CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Friday, October 22, 2010

info Malaria | Love Holidays

assalamualaikum dan selamat tengah hari Jumaat..macam dah berbulan je rasa tak update blog (haha padahal hari tu baru je post entri) semalam jari aku kena tebuk..berlubang dah jari manis tangan kiri aku..sakit kot..sadissss..betul la..aku tak tipu..tau anda semua mesti tak percaya kan?



misi-misi tu serbu masuk kelas..pintu dijaga tak bagi pelajar keluar..lepas tu paksa kami cek darah..kejam tak? aku tak tipu ye..betul..sebab kat kolej kami ada kes malaria..

kami diberitahu, kes ni sebenarnya bawaan pelajar luar negara yang ada kat kolej ni..pihak hospital buat macam ni..ye la takut pelajar tempatan pulak kena..kalau pelajar luar negara je yang kena, aku tak rasa pihak hospital kisah sangat..hahaha!

sebab ada yang tak nak bagi kerjasama cek darah, tu yang mereka serbu masuk dalam kelas (sebelum ni cek dekat pintu masuk je) kerana mereka tu la jari aku kena tebuk..sakit kot!! aku mana tahan sakit..nak menangis malu, jadi lepas kena cucuk, aku terus lari balik rumah..ye berlari okay..singgah kedai bawah blok jap beli 100 plus (apa kena mengena beli 100plus dengan sakit?aku jarang kot minum 100plus) terus naik ke rumah, mandi dan melalak dalam bilik air..jangan la bahan/gelakkan aku!!



pernah je amik blood test ni dulu kat sekolah sebab masa tu tingkatan 3, belajar pasal jenis darah..so daripada pengalaman, bila dah kena cucuk jarum macam ni, ataupun terluka..apa-apa jenis luka pun, cepat bersihkan luka tu, lap kering, dan biarkan, jangan diusik luka tu..kalau luka besar perlu la letak ubat kan...sebab tu balik rumah terus mandi (sebenarnya menangis masa mandi..saje nak cover la tu..gedik gila nak nangis)

tadi dapat flyers daripada pihak hospital/kesihatan info tentang malaria..ni dalam BI..aku terjemahkan je la kat sini secara suka hati aku la..tapi ni fakta ye bukan aku reka..

Malaria tu apa?
malaria disebabkan gigitan nyamuk (Anopheles) yang membawa parasit malaria..parasit ini dalam sel darah merah yang akan memusnahkan sel tersebut dan boleh membawa maut.



Cara jangkitan
nyamuk Anopheles yang membawa parasit ni akan memindahkan parasit tersebut bila pesakit terkena gigitan nyamuk

nyamuk ni memang hidup di kawasan tropika panas lembab macam negara kita tapi bawaannya memang daripada Afrika..

Tanda-tanda
1. demam
2. menggigil kerana demam
3. berpeluh sejuk
4. demam panas sejuk mungkin berlarutan
5. lemah badan dan pucat

Cara pengesanan malaria
malaria boleh dikesan melalui pemeriksaan darah

Kesan malaria
1. kerosakan buah pinggang (Nephrotic Syndrome)
2. kegagalan otak
3. keguguran kandungan, kemandulan, kelahiran pra-matang dan kekurangan berat badan
4. hati/hempedu membengkak

Cara pencegahan malaria
1.memakai pakaian yang dapat mengelakkan gigitan nyamuk..senang cerita tutup aurat (see, banyak hikmah menutup aurat)
2. tidur dalam kelambu
3. guna ubat nyamuk i.e ridsect, sheltox etc.
4. membenarkan pihak bertanggungjawab menjalankan aktiviti penyemburan asap
5. mendapatkan rawatan dengan segera jika menunjukkan simptom-simptom penyakit
6. kebersihan tu sangat perlu di sekitar rumah

sama je cara pencegahan macam penyakit aedes..aedes pun datang daripada nyamuk juga..jap ni nak tayang..




aku dah tengok cuti-cuti cinta (kantoi tak buat assignment sebab tak reti nak mula intro) best la jugak..dan shot muka Farid Kamil yang handsome tu sangat besar, 2/3 daripada skrin okay! :P

suka dialog "Remyyyy.." dan jawapan Zed Zaidi(Remy), "aunty/uncle..." siap dengan mata, suara dan bibir yang seksi gitu..haha! i'd say, berbaloi RM8 tengok cerita ni..




psst~ cinta yang dicari akan pergi..aku tak pernah cari pun..tapi pergi jugak..haha! mitos!!! tapi tak tau la kalau gedik datang balik untuk kali kedua..memang nak kena maki a$$h0l3+tampar+buat macam eva buat kat remy dalam cuti-cuti cinta tu..haha!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

7 tHis girL's lovers commenting:

~~su manje~~~ said...

semoga su dijauhkan dari penyakit malaria...amin.....

Unknown said...

misya!!! semoga jauh dri pykit tu,,nk tgk cite tu gak,,cam lawak je

Mar said...

hope jauh dari penyakit nie,..bila nak tgk cuti2 cinta ni.he

Aretikz said...

Pi minta primaquine dekat Mish kalau kena Malaria.. ahakz.. apapapapun.. semoga dijauhkan dari segala mcm pnyakit.. Nsib Malaria dah ada ubat.. hehe..

Anonymous said...

~~su manje~~~: amin..insyaallah

is: insyaallah..kena berjage2 la..cte tu lawak gak la..haha..tgk la..

Mar: insyaallah..tgk la cte tu best..hehhe :D

aReTikZ: mesti mintak kat mish! hehe..dpt free..tp harap xdptla penyakit ni..huhuu..mencegah lg baik..

HaN WarreN said...

woww malaria x mau..kalo maria mau la...

Anonymous said...

Han: en.han oi..kak wieyah nak letak mane? haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails