assalamualaikum..lama dah nak update pasal ni..tiba-tiba dalam bulan Ramadan mulia ni, Gaza diserang hebat..hiba rasanya bila scroll down news feed facebook, kanak-kanak dan bayi cedera parah, berlumuran darah..Allah...
negara pulak kemudiannya dikejutkan dengan berita pesawat ditembak jatuh..macam gugur jantung bila bangun untuk sahur beberapa hari lepas, baca headlines berita...terus menangis budak ni atas katil..sangat sangat terkejut..
di kala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, kita diuji Allah dengan musibah :'(
sabarlah Gaza, sabarlah waris mangsa MH17, ada hikmah dan ganjaran di sebalik semua ni..bagi yang tak sayang pahala puasa dengan kutuk mengutuk berkenaan isu MH17 tu, lebih baik diam daripada berkata yang tidak tahu hujung pangkalnya..kamu hanya akan melukakan hati mereka yang terlibat..
aku pernah naik kapal terbang MAS dan juga penerbangan lain, tapi bila berada di negara orang walaupun cuma seminggu, sangat terasa homesick tu..bila jejak kaki dalam kapal terbang MAS seolah dah ada kat Malaysia..hanya orang yang pernah mengalami je tau..
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~
Perasan tak umat Islam di uji di bulan Ramadhan. Mungkin ALLAH nak umat Islam yg lain bykan berdoa utk saudara seagama kan. Sbb doa senjata kita dan doa insyaALLAH mustajab di bulan Ramadhan ni.
Kita sama sama terus doakan buat saudara kita bila masa sekali pun.aamiin
1 tHis girL's lovers commenting:
Dik selamat hari raya yer...

Post a Comment