CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Friday, March 25, 2011

bau-bau sedappp!!

yay! assalamualaikum dan selamat malam..aku nak fill in 1 perkara ni dulu sebab kesibukan sampai tak update..hmm..bulan februari hari tu result dah keluar...sadissss..sekolah kami yang paling teruk..sekolah lain biasa je..tapi pointer aku naik! ok2 je..hopefully dapat la balik flat macam dulu semester akan datang ni..aminn..

okay..aku nak cerita pasal bau..eww..bau apakah yang aku suka ni? hee

  • bau hujan
orang kata bau tanah tapi aku panggil bau hujan..atau bahasa inggeris panggil petrichor..aaa best!! bau segar..serius suka bau ni..kadang-kadang bau lepas hujan..kadang-kadang bau masa nak mula hujan..bila dah start bau je, perghh! rasa nak main hujan tu membuak-buak...arghhh! hobi yang telah lama ditinggalkan sebab....tak ada siapa yang nak suruh pergi mandi lepas main hujan lagi.. :(


  • bau rumput lepas kena potong
arghh!! ni pun best..aku boleh high kalau bau rumput lepas kena mesin/potong ni..selalunya pagi..kalau dulu kat sekolah, pakcik tukang kebun baru je mesin rumput kat padang, diri kat tebing bukit, buat inhale exhale kat situ..haha..sekarang kat kolej pun..kalau terdengar je bunyi mesin potong rumput pagi-pagi, macam tak sabar nak turun pergi kelas..lepas tu berhenti kat tengah court badminton sekejap amik bau..haha!

  • bau buku baru dan buku lama
nama pun suka buku kan..sedap kot bau buku..bau buku baru dengan buku lama memang lain..bila dapat buku baru je, start la...macam orang tak pernah jumpa buku...kalau buku lama, macam bau tanah sikit..aww! sedapnya bauuuu...huhuu


  • bau cat
suka bau cat..tapi bukan la bau kat tin cat tu..tak ada la pergi hidu hidu kat dinding yang baru cat tu..cuma suka bau sikit je..lagipun bahan kimia..tak elok nak sedut bau banyak-banyak..

  • bau petrol
aw..ni pun bahan kimia jugak..tapi bila kat stesen minyak mesti bukak tingkap sikit..heee

  • bau mesin
um..tak kira la mesin apa-apa pun..laptop, kalkulator, enjin kereta baru, printer, tv..eh semua tu mesin ke? aaa cuba anda cek balik definisi "mesin"..maksud aku, barang-barang mekanikal..benda yang selalunya jadi "mangsa bau" aku handphone aku la..haha..pelik kan? hee
  • bau bunga
tipu la kalau perempuan tak suka bau bunga..apa-apa bunga la..sebenarnya agak pelik, aku pernah cuba bau bunga tahi ayam tau nama saintifiknya Lantana camara, tapi tak bau tahi ayam pun..hahahah..sedap apa bau bunga tu..tapi kenapa orang bagi nama bunga tahi ayam..hurmm


  • bau laut
uhuk! dah lama sangat tak pergi tepi laut..bau laut pun macam-macam..tengok la tahap kebersihan laut tu..kadang-kadang bau hanyir macam bau ikan tu..tak tau la nak gambarkan bau laut yang sedap macam mana..kena cuba sendiri..diri kat gigi air tepi pantai, tutup mata, tarik nafas..fuhh..bau laut...


  • bau makanan
tettt..siapa tak suka bau makan kan? bau nasi lemak, bau asam pedas, bau sambal udang petai, bau nasi beriani, bau ayam masak lemak cili padi, bau sup daging, bau rendang, bau kek coklat, bau puding, bau ikan masak kicap, bau ikan siakap masak 3 rase etc....hm...laparrrrrrrr T_T



hmm..tu je kot bau-bauan yang aku suka...after all this while, i still remember the smell..i wish i can forget..tak ada la terbau-bau..macam dia ada kat sebelah pulak sampai terbau-bau..haihhh




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, March 22, 2011

Tips Bangun dan Tidur

assalamualaikum..uh rindu blog..hari ni aku tak berapa sihat..hampir je pengsan dalam kelas pagi tadi..thanks to my friend, Rong Ting from China, who walk me home..yang lain, macam hampagas..time susah kan...haha..never mind..aku tak amik hati..habis baik dah aku ni (cett!! puji diri sendiri) rugi la siapa tak nak kawan dengan aku.. :P

okay..janji hari tu nak buat tips..ada siapa-siapa yang susah bangun pagi tak? bangun subuh mungkin?? ataupun anda susah untuk tidur? 





Tips Bangun Awal
1. set alarm..kalau anda boleh bangun hanya dengan mendengar jam loceng berbunyi, tahniah! setkan alarm lebih awal
2. ni paling mudah..tidur awal..tidur secukupnya..insyaallah bangun pun awal..
3. jangan minum kopi atau minuman bersoda sebelum tidur..kenapa? sebab akan mengganggu paten tidur anda
4. cuba untuk tidur semula jika anda terbangun tengah-tengah malam..jangan bangun dan berjalan jika anda terbangun dari tidur.
5. kalau anda sudah terbangun sebab dengar alarm berbunyi, jangan terus matikan..biar sampai alarm tu mati sendiri..
6. perkara pertama yang anda perlu fikirkan/ucapkan bila dah terbangun, "alhamdulillah" dan katakan pada diri sendiri "selamat pagi"
7. kalau anda rasa macam nak tertidur semula, fikirkan "ishh kena pergi kelas ni..bangun bangun bangun!! attendence kena penuh!!" ataupun "BANGUN!!!! nanti bos marah, kena potong gaji!! duit duit duit!!" (works for me!)
8. segera kemas katil anda untuk menggelakkan rasa nak lompat balik atas katil..haha




okay, macam mana nak bangun pagi TANPA jam loceng...
1. masuk tidur pada waktu yang tetap dan bangun pada waktu yang tetap..praktis ni dalam masa seminggu (3 hari pun boleh untuk sesetengah orang) lepas tu kalau anda nak tidur lambat/awal sikit pun tak mengapa sebab badan anda dah biasa bangun pada waktu yang anda dah tetapkan..
2. yang ni ibu aku yang ajar, baca 3 Qul, ayat kursi dan niatkan/doa nak bangun pukul berapa sebelum tidur..aku buat jadi je..tapi tak tau la anda semua..
3. buat la back up, set alarm, in case tips ni tak menjadi..




Susah nak tidur? 
1. cuba jangan tidur pada waktu siang..kalau nak tidur pun pada waktu zohor, jangan lebih 1 jam..
2. jangan minum kopi/air bersoda sebelum tidur
3. kalau suka minum susu, minum susu sebelum tidur
4. kalau suka baca buku, baca buku sebelum tidur..lama-lama mengantuk la
5. sentiasa masuk tidur pada waktu yang tetap..jangan gedik-gedik nak tidur lambat kalau esok pagi kena pergi kerja/kelas
6. pakai baju yang selesa
7. mandi sebelum tidur..mandi dengan air suam/sederhana panas lagi baik..(mandi malam tak bagus untuk kesihatan ye terutama dengan air sejuk)

teringat pulak...
tak boleh tidur la..
la..kenapa tak boleh tidur ni?
entah la...
pergi la mandi..
hah? mandi? mandi malam kan tak bagus untuk kesihatan
cuba la dulu...
okay..tunggu tau..
(20 minit kemudian)
dah..dah siap mandi..kenapa kena mandi dulu baru boleh tidur?
ye la, kadang-kadang badan rasa tak selesa..tak bersih ke..tu yang tak boleh tidur..
oh..aah la..ni pun dah rasa ngantuk..
hehee..betul kan? jom tidur...


psst~ i miss our conversations very much..tips akhir, dia yang bagi :(




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, March 9, 2011

the memories remain~anuar zain

assalamualaikum dan selamat petang..rasa macam dah sebulan tak update..anda tau kan yang filem Hikayat Merong Mahawangsa akan ditayangkan..esok kalau tak silap..tak sabar nak tengok..cerita sejarah kot! i very very like okay! 


okay, nak dengar lagu ni, sila tutup music player kat sidebar sebelah dulu ye..dan lirik kat bawah ni, it's not belong to me, aku dengar dan taip sendiri je..tak cari kat mana-mana..jadi kalau salah, aku hanya manusia biasa..senang, sebab sebutan Anuar Zain sangat jelas..good job bang!..dah la suara sedap..saya cair bang! tapi lepas tu beku balik..heee


Lyric: The Memories Remain-Anuar Zain
EDIT: SORRY, THE VIDEO HAS BEEN REMOVED DUE TO COPYRIGHT CLAIMED BY KRU



i can see the sadness in your eyes
and every teardrop that you cry
i hope you know
it's hard to let you go

the time is here i have to say goodbye
i laid my life i've seen the light
i hope you know
it's hard to let you go

i swear to be the shadow by your side
to be the shining star
to light the darkness of your night
i will survive

*in the end
as i cross the line of life and then
i find my way back in your heart again
and i promise i will stay
forever and a day
the memories remain

i wanna be the pillar of your strength
to give you hope until the end
no matter where i will be there
as long as you will let me stay
i'll be with you through night and day
no matter when and where i will be there

i swear to be the shadow by your side
to be the shining star
to light the darkness of your night
you will survive
keep me alive

repeat * 2x

i felt my heart shatters back when i heard this song as well as sedetik lebih..glue tak kuat la..i'm just so sad today :(


10 lagi:
http://theprincessofflowers.blogspot.com/
http://mieraluve.blogspot.com/
http://akaltunjang.blogspot.com/
http://irniesb.blogspot.com/
http://dahiberkerut.blogspot.com/
http://blogfaizs.blogspot.com/
http://hanya-yang-cool-belaka.blogspot.com/
http://www.rinadorinabahar.com/
http://mylildeary.blogspot.com/
http://smartboyzinearth.blogspot.com/




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails