CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Saturday, November 6, 2010

pendakap gigi/braces tu apa??

selamat petang semua..hari tu i ada janji nak cerita pasal braces kan..ni la nak tunai janji..braces atau dalam bahasa kita pendakap gigi..tettt! i bukan doktor gigi yep! tapi saje nak kongsi info yang i tau..




 

okay..kenapa pakai braces? sebab susunan gigi yang tak teratur..mungkin boleh menyebabkan masalah percakapan, estetik, pemakanan dan sebagainya..bukan nak cantik je tau! gambar atas tu la benda gadget yang ada dalam mulut seseorang yang memakai pendakap gigi.

yang memainkan peranan penting dalam pembetulan gigi ni archwire dan bracket, yang membolehkan gigi bergerak...archwire tu memberi tekanan pada bracket..fungsi bracket mengagihkan tekanan ke seluruh gigi..masa mula-mula pakai braces ni mungkin anda akan rasa tekanan tu..

bila tekanan dah menjalankan tanggungjawabnya..haha..gigi akan longgar daripada gusi..macam mana boleh longgar?? (macam menakutkan gila bunyinya tu) membran kat akar gigi (dalam gusi, kita tak nampak) akan mengembang dan menguncup yang membolehkan gigi bergerak..bila dah berhenti bergerak, tulang (gigi) akan tumbuh bagi support la supaya gigi tu tak tanggal terus..hahaa

masa proses ni berlaku, memang tak boleh gigit makanan yang keras walaupun nasi..lain la kalau anda seorang yang gagah perkasa..hehee..sebab tu orang yang pakai braces ni lama sebab adjustment dilakukan paling kurang sebulan sekali sahaja..archwire tu menjadi panduan kepada gigi yang longgar untuk bergerak pada paksinya..huahaha..maknanya tak ada la gigi tu bergerak ke tempat yang tak sepatutnya..

archwire tu akan berubah faktor bahannya mengikut suhu badan kita..kalau orang yang minum air sejuk atau panas akan rasa dawai tu mengetat ataupun rasa tekanan pada gigi..archwire ni tak akan berubah bentuk..satu lagi, retainer..retainer ni dipakai bila rawatan hampir selesai..


masa pakai pendakap gigi ni, bukan boleh makan sebarangan..salah makan memang kaw-kaw sakitnya..kena rajin gosok gigi, floss berkumur dan sebagainya sebab nanti dah bukak pendakap gigi tu gigi jadi buruk (tak putih), masalah plak, masalah ulser..macam-macam la..rujuk ortodontis anda untuk maklumat lanjut ye..

pengalaman memakai braces sangat best..hehee..bukan semua orang dapat rasa..tak tau la macam mana nak gambarkan tapi banyak orang yang dah habis rawatan kata, mereka rindu dengan braces mereka (i masih pakai lagi so tak tau la rasa rindu ke tak) masa mula-mula memang cakap tak sabar nak bukak, bila dah bukak rindu pulak..so masa pakai braces jangan lupa amik gambar kenangan..hehee :P

hmm..mengikut hukum agama..i tak pandai la, kalau semata-mata nak cantik tak boleh kot..nak tau lebih lanjut tentang hukum pakai pendakap gigi klik sini 

sumber 1



psst~dah lama tak kunyah chewing gum


 
  
 
MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, November 4, 2010

25 perkara tentang diriku~nak tau klik :P

salamunalaik..hari ni nak selesaikan tag yang tertangguh entah sejak bila..maaf la ye..tag ni daripada anishaway, hana nabihah, farhanafabulous, dan eilyfarhana ni la akibatnya kalau ditag, bertangguh..bukan apa nak kumpul..nanti senang..huhuu
 
okay jom tengok apa yang ditag oleh rakan-rakan bloggerku ni..
 

1. Thanks the person who gave you this award and link of the person
thanks ye cik eilyfarhana..huhuu..cantek ke diri ni? haa..kamu buat i perasan hawt la! :P (sila abaikan i gurau jep)

2. Spread the award to 15 blogger who you like and you think their blogs are awesome
weydd!! i kedekut la buat masa sekarang ni..so award ni i tak bagi siapa pun..hahahaa!

3. Tell 7 things about yourself
aaa..ni nanti i combine dengan tag lagi satu..

lagi satu ni tag about yourself jugak tapi huh! banyak sampai 25..hehee..ada la syaratnya..i malas nak ikut..ada i kesah? haha!

1. suka nombor 1
2. misyamissyou bukan nama sebenar i, rakan blogger panggil misya jep..
3. tidak menggemari teddy bear
4. suka bau hujan, bau rumput lepas kena potong
5. suka mandi/main hujan
6. tak fotogenik pon
7. ada facebook, formspring, twitter and friendster yg lain macam hi5 and myspace host site tu dah delete sebab tak aktif..
8. suka lelaki yang berambut pendek
9. suka makan lolipop dan gula kapas
10. tak pernah pergi Sabah! nak pergi...
11. suka tengok buku bank..hehee $$
12. suka chocolate tapi tak suka makan dengan strawberry..sebab tak sedap pon..
13. suka warna putih
14. pakai baju kurung je pergi kelas..tak pernah pakai jeans or casual (sebenarnya ni janji pada diri sendiri)
15. jeans putih termasuk dalam wishlist..huhuu bila la nak dapat
16. suka huruf A dan S
17. suka bracelet, bangles etc..
18. telinga i tak bertindik ye..hehee
19. is a die-hard fan of Harry Potter
20. senang marah, senang cool down
21. suka tengok benda-benda yang jauh, tinggi, besar, luas etc.
22. dream of bmw sport putih..dapat drive sekali pun cukup la..
23. sayang semua barang kepunyaan
24. tag line "besar punya!!" tu tagline i tapi maggi dah curik..haha! tak ada la..i suka tagline tu..hehe
25. i live my life my own way..jadi diri sendiri..tak perlu menipu

psst~kerja gila i, pergi kelas petang tadi lupa nak pakai jam, sebelum masuk kelas i singgah booth jual jam kat hallways, i beli jam RM15 semata-mata terlupa pakai jam je..membazir!!
 
 
  
 
 
MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, October 22, 2010

info Malaria | Love Holidays

assalamualaikum dan selamat tengah hari Jumaat..macam dah berbulan je rasa tak update blog (haha padahal hari tu baru je post entri) semalam jari aku kena tebuk..berlubang dah jari manis tangan kiri aku..sakit kot..sadissss..betul la..aku tak tipu..tau anda semua mesti tak percaya kan?



misi-misi tu serbu masuk kelas..pintu dijaga tak bagi pelajar keluar..lepas tu paksa kami cek darah..kejam tak? aku tak tipu ye..betul..sebab kat kolej kami ada kes malaria..

kami diberitahu, kes ni sebenarnya bawaan pelajar luar negara yang ada kat kolej ni..pihak hospital buat macam ni..ye la takut pelajar tempatan pulak kena..kalau pelajar luar negara je yang kena, aku tak rasa pihak hospital kisah sangat..hahaha!

sebab ada yang tak nak bagi kerjasama cek darah, tu yang mereka serbu masuk dalam kelas (sebelum ni cek dekat pintu masuk je) kerana mereka tu la jari aku kena tebuk..sakit kot!! aku mana tahan sakit..nak menangis malu, jadi lepas kena cucuk, aku terus lari balik rumah..ye berlari okay..singgah kedai bawah blok jap beli 100 plus (apa kena mengena beli 100plus dengan sakit?aku jarang kot minum 100plus) terus naik ke rumah, mandi dan melalak dalam bilik air..jangan la bahan/gelakkan aku!!



pernah je amik blood test ni dulu kat sekolah sebab masa tu tingkatan 3, belajar pasal jenis darah..so daripada pengalaman, bila dah kena cucuk jarum macam ni, ataupun terluka..apa-apa jenis luka pun, cepat bersihkan luka tu, lap kering, dan biarkan, jangan diusik luka tu..kalau luka besar perlu la letak ubat kan...sebab tu balik rumah terus mandi (sebenarnya menangis masa mandi..saje nak cover la tu..gedik gila nak nangis)

tadi dapat flyers daripada pihak hospital/kesihatan info tentang malaria..ni dalam BI..aku terjemahkan je la kat sini secara suka hati aku la..tapi ni fakta ye bukan aku reka..

Malaria tu apa?
malaria disebabkan gigitan nyamuk (Anopheles) yang membawa parasit malaria..parasit ini dalam sel darah merah yang akan memusnahkan sel tersebut dan boleh membawa maut.



Cara jangkitan
nyamuk Anopheles yang membawa parasit ni akan memindahkan parasit tersebut bila pesakit terkena gigitan nyamuk

nyamuk ni memang hidup di kawasan tropika panas lembab macam negara kita tapi bawaannya memang daripada Afrika..

Tanda-tanda
1. demam
2. menggigil kerana demam
3. berpeluh sejuk
4. demam panas sejuk mungkin berlarutan
5. lemah badan dan pucat

Cara pengesanan malaria
malaria boleh dikesan melalui pemeriksaan darah

Kesan malaria
1. kerosakan buah pinggang (Nephrotic Syndrome)
2. kegagalan otak
3. keguguran kandungan, kemandulan, kelahiran pra-matang dan kekurangan berat badan
4. hati/hempedu membengkak

Cara pencegahan malaria
1.memakai pakaian yang dapat mengelakkan gigitan nyamuk..senang cerita tutup aurat (see, banyak hikmah menutup aurat)
2. tidur dalam kelambu
3. guna ubat nyamuk i.e ridsect, sheltox etc.
4. membenarkan pihak bertanggungjawab menjalankan aktiviti penyemburan asap
5. mendapatkan rawatan dengan segera jika menunjukkan simptom-simptom penyakit
6. kebersihan tu sangat perlu di sekitar rumah

sama je cara pencegahan macam penyakit aedes..aedes pun datang daripada nyamuk juga..jap ni nak tayang..




aku dah tengok cuti-cuti cinta (kantoi tak buat assignment sebab tak reti nak mula intro) best la jugak..dan shot muka Farid Kamil yang handsome tu sangat besar, 2/3 daripada skrin okay! :P

suka dialog "Remyyyy.." dan jawapan Zed Zaidi(Remy), "aunty/uncle..." siap dengan mata, suara dan bibir yang seksi gitu..haha! i'd say, berbaloi RM8 tengok cerita ni..




psst~ cinta yang dicari akan pergi..aku tak pernah cari pun..tapi pergi jugak..haha! mitos!!! tapi tak tau la kalau gedik datang balik untuk kali kedua..memang nak kena maki a$$h0l3+tampar+buat macam eva buat kat remy dalam cuti-cuti cinta tu..haha!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails