CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Wednesday, August 3, 2011

anak ke berapa ni?

wee~ cakk! (kalau bagi salam kan bagus.. -___-) hari ketiga puasa sudah habis.. =) okay, nak kongsi sesuatu..tapi sebelum tu anda anak ke berapa dalam keluarga? aku? aku anak perempuan (sudah terang lagi bersuluh deyh!) pertama..anak sulung..kakak..huhuu jom la tengok personaliti aku macam mana..sambil-sambil tu boleh cek sekali personaliti anda sendiri mengikut kedudukan anda dalam adik-beradik..




Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

nak ulas jap..hehee well, memang la..rasanya memang pandai bawa diri tapi aku tak berapa reti nak jaga diri sendiri.. YES! ego...memang aku ego tapi ego aku bertempat la..nanti kita cakap pasal ego yep! yang penting, aku kawal ego, bukan ego kawal aku..err..sering berjaya tu tidak la..ada jugak tersungkur tersembam..dua terakhir tu...um..no comment..hehee kena orang lain yang nilai..

Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah

Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

 anda semua berada dalam kategori mana? hehee




psst~ tak salah kalau kita cek personaliti diri sendiri kan? boleh baiki mana yang kurang =)



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

24 tHis girL's lovers commenting:

Mra Mastura said...

lol. ak anak last :B

oh anak 1st banyak tanggungjawab ea? :B setuju la tu.. :B

misyamissyou said...

Mra Mastura: haha..banyak la sangat..tuk certain orang je tu..tp part lebih pandai amik hati org tua tu setuju kot :P

A Fans of Lee Family said...

huhu.kite anak tengah..mmg pon..mesti je ad cara nk take attention..but not in -ve way.. :D
hhehehe

Botak said...

anak tengah menggambarkan personaliti botak., tapi takdelah tertekan sangat, sebab dah biasa.. :D

Unknown said...

saya anak sulong!!!

Karya Hati said...

bongsu begitukah?huhu

Kak Amy said...

salam kenal tuan belog ,selamat berpuasa dan selamat berbuka, saya singgah sambil follow.jemput ke belog saya ye..

happy blogging..

are_tik25 said...

sy bungsu!!! hehe mmg ssh wat keputasan la sy nie...

Ieja zukhi said...

ieja anak tengah..xtengah pon tp anak no dua..hehe,basically,mmg sama la ngan personality ieja.heheh

Afiqa Dayana said...

anak tengah ! :D
ciri2 tu mcm sama jee .
tpi terlalu mengalah tu tak mungkin kot .. hehe

misyamissyou said...

cik QT: hehe..good for you for not in negative way..

Botak: hoho! mesti memule tu rase jugak..hurm..but lumrah idup adik bradik kan..

iszieylyanziy: same la kite :)

ChaCha: um..mungkin..ngee~

Amy Syaquena: :)

are_tik25: ouh ye ke..kne baiki tu :)

Ieja zukhi: tengah la jugak tu :D

Afiqa Dayana: kdg2 xbetul jugak..cume boleh jdkan panduan tuk kite :)

aliah amirah said...

saya anak sulung...mcm lebih kurang lah :D

ezzu said...

anak kedua bongsu cm mane..kira ank tgah jgak ker??hehehe

teha said...

sy anak tengah ! hahaha !

H Y D E said...

tengah. anak no.2 kan ada sindrom :)

latest : A Beautiful Smile :)

Pemilik Sekeping HAti said...

like!saya ana sulung!

misyamissyou said...

aliah amira: hehee.kan?

ezzu: aah..tengah jugak :)

teha :D

H Y D E: oops! sy xcakap ea..hahah!

Saleem Wahab: :D

Elie Lily said...

bongsu please! heheh

shedameor said...

anak tengah. setuju sangat2 la :)

leeya abdul said...

wakaka.. k.leeya anak tgh. Peratus tinggi dlm statistik tu..yg paling best suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri..itu mmg xboleh blah punye..

salam ramadhan al-karim.

nukilan k.leeya sini http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/08/di-antara-fatwa-dan-takwa.html

Syat0za Zai said...

zai anak bongsu! manje eh? wuuu~

RIZZNA said...

Akk anak tengah...tapi skang dah jadi anak ke2 dari 4 org yg tinggal selepas pemergian arwah abang 8 tahun lalu

ifwat said...

ifwat anak sulung tau! heee

misyamissyou said...

Elie Lily: :D

shedameor: huhu..kan?

leeya abdul: huhuk..anak tengah mmg cm tu ye kak hehe :P

Syat0za Zai: ceh..patut la dia ni cm manje terlebey..haha :P

Cinta Misteri: anak kedua pn kire anak tengah jugak kak :)

ifwat: same la kite :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails