CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Thursday, October 20, 2011

lagu-lagu pemberi semangat~


hyep! hari ni nak kongsi lagu-lagu yang selalu aku dengan bila rasa down, sedih, tak bersemangat...mungkin la anda semua nak dengar jugak kan..banyak sebenarnya lagu yang memberi semangat..sekurang-kurangnya, lagu dapat menyelamatkan orang yang nak bunuh diri (wahh, macam pernah nak bunuh diri je ni..ishh mintak simpang!)

lagu-lagunya:

Insyaallah - Maher Zain
Fix You - Coldplay
Girl Next Door - Jessie James (aku suka versi Katy Perry)
Hold On - Good Charlotte
I Belong To Me - Jessica Simpsons
Unpretty/ I Feel Pretty - TLC/Glee (suka versi Glee)
Who Says - Selena Gomez
Live Like We're Dying - The Script (versi Kris Allen pun ada tapi suka versi original)
Keep Holding On - Avril Lavigne
Stronger - Britney Spears
Melawan Kesepian - Siti Nurhaliza
One Step At A Time - Jordin Sparks
The Climb - Miley Cyrus
Big Girl - Emilia

yang dikongsikan, daripada:

One Day - Charice (zatieebayim)

kalau nak cari kat youtube ada..um..banyak lagi kot..kalau ada yang nak kongsi boleh je silakan komen nanti aku update sini..




hehee..lain kali kongsi lagu jiwang pulak=P


psst~ solat, zikir dan al-quran dapat tenangkan hati yang sedih, resah dan gundah-gulana dengan lebih berkesan =)




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, October 6, 2011

gastrik boleh baik tak? :'(


sedeyy! saya baru je disahkan oleh doktor kena gastrik..sedih gila bila doktor cakap macam tu..rasa nak pengsan :'(

mula hari sabtu hari tu la, rasa sebu je perut..rasa macam banyak gila angin dalam perut ni..macam kembung pun ye jugak..tak pulak kerap kentut ke sendawa ke..ingat angin-angin biasa je..nak kata lambat makan, tak pulak..tapi saya memang jenis makan sikit..sikit je makan dah kenyang..macam mana nak makan banyak..haihh perut kecik..

lepas tu saya ni jenis yang mengunyah je sepanjang masa..kejap kang makan biskut..kejap lagi makan roti pulak..saya selalu je simpati dengan kawan-kawan atau orang yang kena gastrik..sekali, saya yang kena..hurmm..sedihnya!!

ubatnya kena makan ikut waktu yang selalu saya tak ikut..saya makan bila saya lapar je..macam kalau dah jam 1200 waktu makan tengah hari, kalau tak lapar saya tak makan..makan jam 1400-1500 macam tu..lepas tu ni dah tak boleh makan sebarangan, kena jaga je..nasib baik jenis tak makan yang pedas-pedas sangat..arghh! sedihhh..dah menangis dah ni..

gastrik boleh baik terus tak? tak nak la kena gastrik ni..susah..nanti bila bulan puasa macam mana? tak nak tak nak tak nakk! tapi sakit ni Dia yang bagi kan? tak boleh tak terima kenyataan..ye la, saya redha..walaupun tak berapa nak rela diri ni sakit..

tolong, doa untuk saya ye..



psst~ dulu dia selalu pesan makan ikut waktu..masa tu ye la makan ikut waktu..bila dia tak ada, semua terabur sampai la hari ni kena gastrik :'( rindu dia sangat-sangat!





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, October 3, 2011

Tips melegakan/hindari sakit tekak dan batuk | Jawapan Cari Kucing

assalamualaikum dan selamat petang..hari ni nak buat tips..lama dah tak bagi tips..dan sebelum tu nak bagi tau jawapan segmen jom cuba : jom cari kucing! (wahh! sejak bila blog ni ada segmen? terasa macam rancangan wanita hari ini pulak) eh, jawapan bukan kat dalam entry ni..aku fikir baik satukan je kat entri cari kucing tu..klik SINI untuk jawapannya, kat bahagian bawah entri..

ok, masuk pasal tips..hari tu ada beberapa kenalan rakan batuk-batuk sakit tekak..hurm..yang aku pulak dah lama tak kena batuk dan sakit tekak ni..yang kecik-kecik ada la macam tekak gatal ke kan..tapi ni yang melibatkan batuk dan sakit tekak yang agak dahsyat sikit..dahsyat la kalau setiap 5 minit batuk je..macam nak terkeluar isi dada bila batuk tu..hmm

tips-tips ni daripada ibu aku bukan reka sendiri..ye la ibu lagi tau kan..hee

Tips hindari sakit tekak/batuk:

1. jangan la selalu sangat minum air berkarbonat, air kotak berperisa dan sebagainya sebab air-air tu mengandungi bahan pewarna, bahan penambah rasa yang memudaratkan dalam jangka masa panjang

2. minum air suam, air masak, air suling yang bersih-bersih je.

3. jangan merokok! haihh nak ulas ke? dah tau kan?

4. kurangkan pengambilan makanan ringan

hurm..tapi kalau dah nak terkena batuk/sakit tekak nak buat macam mana kan?

Tips melegakan sakit tekak/batuk:

1. bila nak mula je kena sakit tekak, rasa macam bengkak kat tekak tu, amik limau kasturi, limau nipis..kalau nak sedap sikit amik lemon..belah dua, perah airnya kat sudu..bawak masuk sudu tu dalam mulut, tuang terus kat tekak..ulang pengambilan jika perlu.
 AMARAN, jangan minum macam minum air..masam! 
NOTA: tips ni berkesan masa mula-mula nak kena batuk/sakit tekak je..bila dah 2 3 hari kurang keberkesanannya

2. rajin kumur mulut dengan air garam dan gosok gigi..bila mulut bersih, kuman pun susah nak membiak :)

3. bila dah kena batuk, jangan minum air sebarangan..minum air suam je sudah..ataupun yang ni selalu aku buat, minum air panas biar mati sikit kuman dalam mulut tu (hahaha!) suhu kepanasan air yang boleh anda tahan la..jangan minum air 100 darjah celcius tu..melecur mulut aku tak bertanggungjawab ye..

4. Vicks..tau kan? kat farmasi ada jual..sapu kat dada untuk melegakan ketidakselesaan semasa batuk





5. kalau agak-agak makin teruk, pergi jumpa doktor amik ubat batuk mengikut dos yang ditetapkan dan tidur



psst~ aku selalu buat yang limau tu..sekejap je baik :) hurm..batuk ni penat, silap-silap terkeluar peparu dan jantung..haha




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails