CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Sunday, May 20, 2012

birthday kesayangan ♥


salamunalaik..sayams sekalian..aku dalam mood tak blogwalk ni kan, rasa bersalah habis kat anda yang tinggal jejak..maaf.. :( i will make it up to you guys..kat kolej nanti ye..sekarang masih cuti, banyak pulak aktiviti rutin..macam tak berapa nak tengok blog sangat..

ada dua kesayangan..birthday siapa? birthday blog budak perempuan ni la..hehee 2 tahun sudah..banyak masam manis pahit masin kehidupan dicoretkan kat blog ni..gila tak sayang? followers ramai..terima kasih banyak-banyak kat anda semua..walaupun anda tak komen, aku tau anda masuk blog jengah-jengah kankankan? sebab asal aku update je ada la berpuluh view entri baru..silent readers? sayang sayang sayanggg anda semua sangat-sangat!! 

aku tak tau apa akan jadi pada blog ni 2 3 tahun akan datang..adakah masih "budak perempuan ini" atau pun akan bertukar status "wanita ini" cewaahh hahaa..insyaallah akan terus berblogging sampai rasa tak mahu blogging lagi..huhuu

kesayangan kedua..ermm entah la macam mana boleh terbuat blog tarikh hari ni 2 tahun lepas..birthday sama pulak tu..macam tak boleh lari daripada kepala otak ni..haihh la dah nak dekat 2 tahun, sayang masih dalam hati..tak boleh nak kikis lelaju sayang aku untuk dia..aiyaaa.. ingat dah okay, tapi bila cakap dengan dia semula, terus jadi tak okay balik..tapi apa yang berlaku semua sudah ditulis..aku percaya qada' dan qadar

happy birthday awak
semoga panjang umur, rezeki murah, sihat selalu dan hidup awak sentiasa dirahmati dan diredhai Allah
amin amin amin

source



psst~ rindu awak laut.. 

MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, May 14, 2012

tak sampai hati :(


doa tu senjata orang mukmin..doa juga penghubung antara kita dengan tuhan yang maha esa..makbul atau tidak, itu belakang kira..yang penting jangan kita menjadi insan yang sombong dengan Pencipta, sebab kita sangat-sangat perlukan Dia..in fact, Allah malu nak tolak permintaan hambaNya yang meminta dengan penuh pengharapan..Allah maha mendengar lagi maha mengetahui..sayang Allah! :')


mungkin salah aku..aku pernah minta, pernah berdoa supaya tuhan beri keadilan dan balasan pada dia, atas apa yang dia dah buat..bukan doa buruk, cuma berharap kepada Allah sebab aku yakin Allah maha adil..dah terlepas doa macam tu baru aku terfikir, kalau tuhan yang balas, dua kali ganda lebih teruk daripada apa yang pernah dibuat..
sabda Nabi: Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkut di atas awan. Allah berfirman: "demi keperkasaan dan keagunganku, aku pasti menolongmu, walaupun selepas beberapa waktu (waktu yang cukup lama) [HR Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad yang sahih]
berbalik kepada doa aku tadi, bila aku terfikir macam mana la aku nak reverse tarik balik doa tadi..aku pun doa la kalau tuhan nak balas jangan la teruk teruk sangat kat dia..aku tak sampai hati..huhuhu yang si Mra Mastura ni boleh kata aku comel doa macam tu..adehh

sekarang aku rasa dia macam...entah..nak fikir apa yang dia dah buat kat aku dulu macam tak boleh sebab rasa ni melebih sampai menenggelamkan rasa kejam ni..kadang-kadang tu rasa nak cakap "padan muka!" tapi sesungguhnya la kan, aku tak sampai hati, aku risaukan dia..

saya harap awak ok..  :(



psst~ pesanan buat kekasih...masa tulis entri ni la lagu tu keluar kat playlist..cehh! dush playlist hari ni!

MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, May 7, 2012

tiada cahaya bulan~

tiada bulan..ye tiada sebab hujan..aku demam sebab tak dapat tengok bulan..betul la demam ni..gagahkan jugak bangun taip entri..this will be scheduled on 1600hr..pinjam broadband adik ni..mood dia tengah happy kan, sebab dapat keputusan upu, tawaran ke UIAM..hahah aku jeles la dik oi! hmm ok, ni entri luahan hati..nak baca terus kan, tak nak baca tinggal jejak :) 



tiada cahaya bulan malam tu, mendung..entah kenapa hati seperti disuruh-suruh buat macam tu..ditambah dengan dorongan padu kawan comel top commentor blog ni..rasa lega lepas tu hanya Allah yang tahu...rasa nak menangis sampai pagi..tapi bangun je tidur terus aku tanya dia Man Utd score berapa..haha boleh?? 

kadang-kadang rasa bodoh menangis macam tu..sebab lelaki?? puihh la buang masa..tapi dia seorang yang boleh buat aku menangis..selama ni pun aku menangis sebab dia..aku bercakap dengan lelaki (kawan-kawan) lain tapi yang diingati dia, sebab dia..apa-apa sebab musabab pun, berkait dengan dia..sumpah aku benci itu!

masih berharap? entah la..kami bicara tentang hati..gaya pertuturan seperti kecewa..masing-masing tidak mahu beri harapan kepada orang lain..walau sesiapa pun hatta ex sendiri..entahkan membujang sampai ke tua..siapa tahu? entahkan esok kita mati..entahkan lusa, ajal maut, jodoh perkahwinan ditentukan Dia..kami berdua setuju tentang hal-hal tersebut..

sejak dulu, aku tak pernah tidak berasa selesa bila bercakap tentang hati dengannya..tak tahu la daripada pihak dia bagaimana..dengan dia, lancar, selesa, tiada sekatan polis dan imigresen, malu-malu..tiada...jika dengan orang lain, pasti ada je perasaan pelik, tak mahu dengar, jauhkan telefon dari telinga, buat muka pelik, lari dan sebagainya..serasi? entah..

dan 1 doa itu telah termakbul..syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkannya berlaku..terkadang rasa malu nak meminta..kalau minta pada manusia tentu manusia akan berkata "dah bagi betis nak paha pulak?" cuma Dia akan beri bila tiba waktunya..waktu yang sesuai dengan keadaan diri dan sekeliling..perancanganNya memang hebat..Subhanallah! tak tahu apa yang berlaku selepas ini..yang penting doa untuk kebaikan kan?



psst~ mimpi indah berjalan di bawah cahaya bulan, berpegangan tangan dengan encik suami, laut..hanya angan-angan..hahaha kbai!

MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, May 3, 2012

wajah-wajah seram perenang berirama

 assalamualaikum..broadband limit sayams sekalian..tak dapat nak jenjalan..entri ni pun draft sebelum cuti hari tu..tambah sikit-sikit je..nasib baik la kan..huhuu tau tak apa aku buat bila tak boleh tidur hari tu kena insomnia 2 minggu? aku main gugel la..bosan bosan gugel pasal olimpik..pasal renang berirama sebab aku suka tengok..tup tup jumpa ni..anda layan muka seram mereka ni..hahaa..muka tau, jangan tengok lain





























habis dah..scary bukan? hehee..dalam watak la katakan :P saja letak yang gambar cun akhir sekali..heee


psst~ menangis tanpa henti..sebab perkataan maaf yang ditunggu-tunggu

MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails