CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Wednesday, July 21, 2010

surat dalam botol~

Evening peeps! Selamat malam semua(tapi belum nak tidur lagi)..hmm..okay, straight to the point..ni bukan review buku ye..hmm..aku akhirnya dah siapkan assignment...tapi assignment tu...aku tau tak berkualiti..satu lagi okay la kot..ye la kan, buat pun dalam keadaan emosi tak stabil..dalam keadaan tak ada mood..tarikh akhir pulak lusa..tak pernah aku tak siap assignment seminggu sebelum tarikh akhir..tapi, alhamdulillah...walaupun tak berkualiti..

dan akhirnya aku dapat mula baca buku yang aku beli ahad lepas...betul-betul macam kat gambar bawah ni..
cantikkan kulit depan buku ni...putih dan jingga warnanya..memang warna kesukaan aku..mahal la buku ni(cehh..macam tak tau pulak buku luar negara memang mahal) sampai pinjam-pinjam duit orang nak beli buku ni ahad lepas..sebab tak ada kad ahli kedai buku tu..hurmm..tak sempat nak tengok filem ni..filem lama..dah lama dah buku ni..aku baru nak baca..haha!

sebab beli buku ni yang pertamanya sebab penulisnya(minat sejak tengok filem the notebook dan buku Dear John), yang kedua sebab tajuknya(aku pernah buat "message in a bottle" dulu), yang ketiga sebab kulit buku ni..hahaa..sebab yang tidak munasarawak yang ketiga tu...

yang samanya, surat pertama watak novel ni jumpa ada sikit sama dengan surat kedua aku dan surat kedua sama sikit dengan surat pertama aku...hurmm..gila ironi...tak tau la kenapa Sparks ni tulis macam ada kena mengena pulak dengan diri aku..okay perasan sudah..ciput je sama...tu pun nak kecoh satu dunia kan? I know what you guys are thinking..tacing la macam ni..sampai hati...hm, nak baca terus kan..tak nak baca, tinggal jejak ye.. :)

dalam novel ni, surat pertama, "My Dearest *********, I miss you, my darling, as I always do...." ni je yang sama, ayat pertama yang sama..seriously, exactly the same...kenapa aku macam teruja nak bagi tau ni?? hahhaa..tak apa la, suka hati la kan..surat ni surat kedua, aku masukkan dalam botol dan aku campakkan ke laut china selatan..laut china selatan ke?? aku buang kat Kuantan, tengah tahun 2008..masa hari keluarga..gi kat tepi pantai tu, aku letak je botol tu kat gigi air..tolak-tolak sikit dengan kayu..aku tengok je botol tu pergi dibawa ombak(pehh ayat dia!)

surat kedua dalan novel tu, yang sama ayat pertama jugak.."My Darling *********, Where are you?..." tu je..ni surat pertama yang aku letak dalam botol..aku buang kat muara sungai Muar..agaknya akhir tahun 2007 kot..masa tu saje jalan kat Muar, nak beli buku sebenarnya, ayah berhenti kereta kat Tanjung....um..aku dah lupa pulak..hmm., ayah gi beli mee bandung, aku pulak gi kat tembok tu, keluarkan botol dan campak kat situ..masa tu ramai orang..orang ingat aku buang sampah..aku sengih je kat pakcik yang tengah memancing tu..hehe..

kandungan surat tak sama okay..jangan korang gi beli buku ni, baca dan anggap kandungannya sama macam yang aku pernah tulis..haha..tak sama, dan aku tak kan cerita pun pasal kandungannya...geezzz..sadly, that guy never know about this...and I'm glad he doesn't..

lepas ni, siapa yang duduk Muar dan Kuantan, rajin-rajin la korang ke tepi laut..mana tau korang jumpa botol-botol aku tu...tapi dah lama..dah 1 2 tahun dah..kalau nasib baik, botol cuka tu tak pecah kena batu ke apa ke..aku buat 2 je..ada jugak terfikir nak buat yang ketiga..tapi semua tu dah tak bermakna dah.....

okay, tiba-tiba rasa sedih pulak..dah la...

ps: gabus aku curi kat makmal sekolah..maaf cikgu, tapi saya amik 5 je..tak banyak..hehehe


MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

2 tHis girL's lovers commenting:

A Fans of Lee Family said...

uish2..
jgn sedih2..
tenyum ok :)

Anonymous said...

hehee..ok2..secare ttbe je tu.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails