CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Thursday, December 22, 2011

jam tangan oh jam tangan~


hyep! selamat petang yang sejuk! kali ni nak cakap pasal jam tangan..budak perempuan ni memang pakai jam tangan sebab kerjanya asik tengok waktu pukul berapa je..jadi kalau tak ada jam kena bongkar handbag cari fon sebab nak tengok waktu pukul berapa

anda ada jenama jam yang anda suka tak? contoh B.U.M, Rolex, Patek Phillipe, Bulgari, Armani, Cartier, Omega, Bonia, Swatch, Swiss Legend, Swiss Army, Swiss Military, Gucci, Casio, Seiko, Timex um..okay cukup..memang banyak jenama la..jenama ni semuanya mewah belaka ye..dan kebanyakan yang aku list tu dari Switzerland...huhuu sebab aku minat jam dari sana..reka bentuk jam tu canggih habis..


yang betul suka dan dalam wish list jam Swiss Army la..sekarang tengah pakai jam Swatch..jam Swatch tu adik yang bawah aku punya..sekarang ni jam tu dah retak cerminnya sebab adik aku yang bongsu pinjam pakai..eee geram betul..kalau jam tu harga RM2 tak apa..hishh! hari tu pergi Mid Valley tanya kalau-kalau cermin tu boleh ganti..dia kata tak boleh sebab cermin tu memang melekat..sedih betul!

huaa! dah off topic! balik pada jenama jam tadi..mahal nak matikk! RM1000-RM2000++ ye kawan-kawan...memang berjanggut la nak kumpul duit..eh jap, tak apa, nanti masuk dalam hantaran kawen boleh? hehehehe :P kawen pun lama lagi -___- 

nasib baik budak perempuan ni miskin belum kerja..ada hikmah di situ ye..ni nafsu ni..nafsu ni jangan diikutkan..pakai apa yang ada..macam mutiara kata oleh Habib Umar bin Hafidz

sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti



psst~nasib baik budak ni tak berapa suka shopping dari kedai ke kedai..nak apa, terus datang kedai tu, beli dan balik..singgah blog tak apa..hihii


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

11 tHis girL's lovers commenting:

Mra Mastura said...

err. ak x ade specific preferences bout brand2 jam. tp mmg wajib pakai jam.dari kecik mesti pki jam ^^

Unknown said...

tunggu hntaran kawen pon boley,,hehe

fiezah91 said...

haha. cepat2 kawen pastu mtk hantaran kawen. boleh?kehkehkeh :P

misyamissyou said...

Mra Mastura: hehe aku sejak bile tah minat brand2 jam ni..

iszieylyanziy: haha mmg pon :P

fiezah91: hahaha tp xde calon huhuu

1tradezone.my said...

Salam,

Saya ingin memperkenalkan satu laman web iaitu www.1tradezone.my yang mana menyediakan ruangan pengiklanan secara percuma kepada semua rakyat malaysia. Harap dapat berkongsi dengan semua.

maklumat lanjut, sila layari www.1tradezone.my

Karya Hati said...

mak aih..cha de satu jam je..dari tahun 1998 smpi skg pakai...jam pemberian bapak..

Rare and Collectables said...

saya pun suka swiss made..yg penting watchmaker...bukan designer brand watch...model yg lg lama lg best... :)

♪ cik katak ♪ said...

phew2.. tak penah pikir jam mahal2..
jam hendpon pon dah cukup.. =.="

misyamissyou said...

ChaCha: wahh lame tu..pemberian bapak pulak..sentimental value tu

COOL RC STORE: yep..watchmaker yg penting tp suke gile ngan swiss made..huhuu

♪ cik katak ♪ : sbb xbiase pakai jam tangan mmg la jam hp je cukup..bg pemakai jam tangan, kalau xde jam tangan mmg payah..bkn penting branded atau x..yg penting ade jam tangan tu

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Mahalnye harga jam tu..
tapi memang padanlah..design cantik & tahan lama..

misyamissyou said...

LiLy @ MumMyQiStInA: branded kak..mmg la..tak mampu nak beli..uhuk!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails