CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Wednesday, July 28, 2010

tips amatur pembentangan/presentation

weee~ selamat tengah hari semua...huhuu..saya suka update blog pada waktu tengah hari macam ni..huhuu..okay..pembentangan pagi tadi okay je..huhuu..ni saya nak kongsi tips melakukan pembentangan dengan baik..ni tips amatur je ye..berdasarkan pengalaman sendiri...bukan dari orang professional..


1. sehari sebelum pembentangan, anda kena bersedia secukupnya..nota kecik, alat bantuan pembentangan(power point, handouts etc)

2. anda mesti faham kandungan pembentangan anda dengan baik..bermaksud anda mesti bersedia menjawab apa-apa pun persoalan daripada audiens

3. ramai orang silap tentang nota kecik..sebenarnya sangat-sangat penting dalam pembentangan..ye la kalau terlupa kan boleh rujuk..

4. pada hari pembentangan, pastikan anda berpakaian formal..ikut kesesuaian dan keselesaan..kalau saya saya pakai baru berwarna yang menarik hati contohnya warna merah jambu walaupun tak suka warna tu tapi pink memang menarik hati..huhuu

5. mulakan dengan senyuman..hehe..senyuman penting okay..first impression tau! buat kita rasa yakin dan mengurangkan gementar bila berada di hadapan audiens..

6. elakkan daripada memandang dinding, siling, kipas etc...tapi tak tau la kalau anda berasa selesa dengan keadaan macam tu..seeloknya, fokus kepada audiens anda(terutama lecturer)..oh, orang kata, dari mata jatuh ke hati..hehehe..

7. pegang sesuatu di tangan contohnya nota kecik, alat penunjuk jika anda menggunakan alat bantuan LCD..dua benda ini sahaja okay..ini supaya anda jangan menggaru-garu kepala, sentuh-sentuh muka, masukkan tangan dalam kocek seluar, melipat ruas jari(ini sangat tidak baik) etc..

8. pastikan suara anda cukup jelas dan tidak mendatar untuk didengari oleh semua..kalau tidak, audiens anda akan bosan dengan pembentangan anda..jangan lupa senyum lagi..hehehe..saje je, nak hilangkan gementar tu..

9. kalau lupa, jangan panik..tengok nota kat tangan anda tu..sebab tu nota kecik sangat penting..selain membuatkan anda berasa yakin untuk membentangkan pembentangan anda..jangan berhenti terlalu lama semasa anda rujuk nota..audiens bosan dan boleh mengurangkan markah pembentangan anda..

10. yang penting sekali, jangan membaca dari alat bantuan pembentangan anda..sebab kalau baca, tu bukan namanya pembentangan..baik tak payah bentang..suruh je audiens anda baca kat LCD tu..

11. kalau pembentangan anda dalam bahasa inggeris, seeloknya, praktis dahulu untuk melancarkan pertuturan..kalau anda selalu cakap bahasa inggeris, there should be no problem for your presentation..

12. jangan makan/mengunyah gula getah/chewing gum semasa pembentangan tapi sebelum tu nak makan coklat boleh..sebab coklat boleh menenangkan..

haa..ni berdasarkan pengalaman ye..amatur sahaja...bukan professional..harap boleh membantu..yang nak tambah, boleh..kongsi la..sangat dialu-alukan.. :)

ps: rindu nak jadi mc kat sekolah..

MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, July 22, 2010

Cara melegakan ulser mulut/mata ikan~

hai assalamualaikum semua readers..harap semua sihat-sihat belaka..hurmm..sebenarnya kan, dah berapa hari dah ni aku tak sihat..huhu..mula-mula sakit tekak, lepas tu batuk..selesema sikit..sekarang pulak kena ulser mulut!! huaaarrrr!!! semua penyakit yang disebutkan tu belum baik lagi..macam sudah jatuh ditimpa tangga pulak ye..hahha..

ulser...korang tau tak pe tu ulser mulut? orang melayu kata mata ikan/kudis dalam mulut..omputih kata canker sore/mouth ulser..nak tau bahasa perubatannya ke? hurmm..ulcer afta..kalau tak silap la..uhh..sakitnya...kalau tak tau jugak, cuba tengok gambar mulut siapa entah ni..mesti tau punya lepas tengok..hehehe


google images


haa, dah tau belum? semua orang pernah kena..jangan cakap tak pernah..memang mengancam la kalau kena ni..nak nak kalau dapat yang besar punya!

setahu aku, ulser ni sebab kuman, kurang zat besi..folik tah pe benda...tapi kebiasaannya(pemerhatian aku la kan) sebab kawasan mulut kita panas..cuaca panas, kurang minum air..kadang-kadang, boleh jugak kena sebab tergigit dinding mulut, terus jadi mata ikan..ada orang kena kat lidah..

aku kena kat macam dalam gambar atas tu..dalam sikit..besar pun lebih kurang macam tu..mungkin sebab dinding bibir berlaga dengan braces yang aku pakai ni..kalau tak kuatkan hati, tak kuatkan iman, dah lama dah pengsan..sebab aku tak boleh tahan sakit.. hmm :(

sekarang ni, nak legakan sakit, aku minum air, simpan dalam mulut dalam 10 saat macam tu..dulu masa kecik, ibu aku suruh letak garam, gonyohkan kat gigi sampai putih-putih kat ulser tu hilang..lepas tu terus baik..punya la dalam proses yang sangat seksa tu, aku melalak jerit-jerit..tapi berbaloi..hahaha!

cara nak lega/sembuh kan..
1. beli je bonjela(nama ubat) kat farmasi untuk legakan sakit..ubat tiub tau..ahli farmasi tau la..
2. minum air banyak-banyak(cara terbaik)
3. tuam dengan ais/makan ais(eh, makan??)..nanti kebas je rasa..
4. sapu marjerin atau mentega kat mata ikan tu bila nak tidur malam
5. jangan makan makanan pedas(terutamanya) dan masam masa kena ulser ni..nanti lagi pedih..
6. letak garam kat mata ikan tu..sangat cepat baik..nak gonyoh kat gigi sampai putih-putih tu hilang boleh jugak..tapi amat tidak disyorkan..hehehe

kalau dalam 2 minggu tak baik juga, sila jumpa doktor anda untuk pemeriksaan kerana mungkin ada masalah lain dan sesiapa yang selalu sangat kena mata ikan ni(lepas baik 2 3 hari kena lagi dan berturut-turut) berpotensi mendapat kanser mulut(aku baca kat klinik pergigian)...harap dijauhkan la kanser-kanser ni..

UPDATE 2 JAN 2016

Okay..saja tambah setelah 6 tahun post ni ditulis. Baru-baru ni, tak baru la..dalam 2 3 bulan lepas aku kena ulser 2 biji sekali setelah sekian lama tak kena..kena kat gusi kat gigi bongsu yang baru separuh nak tumbuh tu dan satu lagi kat dinding mulut yang paling belakang..2 biji yang sangat sangat besar..terseksa 2 minggu lebih tak tipu sampai bengkak pipi yang tak ada kena mengena dengan pertumbuhan gigi bongsu.

dan part paling tak best semua cara di atas aku buat tak berkesan. hahahha okbai..tapi tapi tapiiiiiii..cara ni berkesan

kumur dengan listerin 2 kali sehari atau sebanyak mana yang anda rasa selesa..tak kesah la perisa apa hijau biru kuning pun insyaallah berkesan..LISTERIN tau bukan colgate mouth wash..pastikan anda biar listerin dalam mulut selama 30saat..nak nangis ke apa nangis la tapi sangat sangat berbaloi..tak sampai suku botol listerin sederhana besar tu pun..dan sekali kumur pun 1 penutup listerin tu je..3 hari je dah reda sakit insyaallah.




MySpace Graphics


~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, July 21, 2010

surat dalam botol~

Evening peeps! Selamat malam semua(tapi belum nak tidur lagi)..hmm..okay, straight to the point..ni bukan review buku ye..hmm..aku akhirnya dah siapkan assignment...tapi assignment tu...aku tau tak berkualiti..satu lagi okay la kot..ye la kan, buat pun dalam keadaan emosi tak stabil..dalam keadaan tak ada mood..tarikh akhir pulak lusa..tak pernah aku tak siap assignment seminggu sebelum tarikh akhir..tapi, alhamdulillah...walaupun tak berkualiti..

dan akhirnya aku dapat mula baca buku yang aku beli ahad lepas...betul-betul macam kat gambar bawah ni..
cantikkan kulit depan buku ni...putih dan jingga warnanya..memang warna kesukaan aku..mahal la buku ni(cehh..macam tak tau pulak buku luar negara memang mahal) sampai pinjam-pinjam duit orang nak beli buku ni ahad lepas..sebab tak ada kad ahli kedai buku tu..hurmm..tak sempat nak tengok filem ni..filem lama..dah lama dah buku ni..aku baru nak baca..haha!

sebab beli buku ni yang pertamanya sebab penulisnya(minat sejak tengok filem the notebook dan buku Dear John), yang kedua sebab tajuknya(aku pernah buat "message in a bottle" dulu), yang ketiga sebab kulit buku ni..hahaa..sebab yang tidak munasarawak yang ketiga tu...

yang samanya, surat pertama watak novel ni jumpa ada sikit sama dengan surat kedua aku dan surat kedua sama sikit dengan surat pertama aku...hurmm..gila ironi...tak tau la kenapa Sparks ni tulis macam ada kena mengena pulak dengan diri aku..okay perasan sudah..ciput je sama...tu pun nak kecoh satu dunia kan? I know what you guys are thinking..tacing la macam ni..sampai hati...hm, nak baca terus kan..tak nak baca, tinggal jejak ye.. :)

dalam novel ni, surat pertama, "My Dearest *********, I miss you, my darling, as I always do...." ni je yang sama, ayat pertama yang sama..seriously, exactly the same...kenapa aku macam teruja nak bagi tau ni?? hahhaa..tak apa la, suka hati la kan..surat ni surat kedua, aku masukkan dalam botol dan aku campakkan ke laut china selatan..laut china selatan ke?? aku buang kat Kuantan, tengah tahun 2008..masa hari keluarga..gi kat tepi pantai tu, aku letak je botol tu kat gigi air..tolak-tolak sikit dengan kayu..aku tengok je botol tu pergi dibawa ombak(pehh ayat dia!)

surat kedua dalan novel tu, yang sama ayat pertama jugak.."My Darling *********, Where are you?..." tu je..ni surat pertama yang aku letak dalam botol..aku buang kat muara sungai Muar..agaknya akhir tahun 2007 kot..masa tu saje jalan kat Muar, nak beli buku sebenarnya, ayah berhenti kereta kat Tanjung....um..aku dah lupa pulak..hmm., ayah gi beli mee bandung, aku pulak gi kat tembok tu, keluarkan botol dan campak kat situ..masa tu ramai orang..orang ingat aku buang sampah..aku sengih je kat pakcik yang tengah memancing tu..hehe..

kandungan surat tak sama okay..jangan korang gi beli buku ni, baca dan anggap kandungannya sama macam yang aku pernah tulis..haha..tak sama, dan aku tak kan cerita pun pasal kandungannya...geezzz..sadly, that guy never know about this...and I'm glad he doesn't..

lepas ni, siapa yang duduk Muar dan Kuantan, rajin-rajin la korang ke tepi laut..mana tau korang jumpa botol-botol aku tu...tapi dah lama..dah 1 2 tahun dah..kalau nasib baik, botol cuka tu tak pecah kena batu ke apa ke..aku buat 2 je..ada jugak terfikir nak buat yang ketiga..tapi semua tu dah tak bermakna dah.....

okay, tiba-tiba rasa sedih pulak..dah la...

ps: gabus aku curi kat makmal sekolah..maaf cikgu, tapi saya amik 5 je..tak banyak..hehehe


MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, July 15, 2010

weee~~ Irfan Roslan

assalamualaikum semua..hehehee..sekarang ni i dah tak nak buat entry emo lagi..let bygone be bygone kata omputih..dah boleh terima dah..sekarang dalam fasa 'moving on'..uhh..kejap gila..baru tengah hari tadi dalam fasa 'letting go'...tapi tak tau la..i ni kadang-kadang bengong..boleh je nanti termasuk dalam fasa 'letting go' tu balik..ataupun melompat ke belakang semula dalam fasa 'sedih' pulak..hmm..harap-harapnya tidak la..

okay..tadi tengok iklan kat tv..hehee...kenal tak ni siapa? okay, tak kenal tak pe, biar i kenalkan, ni la boyfriend baru i..hahhaha..gilakkk ko! perasan sungguh..encik ni tak kenal ko pun..hahaa..hmm..ni la Irfan Roslan..yang berlakon dalam cerita Laila Asyikin kat tv3 tu..heheee..i jumpe gambar ni je..hurmm..


hoho! macam mana? boleh tahan tak boyfriend i? hehee..hmm..tak nak la perasan..gila apa...okay serius..mula-mula sekali, ternampak encik irfan ni berlakon dalam Sutramaya(ni ke tajuknye?) kalau tak silap la..tak layan cerita tu..tapi tengok encik irfan berlakon je..hehehe..lepas tu, i tengok encik irfan dalam Adamaya...sekarang kat Laila Asykin pulak..hm..nama ayah encik irfan ni sama pulak dengan ayah i la.. :P

eh, jangan tak tau..dalam banyak-banyak pelakon lelaki, i minat dia sorang je tau..hahaha..kalau encik rosyam noor, encik fahrin, encik hairie othman, encik azhar sulaiman dan pelbagai encik lagi, i minat jugak, tapi biasa-biasa je..ni minat sampai buat entry khas untuk encik irfan..hehee..tak sabar nak tengok laila asyikin ni..aduss..tiba-tiba termalu sendiri ni.. *blushing*

ps: kalau encik irfan nak jadi boyfriend i boleh jugak..haha..adoii..sudah le tu..

note: this entry is made solely because of I'm a fan of Mr. Irfan and solely because I really want to get over the other guy *sings, stronger than yesterday..lalala*




MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, July 8, 2010

~nilai blog anda~

tau tak nilai blog anda berapa dalam RM? waaaaaa...mungkin berjuta kot..

tapi aku punye ciput je..currently RM 30,101.67...

kalau jual blog ni, dpt la beli saga sebijik, pas tu duitnye habis terus..wakakaka..sengal...

mungkin bertambah la nilai blog aku pas ni..hehhee..korang rajin la singgah..

okay, jom tengok sendiri nilai blog anda berape...klik sini okay..

hehee..jap2, aku ade teka-teki...wee~~

ape benda yang kalau dituang air berapa banyak pun dia x penuh2 jugak? paras itu jugak airnya

selamat mencuba! jawapan aku bagi tau esok ye..

have fun blogging! ^_^

EDIT: klik sini okay..kalau link atas tu xjadi.








MySpace Graphics

Tuesday, July 6, 2010

dedicated to my readers, silent readers and followers

hehehee..entry spesel untuk pembaca, pembaca senyap(erk??betul ke tu?) and pengikut/pembaca setia...sempena ape tah..aku pun xpasti..mungkin sebab aku dah jumpe balik widget followers aku tuhh.. :P

well, I've been wondering where is my followers widget all this time..it was suddenly disappeared...aku xtau pun tah ke mana hilangnya widget tu...agaknya mase aku 'tacap2' .:~tHis girL~:. aku nihh, tertekan tah mana2 kan(aku suke main godeh2 bende yg aku xfamiliar)..maaf ye kawan2..tak sengaje..tu, aku dah letak balik kat atas blog post...cuba anda scroll up sikit..bagi nampak...hehee..ciput jek followers aku..hahha..xpe la, xkesah..

okay, first of all, I would like to express my appreciation to all my readers, silent readers and my followers..kalau anda semua xde, xde la blog ni..xmeriah dengan komen2 anda, trafik, jejak, sokongan, dan cadangan dan ape2 lagi semua tu (sebenarnya xtau nak cakap ape)...xtertinggal juga stalker...kalau ada la kan...hmm, terima kasih juga sebab naikkan trafik .:~tHis girL~:.. Plus, any passers-by, you guys also contributing to the traffic of the blog.. thanks so much..

hmm..on the side bar, there's a translator for my foreigner visitors, but it would not work properly as most of my entries using short forms..but I am trying hard to use the exact word so that the translator can work on its best..any inconveniences are very much regretted.. I'm trying hard here..hehheee

untuk widget lagu pulak, sekarang ada 5 lagu..tapi rasanya macam nak kurangkan kepada 1 lagu je sebab loading nanti lambat, kesian orang yang internetnya slow..bila lagu tersekat2, boleh menimbulkan kemarahan..hahaa..bagi orang yang kurang sabar macam i la kan..hehehee

chatbox i pun dah tukar...nak bagi kontras sikit..hihihii...hurm, berkenaan dengan chatbox ni, aduhh, aku dah tak terlayan korang semua..korang sangat2 la friendly...xmenang tangan jari2 aku nak menaip balas2 mesej2 korang..mulai sekarang, aku tak kan reply kat chatbox lagi ea...tapi aku akan tetap tinjau2..ye la kan, korang kan suka tinggalkan link, jejak2 tapak kaki korang kat situ..jangan risau okay, aku klik punye...bila2 de mesej yang aku rase nak tulis kat chatbox tu t ade la "tuanpunyeblog" punye mesej..hehehe

nevertheless..ceh macam nak buat esei ape je...komen2 korang tetap aku balas..dah buang word verification...aku rase macam menyusahkan je word verification tu..tapi jagan la korang spamming pulak..pastu comment page tu pop-up window je, xyah la nak kena load page tu balik kan..so rajin2 la komen..aku terima komen/cadangan/sokongan membina je ea..jangan la komen benda2 yang xpatut...kesian aku nanti...kalau korang dapat komen yang meruntuhkan semangat pn korang xnak kan?

akhir sekali, kalau ade ape2 komen, cadangan untuk memudahkan ke, menyenangkan ke ape2 je la, bg tau tuanpunyeblog ye..dan sape2 yang sudi nak jadi followers, jadi la..sangat dialu-alukan...i lagi suke :)

ni untuk readers semua.. :) cute x?

rajin2 singgah sini ye..jangan serik...thanks so much!! luv you all! :)





MySpace Graphics

Thursday, July 1, 2010

"Cara-cara main/mandi hujan dengan betul" hah??

hehee..tajuk..baik punye...hmm..nanti la aku nak cite dulu, ade satu kejadian..insiden tadi amatlah membuatkan hati aku 'berbunga-bunga' je..adoii...sabar...sabar..sebenarnya, tadi aku datang ofis lecturer..Lect. A (name dirahsiakan atas sebab2 tertentu..ahaks!) Lect. A suruh aku datang amik test hari ni pukul 4 petang..test ni sebenarnya minggu depan, tapi minggu depan aku ade hal, so mintak la Lect. A bagi aku test awal atau lambat..so, semalam dia suruh aku amik hari ni...

punya la berkobar-kobar aku bersiap..masa ni hujan cun2 je kat luar tu..aku turun hostel bawak payung..aku sampai je bawah blok, hujan pun mula menjadi seksi2(pinjam ayat orang ni)..aku pun jalan la sampai ofis Lect. A..kain baju kebaya aku dah lencun dengan air hujan alih2 bila aku kat depan dia..hurmm..

hi sir, can I take my test now?
mata Lect. A terkebil-kebil
tak boleh..belum siap
mata aku pulak yang terkebil-kebil
so when can I take my test?
next week la..on what day you free?
I can't sir..
you can't come whole week ar?
hmm..I can only come on next, next week
erm..so wait until you come back la
hah? hmm okay..thanks sir

aku pun berlalu dengan hati yang 'berbunga-bunga'...bukan berbunga-bunga ye..ade " ' ' " disitu..xfaham gak..adoiii..okay2..aku pun berlalu dengan hati yang bengkak..hahaha! adoii..buat pe lagi, aku balik hostel semula la...hujan masa tu dah seksi abis..pe lagi simpan le payung...hehee..sejuk woo..syokk!

hehee..okay..cara2 mandi/main hujan dengan betul...


AMARAN: Tidak digalakkan. Dapatkan nasihat ibu bapa atau doktor anda. Semua mudarat yang berlaku sesudah mencuba tutorial ini adalah atas tanggungan diri sendiri dan tidak berkaitan dengan tuan punya blog.

1. Pastikan TIADA guruh atau kilat. Sangat-sangat penting.
2. Simpan semua alat elektronik anda di tempat yang selamat daripada terkena air hujan.
3. Simpan payung anda juga.
4. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai. i.e pakaian gelap, tidak terlalu jarang atau kalis air.
5. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai i.e. kasut yang tidak mudah rosak apabila terkena air eg. selipar jepun
6. Jika anda tidak mahu memakai kasut, pastikan tempat terbuka tersebut selamat dari paku, kaca etc.
7. berdiri di tengah hujan, cangkung, jalan, berlari atau mengikut kreativiti anda sendiri.
8. Apabila anda sudah puas berada dalam hujan, sampai di rumah, mandi keseluruhannya dengan secepat mungkin.

catatan: hujan lagi lebat lagi seronok..hehee..selamat mencuba!


hahahaha..mengarut betul entry aku hari ni...hehehee...



eh..de gambar yang xberkaitan..hehe..ni le minum petang aku...susu strawberry n tomato ceri..tomato ceri ni sedap makan cam tu je..manis..de masam2 sikit la..kena pandai pilih..huhuu..

dah..malas aku mengarut lagi..haha! :p



p/s: aku dah tukar lagu2 baru..huhu..




MySpace Graphics

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails