh?


~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, June 11, 2014

yang lepas itu, lepaskanlah

assalamualaikum! selamat petang..ni first attempt update melalui telefon..huhuu bila tahun berganti tahun, maka telefon juga berganti..tapi ni pun pakai browser..agak leceh sikit la..

rinduuuuuu sangat kat blog! sebab hari tu kata nak blogging balik kan, cuma lappy tak sihat..jadi terbantut la niat tu..

let's get serious about blogging.

semalam nak blog, online kat lappy tapi internet pulak masalah..tak tau la hari ni macam mana..tu yang nekad blog thru phone je..bercakap tentang telefon, aku update ni pun daripada Gee..ye nama telefon ni Gee...smartphone tapi tak mahal la..cecikai je

alkisah semalam masuk blog terus baca entry "cerita terakhirnya"..sayu hati baca entry sendiri..lepas tu bila sampai perenggan akhir, satu rasa kekuatan dalam diri ni..kurniaanNya, alhamdulillah

lepas tu melarat baca entry sendiri sampai ke entry "Dear June"..menangis pulak sebab sama je apa yg berlaku Jun 2012 dengan Jun 2014 ni..beza cuma orang dan situasi..

gara-gara menangis tu aku tak boleh tidur..perangai dulu memang tak ubah..tak boleh tidur kalau sedih..tapi sebenarnya tak pasti tak boleh tidur sebab minum 100 plus suku botol besar ataupun sebab menangis sedih tu

entry "cerita terakhirnya" tu banyak hits la..entah kenapa..cerita biasa je..hmm


psst~ update blog waktu kerja..dengan telefon..perghh *gelengkepalalajulaju*




~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails