tiada bulan..ye tiada sebab hujan..aku demam sebab tak dapat tengok bulan..betul la demam ni..gagahkan jugak bangun taip entri..this will be scheduled on 1600hr..pinjam broadband adik ni..mood dia tengah happy kan, sebab dapat keputusan upu, tawaran ke UIAM..hahah aku jeles la dik oi! hmm ok, ni entri luahan hati..nak baca terus kan, tak nak baca tinggal jejak :)
tiada cahaya bulan malam tu, mendung..entah kenapa hati seperti disuruh-suruh buat macam tu..ditambah dengan dorongan padu kawan comel top commentor blog ni..rasa lega lepas tu hanya Allah yang tahu...rasa nak menangis sampai pagi..tapi bangun je tidur terus aku tanya dia Man Utd score berapa..haha boleh??
kadang-kadang rasa bodoh menangis macam tu..sebab lelaki?? puihh la buang masa..tapi dia seorang yang boleh buat aku menangis..selama ni pun aku menangis sebab dia..aku bercakap dengan lelaki (kawan-kawan) lain tapi yang diingati dia, sebab dia..apa-apa sebab musabab pun, berkait dengan dia..sumpah aku benci itu!
masih berharap? entah la..kami bicara tentang hati..gaya pertuturan seperti kecewa..masing-masing tidak mahu beri harapan kepada orang lain..walau sesiapa pun hatta ex sendiri..entahkan membujang sampai ke tua..siapa tahu? entahkan esok kita mati..entahkan lusa, ajal maut, jodoh perkahwinan ditentukan Dia..kami berdua setuju tentang hal-hal tersebut..
sejak dulu, aku tak pernah tidak berasa selesa bila bercakap tentang hati dengannya..tak tahu la daripada pihak dia bagaimana..dengan dia, lancar, selesa, tiada sekatan polis dan imigresen, malu-malu..tiada...jika dengan orang lain, pasti ada je perasaan pelik, tak mahu dengar, jauhkan telefon dari telinga, buat muka pelik, lari dan sebagainya..serasi? entah..
dan 1 doa itu telah termakbul..syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkannya berlaku..terkadang rasa malu nak meminta..kalau minta pada manusia tentu manusia akan berkata "dah bagi betis nak paha pulak?" cuma Dia akan beri bila tiba waktunya..waktu yang sesuai dengan keadaan diri dan sekeliling..perancanganNya memang hebat..Subhanallah! tak tahu apa yang berlaku selepas ini..yang penting doa untuk kebaikan kan?
psst~ mimpi indah berjalan di bawah cahaya bulan, berpegangan tangan dengan encik suami, laut..hanya angan-angan..hahaha kbai!
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~
2 tHis girL's lovers commenting:
Biarlah bulan bicara sendiri :) asal ia bisa tenang.
FEDO: iya :)
Post a Comment