CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, March 9, 2012

saya cintakan awak sampai mati

assalamualaikum..sebelum apa-apa, ni bukan entri jiwang geli geleman tentang pasangan bercinta ew ew ew tu (ermm budak perempuan ni tak suka la romantik geli geli tu, suka yang comel comel je haha motif sertakan snipet ni apakah?) hurm..aku tengok satu video lakonan seorang artis freelance ni..tak mahu komen tentang video tu, yang aku nak komen pasal tajuk entri ni..

ermm..macam over kan ayat tu? bukan main, sampai mati punya cinta..bila hilang, boleh mati rasa tu..faham dah kenapa orang yang putus cinta rasa nak bunuh diri, faham dah kenapa rasa tak nak hidup lagi, faham dah kenapa rasa hidup dah tidak bermakna, faham dah bila alam sekeliling rasa gelap gelita...faham sebab pernah rasa...tapi choiii semua tu!

check check! anda cinta mati kepada Allah dan Rasul tak? kalau hilang cinta Allah dan Rasul ada rasa macam tu tak? lain halnya pula keadaan dunia masa kini, hilang cinta manusia..sakit..memang sakit..sedang kita berharap si dia menemani hidup kita, tapi takdir berkata lain..sedikit demi sedikit kebenaran yang tersingkap..lepas seminggu, kebenaran yang 1 diketahui, lepas sebulan, kebenaran yang lain pula dan seterusnya..


source: weheartit

"sabarlah.." 
penat dengar perkataan tu kan? cakap senang kan? berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..ketahuilah, sebenarnya lebih berat lagi menanggung air mata di hati berbanding mengesat air mata di pipi..(tiba-tiba keluar lagu Rossa - Hati Yang Kau Sakiti dari speaker lappy >_<)

sayang, kupetik kata-kata ini untukmu, "jangan resah bila ada yang membencimu di dunia, tapi resahlah sekiranya Allah yang membencimu, kerana yang demikian berlaku, tiada lagi yang mencintaimu di akhirat nanti" (Imam Al-Ghazali)

entri ini didedikasi untuk teman tersayang..yang mengadu nasib hal begini kepadaku..serba serbi tempias terkena juga pada diri yang menaip ni dahulu..bertuah aku ada kawan-kawan realiti dan alam maya blogger yang support...bertuah beliau ada kawan seperti aku (hehee..saje je enteprem)..bertuah kita ada Allah yang masih menyayangi kita..semuanya berlaku sekarang, jangan nanti berlaku bila dah beranak-pinak..Dia dah tentukan yang begini untuk kita sebab Dia sayang kita

tabah okay! aku boleh, kau pun boleh! walaupun rasa dan ceritanya tak sama, namun kita sama-sama manusia yang ada hati dan perasaan..percayalah, bila semua kebenaran dah diketahui, rasa sakit tu akan beransur hilang..ada hikmahnya kita mengetahuinya sedikit demi sedikit..ingat ni satu perkara, aku sayang kau!

klik SINI untuk lihat video yang aku maksudkan di atas.



psst~ every broken heart is different...nope, takkan sama langsung


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, May 7, 2011

ada hikmah~

Dengan nama Allah yang maha permurah lagi maha mengasihani.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al Baqarah: 216)

familiar dengan ayat al-quran ni? kalau anda rajin baca insyaallah la tau..sebenarnya ni salah satu ayat al-quran kegemaran aku...hebatnya al-quran, boleh jadi kitab motivasi jugak..okay..apa kaitan ayat kat atas dengan entri?..sebenarnya ni entri motivasi untuk diri aku sendiri..kalau nak baca sampai habis pun, silakan :)
kadang-kadang, kita suka sangat-sangat kat orang ataupun benda/barang...tapi kita tak tau apa mudarat atau kebaikan orang/benda tu dalam hidup kita..tapi masa pengakhiran cerita, Allah tunjuk kenapa, mengapa, bagaimana..

Allah tau la! tak payah nak persoalkan kenapa, mengapa, apa, bagaimana etc masa berlaku tu..tak payah nak salah-salahkan takdir..terima je sudah..ada sebab kenapa sesuatu tu berlaku..kita kena periksa semula kesilapan kita...entah-entah dosa lampau yang kita belum taubat daripada melakukannya ke...kalau dah sedar kesilapan tu, cepat-cepat bertaubat..jangan buat lagi..
Allah tau la! Dia yang cipta kita..Dia yang aturkan semua..semua milik Dia..kita tak berhak apa pun..dah kira bagus la Dia pinjamkan...bagi kita rasa nikmat-nikmat dia..kalau tak dapat langsung?? haru...apa yang ada, bersyukur la..dah bagi betis nak paha..sekali kena tarik nikmat, tau la macam mana sakitnya..

redha itu kuncinya..lagipun hidup ni hanyalah pinjaman..ujian yang mematangkan manusia, ujian yang menguatkan, menyediakan kita untuk kehidupan akan datang yang lebih susah mencabar...semoga tabah melalui kehidupan ini..
there's a reason why some people in your past didn't make it to your future...Allah bagi kita cukup untuk masa sekarang ni, jadi bersyukur la wahai diri..apa yang kita tak dapat sekarang ni, mungkin sebenarnya kita tak perlukannya sekarang..mungkin akan datang.. :)


psst~ aku tau Dia sayang aku..and seriously..straight from my heart, i love Him too



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails