CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Thursday, April 26, 2012

bila hujan...

salamunalaik! hari ni hujan lagi..selesema sebab berhujanan sebelum cuti study week tu on and off..hurmm..ni entri scheduled..busy sikit petang nih


bila hujan, cepat-cepat lari ke tingkap
sebab nak sedut bau sedap..bau hujan..bau panas bumi

bila hujan, suka main tadah air hujan yang turun dari atap rumah dalam tapak tangan
uji kepantasan katanya

bila hujan, rela tutup payung, rela basah, rela sejuk
hati rasa comel haha

bila hujan, pelawaan menaiki kereta ke kelas ditolak
sebab budak perempuan ini suka hujan

bila hujan, rasa sejuk air hujan dirasakan di setiap inci kulit
rasa macam kena urut

bila hujan, kasut basah lencun
suka sangat main lopak air jernih..lepas tu tergelincir jatuh...malu

bila hujan, kadang-kadang ada guruh dan petir
cepat-cepat duduk kat sudut..kening berkerut..takut

bila berhujanan, risiko mendapat sakit kepala, selesema dan demam itu pasti ada
tapi semuanya dah ditulis di Lauhul Mahfudz kankankan?

bila hujan, tiba-tiba mahu jerit namanya kuat-kuat
biar dia tahu, biar semua tahu setiap hari, setiap masa, setiap detik hati ini rindu

bila hujan, aku merapu..




psst~ man jadda wa jada, wa man zara'a hasada kan? penat ni menelaah..huhuu


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, April 24, 2012

perlu alasankah?


Perlu alasankah kenapa kita suka, sayang dan cintakan seseorang? Semua ini atas pendapat aku..terpulang kepada anda bagaimana nak menilai..suka, sayang dan cinta, tiga perkara yang cukup berbeza..tapi, kalau tak dimulakan dengan suka, mustahil sayang dan cinta hadir…kankankan? Tapi apa yang aku nak bebelkan, perlu ke alasan bila anda sayang dan cintakan seseorang..ataupun sesuatu benda?

Suka sudah semestinya memerlukan alasan..kenapa kita suka kereta proton preve? sebab kereta tu keluaran terbaru..kenapa kita suka tengok cerita 3 janji sebab drama tu ada liyana jasmay..kenapa kita sukakan seseorang tu, sebab dia buat kita gembira, sebab dia comel, sebab bila dengan dia kita tak serabut, sebab bila dengan dia kita rasa tenang dan sebagainya..

Sayang dan cinta..ada alasan ke? Kenapa kita sayang ibu kita? Sebab dia yang melahirkan, menjaga dan mengasuh kita? Ye, tidak dinafikan, akan ada orang yang jawab macam tu..kalau anda ada ibu angkat yang tidak melahirkan, tak mengasuh dan menjaga, tak sayang la?? Bila kita kenangkan apa yang telah seorang ibu buat; lahirkan, susukan, jaga dan asuh serta lain-lain, maka sayang dan cinta itu bertambah..apa yang ibu dah buat dan lakukan untuk kita akan menguatkan lagi apa yang kita rasa terhadap ibu..tapi semua tu bukan alasan kepada kenapa kita sayang dan cintakan ibu..

no..bila sayang dan cintakan seseorang, tak akan pernah ada alasan mengapa, kenapa, bagaimana, bila, di mana, berapa…TIDAK ADA…bila orang tu buat salah, sakitkan hati kita, kelar-kelar hati kita..sakit macam mana pun kita tetap sayang dia..berapa banyak kita sakitkan hati ibu? Berapa kurang kasih sayang dan cinta ibu pada kita? Tak kurang 1 apa pun..

Mari relate dengan Pencipta kita pula..berapa banyak dosa yang kita buat? Berapa banyak kemungkaran yang kita lakukan? kalau kita bertaubat, insyaallah diterima..kenapa dosa berkoyan-koyan pun, nikmat masih diberi? Sebab Allah sayang kita, tanpa syarat..kita ni makhluk Dia..kita cacat ke, kita jahat macam mana sekali pun, Dia tetap sayang kita, Cuma kita je yang tak sedar fakta itu..kita je abaikan Dia, kita ni je yang buta mata hati..

cinta itu buta? entah..bila anda sayang dan cintakan seseorang, tiada alasan untuk itu..kita just sayang..kita just cintakan dia..tak kira orang tu jahat ke apa ke, kita boleh abaikan semua tu..itu cinta dan sayang..tanpa syarat dan alasan!


psst~



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, April 21, 2012

kapal perang | Battleship

assalamualaikum..lama dah tak buat entri movie..last entri movie, Harry Potter..satu lagi genre war dan action..huhuu fine, tak ramai perempuan yang suka filem-filem perang..aku suka sebab aku minat..hey, dalam filem Battleship ni Malaysia disebut ye..bangga jap

mula tu janji dengan adik nak tengok sama-sama, tapi sebelum balik segamat hari tu, member dah ajak tengok, tiket free dia belanja pulak kan..bila balik segamat, layan 1 round lagi..2 kali tengok kat wayang!! memang tahu ada risiko aku nak menangis tengok cerita ni..cerita ni tak sedih tapi...sebab berkaitan dengan navy kot..nasib baik beli pop corn besar..nak nangis aje sumbat pop corn banyak-banyak..haha..nak nangis part majlis, navy pakai baju putihhhhh!! 



ni, Captain Stone Hopper (Alexander Skarsgard), abang Alex Hopper..kapten kapal ni mati..sedih jugak la, sebelum kapal USS Sampson dia berkecai, dia keluar deck, pandang dengan muka sayu kat Alex adik dia..hurmm :( sumbat pop corn lagi time ni..haha


nah amik muka hero Taylor Kitsch (Lieutenant Alex Hopper) dengan Rihanna (Officer Cora Raikes)

erm, jadi bila kapten destroyer USS John Paul Jones mati kena bom, si Alex tu la amik alih kuasa..kena bagi arahan semua..dia pulak tak berapa nak reti bagi orders, kurang berdisiplin bagai..tapi terpaksa jugak..lepas tu terpaksa selamatkan kapten Jepun, Nagata sebab JDS Myoko pun dah berkecai..mereka teamed up dalam USS JPJ..ada satu scene Hopper dengan Nagata main Battleship Hasbro..haha ok bukan, nak lawan alien tu la..scene favvy tu..

so hero sebenar "Battleship" ni apa? ye bukan siapa tapi apa..hero Battleship USS Missouri, battleship yang dah dijadikan muzium..aku tak nak cerita, anda tengok sendiri, aku rasa ni lebih baik daripada Transformers dari segi action dan benda alien pelik tu..cuma tak faham apa tujuan alien tu musnahkan pangkalan udara dan jalan raya, tak ada motif langsung..tunjuk kuat ke apa?

filem ni aku bagi 8/10



psst~ rindu gila nak cakap dengan dia pasal kerja dia, navy :')

MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, April 19, 2012

kerana tapi~

salamun alaikum..maaf, baru nak update ni..sebab kerja dah siap..heee..tahu tak insomnia budak perempuan ni berlanjutan sampai hari semalam..hari ni tak tau la boleh tidur ke tak..haha ni sebab pil aku tak cinta kamu dan dia (abaikan)

masa dalam bas tadi, entah...terfikir empat perkataan yang sama, tapi bila ubah susunan perkataan tu, seluruh maksudnya menjadi lain..kerana empat perkataan tu boleh buat hati jadi bahagia, juga berdarah luka (alamak ayat macam ni..geli baca kan?)

kita tak layak untuk dia..
kita tak kisah la dia macam mana pun (dada sebak gila)
tak..tak..ni antara hidup dan mati
kenapa sebenarnya ni? (menangis dah)
cari orang lain ye..
tapi, saya sayangkan awak

mesej terakhir, 'tapi saya sayang awak' itu dikirimkan kepadanya namun tiada balasan..senyap macam tu je

apa khabar? sihat?
ok je
dengan siapa sekarang?
tak ada siapa-siapa
laa.kenapa tak cari pengganti?
perlu ke kalau untuk sakitkan hati je?
saya nak buat macam mana? saya sayangkan awak, tapi....

mesej 'saya sayangkan awak, tapi...' itu dikirimkan daripadanya bersama pemberat seberat sauh kapal, dijatuhkan atas sekeping hati..hancur berkecai, bersepai la kan?

hati-hati menyusun kata kerana walaupun hanya perkataan, mampu hancurkan hati orang


source: wehearit


psst~ hp aku biarkan mati tak bernyala..kea? berapa jam lagi mati la kot..biarrrrr




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, April 11, 2012

pil aku tak cinta kamu..dan dia

hancur hatiku mengenang dikau menjadi keping-keping setelah kau pergi
tinggalkan kasih sayang yang pernah singgah antara kita 
masihkah ada sayang itu

assalamualaikum selamat pagi! 3 4 hari ni tak boleh tidur kena insomnia..aku ada masalah ke apa, aku sendiri pun tak tahu..orang lain yang bermasalah, tempias kat aku..dah tu kesannya aku sorang yang rasa..jadi, aku ke yang salah? 

memang salahku yang tak pernah bisa meninggalkan dirinya tuk bersama kamu
walau tuk terus bersama kan ada hati yang kan terluka
dan ku tahu, kau tak mahu

lepas tu aku angin la kan..ye aku boleh pinjamkan telinga untuk dengar masalah, tapi perlu ke aku yang kena marah? perlu ke aku yang disalahkan? aku, daripada marah jadi ego terus kepada sedih..hairan, hanya dengan 1 kesalahan..kecil mungkin, kita boleh dibenci, tapi 10 kebaikan pun belum tentu orang boleh sayang..

sekali lagi maafkanlah kerna aku cinta kau dan dia
maafkanlah ku tak bisa tinggalkan dirinya

bila sedih semua perkara jadi lain..aku jadi lain...aku rasa ni lumrah manusia, bila kita disakiti, kita akan lebih cenderung untuk melindungi hati dan perasaan sendiri..jadi pendiam atau jadi banyak cakap, kurung diri, marah-marah..tak kisah la macam mana sekali pun..aku? tu lah..cakap kasar, tak boleh tidur...nak menangis terlalu ego..

mungkin tak mungkin tuk terus bersama
jalani semua cinta yang telah dijalani tapi bila itu yang kau fikir yang terbaik untukmu
bahagiaku untuk dirimu

bila ego turun, baru menangis..bila menangis automatik teringat dia..tu yang tak nak menangis tu...sebab dia selalu tahu apa yang nak dicakap..hanya mampu jerit dalam hati "abang! sya nak abang!tak ada maknanya dah semua tu..dah karam atas kesilapan diri dia sendiri..kalau dibuka hati ni, masih tetap untuk dia...tapi semua tu perancangan tuhan..terima je la kan..kankankan? kalau itu kehendak-Nya, aku ikut je..

simpan sisa-sisa cerita cinta berdua
walau tak tercipta cerita cinta berdua
still i have in my eyes
still i have..forever

**lirik lagu - aku cinta kau dan dia

psst~ kadang-kadang entri aku selalu double triple meaning..setiap gambar dan setiap barisan lirik lagu..bukan sengaja..tapi luahan hati, harap jangan terasa..ye, tu namanya kiasan :)

haha kalau ada, aku yang tak suka ubat ni pasti akan telan jugak


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, April 9, 2012

Pilihan | Option


"satu atau dua, pilih aku atau dia yang engkau suka"

assalamualaikum..ni bukan entri lirik lagu..bukan..bukan juga pasal lelaki ataupun cinta..ini tentang keutamaan..tahu tak kenapa aku suka barang-barang aku ada satu jenis je? sebab ni la..sebab kena pilih..tapi entri ni bukan tentang barang..tapi tentang aku..kalau aku tulis pasal orang lain, sah-sah aku kena bash, orang benci dah sebagainya kan?

sakit bila diri ni diletakkan dalam OPTION hidup seseorang, sedangkan yang menjadi OPTION ni letak dia kat tempat pertama..(sila jangan kaitkan dengan lagu carta hati, aku tengah sedih membara ni..sedih ke marah?) sakit bila orang cari kita sebab nak pinjam barang, kereta, telefon etc. je?? kita jadi sangat-sangat penting bila orang nak sesuatu daripada kita..

pengajaran bermakna dalam hidup hari ini,
jangan jadikan seseorang itu keutamaan bila orang tersebut hanya meletakkan anda sebagai salah satu daripada pilihan-pilihannya..sakit!

kita selalu buat tuhan kita macam tu kan? bila susah baru tadah tangan mohon pertolongan, selama hari ni tak pernah nak ingat Dia pun..

miss him..badly

psst~ merajuk lagi....kali ni tak tahu nak berapa hari..1 hari? 1 minggu? 1 bulan? 1 tahun mungkin


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, April 5, 2012

kenapa senyap??


senyap lelaki merupakan salah satu cara memujuk
senyap wanita menunjukkan dia merajuk
senyap lelaki tanda tak ada duit
senyap wanita tanda sorok duit
senyap lelaki menahan geram
senyap wanita memendam perasaan
senyap lelaki mengelak daripada dipantau
senyap wanita kerana nak memantau
senyap lelaki nak elak dari terbocor rahsia
senyap wanita nak korek rahsia
senyap lelaki tengok periuk kat dapur
senyap wanita tengok cerita korea pangako sayo :P

lama kan tak update? termasuk facebook dan twitter..tak tengok langsung..seminggu lebih..bukan sibuk cuma sengaja hilangkan diri..penat la..diam-diam buat hal sendiri pun susah, tak kacau siapa-siapa pun, usik jentik apatah lagi..ishh biar la.. 

aku tak ambil pusing pun apa yang berlaku kat sekeliling..nak kata? silakan..nak maki? hamun pun boleh sayang..nak buat aku sakit hati? jemput tikam sekali jantung aku ni..nak panggil aku minah jepun? perempuan tetttt?? entah apa lagi, panggil la apa pun, nama aku tetap sedap dan cantik ibu beri hampir 23 tahun lalu..

kenapa senyap? sebab dalam segala hal, diam itu lebih baik dan Allah tidak pernah tidur sayang..ingat tu =)

*senyap*
kenapa diam?
kita tunggu dia cakap..
kenapa tunggu? 
sebab kita memang tunggu dia la..
sampai bila nak tunggu?
sampai tak ada apa lagi yang nak dicakapkan dan ditunggu..
*senyap lagi*

tu kiasan dan aku tahu dia faham..aaaaaa sedih bila teringat..benci!



psst~ pagi-pagi subuh dah berselisih faham dengan orang kat fon..maka, bertuah la dia, dia seorang  je yang bercakap dengan aku hari ni selain housemate aku..


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails