CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Friday, November 26, 2010

Nuffynanggy~~

salam sejahtera dan selamat hari Jumaat kepada semua..hee..aku bosan dengan kerja sekolah jadi aku amik angin kejap..haha angin blog..terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi mengambil bahagian dalam kerja sekolah aku..erk? mereka tolong buat ke? hmm..ye ye mereka dengan besar hati (ye kan kamu? kamu dan kamu?) tolong aku buat soalan survey..

okay cukup..nak cerita pasal nuffynanggy..siapa tu? Nuffnang la..tadi aku klik kat bahagian earning..dah lama tak tengok situ..ada beberapa BE dah jadi ME dan ada satu penambahan BE (satu je? T_T bagi la lebih sikit en.nuffynanggy..siap bagi nickname lagi tau :P)


aww..Taylors University..aku suka kalau iklan akademik dekat blog aku ni..ye la..aku kan orang yang sangat sibuk..businesswoman la katakan (sila muntah) mana sempat nak melayari website education macam ni..nak cari link lagi segala bagai..bila ada iklan macam ni senang je aku klik terus..sebagai panduan untuk masa akan datang..nak sambung MA pulak ke kan..tu pun kalau ada rezeki..insyaallah..

tapi masalahnya..kalau anda tengok, semua iklan Leader Board (LB) ataupun yang dekat header tu..tak pernah dapat kat SS and LR..yang dah jadi ME pun LB jugak..dah berebut iklan-iklan tu nak berjoget-joget kat atas tu..ye la dance floor muat untuk sorang je..ahaks! ada tips ke nak dapat iklan LB dan SS??

paling aku rasa tak boleh bla sekali..bila aku scroll down ke bawah page earning tu..dengan absent-minded--nya aku pergi klik Cash out my earnings! tu..lepas tu, tekan ok..erk? aku telah pun meng-cashout earning yang sangat ciput (tapi lepas la nak beli lolipop satu kedai) dalam keadaan separuh sedar..hahaa!

lepas seminit macam tu dapat la emel confirmation..ok jugak kan..dah nak akhir bulan ni..nasib terklik dah nak akhir bulan..kalau awal bulan macam mana? lambat la nak dapat beli lolipop satu kedai..

lepas 5 minit dapat lagi emel daripada Nuffynanggy..tajuk Duplicated Earning Issue..klik untuk pembesaran..


cuak jugak masa dapat ni..ingat apa la..tapi aku baru je lepas tekan cashout macam mana nak tau berapa earning yang sebenar..aduss..

hmm..apa-apa je la..jadi fokus utama sekarang ni, tunggu cek Nuffynanggy sampai rumah..ka-chingg! ka-chingg! $$$ heee..

okay tu je..heee :D



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, November 13, 2010

mula dah meroyan HP~~

aduhh..bosannya hari sabtu ni..memang nak berehat-rehat daripada buat assignment..so memang tak sentuh la assignment..esok-esok baru "dive in" balik..

tadi tengok trailer HP lagi (zzz..kalau dah kipas susah mati tu tak boleh nak buat apa-apa la) kat website warnerbros..fuh..rasa tak sabar tu membuak-buak! bila nak tiba 17hb ni?? (macam boleh tengok tarikh tu jugak) huarghhh!! minggu depan hari raya..jadi lepas raya baru dapat tengok..hurmm

janji nak tengok dengan housemates..tapi sorang pulak balik kampung bercuti semester..adehh..tangguh ke entah berapa hari bulan...tapi tak apa..janji dapat tengok..hehee

jom tengok movie snippet!

the best friends



Death Eaters dan Snape

Nagini..belaan Voldemort

i suka gila part ni..part ni part sedih..memang looking forward lah nak tengok scene ni..

yang ni lagi suka! kalau dah H/Hr shipper mesti la suka..hehe

oleh kerana bosan yang amat, i dah buat keputusan, hari ni i mula retweet reread DH untuk yang ketiga kalinya..saje nak refresh..tu pun nasib baru 3 kali..


dan kerana 17hb lambat lagi, i buat keputusan nak baca perlahan-lahan je..nanti baca cepat sangat bosan lagi..huhuu

jangan lupa serbu panggung wayang minggu depan tau! anda sekalian serbu la dulu sebab i nak beraya korban dulu baru serbu...hehe




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, November 12, 2010

Tips MUET

hai selamat pagi! hari ni i mulakan hari dengan basuh baju..haha! lepas tu sarapan tomato cherry dengan jus epal..sangat berkhasiatkan? lapar..lapar..lapar.. T_T

okay..rasanya peperiksaan bertulis MUET hari Sabtu ni..kira macam dah terlambat jugak la nak buat tips bagai..hehee..tak apa..untuk panduan masa akan datang..untuk adik-adik i yang bakal amik MUET..ko kena baca ni Saniy!! ko mesti mencontohi kakak ko yang pandai ni (pandai la sangat! tipu je..sila muntah)


ni tips berdasarkan pengalaman la ye..macam biasa..semua melalui pengalaman..hm..should i write in english? i mean because we are talking about MUET here..tapi tak apa la, khusus untuk pelajar melayu..pelajar bukan melayu pun boleh...1 Malaysia, jadi kita kena pakai bahasa kebangsaan. hehee

format sekarang dah baru..i amik MUET zaman format lama (selalu jadi batch terakhir..sadiss) tapi tips ni sama je..boleh guna kot..MUET ada 4 bahagian; speaking, listening, reading dan writing..mana yang paling susah? semua susah!! (saje bagi anda cuak..haha)

Speaking
ada 2 bahagian; individu dan berkumpulan

individu
1. baca dan fahamkan soalan..kalau ada yang tak tau makna perkataan boleh tanya pada examiner (ni dulu la..tak tau pulak sekarang boleh lagi ke tak)

2. otak anda kena bergerak cepat (mas persediaan 2 minit je kan), fikirkan hujah yang sesuai dengan soalan, sekurang-kurangnya 3, lebih lagi baik dan tulis dengan ringkas supaya tak lupa.

3. bila masa menjawab, pastikan anda mempunyai eye-contact dengan kedua-dua examiner..sangat penting ye..ni untuk menunjukkan anda yakin dengan hujah anda.

4. gunakan kata hubung contohnya, furthermore, moreover, consequently, hence, thus etc. bagi perkataan bombastik sikit biar examiner tu terkejut dan terus je bagi markah besar kat bahagian vocabulary..haha

5. pastikan anda ada ayat huraian kepada setiap hujah anda..1 je cukup.

6. sertakan sekali pendirian anda (opinions and recommendations) dengan menggunakan perkataan i think.., in my opinion.., etc.

7. jangan lupa senyum! :D sebab anda akan berasa yakin..kalau untung, examiner pun senyum dengan anda..senang je hati dia nak bagi markah lebih..hehee

berkumpulan
1. tips untuk individu boleh digunakan di bahagian ini.

2. kalau boleh, biar anda menjadi leader kepada perbincangan ni..macam mana? banyakkan bercakap..nampakkan yang seperti anda yang mengawal perbincangan ini.

3. bercakap seperti biasa, informal tapi jangan guna slang, contoh; "you can't do like this la"

4. jika ada candidate yang pasif (kurang bercakap), ajak dia bercakap contohnya tanya pendapat dia, tanya dia jika dia bersetuju dengan kenyataan anda dan sebagainya..markah anda akan berkurang jika anda sahaja yang bercakap..tu namanya pentingkan diri sendiri..

5. kalau perbincangan tu mempunyai reaksi gembira, lawak, jangan segan..gelak je..tapi jangan la lebih-lebih..ini menunjukkan yang anda betul-betul faham dengan perbincangan tersebut..kalau reaksi sedih, jangan menangis pulak..nyatakan kesedihan anda dalam bentuk percakapan seperti "i feel very awful about this news"

6. yang penting, anda kena bercakap dengan isi hujah yang sesuai..jangan keluar topik!

Listening
sebelum hari test
1. mesti buat banyak latihan listening dengan cikgu anda..
2. banyakkan mendengar berita radio berbahasa inggeris
3. buat latihan: jika tengok cerita berbahasa inggeris, jangan baca sari kata/subtitle..fahamkan jalan cerita dengan hanya mendengar dan melihat.

pada hari test
1. mesti baca soalan dahulu sebelum dengar broadcast, talk etc yang diberikan supaya anda tau kata kunci apa yang perlu diambil..

2. berikan sepenuh tumpuan kepada conversation, talk etc yang berkumandang..

3. cari kata kunci yang penting seperti tarikh, tempat, nama etc dan tuliskan supaya tak lupa

4. anda boleh cuba pandang 1 tempat sahaja semasa mendengar untuk fokus..tak galakkan tutup mata sebab fokus akan hilang terus..

5. terus tandakan jawapan pada kertas soalan supaya tak lupa..anda akan diberi masa untuk menghitamkan kertas jawapan..

Reading
1. tak ada cara lain..anda kena banyak buat latihan untuk test ni..macam tak biasa pulak, dulu sekolah PMR dan SPM pun ada reading jugak!

2. fahamkan petikan/gambar yang diberi..

3. read between the lines!! maknanya cari maksud tersirat yang ada dalam petikan..

Writing
1. luaskan pembacaan dan vocabulary..baca isu semasa yang berlaku dalam negara..

2. baca contoh karangan yang baik dan lihat pada ayat/perkataan yang digunakan

3. biasakan penggunaan kamus english-english..kurangkan bilingual dictionary kerana kita belajar bahasa bukan makna perkataan.

esei pendek
4. fahamkan soalan/petikan/gambar rajah etc sebelum mula menulis

5. buat analisa yang sesuai berdasarkan soalan..lihat pada kata kunci yang diperlukan

6. jangan lebih patah perkataan.

esei panjang
7. mesti rangkakan karangan anda..sangat penting supaya tak keluar topik.

8. mesti ada topic sentence (main point) dan huraian yang kukuh, sekurang-kurangnya dua ayat.

9. sertakan contoh dan pendapat..

10. jangan lupa ayat pendirian contohnya; i honestly agree/disagree.., i strongly agree/disagree.., etc...

tu je..selamat berMUET dan semoga berjaya! :)

psst~i pernah amik IELTS mock test..lebih kurang je..tapi susah sikit la..





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, November 6, 2010

pendakap gigi/braces tu apa??

selamat petang semua..hari tu i ada janji nak cerita pasal braces kan..ni la nak tunai janji..braces atau dalam bahasa kita pendakap gigi..tettt! i bukan doktor gigi yep! tapi saje nak kongsi info yang i tau..




 

okay..kenapa pakai braces? sebab susunan gigi yang tak teratur..mungkin boleh menyebabkan masalah percakapan, estetik, pemakanan dan sebagainya..bukan nak cantik je tau! gambar atas tu la benda gadget yang ada dalam mulut seseorang yang memakai pendakap gigi.

yang memainkan peranan penting dalam pembetulan gigi ni archwire dan bracket, yang membolehkan gigi bergerak...archwire tu memberi tekanan pada bracket..fungsi bracket mengagihkan tekanan ke seluruh gigi..masa mula-mula pakai braces ni mungkin anda akan rasa tekanan tu..

bila tekanan dah menjalankan tanggungjawabnya..haha..gigi akan longgar daripada gusi..macam mana boleh longgar?? (macam menakutkan gila bunyinya tu) membran kat akar gigi (dalam gusi, kita tak nampak) akan mengembang dan menguncup yang membolehkan gigi bergerak..bila dah berhenti bergerak, tulang (gigi) akan tumbuh bagi support la supaya gigi tu tak tanggal terus..hahaa

masa proses ni berlaku, memang tak boleh gigit makanan yang keras walaupun nasi..lain la kalau anda seorang yang gagah perkasa..hehee..sebab tu orang yang pakai braces ni lama sebab adjustment dilakukan paling kurang sebulan sekali sahaja..archwire tu menjadi panduan kepada gigi yang longgar untuk bergerak pada paksinya..huahaha..maknanya tak ada la gigi tu bergerak ke tempat yang tak sepatutnya..

archwire tu akan berubah faktor bahannya mengikut suhu badan kita..kalau orang yang minum air sejuk atau panas akan rasa dawai tu mengetat ataupun rasa tekanan pada gigi..archwire ni tak akan berubah bentuk..satu lagi, retainer..retainer ni dipakai bila rawatan hampir selesai..


masa pakai pendakap gigi ni, bukan boleh makan sebarangan..salah makan memang kaw-kaw sakitnya..kena rajin gosok gigi, floss berkumur dan sebagainya sebab nanti dah bukak pendakap gigi tu gigi jadi buruk (tak putih), masalah plak, masalah ulser..macam-macam la..rujuk ortodontis anda untuk maklumat lanjut ye..

pengalaman memakai braces sangat best..hehee..bukan semua orang dapat rasa..tak tau la macam mana nak gambarkan tapi banyak orang yang dah habis rawatan kata, mereka rindu dengan braces mereka (i masih pakai lagi so tak tau la rasa rindu ke tak) masa mula-mula memang cakap tak sabar nak bukak, bila dah bukak rindu pulak..so masa pakai braces jangan lupa amik gambar kenangan..hehee :P

hmm..mengikut hukum agama..i tak pandai la, kalau semata-mata nak cantik tak boleh kot..nak tau lebih lanjut tentang hukum pakai pendakap gigi klik sini 

sumber 1



psst~dah lama tak kunyah chewing gum


 
  
 
MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, November 4, 2010

25 perkara tentang diriku~nak tau klik :P

salamunalaik..hari ni nak selesaikan tag yang tertangguh entah sejak bila..maaf la ye..tag ni daripada anishaway, hana nabihah, farhanafabulous, dan eilyfarhana ni la akibatnya kalau ditag, bertangguh..bukan apa nak kumpul..nanti senang..huhuu
 
okay jom tengok apa yang ditag oleh rakan-rakan bloggerku ni..
 

1. Thanks the person who gave you this award and link of the person
thanks ye cik eilyfarhana..huhuu..cantek ke diri ni? haa..kamu buat i perasan hawt la! :P (sila abaikan i gurau jep)

2. Spread the award to 15 blogger who you like and you think their blogs are awesome
weydd!! i kedekut la buat masa sekarang ni..so award ni i tak bagi siapa pun..hahahaa!

3. Tell 7 things about yourself
aaa..ni nanti i combine dengan tag lagi satu..

lagi satu ni tag about yourself jugak tapi huh! banyak sampai 25..hehee..ada la syaratnya..i malas nak ikut..ada i kesah? haha!

1. suka nombor 1
2. misyamissyou bukan nama sebenar i, rakan blogger panggil misya jep..
3. tidak menggemari teddy bear
4. suka bau hujan, bau rumput lepas kena potong
5. suka mandi/main hujan
6. tak fotogenik pon
7. ada facebook, formspring, twitter and friendster yg lain macam hi5 and myspace host site tu dah delete sebab tak aktif..
8. suka lelaki yang berambut pendek
9. suka makan lolipop dan gula kapas
10. tak pernah pergi Sabah! nak pergi...
11. suka tengok buku bank..hehee $$
12. suka chocolate tapi tak suka makan dengan strawberry..sebab tak sedap pon..
13. suka warna putih
14. pakai baju kurung je pergi kelas..tak pernah pakai jeans or casual (sebenarnya ni janji pada diri sendiri)
15. jeans putih termasuk dalam wishlist..huhuu bila la nak dapat
16. suka huruf A dan S
17. suka bracelet, bangles etc..
18. telinga i tak bertindik ye..hehee
19. is a die-hard fan of Harry Potter
20. senang marah, senang cool down
21. suka tengok benda-benda yang jauh, tinggi, besar, luas etc.
22. dream of bmw sport putih..dapat drive sekali pun cukup la..
23. sayang semua barang kepunyaan
24. tag line "besar punya!!" tu tagline i tapi maggi dah curik..haha! tak ada la..i suka tagline tu..hehe
25. i live my life my own way..jadi diri sendiri..tak perlu menipu

psst~kerja gila i, pergi kelas petang tadi lupa nak pakai jam, sebelum masuk kelas i singgah booth jual jam kat hallways, i beli jam RM15 semata-mata terlupa pakai jam je..membazir!!
 
 
  
 
 
MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails