assalamualaikum..lama dah nak update pasal ni..tiba-tiba dalam bulan Ramadan mulia ni, Gaza diserang hebat..hiba rasanya bila scroll down news feed facebook, kanak-kanak dan bayi cedera parah, berlumuran darah..Allah...
negara pulak kemudiannya dikejutkan dengan berita pesawat ditembak jatuh..macam gugur jantung bila bangun untuk sahur beberapa hari lepas, baca headlines berita...terus menangis budak ni atas katil..sangat sangat terkejut..
di kala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, kita diuji Allah dengan musibah :'(
sabarlah Gaza, sabarlah waris mangsa MH17, ada hikmah dan ganjaran di sebalik semua ni..bagi yang tak sayang pahala puasa dengan kutuk mengutuk berkenaan isu MH17 tu, lebih baik diam daripada berkata yang tidak tahu hujung pangkalnya..kamu hanya akan melukakan hati mereka yang terlibat..
aku pernah naik kapal terbang MAS dan juga penerbangan lain, tapi bila berada di negara orang walaupun cuma seminggu, sangat terasa homesick tu..bila jejak kaki dalam kapal terbang MAS seolah dah ada kat Malaysia..hanya orang yang pernah mengalami je tau..
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~
aku suka bila dahi aku kat sejadah, aku suka bila dahi aku kat lantai...rindu sangat dengan sejuk lantai masjidil haram...rindu sangat dengan dingin lantai masjid nabawi..
sungguh, bila sujud, seakan tiada apa pun di antara kita dan tuhan..hanya diri kita dan tuhan...berdua
kat tempat kerja, aku selalu stress...stress sampai rasa nak ambil beg dan balik..jadi aku bertahan sampai waktu zuhur semata-mata nak solat..ataupun waktu asar..bila siap solat rasa lega yang amat macam satu semangat baru dalam diri
rasa tenang bila sujud..tahu sebab apa yang akan berlaku hanya akan berlaku dengan izinNya..tak ada apa nak risau..entahlah...payah nak jelaskan..kena rasa sendiri baru tau
dan masa sujud tu la kita nak adukan apa-apa yang dirisaukan, adukan kedukaan dan kesedihan, bicarakan kesyukuran, pohonkan keampunan..apa saja dalam hati..Dia maha mendengar..
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~